PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Tuesday, May 19, 2009

Perjuangan Membasmi Kemiskinan Tegar Tidak akan selesai selagi kemiskinan di perkampongan Orang Asli tidak berjaya

Sudah 50 tahun Negara ini Merdeka. Setiap tahun dilaungkan MERDEKA di Ibu Negara dan disemua Ibu-Ibu Negeri, dengan perbelanjaan berjuta-juta ringgit dihabiskan, tetapi marilah kita lihat dengan mata kepala kita sendiri. Lihatlah gambar ini. Lihatlah rumah ini, bayangkanlah kehidupan yang dijalani oleh keluarga ini.
Setiap tahun budget diumumkan di Parlimen dan peruntukan untuk Orang Asli ditambah dari tahun ke tahun. Ke poket mana kah perginya peruntukan itu? Jabatan Hal Ehwal Orang Asli nampaknya semakin canggih. Pejabat-pejabat diseluruh Negaranya makin cantik dan canggih. Ada pula kereta-kereta canggih yang semakin mahal untuk pegawai-pegawai dan kakitangannya, dan kalau ada EXCO-EXCO Kerajaan Negeri atau Menteri-Menteri Pusat datang melawat, wah, bukan main sibuk mereka di Jabatan itu, bermegah-megah kononya nak menunjukkan berbagai program ekonomi, kesihatan dan pendidikan telah dijalankan oleh Jabatan itu untuk Orang Asli. Bukan main lagilah Tok-Tok Batin yang mengampu itu yang akan menerangkan betapa berterima kasih mereka kepada kerajaan Barisan Nasional seolah-oleh nasib kaum mereka sudah terbela.
Orang Asli masih jauh ketinggalan. Ada lagi Orang Asli yang hanya tinggal didalam pondok bertiang kayu 4 batang dan beratap daun-daun kayu. Lantainya adalah tanah. Marilah membuat lawatan ke Rezab Krau di Daerah Raub. Temuilah kaum Chewong disana. Bukan saja tidak ada tempat tinggal bahkan mereka itu tidak didaftar pun kelahiran mereka. Mereka tidak ada kad pengenalan. Apa Jabatan Orang Asli buat?
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli sudah menjadi organisasi menjaga Jabatan bukan organisasi mentadbir dan menghulurkan bantuan kepada Orang Asli dan peruntukan yang begitu besar setiap tahun dihabiskan untuk Jabatan.
Dulu Orang Asli ditanggung segala-galanya untuk persekolahan anak-anak. Kini kedudukan mereka dah sama sahaja dengan orang lain. Jika mereka mempunyai 4 hingga 6 orang anak yang bersekolah, maka adalah anak-anak mereka terpaksa tidak bersekolah kerana mereka kini kena membayar semua bayaran yang dikenakan oleh sekolah sedangkan pendapatan mereka bukan saja kecil bahkan tidak menentu.
Apabila Parti Keadilan Rakyat memulakan langkah memperjuangkan hak dan kepentingan Orang Asli, UMNO mengambil langkah memperhebatkan aktiviti-aktiviti berbentuk mengkhayalkan mereka seperti mengadakan majlis-majlis karaoke, konsert, joget dan minuman arak. Aktivit negatif ini telah dilakukan oleh UMNO sejak dulu lagi. Walaupun masih ada Orang Asli yang masih terpesona dengan aktiviti khayalan itu, sudah muncul pula golongan berani dan insaf dikalangan mereka yang memperjuangkan nasib, hak dan kepentingan Orang Asli untuk meningkat taraf hidup kaum mereka sejajar dengan masyarakat lainnya.
Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang sudah pun menubuhkan Biro Hal Ehwal Orang Asli untuk meningkatkan perjuangan sebenar bagi Orang Asli, dan Biro ini mengalu-alukan semua pihak untuk menyumbangkan kepada perjuangan ini. Silalah hubungi saya, Haji Suhaimi Said No. h/p 0199321260 atau email: lksuhaimi@gmail.com
Untuk mengikuti berita-berita mengenai perjuangan Orang Asli sila baca http://lubokkawah.blogspot.com

No comments: