Ramai yang bertanya "Macammana Ust? Terus terang saya katakan saya tak hentam kerajaan. Apa yang saya hentam ialah KEZALIMAN dan KETIDAKADILAN. Ada komen nakal menghentam saya kerana menentang ISA. Saudara harus menyelami penderitaan anak-anak yang bapa ditahan di bawah ISA. Rintihan isteri yang berhempas pulas mengharungi kepayahan tanpa suami.
Ada yang membangkitkan bagaimana pula penjenayah dipenjara. Mereka berbeza dengan tahanan ISA. Mereka telah diberi peluang membela diri.. segala bukti dibongkar di mahkamah. Hakim menjatuhkan hukuman, ada yg 4 tahun ada yang 10 tahun malah ada yang 20 tahun, seumur hidup pun ada.
1. Maknanya mereka mengetahui berapa lama mereka akan duduk dalam jeriji besi. Anak mereka boleh membilang hari, bila bapa bebas tetapi ISA tidak diketahui berapa lama di tahan. Selepas dua tahun sambung lagi 2 tahun sambung lagi 2 tahun sambung lagi 2 tahun.
2. Bila saya ziarah anak dan isteri ISA, mereka mendakwa pertemuan mereka dihadang oleh cermin tebal dan bercakap hanya menggunakan intercom. Tiada sentuhan, belaian yang hanya ada linangan air mata.
3. Isteri penjenayah dipenjara tak diganggu. Apa yg terpaksa mereka hadapi hanyalah tohmahan masyarakat. Tetapi isteri tahanan ISA diganggu oleh manusia yang mengaku SB. Psikologi mereka diganggu, panggilan telefon mengganggu mereka, malah ada rumah tangga mereka hancur akibat gangguan ini.
Bacalah buku karya isteri-isteri tahanan ISA bertajuk "DUNIA TANPA SUAMI" Selamilah isi hati mereka.
Tambahan pula perjuangan menentang ISA ini tidak boleh dilihat sebagai agenda pembangkang. Ia telah diterima oleh sebahagian rakyat malah yang tak berparti pun sehingga mereka menjadi aktivis Gerakan Mansuh ISA (GMI). Bukan itu sahaja, hari ini parti GERAKAN, MCA, MIC, SAPP juga sedang mendesak supaya ISA ini dikaji semula. Malah Mufti Perlis Sahibus Samahah Dr Asri menolak penggunaan ISA dan minta ISA dihapuskan.
No comments:
Post a Comment