PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Tuesday, March 27, 2012

PKR tuntut MB beri fakta nilai hartanah melonjak kerana Lynas

"Kenyataan itu sebagai tiada fakta, hanya auta dan mengelirukan."
KUANTAN: PKR Pahang menolak kenyataan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob bahawa nilai hartanah di sekitar tempat kilang Lynas di Gebang meningkat.
“Kenyataan itu sebagai tiada fakta, hanya auta dan mengelirukan. Laporan penilai profesional dan bertauliah  tanah di Kuantan yang dibuat pada awal bulan ini menunjukkan harga tanah di kawasan Lynas dan sekitarnya sangat rendah.
“Penduduk berlumba-lumba mahu menjual tanah tetapi tidak ada yang mahu membeli tetapi sebaik Adnan membuat kenyataan, pemilik mahu menjual dengan harga yang mahal” kata Ketua Penerangan  PKR Pahang, Razali Alias.
“Saya meminta Adnan memberikan fakta yang boleh membantu kononnya pasaran tanah akan melonjak.
“Jangan sekadar bercakap sekadar untuk mengelirukan rakyat,” tambahnya lagi.
`Pelabur lari’
Semalam dalam satu majlis di Kuantan, Menteri Besar Pahang itu berkata, harga tanah di kawasan pembinaan Lynas di Gebeng akan melonjak.
“Saya hairan di sebalik isu Lynas ini, nilai hartanah di Gebeng, Balok dan Beserah, terus meningkat, bukannya jatuh dan setakat ini tiada orang yang jual hartanah sebab isu ini,” kata Adnan kepada pemberita selepas majlis pecah tanah pembinaan bangunan RD Prima Suites di sini.
Menurut Razali, kenyataan sedemikan rupa sebenarnya satu perangkap supaya penduduk kampung menerima operasi Lynas.
“Kalau Lynas itu selamat mana mungkin pelabur mula lari dari kawasan itu,” dakwanya lagi.

No comments: