PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Sunday, April 24, 2011

Laungan Reformasi Di Rumah Panjang

Di setiap Rumah Panjang yang UPUnya di Rumah Dingun, saya meninggalkan pesanan terakhir kepada penghuni-penghuninya dengan pesanan yang tidak mungkin akan dilupai mereka iaitu pesanan perjuangan yang nantinya boleh merubah kehidupan mereka dan merubah pegangan hidup mereka daripada menyokong BN kepada menyokong PKR.

Pesanan yang sangat berkesan itu adalah laungan Reformasi. Foto diatas adalah gambaran kaum Iban melaungkan Reformasi.

Dan saya cukup puas hati bahawa didalam kawasan Rumah Panjang dibawah jagaan saya iaitu untuk UPU Rumah Dingun PKR mendapat 199 undi manakala BN mendapat 171 undi. Snap hanya sekadar memungut 74 undi.

Tenaga kerja kami di 20 buah Rumah Panjang itu terdiri daripada Hendon Jaafar dan Kamariah dari Kuala Krau, Nasar selaku koordinator dan Ekok sebagai Pemandu.

No comments: