PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Monday, November 24, 2008

Perasmian Cawangan-Cawangan Baru di Pahang

Mood rakyat berada ditahap yang sangat tinggi. Menjelang Kongres Nasional Tahunan 2008 dan Mesyuarat Perhubungan Negeri Pahang, 9 buah cawangan baru telah dan akan dirasmikan.
Sdra Zakaria Hamid, Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Pahang terlibat merasmikan Cawangan-cawangan Panching melibatkan 200 orang ahli baru, Cawangan Lepar dan Bukit Goh, cawangan Kg Jawa di Bahagian Rompin dan 3 Cawangan di Padang Tengku iaitu Cawangan Padang Tengku, Merapoh dan Jerangsang.
Sdra Ram Ponnusamy, Timbalan Pengerusi PKR Pahang merasmikan penubuhan Cawangan Bukit Rok, manakala Haji Suhaimi Said merasmikan Cawangan Felda Kota Gelanggi 2 di dalam Bahagian Jerantut dan Cawangan Kg Paya Luas di dalam Bahagian Kuala Krau.
Permohonan dari ahli-ahli UMNO yang hilang keyakinan mereka kepada parti itu untuk meyertai PKR sedang diterima oleh Bahagian-Bahagian di seluruh Negeri Pahang, dan penyerahan Borang-Borang ahli PKR dari ahli-ahli UMNO akan disempurnakan di bahagian masing-masing.

1 comment:

Anonymous said...

Segera manafaatkan pergolakan dalam umno dengan membuka pintu seluas-luasnya. Namun perlu juga dipantau supaya budaya buruk umno tidak dibawa bersama.Pemimpin yang terlalu banyak bercakap elok kurangkan retorik kosong dan turun ke bawah bertemu rakyat.