PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Wednesday, May 13, 2009

Lawatan Pengerusi Negeri ke Bahagian-Bahagian

Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang, telah menyatakan bahawa beliau akan membuat lawatan ke Bahagian-Bahagian untuk melihat dan meninjau dengan mata kepalanya sendiri akan perkembangan parti di Bahagian-Bahagian.
Beliau menyatakan bahawa beliau telah menyusun Jadual Lawatan itu dengan memberikan keutamaan kepada sesetengah Bahagian. Pengerusi Negeri itu berpandangan bahawa sesetengah Bahagian telah mencapai tahap yang menggalakkan tetapi sesetengah Bahagian berada didalam keadaan yang tidak memberangsangkan.
Datuk Fauzi menyatakan bahawa secara umumnya rakyat Negeri Pahang mahukan perubahan dan pimpinan Bahagian kenalah bersedia bagi membimbing masyarakat kearah perubahan itu. Kita kena pimpin masyarakat bukan tinggal dibelakang gerakan masyarakat, katanya.
Sesetengah Bahagian masih berpegang kepada kekuatan kononnya didalam Pilihanraya yang lalu, calon-calon di Bahagian tersebut hanya kalah tipis. "Ini menunjukkan rakyat mahukan perubahan walaupun parti dan pemimpin-pemimpin tidak bergerak, dan asas ini adalah baik untuk menggembeling tenaga rakyat dengan tindakan kita memimpin mereka," katanya.
Jika pemimpin dan Bahagian enggan bergerak, rakyat akan meninggalkan kita dan harapan kita untuk memerintah Negeri Pahang akan hanya tinggal angan-angan sahaja.
Beliau menasihatkan pemimpin-pemimpin di Bahagian-Bahagian mengatur langkah positif untuk memperkemaskan organisasi parti.

No comments: