by Pahangdaily
Penangan Laman Blog, Kerajaan Negeri Melantik Pesara Untuk Jadi Penulis Siber !!
Kerajaan Pahang akan menggunakan pengalaman pesara kerajaan di negeri itu untuk menjadi penulis blog bagi menepis fitnah dan tohmahan yang dilemparkan oleh pihak tertentu terhadap kerajaan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohd Sharkar Shamsudin (foto) berkata pengalaman ketika berkhidmat dengan kerajaan boleh membantu mereka menerangkan keadaan sebenar kepada rakyat terhadap sesuatu isu.
Beliau berkata mereka juga boleh menyumbang khidmat dan memberi pandangan kepada kerajaan dalam meningkatkan pentadbiran kerajaan negeri. "Walaupun telah bersara, itu tidak bermakna khidmat dan buah fikiran mereka tidak diperlukan lagi, sebaliknya pengalaman yang mereka miliki itu boleh digemblengkan bersama-sama kakitangan kerajaan yang masih berkhidmat bagi meningkatkan ekonomi, kesejahteraan dan perpaduan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Warga Emas 2008 anjuran Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Negeri Pahang di sini, Ahad.
Sebagai permulaan, kerajaan negeri akan melantik tiga penulis blog dan mereka akan dibekalkan dengan komputer dan internet di rumah masing-masing serta elaun.[Terkadang agak lucu juga bila melihat exco Pahang ini melatah dengan laman blog. Beliau sebenarnya gagal memainkan peranannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang .
Bila ditegur oleh MB Pahang di Sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini, barulah beliau tergerak untuk menjalankan tugasnya itu. Sharkar tidak layak memegang exco terbabit, ini kerana tiada apa-apa yang dilakukan bagi membangunkan ICT di Pahang. Apa yang ada beliau hanya banyak merasmikan program-program tertentu. Walhal beliau tahu, laman-laman blog menjadi satu "agenda rakyat" yang telah menyebabkan 5 negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu.
Malah, kerajaan pusat beberapa kali menyatakan bahawa UMNO dan BN harus bersiap sedia untuk menangani pengaruh blog-blog ini. Bayangkan, sesudah lebih 8 bulan berlalu beliau baru "tersedar" untuk melantik blogger di Pahang. Sepatutnya, beliau perlu mengarahkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri di Pahang agar mempunyai blog peribadi masing-masing.
Namun itu tidak dilakukannya, malahan laman blog UMNO www.umnopahang.com.my pun sudah tidak berfungsi lagi sejak beberapa bulan yang lalu. Apa sudah jadi kepada Sharkar? Maka dengan ini, kami menyeru agar Adnan mengarahkan Sharkar Shamsuddin untuk meletakkan jawatannya sebagai exco dan digantikan dengan mereka yang lebih berkelayakan.Maka itu, langkah Kerajaan Negeri Pahang melantik penulis blog dikalangan pesara pencen adalah amat merugikan.
Ini kerana belum tentu pesara terbabit boleh menulis dengan baik untuk menangkis serangan pihak lawan. Kerja menjadi penulis blog bukanlah mudah seperti yang disangka. Bertuah benar penulis blog yang dilantik, kerana diberikan komputer, internet dan juga elaun oleh kerajaan negeri. Ini berbeza dengan pihak kami, yang terpaksa membeli komputer sendiri, melanggan line internet sendiri dan tidak diberikan sebarang elaun selama ini.
Malah kami bekerja tanpa sebarang gaji, tanpa had masa dan waktu serta senantiasa berhadapan dengan berbagai risiko tatkala mendapatkan berita. Untuk itu kami nasihatkan agar Sharkar belajar ICT dulu sebelum ingin menjadi exco terbabit. Jika tiada aral melintang, kami juga akan mendedahkan siapakah Sharkar ini dan siapakah yang telah menanggung pembelajarannya di luar negara dulu.
Kami juga difahamkan yang beliau masih lagi terlibat dengan "gejala memalukan" sejak beliau belajar di Kolej Yayasan Anda dulu. Nantikan pendedahan seterusnya.
PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM
Monday, November 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Mereka itu akan mengendalikan blog jika bayarannya sesuai. Semangat kesukarelaan tak ada pada mereka.
Post a Comment