PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Wednesday, November 19, 2008

Program Penerangan PKR Negeri

Bermula Januari 2009, Biro Penerangan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang akan melancarkan gerakan intensifnya bagi menggembeling seluruh tenaga diperingkat bahagian-bahagian untuk memerhebatkan kerja-kerja penerangan massa.
Untuk itu, Mesyuarat Biro Penerangan akan diadakan di Temerloh untuk Ahli-Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Negeri bersama-sama AJK Biro Penerangan AMK dan Wanita berserta AJK-AJK Biro Penerangan peringkat bahagian-bahagian.
Kerja-kerja yang akan dijadualkan termasuklah kerja-kerja mengadakan ceramah kelompok yang akan dibantu oleh Biro Penerangan Negeri sekurang-kurangnya 4 kali setiap bulan untuk setiap Bahagian, dengan ceramah 2 kali sebulan oleh penceramah-penceramah dari tenaga Negeri bagi setiap Bahagian dan sebulan sekali yan melibatkan penceramah-penceramah Negeri dan PKR Pusat bagi setiap Bahagian.
Setiap Bahagian adalah diarahkan untuk menyediakan sekurang-kurangnya 50 orang ahli-ahli task force untuk kerja-kerja penampalan poster serta kerja-kerja pengedaran risalah dari rumah ke rumah sebagai persediaan penganjuran ceramah-ceramah.
Biro Peneangan juga akan menganjurkan program "Belilah Suara Keadilan" sebagai suatu kempen besar-besaran agar SUARA KEADILAN, lidah rasmi parti dapat menemui sebanyak mungkin pembaca-pembaca di Negeri Pahang.
Setiap ahli parti di seluruh Negeri adalah juga digalakkan mempunyai kemudahan komputer dan internet dengan memilikki alamat e-mail agar sentiasa terdedah kepada info-info terbaru.
Ketua-Ketua Bahagian dan Ketua-Ketua Biro Penerangan Bahagian dipinta menggunakan saluran Blog Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini.

No comments: