PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Saturday, April 23, 2011

Himpunan (Seminar) Peneroka/Generasi Baru Felda Kuala Krau

Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau akan menganjurkan Himpunan Peneroka/Generasi Kedua Felda pada 1hb Mei 2011 bermula jam 8.00 pagi dengan pendaftaran peserta-peserta.

Himpunan ini akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang akan berlangsung di Felda Jenderak Selatan, Kuala Krau, Pahang.

Himpunan ini akan hanya dibentang satu Kertas Kerja sahaja yang dipadankan dari Kertas Kerja yang dibentangkan oleh Surina Suhaimi (Peguam) di Konvensyen Warga Felda dan Orang Asal di Kuala Kubu Bharu, dan akan dibentangkan oleh Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Parti Keadilan Rakyat.

Sdr Rebin Birham, Setiausaha Biro Warga Felda dan Orang Asal PKR, Sdr T. Kumar, seorang peguam dan Sdr Razali Ithnain, bekas pegawai MPOB akan membuat ulasan masing-masing sebelum majlis perbincangan dan soal-jawab dibukakan kepada para peserta-peserta.

Himpunan ini akan berakhir jam 1.30 tengah hari.

Pada jam 4.00 petang pula akan diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Parti Keadilan Rakyat Pusat dengan disertai oleh Jawatankuasa Biro tersebut diperingkat Negeri Pahang dan peringkat Cabang Kuala Krau.

Pada sebelah malamnya pula akan diadakan Majlis Ceramah dan tiga orang tokoh PKR telah bersetuju untuk berucap didalam Majlis itu iaitu Sdr YB Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR Pusat, Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pahang dan YB Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Selangor kawasan Seri Setia.

PKR Kuala Krau membukakan juga penyertaan Himpunan ini kepada peneroka-peneroka Felda dan Generasi Muda dari Cabang-Cabang PKR seluruh Pahang.

Selamat Berhimpun.

No comments: