PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Thursday, May 14, 2009

Berita PKR Pahang dari Bahagian-Bahagian

Sdr Atan, Ketua PKR Cawangan Felda Lepar Utara
Sdr Atan, yang juga Ahli Jawatankuasa Biro Hal Ehwal Felda PKR Pahang mewakili zon Timur melapurkan bahawa reaksi kepada penubuhan PKR Cawangan Felda Lepar Utara 2 pada 7hb Mei 2009, UMNO Bahagian Paya Besar menurunkan 2 orang wakil rakyat mereka untuk Majlis Taat Setia ke Felda Lepar Utara pada 17hb Mei 2009 ini.
Bagaimanapun, sebahagian besar dari ahli-ahli UMNO Cawangan Felda Lepar Utara 1 akan memboikot lawatan dua orang wakil rakyat tersebut kerana program mereka datang ke Lepar Utara seolah-olah melepaskan batuk ditangga. Jika PKR tidak menubuhkan cawangan, UMNO Bahagian Paya Besar dan wakil-wakil rakyat mereka masih berpeluk tubuh.
Disamping itu juga telah berlaku peristiwa tuduh-menuduh dikalangan ahli-ahli UMNO dan Jawatankuasa Cawangan dan mereka sudah berada didalam keadaan yang tidak menentu arah.
Sdr Atan juga memberitahu bahawa PKR Cawangan Felda Lepar Utara akan menghantar protes kepada pihak JKKR kerana UMNO dibolehkan menggunakan Dewan JKKR sedangkan Dewan itu adalah hak semua peneroka Felda kerana dibiayai dari potongan pendapatan semua peneroka-peneroka disitu, dan apa haknya JKKR mengeluarkan wang untuk majlis jamuan serta hadiah meraikan program UMNO.
Peneroka-peneroka Felda Lepar Utara sedang menempuh zaman perubahan didalam perjuangan hakiki mereka sebagai peneroka untuk kepentingan mereka dan generasi mereka yang akan datang.
Dari Kg Mendoi, Kuala Krau
Sdr Jahidin dari perkampongan Orang Asli Kg Mendoi di Kuala Krau melahirkan rasa tidak puas hatinya kerana di kampong tersebut belum ada Jalan Tar yang sempurna. Disamping itu pula mereka tidak puas hati kerana rumah-rumah PPRT yang dijanjikan oleh Kerajaan tidak dapat dibina tahun ini.
Sdr Mohd Nor Hassan, Pengarah Pilihanraya PKR Pahang melapurkan
Beliau didalam perjalanan pulang dari Penanti. Disana beliau telah dapat berbincang dengan semua pihak yang terlibat dengan Pilihanraya Kecil DUN Penanti. Seterusnya, beliau menyatakan bahawa 2 buah rumah sudah dikenalpasti untuk menempatkan petugas-petugas dari PKR Negeri Pahang yang akan terlibat didalam Pilihanraya Kecil tersebut, dan beliau memohon semua Bahagian memberitahu beliau jumlah kehadiran dari setiap Bahagian di Penanti untuk kemudahan penempatan.
Haji Zahari, Ketua PKR Bahagian Paya Besar melapurkan
Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Pahang akan merasmikan sebuah cawangan baru iaitu Cawangan Batu 12, Taman Seri Ku, Gambang didalam Bahagian Paya Besar pada 17hb Mei 2009 jam 9.00 malam.
Sdr Rosli Ahmad dari Felda Kota Gelanggi 2 melapurkan
Beberapa buah cawangan baru akan ditubuhkan disekitar Felda gugusan Kota Gelanggi dimulakan dengan Felda Kota Gelanggi 4. Tarikh dan tempat perasmian akan diberitahu kelak. Sementara itu sebuah lagi cawangan akan ditubuhkan iaitu PKR Cawangan Sg Tekam Utara, pembentukan JK Penajanya akan dibuat tidak lama lagi.
Sdr Azmi Zainon, Setiausaha PKR Bhg Kuala Krau melapurkan
Majlis "Makan Bubur Kacang" akan diadakan di Cawangan PKR Kg Pasu, Kuala Krau pada 17hb Mei 2009 jam 4.00 petang di rumah Ketua Cawangan kampong tersebut, Sdr Basri Hok.
Disebelah malam pula, iaitu jam 9.00 malam (17.5.09) akan diadakan Mesyuarat Jawatankuasa PKR Bahagian Kuala Krau dirumah Pengerusi Tetap PKR Bahagian Kuala Krau, Sdr Alias Yasak Idris, 231 Felda Jenderak Utara. Ahli-ahli Jawatankuasa PKR Cawangan Felda Jenderak Utara, akan turut hadir didalam Mesyuarat tersebut.
Sebuah Jawatankuasa Penaja PKR Cawangan (baru) di Kg Dato Shariff Ahmad akan ditubuhkan sebelum PRK Penanti.
Beliau juga melapurkan bahawa akan berlaku penghijrahan ahli-ahli dari sebuah Bahagian berdekatan, namun, perkara tersebut akan diirujuk terlebih dahulu kepada Pengerusi Perhubungan Negeri Pahang.
Sdr Rabidin Kasmawi, Ketua PKR Bahagian Rompin melapurkan
PKR Bahagian Rompin bersama-sama dengan PAS kawasan Rompin telah mengadakan ceramah umum di Felda Keratong 5 pada 13hb Mei 2009 dengan penceramahnya terdiri daripada Sdr Azman Sarpawi dari PAS dan Ustaz Suhaimi Lahuri, Ketua AMK Bahagian Rompin.
Satu lagi ceramah akan diadakan di Felda Keratong 8 dengan mengundang Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi PKR Negeri Pahang dan Sdr Shamsul Iskandar, Ketua Angkatan Muda Keadilan pada 17hb Mei 2009 jam 9.00 malam.
Manakala Sdr Shamsul Iskandar akan menyampaikan hadiah pertandingan Carrom yang dianjurkan oleh AMK Bahagian Rompin di Felda Keratong 3 pada 17hb Mei 2009.
Suatu breakthrough telah dapat disempurnakan disebuah perkampongan Orang Asli apabila sebuah cawangan baru telah dapat ditubuhkan di Kg Inoi, didalam DUN Muadzam pada 8hb Mei 2009 yang lalu.
(Ruangan berita dari Bahagian-Bahagian ini akan menemui para pembaca Blog PKR Pahang dari masa ke masa, dan semua Ketua, AJK dan ahli-ahli PKR seluruh Pahang digalakkan menghantar berita seacap mungkin yang boleh, dan berita-berita bolehlah dihantar melalui sms 0199321260 atau e-mail kepada saya lksuhaimi@gmail.com untuk kita kongsikan pengalaman kita bersama -- Haji Suhaimi Said).

No comments: