Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau yang telah berjaya mengadakan Himpunan Orang Asal Kuala Krau dengan kehadiran menghampiri 500 orang Peserta yang diadakan di Kg Penderas, Kuala Krau dan dirasmikan oleh Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi PKR Pahang dan akan mengadakan Himpunan Warga Felda Kuala Krau pada 1hb Mei 2011 nanti dan Kursus Pilihanraya yang akan berlangsung pada penghujung bulan Mei nanti, maka PKR Cabang Kuala Krau sudah bersedia untuk menghadapi Pilihanraya walaupun diadakan dengan cara mengejut.
Ranting-Ranting di perkampongan Orang Asal, perkampongan tradisional Melayu dan di rancangan Felda Jenderak Utara dan Jenderak Selatan sedang disusun semula didalam mesyuarat-mesyuarat Ranting yang akan diadakan dipenghujung bulan April dan berakhir dipertengahan bulan Mei 2011 mempastikan PKR Cabang Kuala Krau sudah menyediakan jentera Pilihanraya dengan lebih teratur.
Pada Pilihanraya Umum 2008, PKR Cabang Kuala Krau masih belum berdaftar dan merupakan Cabang yang baru ditaja dengan keahlian tidak melebihi 100 orang, kali inii PKR Cabang Kuala Krau mempunyai kedanggotaan melebihi 1000 orang terdiri daripada keanggotaan berbilang kaum iaitu Melayu, Cina, India dan Orang Asal.
Diperkampongan Orang Asal sahaja PKR Cabang Kuala Krau sudah mempunyai keanggotaan seramai 600 orang suatu kemajuan diluar dugaan.
PKR Cabang Kuala Krau juga telah menamakan 4 orang dari pimpinannya untuk diangkat oleh pucuk pimpinan sebagai calon, dan calon-calon ini bersedia untuk mewakili parti sebagai calon apabila dipilih.
Sementara itu, gerak kerja parti adalah untuk menambahkan keanggotaan disamping mendaftar anggota-anggota baru khususnya dikalangan anak-anak muda untuk menjadi pemilih.
Motto PKR Cabang Kuala Krau adalah: BUAT KERJA BELUM TENTU MENANG DAN TIDAK BUAT KERJA SUDAH TENTU SUKAR UNTUK MENANG!
No comments:
Post a Comment