PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM
Wednesday, May 13, 2009
Biro Hal Ehwal Felda Terus Bergerak
Lawatan Pengerusi Negeri ke Bahagian-Bahagian
Leasehold di Kg Baru Cina Temerloh berbaki tempoh 28 tahun
Saturday, May 9, 2009
Gambar-gambar semasa majlis perasmian PKR Cawangan Felda Lepar Utara Bandar 'A'
Friday, May 8, 2009
101 ahli-ahli UMNO Felda Lepar Utara sertai PKR
Thursday, May 7, 2009
Lawatan YB Tian Chua ke Kg Pian, Kuala Krau
Wednesday, May 6, 2009
Perasmian PKR Cawangan Felda Lepar Utara 2
Mesyuarat Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal PKR Pahang
Biro Felda:
Zon-zon Barat, Timur dan Tengah hendaklah melantik seorang Timbalan Pengerusi dari Zon masing-masing.
Ketua-Ketua Bahagian hendaklah melantik dari setiap Bahagian seorang Naib Pengerusi, dan AJK dari setiap rancangan Felda di kawasan masing-masing; serta menubuhkan Biro Hal Ehwal Felda di Bahagian masing-masing.
Biro Orang Asal:
Zon-zon Barat, Timur dan Tengah hendaklah melantik seorang Naib Pengerusi dari zon masing-masing; setiap Ketua Bahagian hendaklah melantik minima satu orang untuk menjadi AJK dari setiap kampong Orang Asal di kawasan masing-masing, sila tubuhkan Biro Hal Ehwal Orang Asal di Bahagian masing-masing.
Sila kemukakan nama, alamat dan nombor handphone mereka sebelum 31hb Mei 2009 melalui emel: lksuhaimi@gmail.com, atau handphone 0199321260.
Jadikan blog PKR Pahang ini sebagai hubungan atau melalui http://lubokkawah.blogspot.com.
Saturday, May 2, 2009
PENGISIAN MINDA. SIRI (1)
Orang kecil jika ikhlas diperas,
Jika diam ditikam,
Jika protes dikentes,
Jika usik dibedil.
Orang kecil jika hidup dipersoalkan,
Jika mati tak dipersoalkan,
Lebih baik jadilah orang besar,
Bahagiannya selalu besar.
Orang besar jujur-tak jujur makmur,
Benar-tak benar dibenarkan,
Zalim-tak zalim dibiarkan.
Orang besar boleh bicara semaunya,
Orang kecil paling jauh dibicarakan saja.
Orang kecil jujur dibilang tolol,
Orang besar tolol dibilang jujur,
Orang kecil berani dikata kurangajar,
Orang besar kurangajar dikata berani.
Orang kecil mempertahamkan hak,
Disebut pembikin onar,
Orang besar merampas hak,
Disebut pendekar.
Inilah perlu perjuangan Parti Keadilan Rakyat. Kita perlu menanam prinsip persamaan kemanusiaan inilah yang ditegakkan oleh Rasulullah S.A.W. Apa yang berlaku sekarang Orang besar (UMNO) mengambil harta rakyat sesuka hati. Menggunakan kuasa POLIS, HAKIM, SPR, SPRM dll untuk kepentingan dirinya.
2. Penjajahan berlaku bukan hanya disebabkan oleh KERAKUSAN dan KEBUASAN
penjajah tetapi lebih disebabkan oleh kerosakan dalaman masyarakat peribumi iaitu
masalah-masalah jiwa, minda dan budaya masyarakat. Malik Bennabi
Lemahnya sesuatu bangsa kerana lemahnya MINDA rosak minda, membawa kerosakan jiwa, rosak jiwa membawa rosak budaya masyarakat. Malangnya, 50 tahun kita merdeka TV dan media merosakkan MINDA jadi bagaimana kita mahu maju dan cemerlang. Pejuang kita dalam PKR mengubah MINDA rakyat supaya sedar haknya.
3. Diatas runtuhan Kota Melaka,
Kita bangunkan jiwa merdeka,
Bersatu-padulah seluruh belia,
Membela hak keadilan pusaka.
Perjuangan kita ialah membangun JIWA MERDEKA yang sepatutnya menjadi
agenda utama. Jika ahli PKR mempunyai JIWA MERDEKA, perjuangan kita mantap,
ikhlas dan sanggup berjuang mati-matian.
Masalah besar kita ialah kita berjiwa HAMBA. Jiwa yang lemah, penakut, tidak merasa punya maruah dan daya tahan. Pemimpin UMNO yang rasuah zalim dan membazir wang rakyat kita biarkan dan tidak ambil peduli.
Haji Abas Awang
Biro Penerangan PKR
Pahang
2 Mei 2009
Friday, May 1, 2009
Mahkamah Agung India kembalikan hak Speaker
Mahkamah Agung India, Mach lalu membuat keputusan mengembalikan hak Speaker Dewan undangan Meghalaya, Bindo M. Lanong menentukan kedudukan ahli-ahli dewan di bawah undang-undang anti-lompat parti.
Mahkamah Tinggi Gauhati sebelum itu menyekat Speaker daripada menyingkirkan lima ahli dewan yang telah menyeberang kepada pihak pembangkang yang diketuai oleh Parti Kongres.
Keputusan Mahkamah Agung India ini sudah tentu akan dijadikan sebagai "precedent" dalam pertikaian antara Sivakumar dengan kerajaan pimpinan Dr Zambry Abd Kadir yang dianggap tidak sah dan haram oleh rakyat dan Pakatan Rakyat.
Berikut ialah artikel yang disiarkan oleh agensi berita IANS:
New Delhi, March 26 (IANS) The Supreme Court Thursday restored Meghalaya assembly Speaker Bindo M. Lanong's right to decide on the disqualification of legislators under the anti-defection law.A bench of Chief Justice K.G. Balakrishnan, Justice J.M. Panchal and Justice H.L. Dattu scrapped a Gauhati High Court order which had barred the speaker from disqualifying five legislators who had crossed over to the Congress-led opposition in the state.
"How can the high court prevent the speaker from conducting the disqualification proceedings," observed the bench.
The bench Wednesday sought justification from the union government for imposing President's rule in Meghalaya despite the ruling Meghalaya Progressive Alliance (MPA) led by the Nationalist Congress Party (NCP) having won the no-trust motion March 17.
The bench Thursday restored the speaker's right on a lawsuit by legislator and MPA secretary Conrad A. Sangma, the son of NCP leader P.A. Sangma, challenging the March 18 order of the Shillong bench of the Gauhati High Court.
The high court had divested the speaker of his constitutional rights on a lawsuit by legislator Paul Lyngdoh and Limison D. Sangma, two of the five legislators who had crossed over to the Congress, on the eve of the no-trust motion.
As the five legislators defected, the speaker on a plea by the ruling combine to disqualify the legislators, suspended their membership and voting rights, preventing them from casting their votes during the no-trust motion March 17.
The suspended legislators included one each from NCP, Hills State Peoples Democratic Party (HSPDP) and Khun Hynniewtrep National Awakening Movement (KHNAM) and two independents.
In the voting, both Congress and MPA secured 27 votes each, with the speaker eventually casting his vote in favour of the government, thus defeating the no-trust motion.
But the union government imposed president's rule on March 19, ordering the assembly to be kept in suspended animation.
A day after the no-trust motion the five legislators moved the high court.
