PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Monday, August 18, 2008

Permatang Pauh By Election Round 1 : PKR 50,000 , BN : 3,000

Saturday 16th Aug, 2008 - What an ecstatic atmosphere surrounding Permatang Pauh on the nomination day. By 10a.m, approximately 50,000 peoples gathered around Institut Pendidikan Tunku Bainun, showing their true support of the Pakatan Rakyat (PR) Candidate Dato' Seri Anwar Ibrahim.There were carnival like celebration while waiting for the nomination result where the crowds were entertained by Chinese and Indian musical show (Click video Above)
Around 11.45am, The EC officer announced that there will be 3 cornered fight for the Permatang Pauh By Election, Dato' Seri Anwar will be facing BN Arif Shah Omar Shah and also a candidate from a relatively unknown party AKIM.

Tuesday, August 12, 2008

PKR Bahagian Raub : Penubuhan Cawangan Raub Bandar


PKR Bahagian Raub telah berjaya menubuhkan satu cawangan baru iaitu Raub Bandar pada 9hb-Ogos 2008. Mesyuarat telah dihadiri oleh Ketua PKR Bahagian Raub, Sdr. Ali serta AJK Bahagian, Ketua AMK Pahang Sdr. Rizal Jamin dan juga Pemangku Ketua AMK Raub Sdr. Basri.


Mesyuarat telah sebulat suara melantik Sdr. Harris sebagai Ketua PKR cawangan Raub Bandar.Seramai 7 AJK juga telah dilantik semasa mesyuarat tersebut

Wednesday, August 6, 2008

Siri Jelajah Menuju Putrajaya DSAI di Bentong

Umum mengetahui mutakhir ini harga minyak petrol telah mulai turun dari RM 135 setong kepada sekitar RM 120 setong. Perubahan harga ini mendorong kita untuk terus komited menurunkan harga minyak sebaik sahaja Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.

Rentetan daripada perkembangan baru ini, saya menjelaskan bahawa jika hari ini Pakatan Rakyat memerintah, esok harga minyak petrol turun sebanyak 70 sen. Mesej ini saya sampaikan di sepanjang siri ceramah saya dan yang terbaru di Bentong, malam semalam.
Berikutan pengumuman ini maka adanya tuduhan dilemparkan kononnya mekanisme penurunan harga minyak yang saya anjurkan bersifat populis. Pemilihan perkataan tersebut sememangnya melucukan. Ianya bertujuan menyembunyikan fakta jelas iaitu hasrat kita ialah untuk meringankan beban rakyat. Kita tidak populis, kita pro-rakyat! Kelemahan Barisan Nasional yang diketuai Umno di dalam mengurus ekonomi serta menyalahguna khazanah negara tidak lagi boleh dibiarkan.

Matlamat kita ke Putrajaya bagi memastikan perubahan berlaku dan institusi-institusi kenegaraan dipulihkan. Ekonomi berada dalam keadaan gelita manakala mutu pendidikan merudum!

Dan saya percaya semua rakyat Malaysia juga berkongsi keresahan ini. Pujangga besar Muhammad Iqbal dalam karyanya Zabur-e-Ajam tepat sekali dalam mengungkapkan hasrat Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan:
Membakar semangat baru untuk bangsa dan zaman ini; Memberi nyawa baru pada jasad yang telah tua.

ANWAR IBRAHIM