PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Friday, May 29, 2009

Undangan kepada rakan-rakan seluruh Pahang hadir ke Kuala Krau

Wanita Orang Asli dari DUN Jenderak, Kuala Krau
tampil kehadapan menyertai Parti Keadilan Rakyat memperjuangkan
hak dan kepentingan kaum dan masa depan mereka!

DUN Jenderak adalah DUN yang paling sukar untuk dimenangi oleh PR. Pengundinya tidaklah begitu ramai, tetapi lebih 95% dari mereka adalah pengundi-pengundi Melayu/Orang Asli menjadikan ia suatu kawasan yang paling sukar ditembusi oleh mana-mana Parti Pembangkang.


Kehadiran pengundi dari kaum Orang Asli yang agak besar menjadi aset yang sangat berfaedah kepada UMNO. Kerajaan Barisan Nasional tidak perlu memberikan apa-apa tumpuan pembangunan untuk kemajuan Orang Asli, padan dengan projek-projek kecil yang faedahnya lebih menguntungkan para kontraktor sudah cukup untuk menawan hati Orang Asli.


Orang Asli boleh melupakan kehidupan mereka yang 50 tahun ketinggalan dari masyarakat kaum lain apabila UMNO mendatangkan majlis-majlis yang berbentuk mengkhayalkan seperti majlis karaoke, joget dan minuman arak.


Orang Asli boleh melupakan tuntutan mutlak mereka keatas tanah, kehidupan yang lebih sempurna, kemudahan khidmat kesihatan, kemudahan persekolahan untuk anak-anak dan kemudahan pertanian serta usaha-usaha membasmikan kemiskinan.


Persepektif itu sudah mula berubah apabila Parti Keadilan Rakyat menghadirkan diri ke perkampongan mereka dengan membawakan slogan perjuangan sebagai suatu Harapan Baru bagi mereka untuk merubah fikiran agar mereka terlibat didalam gerakan supaya membebaskan diri mereka dari cengkaman kemiskinan yang perlu dimulakan dengan kesedaran dan keinsafan serta menolak sikap merendah diri berhadapan dengan tindakan yang merugikan kaum mereka yang didatangkan oleh UMNO.


Kini seramai 446 orang dari kaum Orang Asli didalam DUN Jenderak sudah pun menyertai keahlian Parti Keadilan Rakyat dan golongan ini mulai memimpin masyarakat kaum mereka untuk berjuang diatas landasan sebenar. Mereka tidak mahu lagi dikhayalkan dengan perkara-perakara yang tidak berfaedah untuk masa depan mereka dan anak cucu mereka.


Kami menjemput pimpinan Negeri, Bahagian-Bahagian serta cawangan-cawangan PKR seluruh Pahang ke DUN Jenderak. PKR Bahagian Kuala Krau mengadakan program mingguan diperkampongan Orang Asli disini.


Majlis Dailog akan diadakan pada 6hb Jun 2009 jam 4.00 petang di Kg Paya Pelong dan 7hb Jun 2009 jam 4.00 petang di Kg Berdut. Marilah bersama-sama kami memperjuangkan hak Orang Asli dan bersama kami menjadi ejen perubah bagi masa depan Orang Asli.

Monday, May 25, 2009

Mesyuarat Petugas-Petugas Pahang di Kg Mengkuang Semarak

Pagi ini jam 10.00 saya memanggil semua petugas-petugas Pahang untuk bermesyuarat. Petugas-petugas Pahang yang ada di Penanti sudah melebihi 25 orang, tetapi setakat ini mereka bergerak di beberapa JDM tanpa koordinasi pusat.
Ada di Mengkuang, ada di Tanah Liat, ada Guar Perahu dan berbagai tempat lagi. Pada hari ini saya akan cuba menyatukan kekuatan Pahang supaya kesemuanya berpusat di Mengkuang Semarak dibawah satu arahan Pahang dan diletakkan dibawah JDM 4 bertugas untuk Markas Mengkuang Semarak.
Saya juga sudah berbincang dengan YB Fuziah Salleh dan telah juga berbincang dengan Sdr Faris, dan saya jemput Sdr Faris ke mesyuarat jam 10 itu kerana beliau mahukan sebahagian dari AMK Pahang diletakkan dibawah AMK Pusat yang mempunyai tugas-tugas tertentu.
Kita mahu "head count" dahulu. Berapa ramai petugas-petugas Pahang yang sudah tiba di Penanti. Dan selepas itu kita boleh juga bermurah hati untuk mengagih-agihkan tugas ke lain-lain JDM yang memerlukan.
Petugas-petugas Pahang akan sampai lagi pada hari ini sehinggalah 27hb nanti. Kuantan akan sampai pada hari ini. Kuala Krau akan sampai pada 26hb, Sdr Harris dari Raub dengan kumpulannya akan sampai.
Sdr Haji Abas, Ketua Penerangan akan sampai dalam sehari dua ini, dan apabila petugas-petugas Pahang sudah memenuh dari setiap Bahagian, kita akan dapat kumpulkan lebih dari 50 orang yang bertugas di Penanti sehingga ke Hari Pembuangan undi.
Tugas kita di Penanti ini adalah jauh lebih berat dari Pilihanraya-Pilihanraya Kecil yang lain. Di PRK yang lain, ada momentum, kerana kita ada perlawanan sebenar. Di sini, kita tidak berjumpa dengan lawan kita. 3 orang calon Bebas itu entah duduk di mana. Mereka tak sampai ke kampong-kampong, mereka tidak ada jentera, mereka tidak ada poster, mereka tidak ada ceramah, dan tv dan surat khabar pun tak berbicara tentang pilihanraya ini. Aman, begitu aman!
Suasana ini tidak baik. Suasana ini sejuk. Suasana ini boleh menyebabkan keadaan selesa. Suasana ini boleh menyebabkan orang tidak keluar mengundi. Bagi mereka, PKR sudah menang, samada mereka keluar atau tidak mengundi.
Kita mahu ubah persepsi ini. Kita mahu rancakkan suasana ini. Kita mahu pengundi-pengundi "excited" dan kita mahu menang besar. Dan untuk itu kita mahu mengunjungi setiap rumah yang ada di Penanti. Kita mahu pengundi-pengundi dengan penuh semangat keluar mengundi dan memenangkan calon PR, Dr Mansor Othman, dengan cara yang lebih bergaya.
Dan justeru kerana itu, kita mahu Bahagian-Bahagian di Pahang hadir ke Penanti untuk menjalankan tugas kita merancakkan perjalanan Pilihanraya ini!

Sunday, May 24, 2009

PPN Pahang di Kg.Mercang, Terengganu.


Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman telah diundang untuk menyampaikan ceramah oleh PKR Dungun di kampung Mercang, Terengganu. Encik Razali Alias selaku wakil PKR Dungun dan Ustaz Suhaimi daripada PAS turut hadir dan memeriahkan suasana ceramah pada malam tersebut. Penduduk di kampung Mercang ternyata mahukan perubahan walaupun agak segan-segan untuk ke depan tetapi kehadiran agak menggalakkan dikubu kuat UMNO tersebut. Sikap takut UmnoBN yang tidak menyertai PRK Penanti diibaratkan oleh Dato' Fauzi sebagai tanda hayat UMNO sudah hampir menuju kehancuran dan sudah tidak relevan lagi. Beliau menyeru rakyat Terengganu, khasnya di kampung Mercang untuk menolak UMNO/BN pada pilihanraya akan datang dan memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat yang lebih mengutamakan kepentingan rakyat seperti yang telah ditunjukkan di 5 negeri dibawah kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak(Sebelum hak dirampas oleh UMNO/BN).
Kebangkitan rakyat, terutama golongan muda yang sudah tidak dapat menerima kehadiran UMNO/BN dalam pentas politik negara haruslah diikuti oleh semua lapisan golongan bagi merealisasikan kehendak rakyat untuk melihat UMNO/BN akan berkubur di PRU13 nanti.



Najib Khianati Orang Melayu?*
Dari blog http://Lanailestari.blogspot.com
Malaysiakini melaporkan kenyataan Najib bahawa DEB akan dihapuskan.Kenyataan tersebut di buat oleh Najib kepada akhbar Straits Time Singapura sewaktu lawatan sulungnya sebagai Perdana Menteri ke Republik tersebut.

Saya mengalu-alukan kenyataan bagi menamatkan riwayat DEB yang telah pun melangkaui had masanya,pada masa yang sama saya menjadi sedikit berprasangka dengan Najib;persoalan yang bermain di benak saya ialah kenapa Najib “berani” mengumumkan perancangan menghapuskan DEB tersebut di Singapura dan tidak di tanahair?

Pada hemat saya,Najib tidak punya keberanian politik dan moral untuk mengumumkan pendiriannya bagi menghapuskan DEB yang merupakan ‘brainchild’ ayahanda beliau,Tun Razak.Sementara kajian oleh para akademia dan mereka yang berwenang mendapati,antaranya,DEB telah disalahgunakan untuk mengkayakan segelintir individu yang rapat dengan UMNO selain membiakkan budaya KKN sedangkan masih ramai bukan sahaja dari kalangan Orang Melaytu/Bumiputera malah yang bukan Melayu di ulit kemiskinan tetapi sejak sekian lama UMNO tetap mempertahankan dasar yang telah diseleweng ini.

Pada perkiraan Najib,dengan membuat kenyataan di Singapura tentunya beliau berharap tidak ada “backlash” dari kalangan yang akan mengkritik dan mengecam beliau;ini jelas jika dilihat dari liputan dari stesen TV Malaysia yang langsung tidak menyebut tentang kenyataan Najib untuk melupuskan DEB.Tidak ada sebarang ulasan atau komentar yang diberikan melalui TV dan saya kira,akhbar-akhbar perdana juga samada tidak akan memaparkan berita ini ataupun sekadar memberikan ruang yang kecil sedangkan kenyataan yang keluar dari mulut Najib itu penting dalam konteks yang merangkumi dasar negara.

Sebagai seorang yang meyakini bahawa DEB seumpama ubat lepas tarikh (expired) serta meyakini pula dasar yang dibawa oleh Pakatan-Agenda Ekonomi Malaysia yang dicanangkan oleh Keadilan yang saya kira di komplimentarikan (complement) oleh Dokumen Negara Berkebajikan yang dibawa oleh PAS-kenyataan Najib ini dilihat sebagai “mencuri” idea dan gagasan pembangkang.Najib,pada masa yang sama,gagal memperincikan gagasannya samada dari sudut idealisme mahupun falsafah dan pengisian wadah yang akan dibawa bagi menggantikan DEB (malah berkaitan 1Malaysia pun sehingga kini saya gagal melihat idealisme serta falsafah yang ingin diketengahkan selain dari retoriks dan kenyataan lintangpukang dari Rais Yatim yang terlalu dilihat membodek bossnya).

Apakah bentuk dan susunatur dasar yang akan dibawa menggantikan DEB?Bagaimana rupa wajah dan pengisian serta falsafah yang akan dicanangkan?Siapakah yang menjadi sasaran serta bagaimana akan dicernakan dalam konteks kemajmukan masyarakat dan iklim ekonomi?Bagaimana dengan masalah yang sememangnya mendasar yakni agihan kekayaan yang tidak adil,rasuah yang membarah,jurang pendapatan dan kekayaan antara orang Melayu dan bukan Melayu?Bagaimana pula dengan statistiks yang menunjukkan nisbah professional Melayu berbanding bukan Melayu yang jauh melebar?Sistem pendidikan yang bercelaru khususnya PPSMI yang tidak menguntungkan anak-anak sekolah?

Kesemua persoalan ini,saya masih tidak menemukan sesuatu gagasan serta idea besar lagi segar dari Najib.Apa yang ada setakat ini hanyalah sekadar retoriks dan klise yang sangat-sangat diragui bukan sahaja keikhlasannya malah kemampuan untuk direalisasikan selain kemampuan kecendiakawanan (intellectuality) Najib sendiri.

Apabila Anwar Ibrahim mencadangkan agar DEB dihapuskan,terdengar soraksorai yang begitu riuhrendah dari kalangan pemimpin UMNO.Maka bertebaran kecaman dan fitnah seperti Pengkhianat Melayu,Alat Cina,Tak Mengenang Budi dan pelbagai lagi yang ditujukan kepada beliau.Malah para pensyarah Universiti pun dipanggil tampil di kaca TV kononnya mengupas secara ilmiah lagi berilmu buat mempertahankan DEB dan pada masa yang sama mencela serta mengecilkan gagasan besar Agenda Ekonomi Malaysia yang dibawa Anwar.

Gunanya untuk memperlihatkan kepada rakyat bahawa gagasan yang dibawa Anwar kononnya merugikan orang Melayu serta tidak lebih dari upaya untuk menarik sokongan masyarakat bukan Melayu.Pun begitu yang dikesalkan tidak ada suatu kritikan membina yang dilontarkan untuk menyegarkan perdebatan sebelah pihak itu.Saya kira kita mengalu-alukan masukan-masukan (input) yang dapat menjernihkan lagi gagasan dan idea tersebut tetapi apa yang berlaku hanyalah kecaman kosong yang tidak bersandarkan kepada tiang ilmu. Menyedihkan citra para ilmuan tanahair yang tidak lebih pengampu nombor wahid layaknya.

Nah,sekarang pemimpin ‘numero uno’ UMNO sendiri yang mencadangkan di Singapura untuk menamatkan DEB tetapi gagal pula menonjolkan gagasan dan idea sebagai ganti kepada dasar tersebut.Saya ternanti-nanti apakah reaksi dari kalangan pemimpin UMNO sendiri termasuk Ketua Pemuda Khairy Jamaludin serta para profesor terutamanya Ibrahim Shah UiTM;apakah kelak akan dianjurkan perarakan atau demontrasi oleh para pelajar UiTM dibawah Ibrahim Shah bagi membantah kenyataan Najib tersebut?

Saya juga menunggu sikap para pengemudi suratkhabar seperti Utusan Malaysia,apakah akan ada tulisan Lidah Pengarang yang berani mengkritik Najib atau sekurang-kurangnya menyeru agar DEB di pertahankan?Lebih jauh dari itu,apakah nanti ada yang berani melabelkan Najib sebagai pengkhianat atau tidak mengenang budi atau alat cukong Cina?

Saya berpandangan memahami budaya politik mual tajaan UMNO,apa yang berlaku ialah tidak akan ada suara-suara dari mereka yang berwenang dari dalam UMNO sendiri yang berani untuk mengkritik Najib seperti pengalaman yang di lalui oleh Anwar Ibrahim.Mereka tentunya akan menari mengikut rentak gendang yang dipalukan Najib walaupun iramanya sumbang.Ertinya mereka tetap bersedia untuk menjadi hipokrit-sebelum ini bak pahlawan Melayu sejati mempertahan DEB dan mengecam sesiapa sahaja yang tidak bersetuju-tetapi kini akan mengubah nada dengan memuji dan memuja Najib semahunya.
Dalam hal ini,saya kira sesungguhnya Keadilan telah jauh terkehadapan.
Seruan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim agar DEB dimansuhkan yang perlu digantikan dengan dasar yang lebih pragmatiks dan memenuhi kehendak rakyat iaitu Agenda Ekonomi Malaysia yang telah dihidangkan kepada rakyat membuktikan komitmen Keadilan untuk membina negara bangsa yang benar-benar adil dan bertunjangkan kepada mengangkat maruah dan hak rakyat.Pandangan jauh pimpinan yang mengarifi denyut nadi rakyat jelas memperlihatkan upaya untuk membina Malaysia yang adil dan makmur.
Ertinya,tatkala Keadilan telah lama bersedia,UMNO kelihatannya gagal total untuk membawa gagasan yang ampuh;kenyataan Najib di Singapura itu tidak lebih dari omong kosong tanpa wajah dan roh.
*Tajuk asal artikel ini ialah ''DEB Akan DiHapuskan,Kata Najib".

Saturday, May 23, 2009

Isteri Mohd Nor Bakar meninggal dunia

Al-Fatehah



Inna Lillah Wainna Ila Hirojiun. Semua jentera Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang yang bertugas di PRK Penanti mengucapkan takziah kepada Sdr Mohd Nor Bakar kerana isterinya telah kembali ke rahmatullah.


Sdr Mohd Nor Bakar adalah Ahli jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau dan Ketua PKR Cawangan Felda Jenderak Utara.


Moga-moga Allah mencucuri rohnya, Amin ya rabbal Alammin.

Suasana Hari Pencalonan di DUN Penanti

Bersama ibu menuju ke Tempat Penamaan Calon
Kerusi yang dijulang itu ada Kerusi Speaker V. Sivakumar

Di hujung sana Tempat Penamaan Calon


Walaupun UMNO sudah menikus, penyokong PR tetap bersemangat

Menuju Ke tempat Penamaan Calon

Wanita KeADILan memang hebat!

Tengok tu, tak perlu ramai pun. Kalau UMNO bertanding, kena ramailah mereka tu, sebab UMNO tu ganas, berjuta-juta habis kalau UMNO masuk. So, UMNO ni menyusahkan rakyat!

Latheefa Koya, Ketua Penerangan PKR, menunggu sama

Mana lawan sebenar? Mana ada, mereka tu pengecut! Ini pertanda UMNO sudah hampir menjadi sejarah dan tinggal di muzium.

Sementara menunggu pengumuman dari SPR bergambarlah dengan kawan-kawan, kenal tak? Ah, tu ada Syed Sahir, Presiden MTUC dan disitu juga ada James Hj Ghani, KeADILan Sabah, kan ada Ustaz Badrul Amin, kenal? Biasa berkopiah kan?


Cukup ramai yang hadir, tapi tak meriah kerana UMNO telah membangsatkan diri!


Wanita KeADILan menunggu arahan

Nampak tak helicopter dilangit tu? Berlegar-legar tak sudah-sudah, berapakah belanja, dan apakah feaedahnya? Habis-habis cakap pembaziran, Puak-puak tu lah yang membazir!
Setelah diumumkan 4 orang calon diterima bertanding, Dr Mansor Othman dari KeADILan ditandingi oleh 3 orang calon bebas. Seorang calon Bebas ditolak. UMNO? Mengecut!












Thursday, May 21, 2009

Berita Ringkas - Pahang disana-sini

Ku Lan melaporkan dari Jerantut: Kenapa terlalu banyak road-block dan terlalu banyak rondaan polis di kampong-kampong di Jerantut dan Kuala Krau sehingga menyusahkan peneroka-peneroka Felda dan Orang-Orang Kampong mencari rezeki. Kebanyakan motosikal Orang Kampong dan Peneroka Felda yang digunakan di dalam jalan kampong dan ladang tidak ada road tax dan mereka takut mahu keluar untuk bekerja menggunakan motosikal masing-masing.
Basri Hok dari Kg Pasu melaporkan: RISDA berjanji untuk membayar setiap bulan kepada pemilik-pemilik saham Orang Asli di Kg Pasu apabila mereka mahu mengambil tanah Orang Asli untuk TSK dahulu, tetapi sekarang ini sehingga setahun pun RISDA tak bayar sedangkan mereka membawa keluar buah sawit dari Kg Pasu dua kali sebulan. Orang Asli Kg Pasu bertanya: Mana duit Orang Asli yang dijanjikan?
Mohd Nor Hassan melaporkan dari Bentong: Jabatan Pengarah Pilihanraya PKR Pahang telah berlepas ke Penanti dan menyediakan dua buah rumah untuk petugas-petugas Parti di DUN Penanti. Petugas-petugas Pahang disatukan dengan Johor untuk bertugas di JDM Mengkuang. Sdr Zaidi, Setiausaha PKR Negeri berada didalam rombongan itu.
Azmin Zainon melaporkan dari Kuala Krau: AMK Kg Pian akan mengadakan pertandingan bolasepak di Kg Pian bertujuan memungut derma untuk mangsa kebakaran di Kg Pian, dan tarikh tentatifnya adalah 12 dan 13hb Jun. Jika tarikh ini bertembung dengan Mesyuarat Agung Luar Biasa PKR, maka tarikh itu akan dianjakkan kepada minggu seterusnya. Sementara itu Rotary Club Temerloh akan menghulurkan wang sumbangan RM500.00 kepada mangsa kebakaran di Kg Pian pada 21.5.09 jam 5.00 petang di Kg Pian.
PKR Bahagian Kuala Krau masih lagi mengumpulkan sumbangan dari Orang Ramai untuk mangsa kebakaran di Kg Pian (Sdr Faizal a/l Desau, seorang ahli PKR). Apa-apa bentuk sumbangan samada kain-baju - untuk orang dewasa dan kanak-kanak, lelaki-wanita - atau wang ringgit, atau pinggan mangkuk, alat-alat memasak dan kosmetik bolehlah disumbangkan melalui PKR Bahagian Kuala Krau melalui hp 0199321260 atau email lksuhaimi@gmail.com.
Bob Bokhari melaporkan dari Lipis: Lipis merupakan suatu kawasan Parlimen yang sangat berpotensi untuk dimenangi oleh PR tetapi pihak PR perlu menjalankan kerja dari sekarang, dan kawasan DUN Cheka merupakan DUN yang paling cerah untuk memberikan kemenangan kepada Parti Keadilan Rakyat dengan syarat Parti itu hendaklah menjalankan kerja parti dan masyarakat bermula dari sekarang dan memperkenalkan calon yang akan bertanding.

Wednesday, May 20, 2009

Berita PKR Pahang di sana sini

PKR Paya Besar melaporkan: PKR Paya Besar bersama-sama dengan Sder Ram Ponnusamy, Timbalan Pengerusi PKR Pahang telah membuat lawatan menemui masyarakat Kg Pancing pada 19hb Mei 2009 dan selepas itu berlepas ke Klang untuk melawat seorang anak ahli yang dimasukkan kedalam ICU.
PKR Maran melaporkan: Seramai 46 orang Asli telah menyertai ahli PKR semalam dan akan menubuhkan sebuah cawangan di perkampongan Orang Asli setelah penubuhan Jawatankuasa Penaja.
AMK melaporkan: Seramai 15 orang kontinjen AMK Pahang akan berlepas ke Penanti bagi membantu calon PKR didalam PRK dan akan hadir disana pada 22hb Mei 2009. Mereka akan berlepas secara berkonvoi.
PKR Kuala Krau melaporkan: Seramai 35 orang ahli baru telah diterima dari masyarakat Kuala Krau, 16 darinya adalah dari Kg Pian (perkampongan Orang Asli) semasa diadakan majlis silaturrahim diantara ahli-ahli cawangan Kg Pian dan AJK Bahagian.
Mesyuarat JK Bahagian Kuala Krau diadakan pada 18hb Mei 2009 jam 9.00 malam di Felda Jenderak Utara.
Semua Bahagian PKR di Negeri Pahang boleh menghubungi 0199321260 untuk membariskan berita dari Bahagian masing-masing. Juga digalakkan berita-berita parti dan masyarakat daripada ahli-ahli seluruh Pahang.

Tuesday, May 19, 2009

Perjuangan Membasmi Kemiskinan Tegar Tidak akan selesai selagi kemiskinan di perkampongan Orang Asli tidak berjaya

Sudah 50 tahun Negara ini Merdeka. Setiap tahun dilaungkan MERDEKA di Ibu Negara dan disemua Ibu-Ibu Negeri, dengan perbelanjaan berjuta-juta ringgit dihabiskan, tetapi marilah kita lihat dengan mata kepala kita sendiri. Lihatlah gambar ini. Lihatlah rumah ini, bayangkanlah kehidupan yang dijalani oleh keluarga ini.
Setiap tahun budget diumumkan di Parlimen dan peruntukan untuk Orang Asli ditambah dari tahun ke tahun. Ke poket mana kah perginya peruntukan itu? Jabatan Hal Ehwal Orang Asli nampaknya semakin canggih. Pejabat-pejabat diseluruh Negaranya makin cantik dan canggih. Ada pula kereta-kereta canggih yang semakin mahal untuk pegawai-pegawai dan kakitangannya, dan kalau ada EXCO-EXCO Kerajaan Negeri atau Menteri-Menteri Pusat datang melawat, wah, bukan main sibuk mereka di Jabatan itu, bermegah-megah kononya nak menunjukkan berbagai program ekonomi, kesihatan dan pendidikan telah dijalankan oleh Jabatan itu untuk Orang Asli. Bukan main lagilah Tok-Tok Batin yang mengampu itu yang akan menerangkan betapa berterima kasih mereka kepada kerajaan Barisan Nasional seolah-oleh nasib kaum mereka sudah terbela.
Orang Asli masih jauh ketinggalan. Ada lagi Orang Asli yang hanya tinggal didalam pondok bertiang kayu 4 batang dan beratap daun-daun kayu. Lantainya adalah tanah. Marilah membuat lawatan ke Rezab Krau di Daerah Raub. Temuilah kaum Chewong disana. Bukan saja tidak ada tempat tinggal bahkan mereka itu tidak didaftar pun kelahiran mereka. Mereka tidak ada kad pengenalan. Apa Jabatan Orang Asli buat?
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli sudah menjadi organisasi menjaga Jabatan bukan organisasi mentadbir dan menghulurkan bantuan kepada Orang Asli dan peruntukan yang begitu besar setiap tahun dihabiskan untuk Jabatan.
Dulu Orang Asli ditanggung segala-galanya untuk persekolahan anak-anak. Kini kedudukan mereka dah sama sahaja dengan orang lain. Jika mereka mempunyai 4 hingga 6 orang anak yang bersekolah, maka adalah anak-anak mereka terpaksa tidak bersekolah kerana mereka kini kena membayar semua bayaran yang dikenakan oleh sekolah sedangkan pendapatan mereka bukan saja kecil bahkan tidak menentu.
Apabila Parti Keadilan Rakyat memulakan langkah memperjuangkan hak dan kepentingan Orang Asli, UMNO mengambil langkah memperhebatkan aktiviti-aktiviti berbentuk mengkhayalkan mereka seperti mengadakan majlis-majlis karaoke, konsert, joget dan minuman arak. Aktivit negatif ini telah dilakukan oleh UMNO sejak dulu lagi. Walaupun masih ada Orang Asli yang masih terpesona dengan aktiviti khayalan itu, sudah muncul pula golongan berani dan insaf dikalangan mereka yang memperjuangkan nasib, hak dan kepentingan Orang Asli untuk meningkat taraf hidup kaum mereka sejajar dengan masyarakat lainnya.
Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang sudah pun menubuhkan Biro Hal Ehwal Orang Asli untuk meningkatkan perjuangan sebenar bagi Orang Asli, dan Biro ini mengalu-alukan semua pihak untuk menyumbangkan kepada perjuangan ini. Silalah hubungi saya, Haji Suhaimi Said No. h/p 0199321260 atau email: lksuhaimi@gmail.com
Untuk mengikuti berita-berita mengenai perjuangan Orang Asli sila baca http://lubokkawah.blogspot.com

Monday, May 18, 2009

Mari kita berkenalan dengan rakan-rakan pimpinan dari Bahagian Kuala Krau

Berbaju Merah. Dia adalah Razak Hussain, Timbalan Ketua PKR Bahagian Kuala Krau. Dulu seorang Pengurus PNF, kini berkerja sendiri
Azmi Zainon, Setiausaha PKR Bahagian Kuala Krau. Dulu kerja makan gaji dengan PNF, sekarang menjayakan kebun sendiri

Ini adalah Ketua AMK Bahagian Kuala Krau, lulusan dari Universiti Al-Azhar, Mesir - Mohd Hafez Harun
Cukuplah dulu, saya perkenalkan 3 orang ni dulu. Akan bertemu dengan pemimpin-pemimpin lain diwaktu yang lain pula.

Sunday, May 17, 2009

"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" - Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.
DUN Perak Bubar Isnin?
Kiriman Pink Turtle

Satu pengumuman besar dijangka dibuat pihak istana Perak Isnin depan yang mungkin mampu memecahkan kebuntuan politik yang melanda negeri itu dan seterusnya mengakhiri kemelut politik yang berpanjangan sejak tiga bulan lalu.


Menurut sumber pengumuman itu ada kena mengena dengan desakan rakyat Perak yang mahukan mandat mereka dikembalikan untuk memilih kerajaan pilihan mereka semula setelah Barisan Nasional mendalangi rampasan kuasa terhadap kerajaan sah Pakatan Rakyat 5 Februari lalu.


“Kemungkinan pihak istana mengumumkan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak adalah besar memandangkan situasi kemelut politki di anatara Pakatan Rakyat dan BN nampaknya tidak ada jalan keluar.

“Desakan rakyat supaya DUN dibubarkan dan pilihan raya negeri diadakan mungkin sudah dipertimbangkan semasak-masaknya oleh pihak istana dan demi kebaikan, kemakmuran dan kestabilan negeri Perak langkah ini sajalah yang terbaik bagi mengatasi krisis tersebut,” sumber memberitahu TV Antara.

Sekiranya ini berlaku Perak akan menyaksikan pilihan raya negeri pertama setelah pilihan raya umum tahun lalu. Pada PRU ke 12, Pakatan Rakyat memenangi 31 kerusi sementara BN pula mendapat 28 kerusi.

Perbuatan BN memujuk 3 Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat keluar daripada gagasan itu dan mengisytiharkan diri mereka sebagai ADUN bebas telah mencetuskan krisis politik yang paling buruk dalam sejarah moden Perak yang turut mengheret institusi raja, badan-badan kehakiman dan legislatif.

Beberapa perkembangan yang berlaku kebelakangani ini juga mungkin mempengaruhi pihak istana untuk memperkenankan pembubaran DUN. Antara yang paling penting ialah senario persefahaman yang telah wujud di antara Pakatan Rakyat dan BN berkaitan jalan penyelesaian krisis politik Perak. Beliau juga berkata isu sama ada DUN Perak akan dibubarkan atau tidak kini terletak ditangan Sultan.

Walaupun Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini berkeras tidak mahu mengadakan pilihan raya baru negeri melalui pembubaran DUN namun kini beliau dilihat sudah berlembut dan mahu berdialog dengan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat pula atas dasar mahu melihat penyelesaian kemelut politik tersebut diatasi secara aman bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan BN tetapi prinsip pembubaran DUN tetap dipertahankan.

Ini kerana menurut Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim hak rakyat perlu dikembalikan semula jika amalan demokrasi sihat mahu diwujudkan di negera ini serta menolak budaya kedurjanaan politik.

Walaupun menurut perlembagaan pembubaran DUN adalah di atas nasihat Menteri Besar namum pensyarah undang-undang Universiti Islam Antaranbangsa Malaysia, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata Sultan mempunyai kuasa khas yang jarang digunakan yang membolehkan baginda membubarkan DUN selaku kedudukan sebagai Sultan.

“Dalam keadaan di mana sesuatu keadaan itu tidak lagi boleh diselesaikan melalui kompromi politik dan juga proses perundangan baginda Sultan boleh menggunakan “reserve power” baginda untuk membubarkan Dewan tanpa merujuk kepada Menteri Besar apatah lagi dalam keadaan di Perak sekarang yang mempunyai dua penyandang jawatan,” Prof Aziz berkata.


Saturday, May 16, 2009

Majlis Bacaan Puisi Menentang PPSMI Anjuran PKR Kuala Krau

Kehadiran Orang Ramai di Malam Bacaan Puisi Menentang PPSMI anjuran Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau
Yassin Salleh "Yasleh", Star of the Night, Pengarah, Pelakon dan Penulis Skrip Filem Terbaik, "Dia Ibuku" membacakan sajak-sajak perjuangannya dan sajak-sajak menentang PPSMI

Datuk Mansur, bekas professor Universiti Tempatan, dengan penuh taksub dan emosi, menyatakankan penentangannya terhadap PPSMI melalui puisi-puisinya.


Datuk Amir Kahar, bekas Ajk Pemuda UMNO Malaysia, turut membacakan beberapa puisinya menentang PPSMI, dan begitu juga isterinya







Sdr Ahmad Nizam Hamid, Ketua PKR Temerloh, mendeklamasikan puisinya yang penuh dengan semangat perjuangan bangsa dan bahasa, dan disampaikan dengan nada perjuangan yang tinggi!

BACAAN PUISI MENENTANG PPSMI

Majlis bacaan puisi menentang PPSMI (Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris) telah dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau dengan dipengerusikan oleh Sdr Abd Kadir bin Abd Manap (Man Laksa) seorang pengarah, pelakon filem, penulis skrip dan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau.
Ramai pemuisi-pemuisi dari Pahang dan luar Pahang telah hadir membacakan puisi masing-masing bagi menyatakan penentangan mereka terhadap PPSMI termasuk juga dari Badan Penulis Negeri Pahang.
Saya? Saya pun turut baca, tapi bukan puisi saya, saya bacakan puisi yang dituliskan oleh Man Kadir (Man Laksa), kenapa? Saya mana reti menulis puisi! ha..ha..
PKR Kuala Krau menawarkan kepada mana-mana Bahagian PKR yang berhaja untuk menganjurkan bacaan puisi ini. Beritahulah. Hubungilah kami ditalian: 0199321260.

Wanita PKR Pahang - cukup hebat!


YB Zuraidah berucap dan merasmikan Seminar Wanita Pahang di Temerloh

Eh..eh..apa hal Suhaimi buat kat Seminar Wanita ni? Oi..oi.. takkan tak boleh kut, kan aku yang organisekan Seminar ni! Takkan tak boleh beri sikit taklimat. Sebenarnya Nacy Kong (kanan) Ketua Wanita PKR Negeri yang pinta aku beri taklimat sedikit, disebelah Nancy tu ialah Fatimah Ithnin, bekas Ketua Wanita PKR Negeri


Puan Fatimah Ithnin, Pengerusi JK Wanita Zon Tengah Pahang mengiringi YB Zuraidah mengagih-agihkan sumbangan kepada Wanita PKR Orang Asal dari kaum Jah Hut yang menghadiri Seminar Wanita PKR Pahang

Felicia, peguam dan AJK Wanita PKR Pusat membentangkan kertas kerja di Seminar Wanita Pahang bertajuk: Peranan Wanita Didalam Masyarakat

Protes Wanita PKR Pahang

Wanita PKR Pahang membantah politik hodoh BN khususnya isu YB Elizabeth Wong
Di tengah-tengah YB Zuraidah, Ketua Wanita PKR Pusat


Wanita PKR Pahang telah bermula dengan hebat. Bertempat di Temerloh, lebih dari 100 orang pemimpin-pemimpin wanita PKR Pahang dari seluruh Bahagian-Bahagian dari Negeri Pahang telah berikrar untuk menggerakkan wanita menjadi gerakan yang kuat dan tersusun.
Seminar yang diadakan itu telah mengambil ketetapan membahagikan Negeri Pahang kepada 3 zon, iaitu, Barat, Tengah dan Timur. Zon Barat mewakili Cameron Highlands, Lipis, Bentong; zon Tengah mewakili Jerantut, Maran, Kuala Krau, Bera dan Temerloh; dan zon Timur mewakili Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar, Pekan dan Rompin.
Seminar itu dirasmikan oleh YB Zuraidah, Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat.


Friday, May 15, 2009

Bagaimana kita mahu maju dan berjaya dalam perjuangan PKR?

Menurut ZAABA
“Perangai bergantung kepada diri sendiri ialah di antara sifat-sifat kelebihan yang membawa ketinggian umat dan kemajuan”
Bangsa yang terlalu bergantung pada orang, institusi tidak akan maju.

“Kemudian di sempurnakanlah balasan yang telah dijanjikan bagi tiap-tiap diri masing-masing kerana apa-apa yang ia masing-masing itu telah diusahakan (sendiri)"
Al-Baqarah:281

Rahsia kejayaan kita, parti kita bermula daripada setiap kata kita, sikap kita, keyakinan kita, ilmu kita, kesungguhan kita dalam perjuangan PKR. Perjuangan kita tidak boleh bergantung pada PAS, DAP atau kelumpuhan UMNO untuk mencapai kecemerlangan kita.

Marilah kita muhasabah diri kita sejauhmana usaha kita, pengorbanan kita, pendekatan kita dengan rakyat,
Jika usaha kita minimum bagaimana kita mahu mncapai hasil yang maksimum.

Oleh:
Haji Abas b. Haji Awang
Ketua Biro Penerangan PKR Pahang.

SIRI 2- Pembangunan MINDA (KEBEBASAN BERFIKIR)

1. MALIK BENNABI

“Perjuangan membebaskan tanah air harus segera di susuli dengan pejuangan memerdekakan MINDA” Kita sudah 50 tahun Merdeka tetapi setengah daripada kita masih terjajah MINDA.

Tuhan telah memberi akal kepada manusia. Manusia diberi kebebasan berfikir untuk menjadi manusia yang baik dan memnuat pilihan yang betul dalam hidup. Apabila manusia tidak diberi kebebasan berfikir, bererti mereka telah dihaiwankan. Al-Quran menjelaskan manusia tidak berfikir tarafnya seperti Al-An’am atau binatang ternak.

Rendera dalam puisinya DOA DI JAKARTA:

Tuhan yang Maha Esa,

Alangkah tegangnya,

Melihat hidup yang tegadai,

Fikiran yang dipabrikkan

Dan masyarakat yang diternakkan

Apabila rakyat tidak berfikir, rakyat lemah

Rakyat lemah adalah LIABILITY yang membebankan Negara.

Rakyat kuat adalah ASET yang berguna membangunkan NEGARA;


2. “Dan Allah memberi misal perbandingan dua orang lelaki, salah seorangnya bisu-pekak tidak mampu melakukan suatu apa pun, di samping menjadi beban kepada penjaganya. Ke mana sahaja dia diarahkan oleh penjaganya tidak menghasilkan sebarang faedah : Adakah dia (yang si lemah sifatnya itu) sama dengan orang yang (boleh berbicara) boleh menyuruh orang melakukan Keadilan dan dia sendiri di atas jalan yang lurus (dan benar)
Al-Nahl : 76

Apa yang boleh diharapkan daripada orang yang lemah, pekak dan bisu. Amalan politik sekarang hendak melahirkan orang yang pekak, tidak mendapat maklumat-maklumat yang benar. Perjumpaan, pertemuan ilmu tidak dibenarkan. Penceramah-penceramah ilmu tidak dibenarkan. Penceramah-penceramah yang jujur, ikhlas disekat daripada memberi maklumat dan ilmu yang benar. Orang-orang ini dibisukan dengan pelbagai akta. Suara rakyat disekat sedangkan pada hakikatnya SUARA RAKYAT, yang kuat dan berkualiti memberi sumbangan besar kepada bangsa dan negara.


3. Manusia yang berjaya adalah manusia yang membuat pilihan yang tepat. Manusia yang gagal kerana membuat PILIHAN yang tidak tepat. PILIHAN yang tepat bergantung pula kepada KEBEBASAN mendapat maklumat yang tepat, benar, dan berkualiti. Jika maklumat yang diterima tidak benar dan salah, ini akan menyebabkan seseorang silap dalam membuat pilihan. Orang itu menjadi bodoh yang diketogeri sebagai manusia yang pekak, bisu, dan lumpuh yang membebankan NEGARA.

Kita lihat masyarakat Cina yang mendapat maklumat yang benar, tepat dan berkualiti daripada akhbar dan media cina, menjadikan masyarakat Cina bijak dan pintar. Mereka membuat pilihan yang tepat dan memilih pemimpin yang tepat dan jujur dalam perjuangan.

Kenapa UMNO/BN membodohkan rakyat melalui Media Massa? Punca utamanya kerana pemimpin UMNO penuh dengan kezaliman, penyelewengan, rasuah dan lain-lain untuk teruskan kekalkan pemerintahan. Tindakan ini merugikan bangsa.

Tindakan zalim UMNO/BN menjadikan rakyat hilang keberanian. Perjuangan “Berani kerana benar takut kerana salah” tidak berlaku. Tetapi apa yang berlaku “Tidak berani walaupun benar dan tidak takut walaupun salah”

4. Orang yang berani kerana benar di”ISA”kan orang yang “tidak takut walaupun salah” dinaikkan pangkat memegang jawatan yang tinggi seperti Ketua Polis, Ketua Hakim, Menteri hatta Perdana Menteri.

Kata Daw Ang San Suu Kyi pejuang kebebasan dari Burma dalam pidatonya, Freedom from fear, “It is not power that corrupts but fear. Fear of losing power corrupts those who wield it and fear of scourge of power corrupts those who are subject to it…”

Kuasa itu sendiri tidak membawa kebejatan, tetapi takut kehilangan kuasa di kalangan penguasa yang menyebabkan melakukan tindakan bejat. Demikian juga ketakutan rakyat menghadapi keganasan penguasa menyebabkan kebejatan berleluasa.

Prof Syed Hussin Al-Atas membangkitkan bagaimana mahasiswa Universiti, pensyarah, professor yang ramai yang “the Captive Mind”. Professor dan Sarjana burung kakak tua. Dalam Krisis Politik Perak, ramai yang taraf pemikiran jauh lebih rendah berbanding dengan orang kampong.

Tugas kita dalam PKR hendaklah memperkasakan dan memulihkan MINDA RAKYAT daripada terjatuh dalam sifat haiwaniah dan berjiwa “Hamba”

Jiwa Hamba adalah jiwa lemah, mudah menyerah, hilang daya juang, tidak percaya diri dan tidak mempunyai wawasan.


Oleh:
Haji Abas b. Haji Awang

Ketua Biro Penerangan PKR Pahang.

Malapetaka di Kg Pian, 9hb Mei 2009

Inilah ahli keluarga Faizal bergambar didepan rumah mereka yang terbakar, 2 lagi anaknya tidak ada dalam gambar ini kerana berada di Hostel.
Azmi Zainon, Setiausaha PKR Bhg Kuala Krau sedang mencatatkan kerugian kepada Faizal dan keperluan Faizal untuk makan minum dan pakaian, beg plastik itu mengandungi pakaian dan 2 beg beras diserah kepada Faizal. Semalam, makanan-makanan lain telah diserahkan.

Inilah apa yang tinggal kepada rumah Faizal a/l Desau, Ahli PKR Kg Pian.
Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau merayu orang ramai menghulurkan sumbangan ikhlas untuk keluarga Faizal. Sumbangan boleh didalam bentuk makanan, pakaian, alat dan peralatan dapur, rumah dan kosmetik dan PKR Kuala Krau juga sedang mengumpulkan sejumlah wang asehingga RM5000.00 untuk mendirikan semula rumah Faizal a/l Desau.
Sumbangan berbentuk wang ringgit boleh disalurkan kepada akaun MBB Temerloh a/c no. 006052309973 atas nama Sulaiman @ Suhaimi bin Said. Hubungilah saya melalui h/p 0199321260.
Haji Suhaimi Said.


Thursday, May 14, 2009

Berita PKR Pahang dari Bahagian-Bahagian

Sdr Atan, Ketua PKR Cawangan Felda Lepar Utara
Sdr Atan, yang juga Ahli Jawatankuasa Biro Hal Ehwal Felda PKR Pahang mewakili zon Timur melapurkan bahawa reaksi kepada penubuhan PKR Cawangan Felda Lepar Utara 2 pada 7hb Mei 2009, UMNO Bahagian Paya Besar menurunkan 2 orang wakil rakyat mereka untuk Majlis Taat Setia ke Felda Lepar Utara pada 17hb Mei 2009 ini.
Bagaimanapun, sebahagian besar dari ahli-ahli UMNO Cawangan Felda Lepar Utara 1 akan memboikot lawatan dua orang wakil rakyat tersebut kerana program mereka datang ke Lepar Utara seolah-olah melepaskan batuk ditangga. Jika PKR tidak menubuhkan cawangan, UMNO Bahagian Paya Besar dan wakil-wakil rakyat mereka masih berpeluk tubuh.
Disamping itu juga telah berlaku peristiwa tuduh-menuduh dikalangan ahli-ahli UMNO dan Jawatankuasa Cawangan dan mereka sudah berada didalam keadaan yang tidak menentu arah.
Sdr Atan juga memberitahu bahawa PKR Cawangan Felda Lepar Utara akan menghantar protes kepada pihak JKKR kerana UMNO dibolehkan menggunakan Dewan JKKR sedangkan Dewan itu adalah hak semua peneroka Felda kerana dibiayai dari potongan pendapatan semua peneroka-peneroka disitu, dan apa haknya JKKR mengeluarkan wang untuk majlis jamuan serta hadiah meraikan program UMNO.
Peneroka-peneroka Felda Lepar Utara sedang menempuh zaman perubahan didalam perjuangan hakiki mereka sebagai peneroka untuk kepentingan mereka dan generasi mereka yang akan datang.
Dari Kg Mendoi, Kuala Krau
Sdr Jahidin dari perkampongan Orang Asli Kg Mendoi di Kuala Krau melahirkan rasa tidak puas hatinya kerana di kampong tersebut belum ada Jalan Tar yang sempurna. Disamping itu pula mereka tidak puas hati kerana rumah-rumah PPRT yang dijanjikan oleh Kerajaan tidak dapat dibina tahun ini.
Sdr Mohd Nor Hassan, Pengarah Pilihanraya PKR Pahang melapurkan
Beliau didalam perjalanan pulang dari Penanti. Disana beliau telah dapat berbincang dengan semua pihak yang terlibat dengan Pilihanraya Kecil DUN Penanti. Seterusnya, beliau menyatakan bahawa 2 buah rumah sudah dikenalpasti untuk menempatkan petugas-petugas dari PKR Negeri Pahang yang akan terlibat didalam Pilihanraya Kecil tersebut, dan beliau memohon semua Bahagian memberitahu beliau jumlah kehadiran dari setiap Bahagian di Penanti untuk kemudahan penempatan.
Haji Zahari, Ketua PKR Bahagian Paya Besar melapurkan
Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Pahang akan merasmikan sebuah cawangan baru iaitu Cawangan Batu 12, Taman Seri Ku, Gambang didalam Bahagian Paya Besar pada 17hb Mei 2009 jam 9.00 malam.
Sdr Rosli Ahmad dari Felda Kota Gelanggi 2 melapurkan
Beberapa buah cawangan baru akan ditubuhkan disekitar Felda gugusan Kota Gelanggi dimulakan dengan Felda Kota Gelanggi 4. Tarikh dan tempat perasmian akan diberitahu kelak. Sementara itu sebuah lagi cawangan akan ditubuhkan iaitu PKR Cawangan Sg Tekam Utara, pembentukan JK Penajanya akan dibuat tidak lama lagi.
Sdr Azmi Zainon, Setiausaha PKR Bhg Kuala Krau melapurkan
Majlis "Makan Bubur Kacang" akan diadakan di Cawangan PKR Kg Pasu, Kuala Krau pada 17hb Mei 2009 jam 4.00 petang di rumah Ketua Cawangan kampong tersebut, Sdr Basri Hok.
Disebelah malam pula, iaitu jam 9.00 malam (17.5.09) akan diadakan Mesyuarat Jawatankuasa PKR Bahagian Kuala Krau dirumah Pengerusi Tetap PKR Bahagian Kuala Krau, Sdr Alias Yasak Idris, 231 Felda Jenderak Utara. Ahli-ahli Jawatankuasa PKR Cawangan Felda Jenderak Utara, akan turut hadir didalam Mesyuarat tersebut.
Sebuah Jawatankuasa Penaja PKR Cawangan (baru) di Kg Dato Shariff Ahmad akan ditubuhkan sebelum PRK Penanti.
Beliau juga melapurkan bahawa akan berlaku penghijrahan ahli-ahli dari sebuah Bahagian berdekatan, namun, perkara tersebut akan diirujuk terlebih dahulu kepada Pengerusi Perhubungan Negeri Pahang.
Sdr Rabidin Kasmawi, Ketua PKR Bahagian Rompin melapurkan
PKR Bahagian Rompin bersama-sama dengan PAS kawasan Rompin telah mengadakan ceramah umum di Felda Keratong 5 pada 13hb Mei 2009 dengan penceramahnya terdiri daripada Sdr Azman Sarpawi dari PAS dan Ustaz Suhaimi Lahuri, Ketua AMK Bahagian Rompin.
Satu lagi ceramah akan diadakan di Felda Keratong 8 dengan mengundang Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi PKR Negeri Pahang dan Sdr Shamsul Iskandar, Ketua Angkatan Muda Keadilan pada 17hb Mei 2009 jam 9.00 malam.
Manakala Sdr Shamsul Iskandar akan menyampaikan hadiah pertandingan Carrom yang dianjurkan oleh AMK Bahagian Rompin di Felda Keratong 3 pada 17hb Mei 2009.
Suatu breakthrough telah dapat disempurnakan disebuah perkampongan Orang Asli apabila sebuah cawangan baru telah dapat ditubuhkan di Kg Inoi, didalam DUN Muadzam pada 8hb Mei 2009 yang lalu.
(Ruangan berita dari Bahagian-Bahagian ini akan menemui para pembaca Blog PKR Pahang dari masa ke masa, dan semua Ketua, AJK dan ahli-ahli PKR seluruh Pahang digalakkan menghantar berita seacap mungkin yang boleh, dan berita-berita bolehlah dihantar melalui sms 0199321260 atau e-mail kepada saya lksuhaimi@gmail.com untuk kita kongsikan pengalaman kita bersama -- Haji Suhaimi Said).

Wednesday, May 13, 2009

Cawangan-Cawangan di dalam Rancangan Felda Bahagian Paya Besar bergerak aktif

Sdr Haji Zahari, Pmg Ketua Bahagian PKR Paya Besar melapurkan bahawa perkembangan cawangan-cawangan PKR didalam Rancangan-Rancangan Felda didalam Bahagian itu amatlah menggalakkan.
Kesemua cawangan didalam Rancangan Felda di Bahagian Paya Besar mencatatkan pertambahan ahli dan setiap cawangan berjaya mengadakan program-program untuk ahli dan masyarakat.
Bahagian Paya Besar telah berjaya menembusi semua rancangan-rancangan Felda di Bahagian itu, dan Bahagian juga berjaya menubuhkan organisasi wanita Bahagian, buat kali pertamanya.
Sementara itu Sdr Atan, Ketua PKR Cawangan Lepar Utara telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Biro Hal Ehwal Felda mewakili Bahagian Paya Besar untuk Zon Timur, dan beliau melapurkan bahawa UMNO Cawangan Felda Lepar Utara akan mengadakan Majlis Penerangan Taat Setia sebagai reaksi kepada penubuhan PKR Cawangan Felda Lepar Utara.
Didalam pada itu telah berlaku peristiwa cabar-mencabar dikalangan ahli-ahli UMNO Felda Lepar Utara dan ada diantara mereka telah menurunkan Bendera UMNO.
Sdr Atan melapurkan bahawa lebih 100 orang ahli UMNO akan menyertai PKR disamping 101 orang dari kalangan ahli-ahli UMNO itu yang sudah keluar parti itu dan menubuhkan cawangan PKR di Felda Lepar Utara.
---lapuran perkembangan PKR didalam Rancangan Felda disediakan oleh Biro Hal Ehwal Felda PKR Negeri Pahang.

Dia ni nak perbodohkan siapa?
Peguam Shafee Abdullah ni tau ke apa yang dia cakap? Speaker baru (Haram) boleh panggil sidang DUN tergempar? KARUT!

Bila Mahkamah dah putuskan DS Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan tidak pernah mengosongkan jawatan MB Perak, maknanya Zamberi TIDAK ADA HAK menghadap Sultan untuk mohon perkenan diadakan sidang DUN 7 Mei yang lalu kerana Zamberi BUKAN MB yang sah.

Dengan lain perkataan (dan meminjam kata-kata Gani Patail), secara automatiknya, sidang DUN 7 Mei 2009 adalah TERBATAL dan TIDAK SAH. Segala apa yang diputuskan dalam sidang berkenaan termasuk memilih speaker baru (haram) juga TERBATAL dan TIDAK SAH. Jadi, jawatan Speaker masih kekal disandang YB Sivakumar. Jadi, kamu jangan nak merepeklah Shafee.

Mana boleh Zamberi yang hanya berstatus ADUN biasa di pihak pembangkang menghadap Sultan mohon perkenan untuk mengadakan sidang DUN 7 Mei lalu...

Peguam Shafee nak tipu siapa? Ahli Umno & BN, bolehlah dia tipu..... Jangan kembali menyulitkan keadaan yang sudah mula nak pulih, peguam kangkong woi...

UMNo/BN telah banyak menghabiskan masa, tenaga dan sumber kewangan (duit rakyat) sejak merampas Perak secara haram. Malah persidangan DUN haram yang dijalankan pada 7 Mei telah memakan belanja yang bukan sedikit - yang akhirnya menjadi sia-sia. Zamberi, tak payahlah kamu pergi membuat rayuan untuk mempertahankan jawatan MB haram kamu. Biarkan YAB DS Ir. Nizar menentukan halatuju pentadbiran negeri Perak yang telah kamu punah-ranahkan selama dua bulan yang lalu. Apakah masih tidak cukup segala sumpah-seranah yang telah kamu terima selama ini dan hendak terus berusaha untuk menerima laknat Allah SWT?

"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" - Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.

Kalau dah gila kuasa sangat,
lantak kamulah zamberi
korek, korek, korek lagi dalam....
wahai MB Haram

Nanti MAHKAMAH RAKYAT akan buat keputusan,
ok, mamak?

Biro Hal Ehwal Felda Terus Bergerak

Naib Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang bagi zon tengah Sdr Rosli Ahmad melapurkan bahawa beberapa buah cawangan baru akan ditubuhkan tidak lama lagi di Rancangan Felda Kota Gelanggi 4, Felda Sg Tekam Utara dan Felda Jengka 9.
Kerancakan ini dapat dilakukan setelah diadakan Majlis Dialog diantara Ahli-Ahli Jawatankuasa PKR Felda Kota Gelanggi 2 dengan Datuk Fauzi Abdul Rahman baru-baru ini.
Penubuhan PKR Cawangan Felda Lepar Utara yang dirasmikan oleh Pengerusi Perhubungan Negeri baru-baru ini yang turut dihadiri oleh penyokong-penyokong parti daripada beberapa buah rancangan yang berdekatan juga memberi perangsang kepada penyokong-penyokong untuk menubuhkan cawangan-cawangan baru di Rancangan-Rancangan Felda didalam Zon Tengah.
Sementara itu PKR Cawangan Felda Lepar Utara berjaya menarik lebih ramai lagi ahli-ahli baru dan dijangka lebih dari 100 orang lagi ahli-ahli UMNO akan keluar beramai-ramai bagi menyertai keahlian PKR cawangan itu.

Biro Hal Ehwal Felda Terus Bergerak

Lawatan Pengerusi Negeri ke Bahagian-Bahagian

Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang, telah menyatakan bahawa beliau akan membuat lawatan ke Bahagian-Bahagian untuk melihat dan meninjau dengan mata kepalanya sendiri akan perkembangan parti di Bahagian-Bahagian.
Beliau menyatakan bahawa beliau telah menyusun Jadual Lawatan itu dengan memberikan keutamaan kepada sesetengah Bahagian. Pengerusi Negeri itu berpandangan bahawa sesetengah Bahagian telah mencapai tahap yang menggalakkan tetapi sesetengah Bahagian berada didalam keadaan yang tidak memberangsangkan.
Datuk Fauzi menyatakan bahawa secara umumnya rakyat Negeri Pahang mahukan perubahan dan pimpinan Bahagian kenalah bersedia bagi membimbing masyarakat kearah perubahan itu. Kita kena pimpin masyarakat bukan tinggal dibelakang gerakan masyarakat, katanya.
Sesetengah Bahagian masih berpegang kepada kekuatan kononnya didalam Pilihanraya yang lalu, calon-calon di Bahagian tersebut hanya kalah tipis. "Ini menunjukkan rakyat mahukan perubahan walaupun parti dan pemimpin-pemimpin tidak bergerak, dan asas ini adalah baik untuk menggembeling tenaga rakyat dengan tindakan kita memimpin mereka," katanya.
Jika pemimpin dan Bahagian enggan bergerak, rakyat akan meninggalkan kita dan harapan kita untuk memerintah Negeri Pahang akan hanya tinggal angan-angan sahaja.
Beliau menasihatkan pemimpin-pemimpin di Bahagian-Bahagian mengatur langkah positif untuk memperkemaskan organisasi parti.

Leasehold di Kg Baru Cina Temerloh berbaki tempoh 28 tahun

Penduduk Kampong Baru Cina Temerloh tanpa mengira parti politik telah beramai-ramai memohon kepada Kerajaan Negeri Pahang supaya pegangan tanah mereka ditukarkan kepada Freehold.
Tanah mereka dibawah pegangan Leasehold selama 60 tahun kini berbaki tempoh 28 tahun sahaja lagi dan perkampongan Cina itu telah dicadangkan oleh Majlis Perbandaran Temerloh untuk perniagaan dalam rumah dibawah pembangunan SOHO.
Dan jika tanah mereka tidak ditukar kepada Freehold maka mereka yakin bahawa Kerajaan akan mengambil alih tanah mereka apabila tempoh leasehold itu tamat.
Kampong Baru Cina Temerloh adalah perkampongan yang disediakan semasa Dharurat oleh Penjajah Inggeris untuk memisahkan Orang-Orang Cina Temerloh dari jangkauan anggota-anggota Parti Komunis Malaya untuk bantuan makanan.
Tanah tersebut telah diambil oleh Penjajah Inggeris dari pemilik-pemilik asal terdiri daripada beberapa Orang-Orang Kampar Temerloh tanpa sebarang pampasan.
Penduduk Kampong Baru itu juga memperotes kenaikan cukai tanah sekali ganda dari tahun lepas. Beberapa orang ahli-ahli MCA yang dapat ditemui dan sesetengahnya tidak mahu nama mereka dikemukakan menunjukkan bukti bahawa cukai tanah tahun lepas adalah RM333.00 tetapi tahun ini telah naik RM588.00.
Mr Yow Boon Long iaitu seorang ahli MCA dari keluarga yang terkenal di Temerloh menyatakan bahawa cukai tanahnya pada tahun lalu adalah RM220.00 tetapi tahun ini RM458.00. Beliau secara gerang bertanya: "Adakah kenaikan ini untuk membantu Adnan Yaakub membayar hutang RM60 juta kerana kecuaian Kerajaan Negeri didalam isu balak Negeri Pahang? Apa, ini kerajaan sudah bangkerap ke?"
Malam ini akan diadakan suatu mesyuarat diantara Wakil Kerajaan Negeri dengan Penduduk Kg Baru dan jika masalah-masalah ini tidak selesai ada kemungkinan besar senario politik Orang Cina Kg Baru Temerloh yang selama ini bersetia dengan MCA/Barisan Nasional akan berubah.