PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Wednesday, May 5, 2010

5 buah Ranting Baru akan ditubuhkan di kawasan Lepar Utara

Sdr Atan Mohd Raslan, Ketua Ranting PKR Lepar Utara merangkap Naib Pengerusi Biro Felda Zon Timur melapurkan bahawa 5 buah ranting baru PKR di kawasan rancangan Felda di Lepar Utara sedang didalam persediaan menubuhkan ranting baru.
Ranting-ranting itu adalah Lepar Utara 9, Lepar Utara 10, Lepar Utara 11, Lepar Utara 5 dan Lepar Utara 1.
Ini adalah kawasan-kawasan di perbatasan, ada yang terletak dibawah kawasan Parlimen Paya Besar dan ada yang terletak di kawasan Parlimen Jerantut.
Sdr Atan dikejutkan dengan perkembangan ini yang beliau sifatkan tidak disangka-sangka kerana beliau menjangkakan bahawa kekalahan PKR di Hulu Selangor melembabkan perkembangan PKR, tetapi sebaliknya, menjadi katalis untuk perkembangan yang begitu pantas di kawasan Lepar Utara.
Tidak hanya sekadar di Lepar Utara bahkan perkembangan ini juga dirasakan didalam DUN Jengka dan DUN Kerdau didalam kawasan Parlimen Kuala Krau, serta DUN Pulau Tawar didalam kawasan Parlimen Jerantut.
Felda Jengka 12 akan turut menubuhkan ranting Parti Keadilan Rakyat dan akan diikuti oleh Felda Kota Gelanggi 1. Kawasan di pinggir Felda iaitu kawasan Matau di Bandar Jengka akan menubuhkan ranting PKR yang dijadualkan pada 10hb Mei 2010 (jika tiada aral melintang apabila signal diberikan kepada Sdr Bostamin, Ketua PKR Cabang Maran).
Rakan-rakan dari Felda Jengka 22 memberi jaminan bahawa sebaik sahaja ranting PKR Felda Jengka 22 ditubuhkan akan diikuti oleh rakan-rakan dari Jengka 21, 23, 24 dan 25 kesemuanya didalam DUN Kerdau didalam kawasan Parlimen Kuala Krau.
Penubuhan PKR Ranting Felda Jengka 11 akan disempurnakan pada 6hb Mei 2010 dan perasmiannya pada 21hb Mei 2010.
Dan di Felda Jengka 11 akan berlangsung Majlis Dialog diantara peneroka-peneroka Felda dengan peguam-peguam PR pada jam 3.00 petang bertempat di Markas PAS Jengka 11 diikuti oleh Himpunan Peneroka-Peneroka Felda dan Generasi Kedua pada jam 8.45 malam.
Penubuhan ranting-ranting PKR yang tumbuh semacam cendawan busut yang subur selepas hujan ini adalah event fenominal yang tidak dapat disekat-sekat lagi. Dan inilah jawapan kepada beberapa orang yang keluar parti dan digantikan oleh ribuan ahli-ahli UMNO yang mennyertai PKR.
Dato Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan beberapa buah ranting PKR di sekitar Zon Tengah Pahang semasa lawatannya ke kawasan Bandar Jengka pada 21hb Mei nanti.

No comments: