Monday, November 9, 2009
Biro Felda dan Orang Asal
Fokus Gerak Kerja KeADILan Cabang Lipis
Selepas mesyuarat tersebut, Sdr. Zakaria bersama-sama AJK telah meluangkan masa melawat Bilik Gerakan Pakatan Rakyat(PR) DUN Benta yang telah siap dibina di Kg. Jerkoh.
Friday, November 6, 2009
Thursday, November 5, 2009
Program ketat Datuk Fauzi di Zon Tengah
Wednesday, November 4, 2009
Penahan Dr Mohd Asri bermotifkan politik!
KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG DENGAN PENAHANAN DR ASRI ZAINUL ABIDIN (BEKAS MUFTI PERLIS) DARI SEKRETARIAT PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI PAHANG
Parti Keadilan Rakyat(PKR) Negeri Pahang merasa amat kesal dan sedih di atas insiden penahanan Dr Asri Zainul Abidin,Bekas Mufti Perlis oleh Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS). Walaupun JAIS adalah pihak berkuasa agama di Selangor yang mempunyai autoriti terhadap pentadbiran dan pengurusan hal ehwal agama Islam namun mereka tidak seharusnya mengambil tindakan dengan sewenang-wenangnya tanpa meneliti dan menyiasat dengan lebih terperinci. Dr Asri adalah bekas Mufti yang mempunyai kelulusan(PhD) di dalam bidang agama Islam. Kelulusan yang dimiliki itu dan pengalaman selaku seorang Mufti sudah cukup terbukti untuk melayakkan beliau mengajar agama di mana-mana sahaja di bumi Allah ini lebih-lebih lagi di Malaysia.
PKR Pahang meyakini bahawa semua rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam amat mengenali Dr Mohd Asri. Oleh itu penahanan beliau oleh pihak berkuasa JAIS sangat meragukan dan amat dikesali. Adalah mustahil pegawai-pegawai JAIS tidak mengenali Dr Mohd Asri serta latarbelakang akademik dan pengalamannya yang luas dalam bidang agama Islam. Beliau juga seringkali dijemput selaku penceramah jemputan di mana-mana sahaja di seluruh negara termasuk rancangan-rancangan berbentuk keagamaan di rangkaian televisyen.
PKR Pahang percaya penahanan ini tiada kaitan dengan Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat kerana sepanjang lebih kurang 1 tahun 8 bulan mentadbir Selangor tiada kes seumpama ini berlaku. Tambahan pula Pakatan Rakyat amat menghormati kebolehan dan kewibawaan Dr Mohd Asri. Oleh itu PKR Pahang yakin penahanan ini ada campurtangan politik dari pihak-pihak tertentu yang ingin memburuk-burukkan nama Kerajaan Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Usaha pihak tertentu untuk menumbangkan Kerajaan Selangor dilihat dilakukan secara berterusan sejak selepas PRU 12 lagi. Ini terbukti dengan kenyataan dan tuduhan tidak berasas yang dilemparkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan tindakan penahanan ini dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan tiada kena mengena dengan Kerajaan Pusat. Kenyataan Najib itu adalah umpama “baling batu sembunyi tangan” dan “telunjuk lurus kelingking berkait”. Ini bermakna masih ada pegawai-pegawai JAIS yang mempunyai ikatan kukuh dengan “tuannya yang terdahulu”. Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang kononnya bersimpati terhadap Dr Mohd Asri dilihat sebagai sandiwara semata-mata lebih-lebih lagi di antara yang hadir ke ceramah beliau adalah YB Zuraidah Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang (PKR) dan YB Shaari Sungip, Ahli Dewan Negeri Hulu Klang (PAS).
Ketiadaan pertuduhan walaupun arahan dikeluarkan oleh JAIS supaya Dr Mohd Asri menghadirkan diri ke mahkamah adalah satu persoalan yang belum terjawab. Walaupun menunggu sehingga lebih 2 jam namun tiada rakaman keterangan yang diambil malah tanpa kehadiran pegawai JAIS. Ini dilihat sebagai satu “permainan” yang amat memalukan.
Penahanan ini juga dilihat “amat padan” dan sama sahaja dengan penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR sedikit masa dahulu. “Tangkap dahulu, kemudian cari bukti”, kalau tiada bukti, reka supaya macam ada bukti. Inilah permainan politik yang amat kotor dan jijik walaupun umum rakyat negara ini amat mengenali kedua-dua tokoh ini. Dr Mohd Asri adalah tokoh agama manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tokoh pejuang rakyat yang mempunyai fikrah Islam yang amat tinggi.
ZAIDI AHMAD
Pengarah Sekretariat
Parti Keadilan Rakyat
Negeri Pahang
(013-3307176)
4hb November, 2009
Mesyuarat Biro Felda Zon Tengah (Temerloh, Bera, Maran, Jerantut dan Kuala Krau)
Tuesday, November 3, 2009
BANDAR BERA 01 NOVEMBER 2009:
3. Ketua Biro Perhubungan Antara Kaum : Sdr M.Muthusamy
5. Pengarah Pilihanraya PKR Cabang Bera : Sdr Hamzah BawaSetakat ini beberapa calon yang berpengalaman untuk mengisi jawatan tersebut telah dikenal pasti dengan masing-masing semuanya berkelulusan diploma dan ijazah sarjana muda. Semoga dengan perlantikan jawatan tersebut, sudah pasti segala gerak kerja dan perjalanan pentadbiran parti diperingkat cabang ini akan bergerak dengan lebih baik lagi.
Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa PKR Cabang Bera pada mesyuarat kali ke 07 (September lalu), pejabat PKR hendaklah sentiasa dibuka pada setiap hari ahad untuk rakyat datang mengadu masalah atau untuk berjumpa dengan pimpinan PKR peringkat cabang pada setiap hari tersebut.
Dengan lokasi pejabat PKR Cabang Bera ini berada di tengah-tengah tapak Pekan Sehari Bandar Bera di Kerayong ini, sudah pasti ianya begitu mudah dikunjungi serta didatangi tetamu terutamanya daripada tanah rancangan felda untuk mengadu sebarang masalah kepada pimpinan PKR Bera ini.
Perjumpaan Biro Hal Ehwal Felda KEADILAN Pahang Zon Tengah pada 7hb November 2009
Persediaan untuk Konvensyen Hal Ehwal Orang Asal Negeri Pahang
Monday, November 2, 2009
AHLI PARLIMEN KUANTAN TURUN PADANG MENYELESAIKAN MASAALAH RAKYAT
Saturday, October 31, 2009
Biro Felda KEADILAN Zon Pahang Barat dilancarkan
Beliau menyatakan bahawa Biro Felda PKR Pahang telah menyusun untuk mengadakan Konvensyen Peneroka-Peneroka Felda peringkat Negeri Pahang, tetapi apabila tertubuhnya Biro Felda KEADILAN Pusat, Biro peringkat Pusat meminta supaya Konvensyen peringkat Negeri Pahang ditukar kepada Konvensyen peringkat Pusat.
======
Wednesday, October 28, 2009
30 orang ahli UMNO keluar parti
Wednesday, October 21, 2009
Datuk Fauzi di Temerloh
----
Monday, October 19, 2009
Perasmian Biro Felda PKR dan Orang Asal Negeri Johor
=====
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri & Deepavali Pakatan Rakyat(PR) Lipis
17hb Oktober 2009- Pakatan Rakyat(PR) Parlimen Lipis telah mengadakan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri & Deepavali di Dewan serbaguna Benta.Majlis telah dirasmikan oleh En Zakaria Abdul Hamid, ahli Majis Pimpinan Pusat PKR, yang juga ketua PKR Lipis.
Seramai kira-kira 1 ribu jemputan telah menghadiri majlis tersebut.Turut hadir sama adalah pimpinan Pakatan Rakyat negeri dan setempat iaitu: En Lip Tuck Chee, pengerusi DAP Pahang; En Md Noor Jaafar, timbalan pengerusi PKR Pahang dan ustaz Ishak, yang dipertua PAS Lipis dan Ketua AMK Pahang Sdr. Rizal Jamin.



Friday, October 16, 2009
(Dari Blog: MSO)
MASIH ingatkah tuan-tuan dan puan-puan dengan orang bernama Mohd Radzi Salleh? Dia ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Kedah. Radzi menang kerusi berkenaan dalam pilihan raya umum lalu atas tikit PKR. Dia juga dikira beruntung kerana dilantik menjadi Exco Kedah walaupun pengalaman beliau dalam politik dan pentadbiran tidak banyak.
Kedudukan itu adalah tertinggi bagi seseorang Adun selepas Menteri Besar. Tetapi kedudukan Radzi itu tidak kekal lama. Sebulan atau dua bulan selepas beliau dilucutkan jawatan Exco. Tempat beliau diganti dengan Adun Kulim, Lim Soo Nee dari PKR.
Adapun kenapa Radzi dilucutkan sebagai anggota Exco kerana beliau telah mengistyharkan diri keluar dari PKR dan menjadi Adun bebas di DUN Kedah. Menjelang pilihan raya Permatang Pasir, Pulau Pinang beliau telah istyharkan diri menyertai Umno semula, parti lamanya. Alasannya 'semesek' perjuangan PKR di bawah nasihat eksklusif Anwar Ibrahim sudah menyimpang jauh.
Itu hanya alasan saja. Sebenarnya Radzi ada menghadapi masalah lain yang menekan jiwa dan perasaannya. Beliau dikaitan dengan rasuah. Aduan rasuah ke atasnya dibuat oleh pihak tertentu kononya beliau telah membuat tuntutan palsu dan tidak munasabah dengan kedudukannya sebagai Exco. Berikutan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah menjalanakan siasatan ke atasnya. Sejak itu hidup dan tumpuan politiknya berbalau-balau.
Semasa siasatan ini berjalanlah beliau telah meralat semula perjuangannya. Merasa perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat merugikan rakyat. Maka beliau kembali semula berjuang dalam Umno. Sehubungan itu beliau hilang kedudukan sebagai Exco yang berprestej itu.Orang akan menghormat dan menyanjungi Radzi kalau beliau mengambil keputusan kembali kepada Umno itu atas prinsip perjuangan. Sesiapa pun tidak akan harus bersekongkol dengan perjuangan batil. Adalah wajar dan bijak jika kita mufarakah dari kejahatan dan kebatilan. Kerana berada dalam kebatilan samalah mendiangkan diri pada bahan neraka.
Tetapi apa yang berkudis dalam kepada umum sejauh manakah tindakan Radzi itu berdasarkan prinsip perjuangan? Ada yang meragui tindakan beliau itu. Bahawa beliau bertindak bukan kerana prinsip perjuangan tetapi kerana 'prinsip' ugutan dan tekanan oleh pihak tertentu. SPRM telah digunakan dalam hal ini untuk menekan perasaan Radzi sehingga beliau meninggalkan perjuangan PKR?
Mungkin disebabkan tekanan, ugutan itulah menjadikan beliau selalu berpeluh di dahi, tidak nyenyak tidur dan akhirnya membuat ralat atas atas perbuatan beliau yang tidak salah itu. Bagaimana pun cerita sudah tamat, pihak yang mahu melihat Radzi memberi imej buruk kepada PKR dan kerajaan Kedah sudah pun berlalu. Radzi telah keluar parti dan menentang kerajaan Kedah.
Inilah yang dihajati oleh pihak tertentu dan ia berjaya. Hasilnya Radzi kehilangan jawatan, kehilangan rakan dan dituduh sebagai pengkhianat. Maruahnya sebagai ahli politik juga sudah tercemar.
Dan selepas segala-gala itu khalas, semalam SPRM telah mengumumkan penutupan siasatan ke atasnya berhubungan aduah rasuah kerana membuat tuntutan palsu. Beliau didapati tidak mempunyai kesalahan seperti mana yang diadukan itu. "DPP memutuskan tiada kesalahan dilakukan oleh bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat, dan sumber tenaga negeri itu (Kedah). DPP dapati tuntutan Radzi itu adalah berasas dan tiada maklumat mengaitkannya," begitulah jelas Pesuruhjaya SPRM kedah, Idrus Jaafar.
Di sini apa yang boleh disimpulkan atas apa yang berlaku itu; pertama, bahawa Radzi tidak melakukan rasuah seperti mana yang dituduh itu, kedua, SPRM jelas diperalatkan oleh pihak tertentu untuk menekan dan menganggu Radzi dengan tujuan memburukkan PKR dan kerajaan Kedah, dan ketiga kerajaan Kedah bersih dan terhindar dari rasuah.
Iktibar yang boleh diambil disini ialah, mana-mana wakil rakyat Pakatan Rakyat jangan sesekali melakukan rasuah kecil atau besar, atau cuba berkawan dengan 'rasuah' kerana kedudukan mereka sangat rapuh untuk diratah oleh SPRM. Jangan juga berfikir apabila anda melakukan rasuah tetapi ianya tidak terkesan oleh pihak berkuasa anda beranggapan anda bijak dan tidak khianat.
Dalam hubungan ini wakil rakyat Pakatan juga harus mempunyai semangat yang kuat, keberanian dan tidak mudah goncang bila menerima ugutan dan desakan. Mereka harus yakin kerana kebenaran dan harus berani kerana kebenaran. Dan jika ada penyiasatan dan pendakwaan kilat ke atas mereka hendaklah hadapi dengan tenang dan jangan takut. Rujukan kepada parti. Percayalah dan yakinlah kepada diri sendiri dan yakinlah kebenaran tetap akan menang.
Kesemua senario yang berlaku seperti di atas itu, baik di pihak SPRM, pihak yang kena siasat dan pihak yang memperalatkan SPRM untuk tujuan politik, sebenarnya sangat mudah dicami kerana permainan dan senario itu sudah wujud sejak berzaman.
Hanya mereka yang jahil, penakut serta tidak yakin kepada diri sendiri saja akan tewas dan mudah mengangkat bendera putih!
[wm.kl. 10:30 am 16/10/09]
Thursday, October 15, 2009
Monday, October 12, 2009
PRK Bagan Pinang : Terima Kasih kepada Jentera AMK
Saya juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dari segi penempatan dan juga penyediaan makanan
Rizal Jamin
Ketua AMK Pahang
Friday, October 9, 2009
Rumah Terbuka Hari Raya Idul Fitri PKR BERA 2009 Meriah
Hampir seribu orang hadir ke Jamuan Rumah Terbuka Hari Raya Idul fitri 1430H / 2009 anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bera. Kemeriahan tahun ini lebih terasa kerana pada tahun ini semakin ramai penduduk di Bera ini khususnya semakin berani untuk hadir ke jamuan raya yang dianjurkan oleh PKR Bera ini.
Jamuan Raya ini bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 02.00 petang turut dikunjungi oleh rombongan DAP Pahang yang diketuai oleh Pengerusi DAP Pahang iaitu YB Leong Ngah Ngah yang juga ADUN Triang serta Sdr Abu Bakar Lebai Sudin (Timbalan Pengerusi DAP Pahang) yang juga calon DAP Parlimen Raub 2008. Manakala PAS pula diwakili oleh Ustaz Sulaiman Mohamad yang juga AJK PAS Pahang merangkap YDP Pas Kawasan Bera serta Sdr Shahrul Ketua Pemuda Pas Bera pula mengetuai rombongan Pas Kawasan Bera.
Antara pimpinan PKR Bera yang turut bersama meraikan tetamu serta pengunjung ialah Tn Hj Abas Awang (Ketua Cabang Bera), Sdr Hamzah Bawa (Timbalan), Sdr Amir Aziz, Sdr Muthusamy dan Sdr Malik Saleh (Naib-Naib Ketua), Sdr Rizan (Setiausaha Cabang), Tn Hj Hamzah Ibrahim (Ketua Penerangan), Sdr Bob Manolan (Ketua AMK Bera), Sdr Sarawanan (Exco AMK Pusat), serta AJK-AJK yang lain seperti Sdr Amin, Sdr Zarizan, Sdr Jemadi, Pn Gomathy, Pn Paridatul dan pn Sabarina.
Turut menghadiri rumah terbuka PKR Bera ini juga ialah Sdr Yusairi (AJK PKR Cabang Temerloh) serta rombongan sekeluarga Ketua PKR Cabang Raub (Sdr Mohd Ali Wahid). Pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum serta latar belakang politik turut menghadiri jamuan raya ini. Turut kelihatan juga pada tahun apabila semakin ramai kakitangan kerajaan dan swasta utama di Bera ini hadir bersama bagi memeriahkan suasana jamuan raya tersebut.
Mungkin dengan langkah PKR Cabang Bera yang mengutuskan jemputan secara rasmi kepada semua jabatan-jabatan kerajaan di daerah Bera ini seperti Ibu Pejabat Polis Daerah Bera, Pejabat Daerah & Tanah Bera, Pejabat Pelajaran Daerah Bera, Pejabat Kesihatan Bera, TNB, JBA Bera serta yang lain lagi telah menunjukkan kepada semua tentang keterbukaan parti kita pada semua penjawat awam. Keadaan ini juga menunjukkan kepada semua bahawa PKR kini telah mula diterima oleh rakyat pelbagai lapisan dan ini merupakan petanda yang cukup baik kepada PKR khususnya di Bera di PRU ke 13 nanti.
Tuesday, October 6, 2009
Manifesto Calun PAS/PR : N31 Bagan Pinang
BERSAMA KEHENDAK RAKYAT
1. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pihak media kerana melaporkan dengan adil aktiviti saya, PAS dan Pakatan Rakyat sehingga petang ini.
2. Kesempatan ini, ingin saya sebutkan beberapa fokus kempen saya serta agenda kesejahteraan yang ingin saya tawarkan kepada pengundi N31 Bagan Pinang.
3. Ikhlas saya katakan bahawa di Port Dickson, khususnya di Dun Bagan Pinang ini terdapat banyak isu malar segar yang perlu ditangani bersama. Daripada 13 permasalahan yang dekat dengan rakyat, umumnya rakyat mahu isu penaiktarafan jalan utama dari Telok Kemang ke Pasir Panjang segera diselesaikan. Kedua, rakyat mahu masalah perparitan yang menjadi punca utama banjir kilat, pembiakan lalat serta nyamuk segera diselesaikan. Ketiga dan terakhir, rakyat mahu isu alam sekitar yang melibatkan Pantai Port Dickson kerana dengan berbuat demikian, bukan sahaja menggamit semula kehadiran pelancong malah menjana ekonomi setempat.
4. Ikhlas saya katakan, kemenangan saya tidak akan mengubah lanskap kuasa kerajaan negeri. Tetapi, kemenangan ini akan membawa satu lagi ‘kehendak rakyat’ ke Dewan Undangan Negeri. Pakatan tambah satu kerusi Adun lagi, menjadikan 16 keseluruhannya. Umno tinggal 18 kerusi sahaja. Beza kerusi kita (Pakatan) dan BN hanya 2 kerusi sahaja. Semoga inilah yang dikatakan bersama kehendak rakyat.
5. Tahun lepas, Datuk Shaziman Abu Mansor kata di Parlimen, tiada peruntukan untuk membaiki jalan di sini. Sedangkan tanggungjawab membina jalan sebenarnya di dalam Senarai Persekutuan (Federal List). Jadi, Umno tidak perlulah memperbodohkan rakyat dengan kempen adakah saya mampu memperbaiki jalan jika saya menang. Sedangkan jika Tan Sri Mohd Isa Samad menang sekalipun, itu bukan tanggungjawabnya untuk membina jalan. Maka, saya akan senantiasa membawa isu penaiktarafan jalan ini di Dun kelak, di samping membantu Ahli Parlimen Telok Kemang membawa isu ini di Parlimen. Sama ada jalan siap dulu, atau Umno tumbang di Negeri Sembilan, biarlah rakyat terus membuat perhitungan.
6. Begitu juga dalam isu perparitan, Port Dickson dikenali khalayak tempatan sebagai Bandar Pembiakan Lalat, Banjir Kilat dan beberapa lagi. Akar masalah pada segala permasalahan kedua ini adalah sistem perparitan yang tidak efisyensi. Pembiakan lalat adalah natijah pada masalah perparitan. Bau busuk juga adalah natijah pada masalah perparitan. Banjir kilat yang berlaku setiap kali musim hujan juga adalah natijah pada masalah perparitan. Selesaikan akan masalah, bermakna selesailah segala natijah/masalah berantai tersebut. Selesaikan masalah perparitan, insyaAllah selesailah segala yang membelenggu rakyat hampir sedekad ini.
7. Saya yakin rakyat tempatan tahu tentang privasi pantai awam oleh segelintir pemimpin Umno bersama-sama pihak tertentu. Saya yakin, rakyat tempatan semuanya tahu isu masalah sampah-sarap ini berpunca oleh sistem pengangkutan sampah oleh syarikat SWM. InsyaAllah, pengalaman menjadi sukarelawan dan aktivis alam sekitar dan kemasyarakatan, menjadi pengerusi ‘No Incinerator Broga’; saya sedia mengetengahkan idea-idea yang lebih progresif demi kepentingan rakyat.
8. Dalam maksud yang lebih mudah, manifesto saya untuk rakyat adalah memperjuangkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat khususnya di Telok Kemang. Jadikan Adun Bagan Pinang sebagai satu lagi suara pendesak di Dewan Undangan Negeri (DUN), agent semak dan imbang terhadap projek-projek terbekangkalai serta urus tadbir kerajaan negeri yang dilihat pincang dan pembaziran oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional.
BERSAMA KEHENDAK RAKYAT
Zulkefly Mohamad Omar
Calon Pakatan Rakyat






