PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Wednesday, March 31, 2010

ALFATIHAH : Pejuang Tulin Kembali Ke Rahmatullah.

Saudara Abdul Aziz Mohd Ali 55 tahun, yang lebih dikenali sebagai Pok Teh Aziz telah kembali Rahmatullah pada lebih kurang pukul 11.20 pagi tadi. Setelah selama seminggu berada di Hospital Besar Kuantan (HTAA) akibat penderitaan sakit buah pinggang yang sekian lama dan dibawa ke Hospital Pakar Alor Akar Kuantan untuk menerima rawatan selanjutnya.

Namun demikian Allah lebih menyayangi beliau.. Semalaman di Hospital Pakar Alor Akar, Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.20 pagi tadi (31/03/2010), kini jenazah telah dibawa kerumah Allahyarham di Permatang Badak. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima orang anak. Beliau amat di kenali oleh penduduk Kampung Tengah, kerana sikap ramah tamahnya. Pada PRU 12 dahulu beliau dikalangan orang yang bekerja keras bagi memenagkan Pakatan Rakyat di Kuantan, hasilnya Parlimen Kuantan jatuh ketangan Pakatan Rakyat, khususnya Parti Keadilan Rakyat.

Jenazah akan di kebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Ubi Kuantan, selepas solat Asar .

Seluruh Warga Parti Keadilan Rakyat Pahang mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga Allahyarham dicucuri Rahmat Allah..AMIN.

ANWAR KEMUKA DOKUMEN KAITKAN APCO-ISRAIL- 1 MALAYSIA.



Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan Apco Worldwide Sdn Bhd dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata beliau bimbang kerana kerajaan mengambil sikap membisu terhadap dakwaan penglibatan Apco, sedangkan maklumat strategik negara telah terjejas apabila kerajaan melantik syarikat perunding komunikasi itu.

"Sehingga kini perdana menteri belum pun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaan saya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit, peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan," katanya

Kerajaan sebelum ini mengesahkan melantik Syarikat Apco Worldwide Sdn Bhd dalam melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi secara "menyeluruh," selain melakukan program mempromosi dan mengurus imej negara di peringkat antarabangsa.

Apco juga mengeluarkan kenyataan berkaitan penglibatan mereka, dengan menyatakan bahawa mereka menyediakan sokongan komunikasi terhadap usaha-usaha reformasi kerajaan.

Penjelasan yang dibuat melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon dan ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin di Dewan Rakyat sebelum ini, juga dibacakan semula oleh Anwar.

"Penafian yang dibuat oleh Apco itu merupakan usaha mereka untuk mengelirukan kita akan tarikh sebenar firma tersebut terbabit dengan pentadbiran perdana menteri sekarang.

"Penafian tersebut menggambarkan bahawa ianya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pentadbiran Dato' Sri Najib Razak, atau Dato' Sri Najib sendiri, pembantunya atau para penasihatnya," kata Anwar seterusnya ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini.

Turut didedahkannya ialah peranan Ethos Consulting, sebuah firma rundingan tempatan yang didakwa bertanggungjawab memperkenalkan Apco kepada perdana menteri.

Anwar dalam pada itu turut mendedahkan nama dan maklumat ringkas beberapa individu dalam Apco yang didakwa mempunyai hubungan secara langsung dengan kerajaan dan tokoh-tokoh Israel

"Bolehkah perdana menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri; Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan Apco?

"Perdana menteri perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat sebelum Apco secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur.

"Paul Stadlen yang kini mengetuai Apco di Kuala Lumpur merupakan individu sama yang menandatangani perjanjian bagi pihak Mind Teams Sdn Bhd dengan Kerajaan Malaysia. Antara pengarahnya juga adalah Margery Kraus; CEO Apco dan invdividu penting yang terlibat dengan akaun di Israel," tambanya.

Anwar menamakan individu berkenaan dalam menjelaskan bentuk hubungan dan modus operandi Apco dalam membentuk pertalian dengan kerajaan yang melantik syarikat itu melalui firma bersekutu

"Apco dalam operasinya membentuk pertalian dengan kerajaan-kerajaan yang melantiknya menggunakan firma bersekutu (dengan izin "associates") di seluruh dunia. Selain Asero, firma bersekutu lainnya adalah Global Political Strategies.

"Di Israel, salah satu firma bersekutu adalah Asero Worldwide yang diketuai oleh Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Beliau juga adalah salah seorang penasihat antarabangsa kepada Apco

"Jadi kontrak-kontrak yang melantik Apco tidak semestinya di antara Apco dan kerajaan semata-mata. Kerajaan boleh sahaja melantik firma bersekutu Apco tetapi tenaga pakar dan jaringan penasihatnya serta jaringan sekutunya adalah dari Apco.

"Kalau di Israel, lantikan dibuat melalui Asero Worldwide. Contohnya, kontrak lantikan bertarikh 9hb Januari 1992 itu adalah di antara kerajaan Israel dan sebuah firma bersekutu bernama GCI International.

"Tetapi apabila kita meneliti kandungan perjanjian tersebut termasuk tenaga utama yang akan menjalankan tugas-tugas melobi, salah seorang pengurus kanannya adalah Margery Kraus yang kini merupakan CEO Apco," katanya.

Beliau turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya - satu perjanjian antara Apco dan kerajaan Malaysia. Yang satu lagi ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan Apco ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.

Katanya lagi, kontrak Malaysia dengan Apco ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara.

"Ini aneh bagaimana kerajaan tandatangan dengan syarikat. (Proses menandatangani perjanjian) ini disaksikan setiausaha akhbarnya sendiri, Datuk (Tengku) Sharifuddin (Tengku) Ahmad. Biasanya (kontrak) ditandatangi oleh pegawai kerajaan," katanya.

Anwar membuat penjelasan hari ini bagi menjawab tuntutan yang dikemukakan ahli parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini yang mahu Anwar dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen kerana menyamakan slogan 1Malaysia dengan 1Israel.

Timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya berkata, usaha untuk merujuk Anwar ke jawatankuasa itu perlu dibuat secara usul untuk dijadikan sebagai salah satu daripada aturan mesyuarat.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, Anwar berkata, wakil Rembau ingin mengalih tumpuan terhadap penglibatannya dan Omar Mustapha dalam Ethos Consulting.

"Isunya sekarang adalah wakil Rembau ingin lari daripada isu penglibatan dia dan Omar Mustapha dan Ethos (Consulting) dan tugas yang diberikan kepada Apco yang menjejaskan sekuriti negara kerana peranan perisikan," katanya lagi.

Anwar berkata demikian ketika mengulas mengenai penjelasan Khairy selepas beliau berucap di Dewan Rakyat mengenai kontrak Apco.

Anwar menjelaskan, peranan Apco telah wujud lebih lama sebelum itu melalui syarikat yang dikenali sebagai Mind Teams Sdn Bhd.

"Mind Teams ini adalah syarikat yang ditubuh sebelum Apco. Jadi Apco cuba lari daripada kenyataan seolah-oleh dia hanya berfungsi apabila Apco ditubuhkan.

"Saya ada maklumat bahawa sebelum Apco ditubuhkan, orang sama, pejabat sama, seorangnya CEO Apco Worldwide, seorang lagi Apco Kuala Lumpur. Jadi maknanya mereka terlibat lebih awal di Kuala Lumpur," katanya.

Petikan dari malaysiakini



Tuesday, March 30, 2010


Mungkinkah Felda Plantation ladang haram?

Wan Rohimi Wan Daud, seorang peguam muda yang namanya menjadi begitu prominent, setelah memenangi kes 354 peneroka-peneroka Felda berhubung dengan isu grading dan perahan sawit keluaran peneroka-peneroka di Felda Kemahang 3 Kelantan dengan keputusan Mahkamah memerintahkan Felda membayar hampir RM12 juta kepada peneroka-peneroka., menyatakan bahawa kajian yang dibuat setakat ini menunjukkan bahawa Felda Plantation adalah bertentangan dengan Group Settlement Act 1960.
Mengikut Wan Rohimi, beliau telah mengkaji ucapan Allahyarham Tun Haji Abdul Razak Hussain, yang membahaskan undang-undang GSA di Parlimen pada tahun 1960 bahawa GSA adalah undang-undang tanah untuk kawasan berkelompok khusus untuk pemilik-pemilik individu dan bukan untuk syarikat.
Tun Razak menjelaskan bahawa beliau mahukan rancangan Felda untuk rakyat secara individu bagi membantu rakyat mengatasi kemiskinan dan bukan untuk menubuhkan ladang-ladang berbentuk syarikat untuk Felda.
Peguam Wan Rohimi membuat pendedahan ini semasa memberikan ucapan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau pada 27hb Mac 2010 yang lalu di Felda Jenderak Utara, Kuala Krau, Pahang.
"Bukan sahaja pegangan ladang dibawah Felda Plantation itu haram dibawah GSA, bahkan perjawatan pengurus-pengurus Felda di semua rancangan Felda juga tidak mengikut lunas undang-undang yang betul," kata Wan Rohimi.
Beliau menyatakan bahawa undang-undang tanah adalah dibawah kuasa Kerajaan Negeri, dan untuk mentadbirkan tanah-tanah hendaklah mengikut undang-undang yang dikuasakan kepada Kerajaan Negeri, dan justeru itu semua pengurus-pengurus Felda hendaklah diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri, dan jika kuasa ini tidak diberikan oleh Kerajaan Negeri, maka semua pengurus-pengurus Felda itu mentadbir rancangan-rancangan Felda secara haram.
Wan Rohimi Wan Daud berjanji akan mengujudkan kumpulan peguam untuk membuat kajian secara terperinci mengenai ladang-ladang dibawah Felda Plantation dan perlantikan pengurus-pengurus Felda dan jika kajian terperinci itu terbukti bahawa Felda Plantation ditubuhkan bertentangan dengan undang-undang GSA dan jika pengurus-pengurus Felda dilantik membelakangkan undang-undang, maka tindakan-tindakan sewajarnya akan diambil melalui Mahkamah supaya Felda Plantation tidak diberikan hak mentadbir dan menguruskan tanah-tanah ladang untuk Felda dan pengurus-pengurus Felda ditarik balik kuasa mereka dan segala tindakan mereka selama ini adalah bertentangan dengan undang-undang.
Mesyuarat Agung Tahunan Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau telah dirasmikan oleh Sdr Adnan Lazim, Pengerusi Biro Ekonomi PKR Pahang.
Hampir 200 orang termasuk perwakilan dan pemerhati hadir di Majlis perasmian Mesyuarat Agung tersebut.
Sdr Mazlan Aliman, Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) turut berucap di dalam agenda Ucapan Penangguhan (ucapannya dilapurkan didalam kolom yang lain).


Haji Suhaimi Said,
Ketua PKR Cabang Kuala Krau.

Petikan Dari Blog: The Spirit of Lubok Kawah

Menteri mesti bertanggungjawab Pos Malaysia rugi RM546 juta

KUALA LUMPUR, 30 Mac: PAS mahu kerajaan mengkaji kegagalan urusniaga Pos Malaysia dan mahu Pengerusi Pos Malaysia, Pengerusi Khazanah Nasional dan Menteri Kewangan bertanggungjawab di atas kerugian berjumlah RM546 juta itu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, Pos Malaysia sebagai GLC milik negara membelanjakan wang rakyat untuk urusniaganya seharusnya memberikan pulangan yang positif bukannya memberikan kerugian yang besar.

Sehubungan itu, katanya, PAS mengambil pandangan yang serius terhadap ucapan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong di parlimen berhubung pendedahan bekas ahli parlimen yang juga mantan Pengerusi Pos Malaysia & Services Holdings Bhd, Tan Sri Adam Kadir dalam majalah Malaysian Business bertajuk 'Is whistle-blowing really serious'.

Katanya, artikel berkenaan turut menyentuh secara langsung isu kehilangan wang rakyat berjumlah RM546 juta dalam pelaburan Pos Malaysia.

Tambahnya, tindakan Khazanah Nasional yang mempengaruhi Pos Malaysia untuk melambatkan penjualan sahamnya dalam syarikat pengendali kargo yang bermasalah, Transmile Group Bhd telah menyebabkan negara rugi bila mana sahamnya jatuh kepada harga 35 sen seunit dengan nilai keseluruhan hanya RM14 juta pada 26 Februari 2010.

Sebelum ini, Pos Malaysia boleh menjual saham itu pada harga tinggi iaitu RM14 dengan nilai keseluruhan adalah RM546 juta, namun percaturan yang dibuat jelas merugikan rakyat.

Pos Malaysia adalah pemegang saham kedua terbesar dalam Transmile Group Bhd selepas raja gula Malaysia, Robert Kuok (Kuok Brothers Sdn Bhd).

Pada tahun 2004, Pos Malaysia menjual 30 peratus kepentingan dalam Transmile Air Services Sdn Bhd iaitu anak syarikat Transmile Group Bhd sebelum membeli saham Transmile Group Bhd.

Walau bagaimana pun penjualan dan pembelian saham-saham itu ternyata tidak mendatangkan faedah bila mana Transmile Group Bhd selepas itu mengalami kemerosotan dan nilai sahamnya jatuh teruk selepas itu.

Tahun lepas sahaja, Pos Malaysia mengumumkan kerugiannya sebanyak RM113.20 juta, di mana RM107.19 juta adalah kerugian yang diterima dalam pelaburan di Transmile Group Bhd.

“Rakyat pasti bertanya, kenapa Pos Malaysia tidak mahu melabur dalam Malaysia Airlines Cargo Sdn Bhd (Mas Kargo) yang juga salah satu GLC milik negara yang lebih menguntungkan dalam operasi penghantaran kargonya?

“Adakah pelaburan sebelum ini ada kepentingan untuk membantu menyelamatkan syarikat Transmile Group Bhd yang turut dimiliki bersama dengan Robert Kuok?” tanya Idris.

Menurutnya, PAS hanya melihat kes itu sebenarnya mengulangi insiden kegagalan pengurusan GLC milik negara seperti Proton yang menjual sahamnya dalam MV Agusta dengan harga 1 Euro sahaja.

PETIKAN DARI BLOG LAGI BERITA

APCO: ANWAR GESA TUBUH SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA.

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan Apco Inc dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara.

NONEAnwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata beliau bimbang kerana kerajaan mengambil sikap membisu terhadap dakwaan penglibatan Apco, sedangkan maklumat strategik negara telah terjejas apabila kerajaan melantik syarikat perunding komunikasi itu.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Anwar turut mendedahkan nama dan maklumat ringkas beberapa individu dalam Apco yang didakwa mempunyai hubungan secara langsung dengan kerajaan dan tokoh-tokoh Israel.

"Isu ini membongkar rundingan sulit pihak tertentu hingga maklumat strategik negara terdedah kepada ejen Israel dan tercalarnya maruah umat Islam di negara ini," katanya.

NONETurut didedahkannya ialah peranan Ethos Consulting, sebuah firma rundingan tempatan yang didakwa bertanggunjawab memperkenalkan Apco kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya - satu perjanjian antara Apco dan kerajaan Malaysia. Yang satu lagi ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan Apco ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.

Katanya lagi, kontrak dengan Apco ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara.

NONE"Ini aneh bagaimana kerajaan tandatangan dengan syarikat. (Proses menandatangani perjanjian) ini disaksikan setiausaha akhbarnnya sendiri, Datuk (Tengku) Sharifuddin (Tengku) Ahmad. Biasanya (kontrak) ditandatangi oleh pegawai kerajaan," katanya.

Anwar membuat penjelasan itu bagi menjawab tuntutan yang dikemukakan wakil Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini yang mahu Anwar dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen kerana menyamakan slogan 1Malaysia dengan 1Israel.

Timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya berkata, usaha untuk merujuk Anwar ke jawatankuasa itu perlu dibuat secara usul untuk dijadikan sebagai salah satu daripada aturan mesyuarat.


dipetik dari blog : malaysiakini

SENTIASA MEMENUHI UNDANGAN RAKYAT.





YB FUZIAH TIDAK JEMU MENDENGAR KELUHAN DARI RAKYAT, TERUTAMA DI KAWASAN PARLIMEN KUANTAN

Sekitar kunjungan turun padang Ahli Parlimen Kuantan di perkampungan Nelayan Tok Keramat, Tanjung Api, salah satu perkampungan tradisional pinggir Bandar Kuantan.






Biarpun kesibukan masa, keluhan dari rakyat pasti diutamakan oleh Ahli Pareliman Kuantan sejak dari dahulu lagi, sebelum beliau menjadi Ahli Parlimen Kuantan. Beliau sentiasa menerima apa bentuk masaallah sekalipun, dan akan cuba mengatasinya sebaik mungkin.

PERIHATIN: ZIARAH SOSIAL OLEH KETUA PKR CABANG PAYA BESAR, HAJI ZAHARI MAMAT.







Di atas tanggungjawab sebagai Ketua PKR Cabang Paya Besar, beliau terpanggil untuk menziarahi seorang penduduk yang mengalami masallah kesihatan di kawasan Parlimen Paya Besar, baru-baru ini.

Program Ziarah Sosial Pusat Khidmat Keadilan Kuantan (PKKK) bersama YB Fuziah






Pusat Khidmat Keadilan Kuantan bersama YB Fuziah Ahli Parlimen Kuantan turun padang menyelami masalah masyarakat di Tanah Putih Baru.PKKK mendapat tahu bahawa ada kes keciciran sekolah akibat kemiskinan yang dihadapi penduduk disitu.Keluarga ini mepunyai 5 orang anak dimana 4 orang darinya tidak bersekolah akibat kesempitan kewangan keluarga. Pada Ziarah tersebut PKKK bersama YB Fuziah menyampaikan sumbangan peralatan persekolahan dan telah menguruskan anak-anak tersebut masuk semula ke Sekolah Rendah Kebangsaan Tanah Putih. Anak yang sulung akan menyusul kerana masalah mendapatkan tempat di Sekolah Menengah bantuan kerajaan kerana sudah keciciran selama setahun dan PKKK akan menguasahakan agar anak tersebut dapat dimasukan ke sekolah Swasta. Masih ada lagi masalah kemiskinan tegar dan keciciran sekolah berlaku di bandar besar seperti Kuantan walaupun Menteri yang dipertanggungjawbkan masih lagi menafikan perkara ini berlaku di sidang Parlimen baru-baru ini. Bertepatanlah slogan Kerajaan BN Rakyat didahulukan Prestasi di Utamakan.

BEGINILAH NASIB PENEROKA TANAH RANCANGAN FELDA JENGKA 6, HAK SENDIRI DINAFIKAN, KEADILAN HARUS DITEGAKKAN.



Sekitar Mesyuarat Agung Tahunan Cabang(MATC) Lipis

27hb Mac 2010 - MATC bagi AMK dan Cabang Lipis telah berjaya diadakan bertempat di Pejabat KeADILan Cabang Lipis bermula pada pukul 3 petang. Kira-kira seramai 45 orang ahli KeADILan Cabang Lipis telah menghadiri Mesyuarat tersebut yang telah dirasmikan oleh Pengerusi MPN Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman.Turut hadir adalah Ketua Cabang, Sdr. Zakaria Abdul Hamid, Timbalan Ketua Cabang, Sdr. Idris Ahmad, Ketua AMK Rizal Jamin, Ketua Wanita dan AJK-AJK Cabang.



















Sekitar Ceramah Kelompok Di DUN Cheka

27hb Mac 2010 - Seramai kira-kira 50 orang penduduk Kg. Limau Purut, Mela di DUN Cheka,Parlimen Lipis telah hadir untuk mendengar penerangan dari pimpinan negeri berkenaan isu-isu semasa tempatan dan Nasional.Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Pengerusi Ranting Mela, Tuan Hj. Rashid yang menyorot kembali sejarah lampau beliau di Mela, diikut dengan ucapan Sdr. Zakaria Pengerusi PKR Cabang Lipis yang menyentuh tentang isu APCO. Manakala Pengerusi MPN Pahang, Dato' Fauzi telah menyentuh mengenai tuduhan yang dikenakan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahin dan juga keburukan rejim Barisan Nasional. Beliau menyeru rakyat supaya menolak kerajaan BN pada pilihanraya yang akan datang














Monday, March 29, 2010


25000 Peneroka Felda seluruh Negara masih menagih pemulangan wang Tabung Tanam Semula - Mazlan Aliman



Sdr Mazlan Aliman, Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mendedahkan bahawa Felda masih gagal membayar kembali wang dari Tabung Tanam Semula kepada 25,000 orang peneroka Felda sejumlah RM17,000.00 bagi setiap peneroka.
Pendedahan tersebut dibuat oleh Mazlan semasa berucap di Mesyuarat Agung Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau pada 27hb Mac 2010 di Felda Jenderak Utara, Kuala Krau.
Mazlan menyatakan bahawa seramai 25000 orang peneroka Felda telah memilih untuk menanam secara bersendirian dan tidak melalui Felda atau anak syarikat Felda, Syarikat Felda Technoplant.
Peneroka-peneroka tersebut telah mencarum kepada Tabung Tanam Semula dan wang dari Tabung itu yang terkumpul untuk setiap peneroka adalah RM17,000.00.
Wang itu adalah caruman peneroka-peneroka dan bukan wang Felda. Tetapi apabila peneroka-peneroka menjalankan tanaman secara bersendirian, Felda enggan mengembalikan wang mereka.
Tuntutan demi tuntutan melalui rundingan dengan Felda telah gagal dan Felda masih gagal dan enggan mengembalikan wang tersebut kepada peneroka-peneroka.
Menurut satu sumber dari kalangan pegawai-pegawai atasan, Felda sudah tidak mempunyai wang untuk mengembalikan wang dari Tabung Tanam Semula itu kepada peneroka-peneroka kerana Felda telah berbelanja begitu boros didalam 10 tahun yang lampau.
Mengikut satu sumber, ramai dari Pengarah-Pengarah Felda Wilayah telah mendesak Felda membayar balik kepada peneroka-peneroka kerana mereka tidak tertahan lagi berhadapan dengan peneroka-peneroka yang sentiasa mengatakan "pegawai-pegawai Felda makan duit haram untuk anak bini mereka" dan peneroka-peneroka "tidak halalkan duit mereka dimakan secara haram oleh pegawai-pegawai Felda".
Ada diantara pegawai-pegawai Felda itu juga berpegang dengan ajaran Islam dan tahu diantara halal dan haram, dan mereka tidak mahu Felda terus menzalimi peneroka-peneroka, kata Mazlan.
Mazlan mendedahkan bahawa Felda terlalu boros dengan membelanjakan wang yang disatukan. Felda mahu membina Bangunan Baru untuk Felda dengan kos yang begitu tinggi iaitu RM700 juta sedangkan Felda tidak ada keperluan untuk berbuat demikian kerana Bangunan Felda yang sedia ada sudah lebih dari mencucukupi untuk semua kegunaannya.
Kajian yang dibuat pula membayangkan bahawa Bangunan baru itu tidak menelan kos melebihi RM500 juta dan kenapa kosnya naik hingga melebihi RM700 juta, tanya Mazlan.
Mazlan juga menyatakan bahawa pendapatan Felda Holdings tidak sepadan dengan jumlah keluasan ladang dan perniagaannya serta anak-anak syarikatnya dengan hanya mengutip keuntungan sekadar RM1billion jika berbanding dengan Sime Darby yang mempunyai keutungan yang jauh lebih tinggi sedangkan Felda tidak mengeluarkan perbelanjaan untuk menjayakan ladang peneroka-peneroka kerana semua kos pembangunan didalam rancangan Felda ditanggung oleh peneroka-peneroka termasuk membeli anak-anak sawit dan getah, menanam, membaja, meracun dan sebagainya. Ketirisan ini perlu dikaji dan diambil tindakan, desak Mazlan.
Mazlan juga mendedahkan bahawa peneroka-peneroka yang menanam semula melalui Felda dibebankan dengan hutang yang sangat besar. Katanya, pada tahun kelima selepas tanam semula oleh Felda, peneroka-peneroka menerima elaun sara hidup sebanyak RM1200.00 sebulan, tetapi menanggung hutang sehingga diantara RM62,000.00 hingga RM80,000.00 dan ditambah dengan pinjaman perumahan, peneroka-peneroka itu berhutang hingga RM100,000 hingga RM120,000.00 sedang kesemua mereka itu sudah tua dan sudah tentu tidak ada kesempatan untuk melangsaikan hutang masing-masing.
Felda telah memasukkan "caveat" keatas tanah peneroka-peneroka. Dan apabila peneroka-peneroka meninggal dunia dan tidak mampu lagi untuk membayar hutang yang begitu besar, apakah akan berlaku keatas tanah mereka? Adakah tanah-tanah itu akan dilelong? Atau adakah tanah-tanah itu akan menjadi hakmilik Felda? Tanya Mazlan.
Isu takungan air yang melibat Felda Lembah Klau, Raub, Pahang tidak terlepas dari pendedahan Mazlan. Felda LBJ di Negeri Sembilan dibayar pampasan sebanyak RM1.2 juta tetapi di Felda Lembah Klau hanya sekadar RM400,000.00 sahaja. Peneroka-peneroka Lembah Klau tidak berpuas hati kerana mereka hilang tanah ladang tempat mereka mendapatkan rezeki. Dengan pampasan yang kecil itu mereka terpaksa mencari perlindungan seperti rumah dan sebagainya dan kini ramai peneroka-peneroka Felda Lembah Klau tidak mempunyai mata pencarian yang tetap.
Mazlan menjemput peneroka-peneroka seluruh Negara untuk menghadiri satu Konvensyen Peneroka Felda Kebangsaan yang akan diadakan di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor pada bulan April 2010 yang akan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Konvensyen selama 2 hari itu akan menghimpunkan seramai 5000 orang peneroka dari seluruh Negara dan beliau yakin Konvensyen itu akan menjadi yang terbesar yang pernah dianjurkan untuk peneroka-peneroka Felda.


Oleh Suhaimi Said, Ketua PKR Cabang Kuala Krau.


Tidak Dakwa Chua - Peguam Negara Amalkan "Double Standard" - Sankara Nair


KUALA LUMPUR: Peguam Negara Abdul Gani Patail dituduh bersikap "double standard" berikutan keputusannya tidak mendakwa presiden MCA yang baru dilantik, Dr Chua Soi Lek kerana perlakuan seks melampau.
"Tuduhan salah laku Chua di bawah Seksyen 337B Kanun Keseksaan, adalah peruntukan undang-undang sama yang dikenakan terhadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kerana dituduh meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan," kata peguam Sankara Nair.

"Meskipun beberapa laporan polis telah dibuat (tentang kes Chua ini) dan terdapat bukti-bukti yang sah, peguam negara enggan mendakwa Chua," kata Sankara yang mewakili Anwar dalam kes pertuduhan liwat itu.
Dalam satu kenyataannya, Sankara berkata, "ini merupakan satu bentuk diskriminasi tahap tertinggi dan jelas Gani bersikap berat sebelah."chua-soi-lek
Katanya, terdapat bukti dalam bentuk video, yang dimiliki orang ramai, menunjukkan bekas menteri kesihatan itu terlibat dalam perlakuan seks "oral" dengan seorang wanita.
Beliau (Chua) telah berkahwin dan mempunyai anak-anak yang telah pun dewasa.
Sankara juga berkata, Chua mengakui secara terbuka bahawa orang dalam video itu adalah beliau sendiri dan kemudian meletakkan jawatan sebagai menteri.
Beliau berkata, seks "oral" secara sukarela atau tidak ada beza dengan perlakuan liwat dan oleh itu beliau menggesa peguam negara menggugurkan pertuduhan terhadap Anwar.
Semalam, Chua memenangi kerusi presiden MCA dengan mencatat 901 undi.
Beliau menewaskan bekas presiden Ong Ka Ting yang meraih 833 undi dan penyadang presiden Ong Tee Keat dengan 578 undi.

Petikan Artikel Dari Blog: Rakyat marhaen

Speaker, Timbalan Bercanggah Keputusan

KUALA LUMPUR 29 Mac - Keputusan Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee mengelirukan apabila meminta Ketua Pembakang Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat penjelasan berhubung isu Apco.
Dalam kenyataan Wan Junaidi di dalam dewan pagi tadi, semua isu Peraturan Mesyuarat 37(1) akan dibincang pada hari Rabu depan tetapi pada masa yang sama, Ronald pula berkata Permatang Pauh akan membuat penjelasan esok setelah diberi notis seminggu untuk membuat penjelasan tersebut.
Sehubungan itu Ahli Parlimen Datuk Johari Abdul berkata sementara menunggu semakan tersebut oleh Wan Junaidi, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat meminta penjelasan oleh Ketua Pembangkang ditangguhkan dahulu sebelum menunggu keputusan
"Isu Peraturan Mesyuarat 37(1) yang dibawa oleh Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan itu jauh menyimpang dan langsung tidak relevan, jikalau Ronald membenarkan Kota Belud bercakap diikuti dengan Salahuddin dan kemudian Ahli Parlimen Beruas, ini boleh dianggap keputusan yang luar biasa.
"Sementara menunggu semakan oleh Wan Junaidi, keputusan untuk Permatang Pauh berucap usul tersebut sepatutnya ditangguhkan.
"Tetapi Ronald telah menggunakan kuasa dia untuk memuktamadkan keputusannya itu dengan menggunakan Perkara 34 untuk Pakatan Rakyat mengemukakan usul jika tidak berpuas hati dengan keputusan beliau," kata Johari kepada Suara Keadilan di Parlimen.
Rabu lalu Ronald membuat keputusan memberi tempoh tujuh hari kepada Ketua Pembangkang untuk membuat penjelasan terhadap isu syarikat Apco yang dikatakan mempunyai hubungan dengan 1Israel selepas disokong menteri setelah isu tersebut dibangkitkan AhliParlimen Kota Belud menggunakan Peraturan Mesyuarat 37(1).

Petikan Artikel Dari Blog: Rakyat Marhaen

BEKAS MB BN IKTIRAF SIVAKUMAR SEBAGAI SPEAKER RAKYAT PERAK YANG SAH.

IPOH, 28 Mac : YB Dato' Seri Tajol Rosli, Adun BN Pengkalan Hulu yang juga mantan Menteri Besar Perak mengiktiraf YB Sivakumar sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang sah.

Melalui surat jawapan kehadiran beliau kepada Speaker Sivakumar dalam sidang DUN pada 30 Mac ini yang difaxkan ke pejabat Sivakumar membuktikan Sivakumar adalah Speaker yang sah negeri Perak, bukan sahaja melalui surat yang difaxkan, malahan pegawai Tajol Rosli juga mengubungi Sivakumar bertanyakan samada surat jawapanter sebut telah diterima atau belum.

Dengan pengiktirafan ini, Zambry dan Ganesan serta BN Perak menerima tamparan hebat apabila anggota BN bahkan bekas Menteri Besar Perak turut mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah. Tidak mungkin Tajol Rosli tersalah hantar surat jawapan, kerana surat panggilan sidang DUN Perak tersebut jelas menggunakan nama dan ditandatangani oleh Sivakumar. Ini juga boleh jadi satu isyarat yang UMNO dan BN Perak sedah menghadapi permasalahan dalam, dari sumber yang rapat dengan UMNO BN Perak, dikatakan 11 bahagian UMNO seluruh Perak tidak bersetuju dengan Zambry, kerana tindakan-tindakan Zambry sebagai pengerusi Perhubungan UMNO Perak dan juga Menteri Besar dilihat begitu angkuh dan sombong.

Beliau bukan sahaja angkuh dan sombong kepada pembangkang malahan kepada UMNO-UMNO bahagian juga bersikap angkuh dan sombong.

Tajol Rosli sebagai orang lama dalam UMNO Perak, bekas Pengerusi Perhubungan dan juga bekas Menteri Besar Perak kelihatan dipinggirkan oleh Zambry, jasanya dalam memimpin UMNO Perak seolah-olah tidak dihargai.

Menurut sumber Zambry hanya mementingkan orang-orangnya sahaja. Sikap Zambry ini sudah tentu mengecilkan hati Tajol Rosli.

Atau Tajol Rosli sememang berpegang kepada prinsip dan peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Perak.

Sangat jelas, pemilihan Ganesan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei yang lalu bertentangan dengan Perintah Tetap. Kes ini pula belum diputuskan oleh Mahkamah siapa Speaker Perak yang sah.

Kalau itulah pegangan Tajol Rosli, kita wajar hormati sikap YB Pengkalan Hulu ini dan wajib Adun-adun BN yang lain menghormatinya dan mengikut jejak langkah Tajol Rosli yang mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah.Misabah

Di petik dari blog : PAS KawasanParitBuntar

Nik Aziz kekal Mursyidul Am lima tahun lagi, tahniah dari PKR Pahang.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini dilantik semula sebagai mursidul am PAS untuk sesi 2010-15.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kedua majlis syura ulamanya di pejabat agung PAS,di ibu negara pagi ini.

Pelantikan itu sekali gus menutup ruang spekulasi berhubung kedudukan tokoh popular PAS itu yang melanda sejak minggu lalu apabila kedudukannya bergantung kepada sokongan 16 lagi anggota majlis tersebut.

Spekulasi tercetus minggu lala apabila majlis syura ulamanya tidak membuat sebarang pelantikan terhadap pengerusi dan timbalannya, sebaliknya hanya melantik lima anggota tambahan.

Majlis tersebut mempunyai 17 anggota - masing-masing empat wakil daripada jawatankuasa pusat dan dewan ulama, dua orang daripada dewan Pemuda dan Muslimat serta empat lagi anggota tambahan.

Sementara itu, dalam mesyuarat hari ini juga, Datuk Dr Haron Din turut dilantik semula sebagai timbalan mursyidul am bagi membantu tugas-tugas Nik Aziz sebagai pengerusi majlis tertinggi dalam parti.

Hormati keputusan, Nik Aziz terima

Turut dilantik sebagai anggota tambahan: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak, Pesuruhjaya PAS Perlis Hashim Jasin dan bekas timbalan presiden Hassan Syukri.

Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang ketika ditemui pemberita di parlimen mengesahkan pelantikan Nik Aziz dan Dr Haron selama lima tahun.

Tambahnya, Nik Abdul Aziz sebelum ini yang menyatakan kegembiraan sekiranya tidak dilantik semula, bertindak demikian dengan "moral yang tinggi."

Ditanya mengenai pertimbangan anggota majlis berkenaan terhadap tahap kesihatan Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi berkata menteri besar Kelantan itu dilihat masih mampu menjalankan tugas-tugasnya.

Sementara itu, walaupun membayangkan enggan dilantik semula sebagai pemimpin nombor satu dalam PAS, Nik Aziz hari ini dijangka mengumumkan kesediaannya memikul semula tanggungjawab dengan segera.

Menurut setiausaha politiknya Wan Nik Wan Yussof, satu kenyataan akhbar berhubung perkara itu akan dikeluarkan lewat petang ini.

“Beliau terima. Tetapi (bertugas) macam dulu juga, kalau sakit tidak dapatlah hadir ke mesyuarat,” katanya kepada Malaysiakini tengah hari ini.

“Penerimaan tersebut dibuat bagi menghormati keputusan majlis syura ulama. Berdasarkan pengalamannya juga, beliau wajar dilantik semula.”



TUNGGU DAN LIHAT, LAKUNAN ZAHRAIN, GUAN ENG MASIH MENUNGGU SAMAN.


Tindakan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim yang memfailkan saman terhadap Ketua Menteri Pulau, Lim Guan Eng dianggap usaha mengalihkan perhatian daripada isu sebenar yang dihadapi beliau.

Pembantu Khas kepada Lim Guan Eng, Ng Yap Hwa berkata Zahrain cuba mencari publisiti murahan dengan menghantar surat tuntutan kepada Guan Eng sedangkan ia bukan notis saman mahkamah, sebaliknya hanya surat notis oleh seorang peguam.

"Zahrain hanya cuba alihkan perhatian daripada sebab sebenarnya dia begitu marah kepada Ketua Menteri bukan kerana isu prinsip tetapi kerana Ketua Menteri enggan mengikut syor Zahrain yang menwakili IGP Sdn Bhd untuk meluluskan pengswastaan pengurusan Bukit Jambul Golf Club yang bernilai lebih RM40 juta kepada sebuah syarikat RM2,"kata Yap Hwa.

Menurut beliau Guan Eng hanya menunggu tindakan saman mahkamditeruskan oleh Zahrain supaya segala pekung Ahli Parlimen Bayan Baru itu dapat didedahkan kepada umum.

"Kami mengesyaki Zahrain samada beliau benar-benar berani meneruskan tindakan mahkamah atau hanya bersikap main-main untuk dapat publisiti murah kerana ada dokumen hitam putih yang boleh sahkan bahawa Zahrain menyokong pemberian tender RM40 juta kepada sebuah syarikat RM2 yang tidak ada sebarang rekod kerana hanya baru ditubuhkan dua bulan sebelum tender dipanggil," jelasnya.

Yap Hwa berkata Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh dalam ucapannya di Parlimen pada 23 Mac lalu mempersoalkan tindakan Zahrain menggelar Guan Eng sebagai komunis kerana tidak mendapat sebarang bentuk imbuhan dari kerajaan negeri.

Ghafur dalam ucapannya di Parlimen dipetik sebagai berkata, “Bolehkah dalam dewan ini tunjuk satu orang antara kita ini komunis. Ini (tuduhan Zahrain) bukan bukti, ini salah dari segi peraturan, mana boleh duduk dalam Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri seorang komunis.

"Abdul Ghapur memarahi Zahrain sudah gemuk dan sudah kenyang kerana 'umpan' yang dibagi kepada Ahli Parlimen Bayan Baru ini besar, sebab dia lompat,” tegas Yap Hwa lagi. - SK

Friday, March 26, 2010

Wasiat Tun Razak vs Keputusan Ketua Pemerintah kerajaan Malaysia sekarang, PM Najib.

Al Fatihah kepada Allahyarham MP Hulu Selangor dari PKR Negeri Pahang


Al Fatihah Untuk Arwah & Takziah Kepada Keluarga Dr. Zainal Abidin Ahmad. Allahyarham berumur 71 meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, Dr.Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.

Semuga Allah mencucuri rahmatNya terhadap pejuang keadilan ini.


Thursday, March 25, 2010

UNTUNGNYA JADI POLIS ONE MALAYSIA

Insentif Kepada Polis...Harap Lepas Ni Depa Tak Buat Kacau Lagi




Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi mengumumkan beberapa insentif kepada pegawai dan anggota polis sebagai dorongan untuk mereka memberikan perkhidmatan terbaik. Pengumuman Perdana Menteri itu dibuat beliau ketika merasmikan sambutan Hari Polis ke-203 di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, di sini.

Antara insentif seperti yang laporkan Bernama ialah:


+ Elaun bulanan RM200 kepada 33,000 pegawai dan anggota polis yang menjalankan tugas am.


+ Konstabel akan dinaikkan pangkat ke Lans Koperal selepas tiga tahun, dan Lans Koperal dinaikkan pangkat ke Koperal selepas lima tahun.


+ Kerajaan mencadangkan balai-balai yang cemerlang dan terbaik diberikan penghargaan khas berdasarkan pencapaian dan prestasi mereka.

Saya setuju dengan pmberian beberapa insentif itu. Harap lepas ini tiada lagi cerita polis yang minta sogokan, polis merompak, polis menyamar dan pelbagai lagi cerita polis yang menyamai cerita polis dalam filem Hollywood, Bollywood dan Hong Kong.


Harap lepas ini semua polis Malaysia jadi polis yang lemah lembut, berbudi bahasa dan baik hati seperti dalam drama Gerak Khas.

Dan sebagai polis yang baik mereka tidak perlu lakukan kekerasan untuk menyuraikan perhimpunan anti-pemerintah, kerana itu adalah hak rakyat untuk bersuara yang dilindungi Perlembagaan. Apa yang perlu mereka lakukan ialah bekerjasama dengan pihak penganjur dan memastikan demonstrasi berjalan lancar.


~ pendikar gunung kriang