PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Thursday, May 7, 2009

Lawatan YB Tian Chua ke Kg Pian, Kuala Krau

YB Tian Chua, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat akan melawat Kg Pian, Kuala Krau atas jemputan Biro Hal Ehwal Orang Asal PKR Bahagian Kuala Krau pada 9hb Mei 2009.
YB Tian Chua dijangka tiba di Pejabat PKR Kuala Krau jam 7.00 malam pada 9hb Mei 2009 dan akan disambut oleh pimpinan PKR Bahagian dan pimpinan DAP Kuala Krau.
Mr Ho mewakili DAP akan menjemput YB Tian untuk makan malam bersama masyarakat Cina Kuala Krau, dan selepas makan malam akan menghantar YB Tian ke Kampong Pian sebelum jam 9.00 malam.
YB Tian akan memberikan ceramahnya kepada penduduk Orang Asli Kg Pian dan kampong-kampong sekitarnya bersama-sama dengan Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Perhubungan Negeri Pahang, Sdr Bob Manolan, Timbalan Pengerusi 1 Biro Hal Ehwal Orang Asal Negeri Pahang dan Sdr Yusri Ahon, Timbalan Pengerusi 2 Biro Hal Ehwal Orang Asal Negeri Pahang. Sdr Yusri Ahon akan berucap didalam Bahasa Jah Hut.
Orang ramai dijemput hadir ke Majlis lawatan YB Tian Chua ini dan penduduk Kg Pian serta kawasan sekitar akan diraikan dengan Majlis Makan Malam untuk 1000 penduduk bermula jam 8.00 malam.

No comments: