PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Monday, May 3, 2010

PKR Pahang Zon Tengah mengatur langkah

Sekembali Tim PKR Zon Tengah dari Hulu Selangor, tidak ada masa dibuangkan tetapi terus mengatur langkah menyusun dan menyempurnakan program-program yang disusun sebelum ke Hulu Selangor.
Pada 28hb April 2010, Sdr Ahmad Nizam, Ketua PKR Cabang Temerloh telah menjadi Panel kepada Majlis Dialog di Felda Jengka 23 pada jam 3.00 petang, manakala Haji Suhaimi Said, Ketua PKR Cabang Kuala Krau terlibat memberikan ceramah di Felda Jengka 22 bersama-sama dengan Sdr Mazlan Aliman dan Ust Suhaimi Saad.
Pada 30hb April 2010 jam 8.00 malam bertempat di Pejabat PKR Kuala Krau telah diadakan Mesyuarat JK Cabang Kuala Krau dan antara agendanya ialah Majlis Memperingati Arwah Achan Chandek, pelopor Parti Keadilan Rakyat di perkampongan Orang Asal, Kg Paya Pelong, Kuala Krau dan Majlis Ceramah di Bilik Gerakan PKR Kuala Krau yang mengundang YB Elizabeth Wong, Felicia Ling dan Sdr Ram Ponnusamy sebagai tenaga penceramah.
Kedua-dua Majlis itu diadakan pada 1hb Mei 2010 dengan kehadiran 4 kaum yang menggalakkan terdiri daripada Melayu, Cina, India dan Orang Asal. Lebih dari 600 orang telah hadir di Majlis Ceramah itu.
Pada 2hb Mei 2010, satu perbincangan bersama telah diadakan diantara PKR/PAS/ANAK diadakan di Felda Jengka 11 diatas anjuran Sdr Atan dari Lepar Utara bagi membincangkan program bersama iaitu Majlis Dialog diantara Peneroka-Peneroka dan Generasi Kedua dengan para peguam PR, penubuhan Ranting Parti Keadilan Rakyat Jengka 11 dan penubuhan cawangan ANAK, dengan diikuti disebelah malamnya Ceramah Umum dan Dato Seri Anwar Ibrahim adalah penceramah utama yang diundang. Ini adalah Himpunan Peneroka/Generasi Kedua melibatkan cabang-cabang Maran/Temerloh/Bera/Kuala Krau dan Jerantut.
Pada 2hb Mei itu juga, Sdr Bostamin Bakar, Ketua PKR Cabang Maran, telah membuat lawatan kerja ke DUN Luit lantas ke Felda Kg New Zealand untuk persediaan Ceramah PKR/PAS di Felda Kg New Zealand yang bakal diadakan pada 4hb Mei 2010. Penceramah yang diundang adalah Sdr Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Sdr Mazlan Aliman.
Pada 3hb Mei 2010 akan diadakan dua Majlis Ceramah di Kuala Krau, kedua-duanya melibatkan kampong Orang Asal iaitu di Kg Seboi jam 4.00 petang dan di Kg Mendoi jam 8.00 malam.
Pada 4hb Mei akan hadir rombongan daripada Felda Kota Gelanggi 1 ke Pejabat Haji Suhaimi Said di Temerloh untuk meminang PKR bagi penubuhan PKR Ranting Felda Kota Gelanggi 1, Jerantut. Tarikh penubuhannya akan ditetapkan didalam perjumpaan itu; manakala di sebelah tengah hari pula akan berlangsung perjumpaan antara Haji Suhaimi Said dengan wakil peneroka Felda Jengka 22 untuk penubuhan Ranting Parti Keadilan Rakyat di Felda Jengka 22. Tarikh penubuhannya akan ditetap didalam perjumpaan antara Haji Suhaimi Said dengan wakil peneroka Felda Jengka 22 di Pekan Awah.
Manakala Sdr Bostamin Bakar memberitahu bahawa jika tiada aral melintang anggota-anggota PKR Matau di Bandar Jengka seramai lebih kurang 100 orang akan menubuhkan PKR Ranting Matau, Bandar Jengka.
Felda Lakum didalam kawasan Parlimen Temerloh sedang mendapatkan tarikh sesuai untuk Majlis Ceramah di rancangan Felda itu.
Inilah diantara kerja-program yang sedang berjalan dan yang sedang diaturkan oleh PKR Zon Tengah PKR Pahang.

No comments: