PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Friday, November 21, 2008

Kes Altantuya: Razak Mempertahankan Bakal PM Malaysia

by Pahangdaily

Sesuatu yang amat pelik, nampak benar yang pembebasan Razak Baginda ada campurtangan oleh TPM dan Isteri. Ini kerana sesuatu yang menghairankan kita bila beliau yang diragui pembebasannya oleh rakyat cuba untuk mempertahankan bakal PM Malaysia itu.

Pelik : Razak Baginda Minta Henti Fitnah TPM Dan Isteri Dalam Kes Pembunuhan Altantuya !!

Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dalam penampilan pertamanya sejak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu meminta semua pihak berhenti menyebar fitnah terhadap Timbalan Perdana Menteri dan isteri. Beliau berkata, dakwaan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor pernah menemui Altantuya adalah tidak benar. Abdul Razak berkata demikian pada sidang akhbar di Hotel Maya di sini hari ini.

Sesuatu yang amat pelik, nampak benar yang pembebasan Razak Baginda ada campurtangan oleh TPM dan Isteri. Ini kerana sesuatu yang menghairankan kita bila beliau yang diragui pembebasannya oleh rakyat cuba untuk mempertahankan bakal PM Malaysia itu. Walhal seluruh dunia melihat terdapat ada kaitan langsung pemimpin itu dengan kes ini.

Jika benar Najib tidak terlibat, beliau harus hadir ke mahkamah dan menyaman Raja Petra yang telah membuat akuan bersumpah terhadap beliau dulu. Kenapa Najib dan Rosmah tidak berani menyaman Raja Petra?.

Bagaimana pula dengan bukti bergambar yang cuba ditunjukkan oleh sepupu Altantunya bahawa beliau nampak jelas tokoh itu bersama Altantunya di Paris dulu. Bukankah melucukan bila Razak Baginda cuba pertahankan Najib dalam keadaan orang mempertikaikan pembebasannya itu.

1 comment:

Suhaimi Said said...

Razak tak bersalah, Najib Razak tak bersalah, Rosmah tak bersalah, 2 morang polis tu tak bersalah. Razak tak pernah kenal Altantuya, cuma pernah bercumbu dengan Altantuya dimerata destinasi di dunia, Najib Razak tak pernah jumpa dia, Rosmah tak pernah jumpa dia. Yang pernah jumpa Altantuya adalah 2 orang polis tu. Dua Orang Polis itu dah pergi ke Mongolia, berjumpa dengan ayah Al;tantuya, be3rbincang dengan Altantuya, berkenalan dengan anak Altantuya, beri duit kepada anak Altantuya, kepada Altantuya dan ayahnya. Dah tidur dirumah Altantuya.

Tiba-tiba Altantuya datang ke Malaysia, dia datang bunuh diri. Altantuya telah ambil bomb C4 dari Kementerian Pertahanan, Altantuya pergi ke suatu belukar di Selangor, dia tembak dirinya dan sebelum tembak dia pasang bomb pada badannya sendiri, bila bomb meletup berkecailah Alotantuya.

Tiada siapa yang salah hanya Altantuya bunuh diri.

Razsak jangan jadi penipu. Awak dah lepas, jangan nak cover orang lain pulak?