PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Friday, November 28, 2008

Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat

Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat bermula hari ini di Stadium Malawati, Shah Alam dari 28 hingga 30/11/08. Hari ini persidangan AMK dan Wanita dirasmikan oleh Dr. Syed Husin Ali, Timbalan Presiden.
Esok Kongres Nasional dirasmikan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SELAMAT BERSIDANG!
Dari Pengerusi dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Perhubungan PKR
Negeri Pahang
28.11.08

Thursday, November 27, 2008

Power Tool

Satu kaedah telah dicetuskan bersama Celcom untuk menjimatkan penggunaan bil handphone iaitu dengan memperolehi khidmat percuma jika KITA menalifon sesama KITA (AHLI KEADILAN BERSAMA AHLI KEADLAN) yang sama-sama mendaftar melalui Power Tool ini.
Bayaran pendaftaran adalah percuma, dan setiap bulan kita (masing-masing) membayar RM48.00 untuk calls dan .00sen untuk sms.
Jika kita menalifon rakan-rakan yang juga menggunakan rangakaian Celcom, setiap call adalah 10 dan diluar rangakaian itu 15 setiap call.
Call sesama kita yang berdaftar adalah percuma.
Rangkaian ini saya namakan KeADILan Pahang untuk membantu ahli-ahli kita supaya boleh menalifon sesama kita secara percuma.
Bil bulanan RM48 + RM2 (RM50.00 setiap bulan) itu hendaklah dibayar mengikut bilnya.
Jika berminat silalah hantarkan kepada saya fotostat kad pengenalan dan nama Ibu anda serta kepilkan juga RM10.00 untuk perkhdmatan.
Hantar maklumat tersebut kepada HAJI SUHAIMI SAID, F.128 TINGKAT 1, JALAN TENGKU ISMAIL, 28000 TEMERLOH, PAHANG.

Bantuan Segera di Perlukan!!!!

Penduduk Orang Asli Kg Pelong, Kerdau kini terputus dari bekalan makanan kerana banjir. Mereka memerlukan perahu/boat untuk pengangkutan, dan memerlukan barang-barang makanan seperti beras dan lain-lain bahan makanan.

Penduduk Kg Pian, Kuala Krau kehabisan makanan kerana banjir. Sg Krau sudah banjir dan mereka tidak dapat mengeluarkan bahan-bahan makanan dari seberang Sg Krau. Beras dan lain-lain jenis makanan sangat diperlukan sekarang ini.

Semua bantuan boleh dihantar kepada PKR Bahagian Kuala Krau (Hj Suhaimi Said), F.128 Tkt 1, Jln Tengku Ismail, 28000 Temerloh, Pahang - Tel: 019 9321260.

Tuesday, November 25, 2008

Perspektif diri Kongres PKR

by MSO

Kongres Nasional Tahunan 2008 PKR Persiapan ke Arah Memerintah Malaysia

MINGGU depan giliran Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula akan mengadakan kongres nasional tahunannya. Kongres ini merupakan kali ke-5 selepas Keadilan bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia. Sudah tentu kongres kali ini akan menjadi tumpuan ramai. Ada beberapa sebab kenapa kongres ini diramal bakal hangat dan menjadi fokus umum baik dari ahli, penyokong dan pemerhati.

Pertama, inilah kongres pertama selepas pilihan raya umum ke-12 yang membawa kejayaan besar kepada PKR. Tidak boleh dinafikan kejayaan yang dicapai dalam pilihan raya lalu jika diukur kepada pencapaian itu meletakkan PKR menjadi parti kedua terbesar selepas Umno.

Di Parlimen Umno mempunai 83 kerusi manakala PKR 31 di mana hampir separuh daripada kerusi Umno. Berbanding dengan Pas yang mempunyai 23 kerusi manakala DAP 28 kerusi.

Sekiranya kejayaan dalam pilihan raya umum ke-12 itu kekalkan tidak mustahil PKR akan menjadi parti masa depan dan pilihan rakyat negara ini yang seterusnya menjadi parti peneraju kerajaan?

Situasi dan realiti itu menyebabkan kongres pada 28 dan 29 November bertempat di stadium tertutup, Stadium Melawati Shah Alam, dijangka menarik perhatian umum. Kehadiran pemerhati dan sambutan kongres berkenaan juga mungkin akan meningkat berbanding dengan kongres-kongres sebelum ini. Apa lagi tempat berlangsungnya kongres itu selesa jika dibandingkan dengan tempat berlangsungnya kongres sebelum ini.

Sebelum ini PKR menghadapi masalah mendapatkan premis untuk mengadakan kongres mereka. Bukan semua hotel mewah atau dewan umum bersedia memberi ruang kepada PKR. Lantaran itu PKR terpaksa mengadakan kongres mereka di merata tempat termasuk di tempat yang tidak berapa sesuai disebabkan kesulitan itu. Kerana tidak ada pilihan maka kongres terpaksa juga diadakan. Satu ketika PKR pernah mengadakan kongres di Dewan Tokong Cina di Ipoh.

Alhamdulilah walaupun tempat kongres tidak selesa dan dilengkapi dengan kemudahan prasarana seperti hawa dingin dan sebagainya sambutan tetap hangat dan membanggakan. Semangat untuk melakukan perubahan dan pembaharuan menjadikan segala kepayahan dan kesusahan itu dialpakan.

Kalau di Dewan Tokong Cina sambutan hangat dengan kehadiran ribuan orang, apa lagi di tempat yang selesa seperti Stadium Melawati di Shah Alam itu tentu ia akan bertambah hebat dan meriah. Lagipun tempat itu bolehlah dianggap sebagai peremis PKR sendiri. Selangor kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat di mana PKR sebagai tulang belakangnya. Pengerusi PKR Selangor, Abdul Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar. Kedudukan itu tentu akan diambil kesempatan sebaik mungkin untuk berkongres dalam keadaan selesa dan penuh bermakna.

Seperti dikatakan tadi, inilah kongres atau perhimpunan rasmi pertama PKR selepas selesai pilihan raya umum Mac lepas. Sudah tentu kongres kali ini berbeza dari segi penampilan, semangat serta komitmen kalangan ahli. Keinginan ahli untuk menghadiri kongres itu akan jadi bertambah ghairah. Lantaran itu ia diharap akan menghasilkan natijah yang bermakna dan bukan sebagai gelanggang untuk beretorika dan melepas hawa saja.

Kongres kali ini tidak melibatkan pemilihan. Peluang ini memberi ruang banyak kepada ahli atau perawakilan untuk membahas, membincangkan dan merangka pelan tindakan parti setidak-tidaknya menjelang pilihan raya umum ke-13 akan datang. Peluang baik ini juga hendaknya dimanfaatkan untuk mengemukakan idea lebih inklusif demi masa depan parti berkenaan yang diharap menjadi alternatif kepada rakyat seluruhnya.

Seperti mana dirancangkan kongres itu akan bermula dengan kongres Angkatan Muda Keadilan dan Wanita Nasional pada 28 November 2008. Kedua persidangan ini akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussein Ali. Ia kemudian akan diikuti dengan Kongres Nasional Tahunan. Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail akan merasmikan kongres manakala Penasihat Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucaptamanya.

Menjadi amalan dan kebiasaan ucapatama dan ucapan asar penasihat akan menjadi landasan pemikiran dalam merangka strategi parti untuk beberapa tahun akan datang. Para perwakilan akan mengupas dan mendalami kedua ucapan berkenaan. Adalah dijangka baik presiden atau penasihat akan menumpukan kepada agenda untuk menempatkan parti, meningkatkan kualiti kepimpinan dalam rencana persediaan menjadikan PKR sebagai sebuah parti bakal memerintah Malaysia.

Beberapa isu berbangkit dari kalangan Pakatan Rakyat, khasnya mengenai tanggapan Pas terhadap pendekatan politik atau dalam menguruskan pentadbiran kerajaan milik Pakatan Rakyat seperti di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah akan turut sama diperjelaskan bagi mengelakkan tidak timbul salah anggap yang boleh melemahkan Pakatan Rakyat.

Apakah mengenai nasib penasihat PKR itu yang kini sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah akan turut sama dibincangkan? Seperti mana umum ketahui Anwar kini sedang berhadapan dengan tuduhan liwat kali kedua dan perbicaraan masih dijalankan. Memandangkan akan berlaku perubahan kepimpinan dalam kerajaan BN ada kemungkinan Anwar juga akan turut memberi huraian mengenai masa depan politik serta persiapan menghadapi serangan dan propaganda baru BN di bawah kepimpinan baru itu.

Dalam pada itu ada beberapa isu atau perkara yang harus diberikan penekanan oleh para perwakilan sekelian ini termasuklah;

1. Permantapan PKR sebagai sebuah organisasi bakal menulangi kerajaan.

Kongres perlu membincang bagaimana atau kaedah untuk memantapkan kedudukan PKR sebagai sebuah parti bakal menjadi tulang belakang kepada kerajaan di masa akan datang. Untuk ini PKR perlu menambah nilai ahli dan juga wilayah rangkaian PKR di seluruh negara. Justeru adalah sesuai kalau PKR merangka menambahkan bahagian parti itu di seluruh negara mengikut kawasan Parlimen sebanyak 222. Ataupun sekurang-kurang PKR perlu mempunyai 200 bahagian di seluruh negara.

Untuk mewujudkan ini PKR tidak ada masalah kerana ia tidak ada apa-apa halangan. PKR yang sifatnya sebagai parti pelbagai bangsa dengan Melayu menjadi tunggaknya boleh mengembangkan sayapnya ke mana juga wilayah kerana ia tidak terhalang seperti mana parti-parti lain yang bersifat konservatif.

2. Semangat setia perjuangan dan rela berkorban.

PKR perlu menanam dan menguatkan semangat setia kawan, persaudaraan sesama ahli dan rela berkorban untuk kemenangan perjuangan. Dalam konteks ini mana-mana ahli yang meresakan mereka tidak mampu untuk menjanakan (memimpin bahagian) perjuangan hendaklah rela dan ikhlas menyerahkan jawatan kepada rakan yang boleh dirasakan mampu menggerakkan parti. Jangan kerana semata-mata ingin menjadi ketua atau dengan harapan dengan kedudukan itu akan mendapat habuah, seseorang penjawat jawatan itu terus kekal dengan kelemahannya tanpa menghiraukan nasib parti.

3. Tambah keahlian.

Sesuai dengan kedudukannya bakal menerajui kerajaan di masa akan datang, PKR perlu menambahkan keahlian. Mesti ada kempen atau program khas untuk mengajak anak-anak muda khasnya menjadi ahli parti. Sasaran keahlian PKR harus melebihi tiga juta. Dengan memiliki ahli yang ramai, PKR boleh meneliti dan memilih mereka untuk dilantik sebagai kader ataupun jentera pilihan raya. Kelemahan yang ketara kepada PKR ialah jentera pilihan raya, di mana di sesetengah tempat PKR hanya menumpang jentera rakan mereka, terutamanya Pas. Kelemahan ini perlu diperbaiki dan diperkemaskan.

4. Penjelasan mengenai beberapa isu berbangkit.

Kongres ini hendaklah digunakan untuk menjelaskan beberapa isu berbangkit yang tidak difahami oleh ahli. Antara isu ini ialah hubungan dengan rakan Pakatan Rakyat. Perselisihan faham dalam Pas berhubung sifat dan peranan PKR dalam Pakatan perlu dijelaskan. PKR harus menyatakan sikap yang menyakinkan Pas. Penjelasan ini penting kerana kekeliruan mengenainya menyebabkan pandangan umum tidak yakin kemantapan Pakatan Rakyat.

5. Buang budaya Umno.

Ahli PKR perlu membawa dan mengamalkan budaya baru. Budaya lapuk dan merosakkan akhlak dan pertubuhan yang diwarisi daripada Umno hendaklah dibuang dan diharamkan dalam PKR. Menyertai parti untuk mendapat projek haruslah dikikis dan jangan sesekali bawa budaya dan pemikiran itu dalam PKR. Ini penting kerana PKR kini sudah mempunyai kerajaan negeri dan ada kuasa. Jangan pula berlaku perebutan jawatan, kontrak, jawatan-jawatan dalam PBT, agensi dan sebagainya.

Itulah antara perkara yang perlu dibincangkan dan diberi perhatian oleh para perwakilan kongres. Mudah-mudahan kongres ke-5 merangkap ke-9 itu nanti akan memberi impak besar kepada parti PKR amnya dan kepada penasihat umumnya Anwar Ibrahim.
Selamat bersidang.

Monday, November 24, 2008

Perasmian Cawangan-Cawangan Baru di Pahang

Mood rakyat berada ditahap yang sangat tinggi. Menjelang Kongres Nasional Tahunan 2008 dan Mesyuarat Perhubungan Negeri Pahang, 9 buah cawangan baru telah dan akan dirasmikan.
Sdra Zakaria Hamid, Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Pahang terlibat merasmikan Cawangan-cawangan Panching melibatkan 200 orang ahli baru, Cawangan Lepar dan Bukit Goh, cawangan Kg Jawa di Bahagian Rompin dan 3 Cawangan di Padang Tengku iaitu Cawangan Padang Tengku, Merapoh dan Jerangsang.
Sdra Ram Ponnusamy, Timbalan Pengerusi PKR Pahang merasmikan penubuhan Cawangan Bukit Rok, manakala Haji Suhaimi Said merasmikan Cawangan Felda Kota Gelanggi 2 di dalam Bahagian Jerantut dan Cawangan Kg Paya Luas di dalam Bahagian Kuala Krau.
Permohonan dari ahli-ahli UMNO yang hilang keyakinan mereka kepada parti itu untuk meyertai PKR sedang diterima oleh Bahagian-Bahagian di seluruh Negeri Pahang, dan penyerahan Borang-Borang ahli PKR dari ahli-ahli UMNO akan disempurnakan di bahagian masing-masing.

PENANGAN LAMAN BLOG, KERAJAAN NEGERI PAHANG.....

by Pahangdaily

Penangan Laman Blog, Kerajaan Negeri Melantik Pesara Untuk Jadi Penulis Siber !!

Kerajaan Pahang akan menggunakan pengalaman pesara kerajaan di negeri itu untuk menjadi penulis blog bagi menepis fitnah dan tohmahan yang dilemparkan oleh pihak tertentu terhadap kerajaan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohd Sharkar Shamsudin (foto) berkata pengalaman ketika berkhidmat dengan kerajaan boleh membantu mereka menerangkan keadaan sebenar kepada rakyat terhadap sesuatu isu.

Beliau berkata mereka juga boleh menyumbang khidmat dan memberi pandangan kepada kerajaan dalam meningkatkan pentadbiran kerajaan negeri. "Walaupun telah bersara, itu tidak bermakna khidmat dan buah fikiran mereka tidak diperlukan lagi, sebaliknya pengalaman yang mereka miliki itu boleh digemblengkan bersama-sama kakitangan kerajaan yang masih berkhidmat bagi meningkatkan ekonomi, kesejahteraan dan perpaduan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Warga Emas 2008 anjuran Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Negeri Pahang di sini, Ahad.

Sebagai permulaan, kerajaan negeri akan melantik tiga penulis blog dan mereka akan dibekalkan dengan komputer dan internet di rumah masing-masing serta elaun.[Terkadang agak lucu juga bila melihat exco Pahang ini melatah dengan laman blog. Beliau sebenarnya gagal memainkan peranannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang .

Bila ditegur oleh MB Pahang di Sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini, barulah beliau tergerak untuk menjalankan tugasnya itu. Sharkar tidak layak memegang exco terbabit, ini kerana tiada apa-apa yang dilakukan bagi membangunkan ICT di Pahang. Apa yang ada beliau hanya banyak merasmikan program-program tertentu. Walhal beliau tahu, laman-laman blog menjadi satu "agenda rakyat" yang telah menyebabkan 5 negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu.

Malah, kerajaan pusat beberapa kali menyatakan bahawa UMNO dan BN harus bersiap sedia untuk menangani pengaruh blog-blog ini. Bayangkan, sesudah lebih 8 bulan berlalu beliau baru "tersedar" untuk melantik blogger di Pahang. Sepatutnya, beliau perlu mengarahkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri di Pahang agar mempunyai blog peribadi masing-masing.

Namun itu tidak dilakukannya, malahan laman blog UMNO www.umnopahang.com.my pun sudah tidak berfungsi lagi sejak beberapa bulan yang lalu. Apa sudah jadi kepada Sharkar? Maka dengan ini, kami menyeru agar Adnan mengarahkan Sharkar Shamsuddin untuk meletakkan jawatannya sebagai exco dan digantikan dengan mereka yang lebih berkelayakan.Maka itu, langkah Kerajaan Negeri Pahang melantik penulis blog dikalangan pesara pencen adalah amat merugikan.

Ini kerana belum tentu pesara terbabit boleh menulis dengan baik untuk menangkis serangan pihak lawan. Kerja menjadi penulis blog bukanlah mudah seperti yang disangka. Bertuah benar penulis blog yang dilantik, kerana diberikan komputer, internet dan juga elaun oleh kerajaan negeri. Ini berbeza dengan pihak kami, yang terpaksa membeli komputer sendiri, melanggan line internet sendiri dan tidak diberikan sebarang elaun selama ini.

Malah kami bekerja tanpa sebarang gaji, tanpa had masa dan waktu serta senantiasa berhadapan dengan berbagai risiko tatkala mendapatkan berita. Untuk itu kami nasihatkan agar Sharkar belajar ICT dulu sebelum ingin menjadi exco terbabit. Jika tiada aral melintang, kami juga akan mendedahkan siapakah Sharkar ini dan siapakah yang telah menanggung pembelajarannya di luar negara dulu.

Kami juga difahamkan yang beliau masih lagi terlibat dengan "gejala memalukan" sejak beliau belajar di Kolej Yayasan Anda dulu. Nantikan pendedahan seterusnya.

Mesyuarat Biro Penerangan PKR Pahang

Ini adalah pemberitahuan bahawa mesyuarat Biro Penerangan PKR Pahang akan diadakan di Temerloh pada 11hb Januari 2009 (Ahad) bermula jam 11.00 pagi. Tempat mesyuarat akan diberitahu kemudian. Agenda mesyuarat akan dibekalkan sebelum mesyuarat tersebut.
Kehadiran yang ditetapkan untuk menghadiri mesyuarat tersebut adalah:
1. Semua Ketua Penerangan Bahagian
2. Semua AJK Biro Penerangan Bahagian
3. Semua Ketua Biro Penerangan AMK/Wanita PKR Pahang dan AJK
4. Semua AJK Biro Penerangan AMK Bahagian
5. Semua AJK Penerangan di Peringkat Negeri
6. Semua AJK Biro Penerangan Wanita Bahagian dan Bahagian
Mesyuarat ini akan mengariskan dasar/program Penerangan PKR Negeri Pahang sepanjang 2009 dan kehadiran semua pihak adalah diwajibkan.
Ketua-Ketua Bahagian yang berhajat turut serta di dalam mesyuarat ini juga dialu-alukan dan Pengerusi Perhubungan Negeri akan diundang merasmikan mesyuarat ini dan AJK Perhubungan akan juga diundang untuk menghadiri perjumpaan ini.
Semua pihak yang di namakan di atas dikehendaki menyatakan kehadiran selewat-lewatnya pada 6 Januari 2009 melalui:-
Email: lksuhaimi @gmail.com atau
Surat: F.128 Tkt 1, Jln Tengku Ismail, 28000 Temerloh, Pahang atau
Faks: 09-2962007.
Haji Suhaimi Said,
Ketua Penerangan PKR Pahang
25.11.08

Sunday, November 23, 2008

Umno tidak relevan, Najib tidak mampu - Mahathir

by Mohd Khalil Abdullah

Budaya mahukan jawatan, amalan rasuah dan politik wang menjadikan Umno tidak relevan lagi.

Demikian penegasan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dalam majlis wacana 'Dilema Melayu' anjuran Gapena semalam.


Menurut Tun Mahathir, seandainya Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, masalah rasuah tidak akan dapat diatasi kerana telah menjadi satu budaya dalam Umno.

Beliau turut mempersoalkan sama ada peralihan kuasa yang dicadangkan antara Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Najib mampu untuk memulihkan semula parti.
"Apakah dengan peralihan kuasa itu dapat memulihkan parti? Saya tidak boleh yakin lagi kerana saya belum lagi nampak Najib mampu menyelesaikan masalah rasuah dan politik wang.


"Kita tidak akan dapat semula Umno yang bersih untuk mewakili kita selagi ia tidak dibendung," jelasnya sambil mengakui ia telah menjadi satu budaya dalam Umno.

Katanya, apabila ia sukar dibendung dan dikawal maka ia secara tidak langsung akan menyebabkan Umno akan menjadi parti yang tidak relevan lagi pada perjuangan orang-orang Melayu.

Tambahnya, amalan kepimpinan melalui teladan adalah contoh yang terbaik di samping usaha berterusan membanteras rasuah yang makin kronik ketika ini.

Beliau juga menyarankan agar pemimpin yang terajui parti perlu tegas dan ambil langkah serta tindakan yang tegas terhadap individu yang terlibat dengan rasuah.

Katanya lagi, seandainya ada pemimpin sendiri yang terlibat dengan rasuah, maka janganlah memilih pemimpin berkenaan sambil merujuk kepada pemilihan Umno yang akan diadakan pada tahun hadapan.

"Kita mahukan pimpinan yang tegas dan mengambil sebarang tindakan terhadap sesiapa sahaja yang terlibat. Untuk ahli, kalau pemimpin itu terlibat dengan rasuah, jangan pilih dia.

"Kita tak boleh harap pembaharuan boleh dilakukan dalam Umno dan mereka harus ingat, kalau orang tidak memberi undi mereka tidak boleh menang atau sekiranya mereka menang dalam pemilihan parti, tak semestinya mereka akan menang pilihan raya," katanya.

Dalam sidang media selepas majlis berkenaan, Tun Mahathir mengingatkan agar pemimpin yang dipilih perlulah berdasarkan kepada kebolehannya dan bukan atas faktor kewangan.

MB Pahang Kena Letak Jawatan

by Pahangdaily
Inilah akibatnya jika negeri dipimpin oleh kerajaan yang tidak telus dan penuh dengan penyelewengan. Tidak ada gunanya jika negeri kaya raya dengan hasil mahsul, jika ia tidakk tahu dijaga dan diuruskan dengan baik-

Bajet Defisit Sejak 11 Tahun Lalu, Ternyata Adnan Gagal Sebagai Menteri Besar !!

Buat tahun yang kesebelas berturut-turut Menteri Besar Pahang Dato’ Seri Adnan Yaakob membentangkan bajet defisit. Terbaru, defisit lagi sebanyak RM98.61 juta untuk tahun 2009 yang dibentang pada Sidang Dewan Undangan Negeri, Jumaat 14 November lalu. Jumlah ini menunjukkan berlaku peningkatan defisit sebanyak RM48.25 juta (bajet negeri Pahang 2008 lalu mengalami defisit sebanyak RM50.36 juta). Juga antara negeri yang terbesar angka defisit bajetnya. Untuk pengetahuan semua, pada 2009 nanti tempoh Adnan menjadi Menteri besar Pahang juga ialah sebelas tahun. Ini bermakna, sepanjang beliau mengambil alih tampuk pemerintahan negeri dari Khalil Yaakob, belum pernah sekali pun bajet yang tidak defisit yang dibentangkan oleh bekas guru bahasa Inggeris sebelum masuk politik itu! Dalam bahasa mudahnya, defisit bermakna pengeluaran wang lebih banyak daripada sumber hasil. Atau wang yang akan dibelanjakan lebih banyak daripada hasil negeri.

Lawan defisit ialah surplus. Untuk lebih memahami lagi tentang defisit bajet Pahang ini ialah, bahawa kerajaan negeri telah gagal menjana hasil atau kewangan atau tidak berupaya mencari sumber-sumber baru kewangan sedangkan belanja yang diperlukan lebih besar dari jumlah angka hasil yang diperolehi. Dengan lain-lain perkataan, kerajaan negeri Pahang yang dipimpin Adnan langsung tidak berupaya menambah pendapatan, selari dengan kewangan yang diperlukan. (Sila klik imej untuk besarkan bukti bajet defisit Pahang itu) Ibarat sebuah keluarga, pendapatan ketua keluarga tidak pernah mencukupi meski pun jumlah anaknya telah meningkat sehingga sepuluh orang. Jika bertambah ahli keluarga logiknya pendapatan ketua keluarga mestilah meningkat. Tetapi si ayah itu gagal dan tidak pernah mencukupi pendapatan untuk membiayai keperluan tahunan keluarga sehingga sepuluh tahun. Bandingan mudahnya, siapa si ayah itu? Dialah Adnan bin Yaakob. Semua orang tahu bahawa orang yang paling berkuasa di Pahang ialah menteri besar dan selepas itu barisan exconya.

Jika Pahang gagal menjana ekonomi, gagal menambah pendapatan atau gagal meningkatkan hasil negeri maka kesalahan seratus peratus seharusnya diletakkan kepada Adnan dan exconya. Itu tidak boleh lari kerana mereka tiada kreativiti dan tidak proaktif meneroka hasil-hasil baru. Termasuk tidak berupaya melihat peluang-peluang industri hiliran dari banyak agensi kerajaan pusat dan swasta yang ada juga gagal menarik pelaburan. Apa sumber asli yang tidak ada di Pahang? Pahang mempunyai sumber kekayaan hutan terbanyak di Semenanjung. Pahang memiliki sungai terpanjang di Semenanjung. Pahang mempunyai aset pelancongan terkaya di Malaysia. Pahang mempunyai kekayaan hasil bumi dan sejarah yang belum diteroka. Pahang merupakan pintu masuk ke Pantai Timur. Pahang bersempadan dengan kebanyakan negeri di Semenanjung termasuk ibu negara. Dan jangan lupa seorang perdana menteri datangnya dari Pahang dan seorang lagi jika diizinkan Tuhan pula bakal menjadi Perdana Menteri.

Jangan lupa, sebahagian besar tanah Rancangan Felda terletak di negeri Pahang. Sehingga kini Felda kaya raya menjadi badan korporat kedua terbanyak sumber pendapatan selepas Petronas. Tapi Pahang? Negeri Pahang dapat apa? Pusat judi terbesar di Asia Tenggara terletak di bumi Pahang, tapi kerajaannya? Bahkan berdasarkan bajet yang dibentangkan, hasil kerajaan negeri merosot daripada RM467 juta pada 2008 kepada RM461 juta pada 2009, iaitu berkurangan sebanyak RM5.18 juta. Berdasarkan butiran yang ada, jadi jelaslah Adnan telah gagal menjalankan tugasnya sebagai menteri besar. Meski pun beliau diakui tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang ekonomi, namun begitu sepatutnya sekurang-kurangnya dapat memanfaatkan profesional yang ada untuk menjana ekonomi. Berdasarkan realiti ini, ada tiga langkah yang boleh menyelamatkan ekonomi Pahang dan rakyatnya.

Pertama, Adnan sendiri kena jujur dan mengaku bahawa beliau gagal memimpin negeri ini dari segi perekonomian. Jika seorang pengurus syarikat gagal menaikkan pendapatan majikannya selama 11 tahun apa tindakan yang diambilnya? Sudah tentulah meletakkan jawatan. Maka di atas keinsafan yang sama Adnan sewajarnya meletakkan jawatan sebagai menteri besar bagi memberi kesempatan kepada orang lain setelah beliau gagal. Lagi pun Adnan mesti sedar bahawa jawatan yang dipegang bukannya hasil warisan pusaka keluarga. Kedua, pemimpin tertinggi negara mesti melihat bahawa kegagalan Adnan bermakna kegagalan kerajaan BN keseluruhannya, sedangkan jawatan itu satu amanah. Maka kedudukan Adnan sebagai menteri besar mesti disingkirkan dan ditukar dengan muka baru. Jika kegagalan berpanjangan ini terus menerus dibiarkan ini bermakna suatu kezaliman dan pengkhianatan telah dilakukan kerajaan terhadap rakyat negeri ini.

Langkah ketiga dan terakhir, jika kedua-dua pihak di atas tadi tidak mahu bertindak kendati pun telah jelas kegagalannya, maka rakyat sendiri mesti bertindak menukar kerajaan dalam pilihan raya akan datang. Apa gunanya lagi beliau dibiarkan di situ kerana kita yakin dan percaya, selama mana Adnan terus berkuasa maka selama itulah pencapaian ekonomi Pahang tidak akan meningkat. Rakyat telah memberi peluang Adnan selama 11 tahun, maka tempoh yang lebih lama lagi tidak wajar sama sekali diizinkan. Oleh kerana Adnan telah sinonim dengan kegagalan, maka menyingkirkan Adnan bermakna mengeluarkan Pahang dari alam kegelapan ke dunia baru!

KONGRES NASIONAL TAHUNAN PKR "HARAPAN BARU" 28-30 NOV 2008


Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat “Harapan Baru”

28 November 2008 (Jumaat)

Tempat: Stadium Malawati, Shah Alam
9:00 pagi: Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
9:30 pagi: Ucapan Perasmian Kongres Wanita Nasional dan Angkatan Muda oleh Timbalan Presiden DR SYED HUSIN ALI

Kongres Nasional Tahunan AMK 2008

Tempat: Stadium Malawati, Shah Alam
10:45 pagi: Ucapan Dasar Ketua Angkatan Muda KeADILan SHAMSUL ISKANDAR
11:45 pagi: Pembentangan Minit Mesyuarat, Laporan Tahunan dan Laporan Kewangan
12:30 petang: Rehat
2:00 petang: Perbahasan Ucapan Dasar oleh Perwakilan
4:36 petang: Perbahasan Usul oleh Perwakilan
6:35 petang: Pemilihan 30 perwakilan ke Kongres Nasional
7:00 malam: Persidangan ditangguhkan

Kongres Nasional Tahunan Wanita 2008

Tempat: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Seksyen 14, Shah Alam 11:30 pagi: Ucapan Pengerusi Majlis
11:45 pagi: Ucapan Dasar Ketua Wanita ZURAIDA KAMARUDDIN
1:00 petang: Rehat & Sidang Media bersama Ketua dan Exco Wanita
2:00 petang: Pembentangan Minit Mesyuarat, Laporan Tahunan dan Laporan Kewangan
2:30 petang: Perbahasan Ucapan Dasar oleh Perwakilan
4:30 petang: Perbahasan Usul oleh Perwakilan
5:30 petang: Pemilihan 30 perwakilan ke Kongres Nasional
6:30 petang: Ucapan Penggulungan Ketua Wanita
7:00 malam: Persidangan ditangguhkan

Tempat: Quality Hotel, Shah Alam
9:00 malam: Pentas Wanita dan Sembang Santai bersama Wakil Rakyat Wanita KeADILan YB Zuraida Kamaruddin, YB Fuziah Salleh, YB Nurul Izzah, YB Rodziah Ismail, YB Elizabeth Wong, YB Haniza Talha, YB Gan Pei Nei
11:00 malam: Bersurai


29 November 2008 (Sabtu)
Kongres Nasional Tahunan PKR

Tempat: Dewan Persidangan, Stadium Malawati, Shah Alam
9:05 pagi: Bacaan Doa
9:15 pagi: Ucapan Setiausaha Agung
9:22 pagi: Persidangan dimulakan
9:23 pagi: Pembentangan minit mesyuarat Kongres Nasional Tahunan 2007, Laporan Tahunan bagi tahun 2007, Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2007

Tempat: Lobi VIP, Stadium Malawati, Shah Alam
9:45 pagi: Ketibaan Para Jemputan Khas dan Ketua Umum

Tempat: Dewan Persidangan, Stadium Malawati, Shah Alam
10:15 pagi: Ketua Umum dan para Jemputan Khas masuk ke Dewan Persidangan
Persembahan Multietnik
10:35 pagi: Kata-Kata Aluan Pengacara Majlis
10:38 pagi: Ucapan Alu-aluan Menteri Besar Selangor
10:50 pagi: Ucapan Dasar Presiden DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
11:47 pagi: Persembahan Video Dokumentari Khas Permatang Pauh
11:51 pagi: Ucapan Pimpinan
12:31 pagi: Ucapan Ketua Umum DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Tempat: Ruang Jamuan, Stadium Malawati, Shah Alam
1:15 petang: Makan Tengahari/Solat Zohor

Tempat: Dewan Persidangan, Stadim Malawati, Shah Alam
2:15 petang: Sesi Perbahasan Ucapan Dasar Presiden

Tempat: Ruang Jamuan, Stadium Malawati, Shah Alam
4:15 petang: Jamuan Teh/Solat Asar

Tempat: Dewan Persidangan, Stadium Malawati, Shah Alam
4:45 petang: Sesi Perbahasan Ucapan Dasar Presiden disambung
6:45 petang: Persidangan ditangguh

Tempat: Dewan Persidangan, Stadium Malawati, Shah Alam
9:00 malam: Ceramah Pimpinan Parti & Ketua Umum DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

30 November 2008 (Ahad)
Kongres Nasional Tahunan PKR

Tempat: Dewan Persidangan, Stadium Malawati, Shah Alam
9:00 pagi: Perbahasan Usul-usul

Tempat: Ruang Jamuan, Stadium Malawati, Shah Alam
12:30 petang: Makan Tengahari/ Solat Zohor

Tempat: Dewan Persidangan, Stadium Malawati, Shah Alam
2:00 petang: Penggulungan dan Ucapan Penangguhan
4:00 petang: Persidangan Ditangguh

Sesi orang awam
29 November 2008

Tempat: Dewan Persidangan, Stadium Malawati, Shah Alam
10 pagi - 1 petang: Perasmian Kongres
9 malam - 11 malam: Ceramah Ketua Umum

Sesi orang awam
28-30 November 2008

Tempat: Perkarangan Stadium Malawati, Shah Alam
10 pagi - 10 malam: Karnival Rakyat

Sila rujuk suarakeadilan.com dan keadilanrakyat.org untuk maklumat selanjutnya.

BIRO PENERANGAN PKR

Friday, November 21, 2008

DISKAUN TOL: APALAH BAHALOL SANGAT KEPUTUSAN NI….

Kalau gitu, apa punya bahalol bagi diskaun bayaran tol sebanyak 10 peratus daripada 12.00 tengah malam hingga 7.00 pagi? Bukankah dalam tempoh waktu ini ramai pengguna lebuhraya dah balik ke rumah masing-masing?

BAHALOL PUNYA PAK MENTERI KITA.....

Pengguna kenderaan persendirian Kelas 1 yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Elite dari 12 tengah malam hingga 7 pagi akan menerima diskaun tol 10 peratus untuk tempoh dua tahun mulai 1 Januari tahun depan. Begitulah kata Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed, di Kuala Lumpur, pada Selasa, 18 November 2008.

Selain itu, diskaun tambahan 10 peratus juga akan turut diberikan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 pada hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas dalam tempoh dan waktu yang sama.

Kata Mohd. Zin, PLUS Expressways Berhad yang mengendalikan kedua-dua lebuh raya itu memberikan insentif tersebut bagi mengurangkan beban orang ramai yang menggunakan lebuh raya tersebut.

Keputusan di atas adalah bahalol punya keputusan. Bayangkan, rakyat jelata sibuk lalu-lalang gunakan lebuhraya waktu siang, daripada jam 6.00 pagi sampai 6.00 petang. Sebelah pagi, mereka keluar cari makan. Sebelah petang mereka pulang ke pangkuan keluarga.

Kalau gitu, apa punya bahalol bagi diskaun bayaran tol sebanyak 10 peratus daripada 12.00 tengah malam hingga 7.00 pagi? Bukankah dalam tempoh waktu ini ramai pengguna lebuhraya dah balik ke rumah masing-masing?


Kalau gitu, diskaun di atas hanya untuk orang yang keluar malam dan balik lewat pagi sajalah. Macam orang yang balik dari menyundal, dari karaoke, dari bar, dari rumah mistress, dari berjudi dan lain-lainnya. Hanya golongan ini sajalah yang dapat manfaat diskaun yang diumumkan di atas.

Sapa punya otak yang cadangkan diskaun macam ni? Adakah ini ikut otak bahalol-bahalol di PLUS atau otak sapa? Kalau macam inilah bentuk keputusannya, apa halnya kerajaan setuju? Kerana kerajaan fakir kononnya untuk kurangkan beban rakyat jelata, pi jalanlah…

Jangan bodohkan rakyat. Jangan tipu rakyat. Kalau nak beri diskaun berilah kepada majoriti pengguna lebuhraya pada peak-hours, waktu orang sibuk pergi kerja dan balik kerja. Beri diskaun tol kepada pengguna lebuhraya di malam buta apa gunanya?

Penjelasan Razak Tidak Akan Lenyap Persepsi Buruk Kepada Najib

by MSO
Penjelasan ‘Rojak’ Tidak Akan Lenyap Persepsi Buruk Kepada Najib

ROJAK Baginda (Abdul Razak Baginda) telah tampil ke khayalak media hari ini. Setelah kesekian lama ditunggu bekas tertuduh bersubahat membunuh Altatuya itu akhirnya mempunyai kekuatan untuk berdepan dengan media. Beliau ditemani dan didamping oleh peguamnya untuk mengadakan sidang akhbar khas.

Seperti mana dipetik antara apa yang dicurahkan dalam sidang akhabr sulungnya itu, Rojak menafikan yang Mohd Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor terlibat dengan Atantuya. Menurut Rojak Naijib dan Rosmah juga tidak kenal pun dengan Altantuya.
Bagi Rojak apa yang dilemparkan kepada Najib dan Rosmah itu adalah fitnah.

Justeru beliau meminta supaya menghentikan fitnah itu. Kata Rojak pihak yang melemparkan fitnah itu tidak ada bukti kukuh untuk mengaitkan dengan Najib dan Rosmah.

Di sini kita tidak boleh mempertikaikan apakah kenyataan Rojak itu benar atau tidak. Bagaimana pun orang ramai berhak meragui akan kata-katanya. Persoalan timbul kerana kenapa Rojak terus menafikan pembabit Najib dan Rosmah dan seterusnya meminta menghentikan fitnah sebaik dibebaskan oleh mahkamah.

Tindakan ini menyebabkan orang akan mempunyai pandangan seorang kepada beliau termasuk akan menuduh pembebsan itu ada campurtangan Najib?
Lantaran itu rayuan Rojak tersebut tidak akan mudah diyakini. Seperti mana kata Rojak penuduh fitnah kepada Najib dan Rosmah itu tidak mengemukakan bukti kukuh mengenai fitnah itu, maka Rojak juga perlu mengemukakan bukti kukuh bagi menafikan penglibatan Najib.

Tuduhan ke atas Najib dan Rosmah berhubung pembunuhan itu perkara besar. Ia dibuat dalam akuan bersumpah. Perkara ini di peringkat perbicaraan. Jadi kenyataan dan juga rayuan Rojak itu sama sekali tidak boleh dipercayai. Perlu diingat orang bersalah seperti orang lemas akan mengguna dan mengambil kesempatan apa saja untuk menyelamatkan diri.

Untuk meleraikan ini elok bagi Rojak mencerita secaca detail kepada umum bagaimana penglibatan beliau dengan Altantuya dan kenapa sehingga wanita Mongolia itu dikaitkan dengan Najib. Apakah asas-asas dan kemungkin membawa kepada keadaan itu.

Kalau setakat menafikan secara kering begitu ia tidak akan menyelesaikan masalah. Persepsi umum bahawa Najib dan Rosmah terlibat tetap bersarang dalam minda orang ramai. Maka kalau Rojak yang yakin Najib boleh jadikan Perdana Menteri yang baik seperti mana katanya, silalah buat pendedahan secara kronologi sehingga segala tanggapan buruk itu terhakis dalam kepala rakyat.

Kes Altantuya: Razak Mempertahankan Bakal PM Malaysia

by Pahangdaily

Sesuatu yang amat pelik, nampak benar yang pembebasan Razak Baginda ada campurtangan oleh TPM dan Isteri. Ini kerana sesuatu yang menghairankan kita bila beliau yang diragui pembebasannya oleh rakyat cuba untuk mempertahankan bakal PM Malaysia itu.

Pelik : Razak Baginda Minta Henti Fitnah TPM Dan Isteri Dalam Kes Pembunuhan Altantuya !!

Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dalam penampilan pertamanya sejak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu meminta semua pihak berhenti menyebar fitnah terhadap Timbalan Perdana Menteri dan isteri. Beliau berkata, dakwaan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor pernah menemui Altantuya adalah tidak benar. Abdul Razak berkata demikian pada sidang akhbar di Hotel Maya di sini hari ini.

Sesuatu yang amat pelik, nampak benar yang pembebasan Razak Baginda ada campurtangan oleh TPM dan Isteri. Ini kerana sesuatu yang menghairankan kita bila beliau yang diragui pembebasannya oleh rakyat cuba untuk mempertahankan bakal PM Malaysia itu. Walhal seluruh dunia melihat terdapat ada kaitan langsung pemimpin itu dengan kes ini.

Jika benar Najib tidak terlibat, beliau harus hadir ke mahkamah dan menyaman Raja Petra yang telah membuat akuan bersumpah terhadap beliau dulu. Kenapa Najib dan Rosmah tidak berani menyaman Raja Petra?.

Bagaimana pula dengan bukti bergambar yang cuba ditunjukkan oleh sepupu Altantunya bahawa beliau nampak jelas tokoh itu bersama Altantunya di Paris dulu. Bukankah melucukan bila Razak Baginda cuba pertahankan Najib dalam keadaan orang mempertikaikan pembebasannya itu.

Altantuya:

by Firdaus (Kopitiam Bang Nan

Apalah mike ni...tuduh orang baik2 macam Najib dan Rosmah terlibat kes macam ni...? Tak baik tau...

Kan Razak Baginda yang telah bebas dari tuduhan bunuh tu kata Najib dan Rosmah tak terlibat. Apa lagi mike nak? Tak percaya pada Razak Baginda pulak?

Bukan ke Razak Baginda tak ada kena mengena dengan komisyen scorpene tu? Mike aje yang buruk sangka....

Dia orang tu semua alim2 semua tu. Tak nampak jangan le tuduh2.

Dengo2 cerita Altantuya tu mati bukan sebab depa semua ni. Dia saja2 tersepak C4 tu kat situ. Nasib tak baik...meletuplah dia.

Mike tak baca ke apa yang Razak Baginda cakap pasal Altantuya, Najib dan Rosmah. Bacalah ni..
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/12777-razak-baginda-najib-never-met-altantuya


http://kopitiam-bang-nan.blogspot.com/2008/11/rahsia-apa-ini-projek-rebana-ubi-projek.html


MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

Altantuya: Saya, Najib Dan Rosmah Tak Bersalah: Razak Baginda

by Firdaus (Kopitiam Bang Nan)

Kesian Razak Baginda. Kenapalah susah payah nak bagi kenyataan akhbar? Buat tak tau kan lagi bagus. Dah lah timing nya questionable:
1. Tunggu kes sure tak dirayu oleh pendakwa raya.

2. Tunggu Najib dan Rosmah tak ada dalam negara.

Teman rasa bukan sangat kerana nak clearkan dirinya yang dah suci tu...tapi nak sucikan sama Najib dengan Rosmah. Balas budilah kot...

Tapi tu lah...ini semua cari nahas aje. Ramai kat luar sana tu tengah tunggu reaksi si Razak ni. Rocky Bru dah start dah... http://rockybru.com.my/2008/11/razak-baginda-speaks-out.html.. lepas ni RPK pulak.

Whatever lah Razak...di bawah ni petikan dari Malaysian Insider..

Sesiapapun penjenayah yang sebebno...ingatlah. Kat dunia boleh lepas...kat akhirat guano?

I am innocent
By Abdul Razak Baginda

LET me say firstly, Alhamdullilah, all praise to Allah SWT, the most compassionate, most gracious and most merciful, that I am here today, amongst you, as a free man.

I have spent the last 22 months in prison and it was the guidance of Allah SWT, my firm belief in my innocence and the support given by my family and close friends, that have helped me through what I would describe as the most stressful, anxious and sad period of my 48 years of existence.

Every Saturday, without fail, my family would come and visit me, during the allowed weekly visitation. A total of well over 100 times they turned up and their visit was the highlight of my week. I have been most fortunate.

It is perhaps human nature that when someone is in trouble, people shy away. I expected this and true enough, this human nature never fails. I spent two Hari Rayas in prison. Prior to my imprisonment, during the Raya season, I would receive hundreds of cards. For the last two years, I received a total of no more than 20.

Obviously, to escape never crossed my mind, but I still escaped, for my mind was always free. My family, my close friends, my lawyers and my books have all aided my escape, for my mind was never incarcerated.

I would like to say thank you to my fellow inmates. They helped me to get through prison life for, among other things, they showed much kindness. I would like to take this opportunity to wish them the very best of luck.

No words will ever be enough to reflect or describe the ordeal that my family have had to endure these last two years. Ever since my arrest in November 2006, so much have been said by so many. Lies and baseless assumptions became the basis of so-called truth and the real truth has become irrelevant and lost in translation.

It seems no one is interested anymore in knowing the truth. Some quarters have made concerted efforts to twist and turn the story into a reservoir of gibberish and garbage. The lies quickly overtook the truth.

I must admit I was rather shocked to see the extent of how my case has been wildly exaggerated and how the ignorant have taken centrestage and managed to pull the wool over the eyes of so many people. Many have jumped on the bandwagon of skullduggery.

The innocents have become the victims while the liars are running supreme. People have become so gullible and they believe what they want to believe, irrespective of the truth.
I know that there will always be cynics and manipulators out there to ridicule and to falsely interpret what I say. I am caught in “the damned if you do and damned if you don't” situation.


Some have advised me to say nothing as the effort will be futile. They argue that whatever I say would not make any difference as people will prefer to keep to their own interpretations, in spite of the truth. Even after the truth is revealed, such people will have their own explanations. It appears to be unwinnable.

However, I feel that if I do not brave myself and try to turn the tide in order to tell the truth, then I will be merely turning a blind eye and indeed allow the liars to prevail. To me, to be indifferent is to be irresponsible.

Members of the media, I implore all of you and the public to stop spreading lies about Datuk Seri Najib Razak, the DPM, and his wife. I know that Datuk Najib and his wife had never met the deceased. So much fitnah has been thrown towards the DPM and his wife. Those who have spread such lies can never produce any authentic evidence because simply there are none. The truth is the truth and nothing can change the truth.

I would like to say here once again, Alhamdulilah, syukur to Allah SWT for reaffirming and fortifying my innocence through the courts. I would like to emphasis that I did not commit any offence in respect of the deceased. Nevertheless I would like to express my deepest sympathies to the family of the deceased for their loss.

Najib has never met Altantuya, says Abdul Razak

The following are Abdul Razak's answers to questions from the press:

Whether he has had contact with Najib since his release:

"To be honest, I have not, neither has he. No, none whatsoever. I have not met him, not seen him, spoken to him, SMSed him, e-mailed him."

Asked to describe his relationship with Najib:

"The press, the media, the bloggers, the man in the street have described my relationship with Najib in all forms. From a close aide, a close friend, an associate, an advisor. In jest I would say, why don't you take your pick? My relationship with Najib has evolved over the years. There obviously was a professional relationship and this goes back as early as the 1990s. And having known him professionally I also got to know him personally."

Asked how he knows Najib had never met Altantuya:

"How do I know? It is like asking me... I know, OK?"

Will he still work with Najib:

"I have never had any formal relationship with Najib. At one point someone described me as his political secretary. I have never held any official position vis-a-vis the Prime, sorry, the Deputy Prime Minister. An aide is someone who holds an official position. Very much reminiscent of the US system where Osama, sorry, not Osama bin Laden, but Barack Obama, sounds quite similar, he will be selecting his secretaries and special assistants. I am never an aide. I have known him for quite a while. I'd like to say here that he will make a good Prime Minister. He is a well-read person, we have had countless of times talked about books, exchanged books. He is well tuned to what's going on in the world. Intellectually, in terms of experience, I think he has got all that. I am quite happy with my freedom at the moment. I do not want to be tied up with any appointment whatsoever not that it is coming."
On immediate plans:

"I am going to the UK as I was a student at Oxford. Two weeks before I was arrested, I submitted my doctoral dissertation to Oxford. When I was arrested the university placed my dissertation on hold. So I am going back to basically be examined. Insya-Allah I will get my doctorate next year."

Will he stay on in Britain and not come back:

"Why the hell should I run away? I am innocent. I have been acquitted by the courts, I wanna stay here, this is my home. I'll be back in a couple of months’ time, I just wanna get my doctorate, that's it. Unless I get a cushy job like Prime Minister of the UK."

On why he was implicated:

"You must appreciate that the main trial is on and civil proceedings by the family of the deceased who have taken a legal suit against the government of Malaysia plus myself and the two accused. I am not at liberty to elaborate on that."

On why there was a change of lawyers:

"I am flanked by lawyers and the legal profession has its own set of ethics and I don't think I should reveal any reason why, whether I like a person's face or not."

On why he cancelled his first press conference:

"It has nothing to do with my appeal. I was quite confident upon my release that I could face the outside world especially the press. But after a few days I found myself to be not ready. You have to be in prison for two years to know what I am saying. My mind is incoherent, I keep losing things. You can't lose things in prison because you don't have many things to begin with. These days I lose my glasses and now my daughter has gone back to the UK, I have one less person to help me look."

On his relationship with the deceased:

"There has been a lot of lies spread. For example, it came from a very reputable media. It was stated that I met her at a party. Where did that come from? On the SMSes between Najib and my former lawyer, I was in prison then. Sorry, the alleged SMSes because it was never proven. On this so-called SMSes, why don't you be a bit more critical and not take it at face value. When someone says intervention, everyone says intervention and jumps on the bandwagon. No one questions the validity of that. Let me remind you that I was charged, went to prison, waited for my trial, which went on for 151 days, I did not see my family, did not touch them until court started. I went through all that, how can there be any interference if I went through all that, God almighty, come on."

Who are the liars:

"I don't want to be specific. All I want to say is, for the last two years, I didn't realise the extent of the reach of the so-called borderless world, the Internet world and how bloggers have taken, almost centrestage. The last two weeks I checked with my friends abroad, and they said there was a period in British society where bloggers ran supreme but after a while, everyone realised that bloggers are bloggers. I can start a blog and say anything with impunity. The phase will go away, people will say, bloggers, my God. My daughter or my taxi man can be a blogger if he can write well and he can manufacture facts. They are out there."

Will he take action against the media:

"I never made any comment until today. I have kept silent from the day I was arrested until today. I never said I would take any legal action."

Whether the photo of him, Najib and Altantuya together is genuine:

"I was investigated by the Multimedia Commission and I was shown the photograph. You must be a real idiot or moron to believe the photo is authentic. To begin with the girl is not even the deceased. So if any of you believe the photograph, God, you guys have been taken for a ride."

On the link to the submarine deal:

"There is no linkage whatsoever. Let me tell you about the timeframe. But everyone is lazy because no one checked the facts. The deal, the purported deal was signed in June 2002. I first met the deceased, November or December 2004. I just fail to see the connection yet it went on and on and on."

Will he write a book on his experience:

"The problem is if I say yes, you will be hounding me for it."

Why he was always smiling in court:

"I am innocent. At some point I said, God willing, I will be released. I cannot imagine an innocent man can be found guilty. I was worried because there was talk of pandering to the public, the media. But I went through the court system. People tend to forget I spent 22 months in jail. I regard myself as lucky actually. I think in a person's life I always believe something bad will happen to you but God has given me a better option than death. Imprisonment is a better option than death simply because I had a chance to reflect on my life."

Would he apologise to the family of the deceased:

"I never knew the family of the deceased. I have already expressed publicly my sympathy to the family."

What he has been doing the past three weeks since his release:

"To begin with, I have been eating a helluva lot, so I have been putting on a lot of weight. For 22 months I have not done anything really. Suddenly for three weeks I have to do so many things. In prison, everything is regimented. When I'm out, I am thinking I don't have much time, but I do have time, so I am adjusting myself. Not too well, I'm afraid, I'm still eating too much."

Where he met Altantuya:

"There is a death, and it doesn't make any difference where I met her. All I wanted to say in my statement was that Najib never met the woman. From there whoever said whatever, they are all lies."

Is he a victim of a political game:

"I don't sense that at all. What has happened is I was caught in the system, I went through the system and I am glad I survived the system. My wife reminds me, the system has put you in, the system will get you out."

What he would do if he was Altantuya's father:

"I can't be someone else. I can't think what he thinks or what you are thinking. He can do whatever he wants to do, I can do whatever I want to do, you can do whatever you want to do."

Has his reputation been unjustly damaged:

"Thank you very much, I didn't realise I had a reputation before I entered prison. I constantly remind myself that I want to close one chapter of my life and open the next chapter. The sooner I get on with my life the better. I just want to move forward not look back."

Court of public opinion believing he is still implicated:

"I can't really be responsible for that. When you say public opinion I really wonder who you have in mind. When you talk about people's power, you look at Thailand, you say, wow the people are against the government. A hundred thousand, 500,000, the media blows it out of proportion. But hang on a minute, is that democracy? If you talk about 500 people going out in the streets as opposed to a population of 100 million is that reflective of democracy? If I have money and pay everyone RM10 and get 100,000 people out today in the streets and protest against the government is that people's power? Is that public opinion? Blimey, that's not public opinion,
that's just manipulation. So you talk about public opinion as if it is a coherent, consistent consensus and I don't think there is a consensus. So I don't want to pander to the so-called public opinion and I'd like to ask you who is the public opinion? Can a blogger reflect the public opinion? Blimey, if that is the case, I can run you down as well, mate, and say this is the public opinion. If we descend to a level where a taxi driver, for example, someone who doesn't know the facts, writes, and that becomes public opinion then I feel sorry for society. Just one individual, two individuals, one blogger, two bloggers can form an opinion and that becomes public opinion?

Come on, give me a break."

Is he blaming Raja Petra Kamarudin:

"I wouldn't say any particular blogger. The whole idea that bloggers or so-called opinion-makers can form an opinion and that becomes the truth. That worries me. If bloggers can become the source of truth then we are in trouble as a society. Can you imagine enemies of the state using blogs to erode confidence, for example. You are talking about something even far more sinister. If a concerted effort is made towards the state, the government, the people, then we are in trouble. But in more developed societies, they have gone through the phase we are going through and after awhile they will say, let's not worry about them."

Will speculation stop after today:

"Even my press statement today there will be twist and turns. If I hold this up and say this is a tape recorder, and it is reported that Razak held a gun, I can't be responsible for that. What can I do? I just want to tell the truth and that's the truth.”

People's reaction after he was released:

"To my surprise, a lot of people wished me the best, some actually said congratulations, total strangers came up to me and say we are happy that you are out. I actually thought I was going to be a leper and everyone is going to shy away from me. Of course, when I walk around people were whispering and all that, but that's quite obvious."

Final word on bloggers:

"More often when you read bloggers. They do not base their writing on fact. It's a lot of hearsay. This person told me this, that person told me this, a little bird told me this, rather than I was there, I saw this, I did this. Let's be a bit more critical in what we read and don't accept things verbatim. If you don't then you can also write the same thing and tell lies on others. In fact, I was so surprised that it is so easy to tell lies on the Internet.”

The above is a transcript of Abdul Razak Baginda's press conference today, Nov 20...

Altantuya: Pelik, bagaimana Razak tahu?

by Wan Nordin Wan Yaacob

Kalangan aktivis rakyat melahirkan rasa pelik dengan kenyataan bekas tertuduh kes pembunuhan Altantuya Shaaribu, Abdul Razak Baginda yang menyatakan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor memang tidak terbabit dengan kes tersebut.

Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin semasa dihubungi berkata beliau hairan bagaimana Razak boleh mengetahui bahawa Najib dan Rosmah tidak terbabit.


"Macamana Razak yakin Rosmah dan Najib tidak terbabit dalam kes Altantuya, maknanya dia (Razak) tengok atau tahu bila Altantuya dibunuh.

"Saya menggesa kertas siasatan kes ini dibuka semula kerana timbul keraguan dalam kenyataan Razak yang terbaru," ujar Badrul Hisham.

Beliau juga menggesa agar polis menyiasat isi kandungan SMS Najib yang sebelum ini mencetus kontroversi selepas penyiasat P.Balasubramaniam membuat kenyataan bersumpah berhubung dakwaan tersebut.

Ujarnya lagi, rakyat tidak sanggup melihat permainan tertinggi dalam kes ini yang akhirnya memangsakan mereka yang bukan dikalangan 'high profile'.

Malah kata beliau lagi, wujud kebimbangan di kalangan rakyat akan imej Najib yang terpalit dengan dakwaan-dakwaan seperti ini yang akhirnya akan memberi kesan kepada keyakinan rakyat terhadap bakal Perdana Menteri itu.

"Kalau dahulu Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pun dengan jolokan 'Mr Clean' akhirnya kini terbukti tidak 'clean', inikan pula mereka yang baru nak naik tetapi dibayangi dengan pelbagai dakwaan skandal," ujarnya.

Jika benar Najib tidak bersalah, beliau harus melalui proses membersihkan imej melalui siasatan terbuka, cadang Badrul Hisham. Razak kata Najib dan Rosmah tidak terbabit .

Terdahulu, Razak yang juga bekas Penganalisa Politik membuat dakwaan Najib tidak terbabit langsung dalam kes pembunuhan wanita Mongolia.

Malah, katanya, Najib dan Rosmah tidak pernah bertemu dengan Altantuya. Abdul Razak memberitahu demikian dalam sidang akhbar pertamanya selepas dibebaskan pada 31 Oktober lalu daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya.

Dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, yang dituduh membunuh Altantuya, diperintah membela diri.

Azilah dan Sirul Azhar dituduh membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara Lot 12843 dan 16735, Mukim Bukit Raja, di Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober tahun lalu.

Pihak mendakwa tidak memfail rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan Abdul Razak.

Bercakap dalam sidang akhbar penuh sesak, Abdul Razak meminta semua pihak supaya berhenti menyebarkan fitnah terhadap Najib dan Rosmah.

Abdul Razak berkata, terlalu banyak fitnah yang dilemparkan kepada mereka berdua.
Malah, katanya, mereka yang menyebarkan fitnah itu tidak pernah mengeluarkan bukti yang kukuh 'kerana sebenarnya tidak ada bukti".


Katanya, beliau memberitahu pihak polis bahawa Najib tidak terlibat dan "keterangan yang diberikannya kepada polis adalah sama dengan yang dicakapkan kepada media hari ini.

"Saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah melakukan sebarang kesalahan terhadap si mati (Altantuya) dan saya ingin mengucap simpati yang tidak terhingga kepada keluarga si mati.


"Kebenaran adalah kebenaran dan tiada apa yang boleh mengubah kebenaran," katanya yang turut ditemani oleh peguamnya.

Abdul Razak berkata, memandangkan perbicaraan kes tersebut masih berjalan, maka beliau dinasihatkan oleh peguamnya supaya tidak menyentuh secara khusus mengenainya demi menjaga keluhuran perbicaraan tersebut.

Abdul Razak juga mendakwa, ada dua pihak yang didakwanya menyebarkan pandangan yang tidak berasaskan fakta iaitu blogger dan pemberi pendapat.

Beliau mendakwa, mereka ini telah membuat interpretasi tanpa berasaskan fakta dan berdasarkan khabar angin.

Oleh itu, beliau meminta mereka menghentikan perkara itu. Ditanya mengenai hubungannya dengan Najib, Abdul Razak berkata beliau tidak mempunyai hubungan yang formal dengan Najib.

Menurutnya, mereka sering bertukar buku dan berbincang mengenai apa yang mereka baca. - mks._

Wednesday, November 19, 2008

Program Penerangan PKR Negeri

Bermula Januari 2009, Biro Penerangan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang akan melancarkan gerakan intensifnya bagi menggembeling seluruh tenaga diperingkat bahagian-bahagian untuk memerhebatkan kerja-kerja penerangan massa.
Untuk itu, Mesyuarat Biro Penerangan akan diadakan di Temerloh untuk Ahli-Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Negeri bersama-sama AJK Biro Penerangan AMK dan Wanita berserta AJK-AJK Biro Penerangan peringkat bahagian-bahagian.
Kerja-kerja yang akan dijadualkan termasuklah kerja-kerja mengadakan ceramah kelompok yang akan dibantu oleh Biro Penerangan Negeri sekurang-kurangnya 4 kali setiap bulan untuk setiap Bahagian, dengan ceramah 2 kali sebulan oleh penceramah-penceramah dari tenaga Negeri bagi setiap Bahagian dan sebulan sekali yan melibatkan penceramah-penceramah Negeri dan PKR Pusat bagi setiap Bahagian.
Setiap Bahagian adalah diarahkan untuk menyediakan sekurang-kurangnya 50 orang ahli-ahli task force untuk kerja-kerja penampalan poster serta kerja-kerja pengedaran risalah dari rumah ke rumah sebagai persediaan penganjuran ceramah-ceramah.
Biro Peneangan juga akan menganjurkan program "Belilah Suara Keadilan" sebagai suatu kempen besar-besaran agar SUARA KEADILAN, lidah rasmi parti dapat menemui sebanyak mungkin pembaca-pembaca di Negeri Pahang.
Setiap ahli parti di seluruh Negeri adalah juga digalakkan mempunyai kemudahan komputer dan internet dengan memilikki alamat e-mail agar sentiasa terdedah kepada info-info terbaru.
Ketua-Ketua Bahagian dan Ketua-Ketua Biro Penerangan Bahagian dipinta menggunakan saluran Blog Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini.

Monday, November 17, 2008

Isteri AJK PKR Bahagian Kuala Krau Perlu Bantuan Segera

Kuala Krau, 17.11.08: Puan Rokiah binti Abdul Mubin, 46, isteri kepada Mohd Nor bin Abu Bakar, Ketua PKR Cawangan Felda Jenderak Utara merangkap Ahli Jawatankuasa PKR Bahagian Kuala Krau telah jatuh lumpuh sejak 2 Syawal yang lalu.

Sejak tarikh itu beliau tidak lagi dapat menguruskan rumah tangga bahkan beliau terpaksa dibantu oleh suaminya untuk mandi.

Sdr Mohd Nor menyatakan bahawa isterinya telah menderita serangan penyakit kencing manis dan darah tinggi sejak lebih 10 tahun yang lalu, tetapi sejak 2 Syawal lalu isterinya jatuh pengsan dan apabila sedar isterinya telah lumpuh.

Sebagai suami, Sdr Mohd Nor mengambil alih kerja-kerja menguruskan rumah dan menjaga anak-anaknya seramai 2 orang, seorang berada di Tingkat 4 Sekolah Menengah dan yang kecil didalam tahun 6.

Sdr Mohd Nor menyatakan bahawa beliau sendiri tidak dapat menjalankan kerja-kerja mencari rezeki sepenuh masa memandangkan keadaan yang dihadapinya sekarang ini.

Mohd Nor telah menemui pejabat KWSP Daerah Temerloh untuk mengeluarkan caruman isterinya itu, dan dinasihatkan untuk mendapatkan Lapuran Perubatan dari Hospital.

Mohd Nor telah membawa isterinya ke Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh untuk pemeriksaan, namun, Mohd Nor amat keciwa kerana pihak Hospital itu telah mengeluarkan Laporan Perubatan seolah-olah isterinya tidak mengalami penyakit dan oleh itu tidak layak mengeluarkan wang KWSPnya.

PKR Bahagian Kuala Krau memohon simpati dari ahli-ahli PKR seluruh Pahang untuk menghulurkan bantuan atau derma kepada keluarga ini seikhlas mungkin, dan untuk berderma silalah menalipon kepada Sdr Mohd Nor melalui talian: 019 9339011 atau menulis surat kepadanya di alamat No. 91 Felda Jenderak Utara, 28050 Kuala Krau, Pahang.

Isu Jurufoto:MB Perak Dijerat

by Misbahul Munir Masduki Setiausaha Politik YAB MB Perak

IPOH, Sudah dijangka, media akan mainkan isu ini. Peluang untuk memberi penjelasan tidak pula diberi. Saya, Setiausaha Akhbar, Ust. Nor Azli Musa dan seorang lagi kebetulan ada di tempat kejadian. Kami bersama MB sedang makan tengahari, seorang yang tidak dikenali menghampiri MB membawa surat meminta MB menandatangani, beliau memperkenalkan diri, MB membaca sepintas lalu dan seakan bersetuju menandatangani, kami serentak mencelah, jangan tandatangan dulu, lihat keseluruhan isi surat tersebut, dalam masa yang sama ada seorang jurufoto yang juga tidak dikenali mengambil gambar.

Kami beritahu, boleh jadi ini perangkap, nanti keluar gambar MB menandatangani sesuatu yang mungkin boleh di ambil kesempatan memburuk imej MB. Seorang MB menandatangani sekeping surat yang tidak diketahui latarbelakangnya di kantin. Lantas MB panggil jurufoto, bertanya dari akhbar mana, ada minta kebenaran atau tidak mengambil foto, jurufoto tersebut semacam tidak ambil peduli, MB panggil sekali dengan nada yang kuat sikit, tetapi tidaklah sampai panggil 'Hoi' sebagaimana didakwa. MB minta rakaman foto tadi dibuang, untuk memastikan foto tersebut dibuang, MB minta kamera tersebut dan serah pada Setiausaha Akbar yang duduk di sebelah saya, dan meminta SU Akhbar pastikan gambar tersebut dibuang. Dan kamera itu diserah semula pada jurufoto dengan baik.

Kami beritahu pembawa surat tersebut supaya dalam urusan seumpama itu, datanglah ke pejabat, kami akan rekodkan surat tersebut, satu salinan kami simpan dalam fail, soal MB nak sain tak nak sain itu soal lain. Pembawa surat tersebut faham, dan ternyata dia menyerahkan surat tersebut kepada Setiausaha Sulit MB di pejabat. Itu baru betul. Pagi esoknya, saya tengok surat tersebut sudah ada dalam meja MB.

Telahan kami tepat, tidak sampaipun beberapa minit kemudian, suara seorang ADUN Pembangkang yang sangat dikenali dari Kubu Gajah, tidak semena-mena membangkitkan isu ini di dewan dengan membuat pencelahan sewaktu seorang ADUN lain sedang membahaskan Bajet 2009, saya belum kenal pasti siapa ADUN yang sedang berucap ketika itu. Kubu Gajah menghentam MB Perak kerana kononnya bertindak kasar kepada wartawan, Kubu Gajah tidak berada di tempat kejadian, ada beberapa orang ADUN BN memang ada di kantin sewaktu berlaku kejadian tersebut. Saya tidak beberapa cam ADUN tersebut, yang ternyata Kubu Gajah tidak ada di kantin, saya sangat mengenalinya kerana ia memang popular dengan sikap kurang ajarnya, perangai di Parlimen dibawanya ke DUN.

Saya akan semak dalam kertas minit dewan apa yang diucapkan oleh ADUN Kubu Gajah dan akan siarkan, para pembaca nilai sendiri ucapannya, inilah perangai UMNO BN, mengambil kesempatan apa sahaja yang boleh dijadikan isu untuk burukkan MB dan kerajaan.

Isu JJ Tak Puas Hati Dengan Khutbah, Terus Panas...

by Suhaimi Mohd Saad (Ilham Najmi) Sinar harian melaporkan muka depan dengan tajuk KHUTBAH HENTAM KERAJAAN.
Ramai yang bertanya "Macammana Ust? Terus terang saya katakan saya tak hentam kerajaan. Apa yang saya hentam ialah KEZALIMAN dan KETIDAKADILAN. Ada komen nakal menghentam saya kerana menentang ISA. Saudara harus menyelami penderitaan anak-anak yang bapa ditahan di bawah ISA. Rintihan isteri yang berhempas pulas mengharungi kepayahan tanpa suami.

Ada yang membangkitkan bagaimana pula penjenayah dipenjara. Mereka berbeza dengan tahanan ISA. Mereka telah diberi peluang membela diri.. segala bukti dibongkar di mahkamah. Hakim menjatuhkan hukuman, ada yg 4 tahun ada yang 10 tahun malah ada yang 20 tahun, seumur hidup pun ada.
1. Maknanya mereka mengetahui berapa lama mereka akan duduk dalam jeriji besi. Anak mereka boleh membilang hari, bila bapa bebas tetapi ISA tidak diketahui berapa lama di tahan. Selepas dua tahun sambung lagi 2 tahun sambung lagi 2 tahun sambung lagi 2 tahun.

2. Bila saya ziarah anak dan isteri ISA, mereka mendakwa pertemuan mereka dihadang oleh cermin tebal dan bercakap hanya menggunakan intercom. Tiada sentuhan, belaian yang hanya ada linangan air mata.

3. Isteri penjenayah dipenjara tak diganggu. Apa yg terpaksa mereka hadapi hanyalah tohmahan masyarakat. Tetapi isteri tahanan ISA diganggu oleh manusia yang mengaku SB. Psikologi mereka diganggu, panggilan telefon mengganggu mereka, malah ada rumah tangga mereka hancur akibat gangguan ini.

4. Kak Norlaila (isteri Mat Sah Satray) mendakwa, SB memberi amaran, kalau beliau terus aktif dalam GMI membantu kempen kesedaran mansuh ISA dan membantu kebajikan tahanan, suaminya akan terus merengkok dalam tahanan, dengan tujuan 'padan muka'.Manusia yang menulis menyokong ISA, anda hanya duduk dalam bilik berhawa dingin tanpa anda mengetahui jerih payah anak dan isteri mereka.
Bacalah buku karya isteri-isteri tahanan ISA bertajuk "DUNIA TANPA SUAMI" Selamilah isi hati mereka.

Tambahan pula perjuangan menentang ISA ini tidak boleh dilihat sebagai agenda pembangkang. Ia telah diterima oleh sebahagian rakyat malah yang tak berparti pun sehingga mereka menjadi aktivis Gerakan Mansuh ISA (GMI). Bukan itu sahaja, hari ini parti GERAKAN, MCA, MIC, SAPP juga sedang mendesak supaya ISA ini dikaji semula. Malah Mufti Perlis Sahibus Samahah Dr Asri menolak penggunaan ISA dan minta ISA dihapuskan.

Guru tuisyen ditahan sertai majlis anti-ISA

by Athi Veranggan

Majlis memasang lilin anti-ISA yang diadakan secara aman di Esplanade, George Town malam tadi dicemari dengan penahanan penganjur bersamanya, seorang guru tuisyen, Paula Khoo Gaik Hong.

Paula Khoo, 47, yang kali pertama menganjurkan majlis seumpama itu bagaimanapun dibebaskan empat jam kemudiannya, dengan jaminan polis, selepas suaminya BS Khor, 51, menandatangani perintah jaminan tersebut. Paula dikehendaki melaporkan diri di balai polis Jalan Patani pada 28 November.
Penahanan Paula, sejurus selepas majlis selama 40 minit itu, selesai pada jam 8.40 malam, mencetuskan kritikan dari para aktivis, yang menyifatkan tindakan polis itu sebagai "tidak wajar, tidak rasional dan satu taktik intimidasi'. Sebelum itu, kira-kira 200 orang aktivis memasang lilin ketika menyertai majlis itu anjuran satu kumpulan yang dinamakan Rangkaian Anti-ISA Pulau Pinang.

Ia adalah sebagai sebahagian daripada usaha mendesak kerajaan supaya memansuhkan akta tersebut yang membolehkan seseorang itu ditahan tanpa bicara.
Ketika majlis tersebut hampir berakhir, sepasukan anggota polis, yang diketuai Ketua Inspektor Alimin Ali mengarahkan mereka bersurai dan mereka mematuhinya.
Ketika itu, Paula sedang berdiri di tepi jalan menunggu kereta suaminya apabila anggota polis - yang berpakaian seragam dan berpakaian biasa - menghampirinya dan memintanya mengikut mereka ke ibipejabat polis di Jalan Patani untuk memberi kenyataan.
Paula kelihatan terperanjat ketika dia dibawa dari situ dengan sebuah van polis. Hanya bila tiba di balai polis, Paula dimaklumkan oleh pegawai penyiasat, yang hanya dikenali sebagai Inspektor Ibrahim Husin, bahawa di ditahan mengikut Seksyen 141 Kanun Keseksaan kerana menyertai perhimpunan haram.

Dua Ahli parlimen DAP, Liew Chin Tong dan Jeff Ooi; bekas ketua Wanita Gerakan, Rhina Bhar; aktivis sosial, BK Ong bersama dengan kira-kira 15 aktivis anti-ISA berada di balai polis tersebut untuk memberi sokongan.Selepas dibebaskan, Paula memberitahu wartawan apa yang dilaluinya itu membuatnya lebih memahami nasib tahanan ISA dan keluarga mereka. Ong pula berkata penangkapan Paula tidak perli kerana majlis tersebut sudah selesai dan orang ramai sudah bersurai.

Di majlis tersebut, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng; Naib Presiden Parti Rakyat Malaysia, Gary GV Nair; Penolong Ketua PAS Bayan Baru, Raziz Mohd Nor adalah antara yang berucap mendesak supaya ISA dihapuskan.

Aku Dah Tak Ego Lagi,Kali Ini Aku Mengaku Aku Bodoh…

by Pinkturtle
Saya kesal dengan kenyataan saya di Parlimen kerana membuatnya tanpa berdasarkan fakta yang cukup...saya katakan 'mereka mungkin dipecat'."Itu tidak benar sebenarnya. Saya faham mereka tidak dipecat kerana mereka menerima pencen sejak 20 tahun yang lalu - Nazri
Nazri kesal buat kenyataan enam hakim bukan dipecat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengesahkan dan mengakui bahawa keenam-enam hakim yang menerima bayaran ex-gratia sebenarnya dipecat.
“Saya kesal dengan kenyataan saya di Parlimen kerana membuatnya tanpa berdasarkan fakta yang cukup…saya katakan ‘mereka mungkin dipecat’.

“Itu tidak benar sebenarnya. Saya faham mereka tidak dipecat kerana mereka menerima pencen sejak 20 tahun yang lalu,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Pada 6 November lalu, Nazri ketika mengumumkan pembayaran exgratia berjumlah RM10.5 juta kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan lima hakim kanan yang terlibat dalam krisis kehakiman 20 tahun lepas, berkata bekas-bekas hakim itu bukannya dipecat tetapi telah ditamatkan perkhidmatan lebih awal seperti disarankan oleh satu panel.

Hal itu menyebabkan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada 10 November lalu meminta supaya Nazri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa kenyataan menteri itu adalah satu pembohongan besar.

Nazri menjelaskan kekeliruan itu berlaku kerana perkara tersebut tidak seperti kebiasaannya.
“Dalam kerajaan, bila kita diberikan pencen, kita faham kita tak buat apa-apa kesalahan, tapi kalau kita dipecat, pencen tidak akan diberikan.

“Tapi dalam kes ini hakim-hakim itu terima pencen. Namun saya ambil masa untuk semak semula dan dapati ada surat daripada Yang Dipertuan Agong meminta supaya pencen tetap diberikan kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, keputusan sama ada Nazri perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana didakwa memberi kenyataan tidak benar itu kepada dewan, akan diketahui minggu hadapan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini berkata, beliau perlu menyemak semua butiran kerana perkara itu melibatkan banyak implikasi.
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/11/13/mstar_mutakhir/20081113140346&sec=mstar_mutakhir
Komen Pahangdaily

Maka sekarang, memang terbukti bahawa Nazri Aziz memang “berbohong” di parlimen perihal isu Ex-Gratia Hakim baru-baru ini. Biarpun beliau akui kesilapannya, tetapi rakyat harus sedar bahawa memang Nazri banyak berbohong selama ini. Beliau patut dikenakan tindakan kerana berbohong oleh parlimen!.

Cara beliau menjawab soalan yang dikemukan kepadanya dulu, dalam keadaan yang terlalu yakin dan sombong seolah-olah beliau tahu segalanya tentang hal ini. Jika begini sikapnya menteri UMNO, maka sahlah bahawa rakyat telah tersalah membuat pilihan mereka selama ini. Nazri harus letak jawatan! kerana beliau tidak layak menjadi menteri. Semoga rakyat sedar semua ini.