PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Monday, November 17, 2008

Isteri AJK PKR Bahagian Kuala Krau Perlu Bantuan Segera

Kuala Krau, 17.11.08: Puan Rokiah binti Abdul Mubin, 46, isteri kepada Mohd Nor bin Abu Bakar, Ketua PKR Cawangan Felda Jenderak Utara merangkap Ahli Jawatankuasa PKR Bahagian Kuala Krau telah jatuh lumpuh sejak 2 Syawal yang lalu.

Sejak tarikh itu beliau tidak lagi dapat menguruskan rumah tangga bahkan beliau terpaksa dibantu oleh suaminya untuk mandi.

Sdr Mohd Nor menyatakan bahawa isterinya telah menderita serangan penyakit kencing manis dan darah tinggi sejak lebih 10 tahun yang lalu, tetapi sejak 2 Syawal lalu isterinya jatuh pengsan dan apabila sedar isterinya telah lumpuh.

Sebagai suami, Sdr Mohd Nor mengambil alih kerja-kerja menguruskan rumah dan menjaga anak-anaknya seramai 2 orang, seorang berada di Tingkat 4 Sekolah Menengah dan yang kecil didalam tahun 6.

Sdr Mohd Nor menyatakan bahawa beliau sendiri tidak dapat menjalankan kerja-kerja mencari rezeki sepenuh masa memandangkan keadaan yang dihadapinya sekarang ini.

Mohd Nor telah menemui pejabat KWSP Daerah Temerloh untuk mengeluarkan caruman isterinya itu, dan dinasihatkan untuk mendapatkan Lapuran Perubatan dari Hospital.

Mohd Nor telah membawa isterinya ke Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh untuk pemeriksaan, namun, Mohd Nor amat keciwa kerana pihak Hospital itu telah mengeluarkan Laporan Perubatan seolah-olah isterinya tidak mengalami penyakit dan oleh itu tidak layak mengeluarkan wang KWSPnya.

PKR Bahagian Kuala Krau memohon simpati dari ahli-ahli PKR seluruh Pahang untuk menghulurkan bantuan atau derma kepada keluarga ini seikhlas mungkin, dan untuk berderma silalah menalipon kepada Sdr Mohd Nor melalui talian: 019 9339011 atau menulis surat kepadanya di alamat No. 91 Felda Jenderak Utara, 28050 Kuala Krau, Pahang.

No comments: