Mereka bagaimanapun akan melakukannya secara kreatif, termasuk melalui acara seperti peraduan melukis dan mewarna kanak-kanak, acara melukis karikatur, melukis kain rentang secara terbuka dan demonstrasi melukis kartun.

"Program amal ini adalah sebagai melaksanakan tanggungjawab kami sebagai kartunis kepada masyarakat," kata Zunar yang terkenal dengan kartun-kartun politiknya.
"Kami berharap kaedah penerangan menerusi program santai begini akan memberi lebih kesedaran kepada masyarakat setempat tentang bahaya sisa nadir kepada kepada mereka dan generasi akan datang."
Program di Balok dan pantai Teluk Chempedak itu dianjurkan bersama dengan NGO Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) and BADAR - antara dua kumpulan paling depan menentang projek syarikat Australia itu.
No comments:
Post a Comment