Selesai sudah kerja semalam
Saya bersama-sama Pn Hendon Jaafar, Bendahari PKR Cabang Kuala Krau, Sdr Hafez Harun, Setiausaha PKR Cabang Kuala Krau dan Sdr Man Kadir, SUK Biro Felda PKR Pahang disebelah pihak dan 4 orang rakan-rakan dari Felda Jengka 22 telah bertemu di Restoran Fatin, Pekan Kg Awah jam 1.30 tengah hari. Restoran Fatin adalah Restoran Nasi Ayam yang terkenal. Sesiapa yang berminat dengan nasi ayam, silalah datang ke kedai ini. Agak Special.
Setelah makan nasi ayam, kami membincangkan penubuhan PKR Ranting Felda Jengka 22. Saya telah terangkan peruntukan Perlembagaan PKR kepada rakan-rakan dari Felda Jengka 22 dan mereka bersetuju untuk menubuhkan ranting PKR disana.
Saya serahkan 100 keping Borang Permohonan Menjadi Anggota PKR kepada mereka dan mereka akan menetapkan tarikh penubuhan ranting didalam tempoh satu minggu.
Meninggalkan Kg Awah, rombongan saya terus ke Mesjid Bandar Jengka lebihkurang 20 minit dari Kg Awah. Disana kami bertemu dengan Sdr Bostamin Bakar, Ketua PKR Cabang Maran, dan berbincang dengannya untuk penubuhan PKR Ranting Matau, Bandar Jengka. Lebih 100 orang penduduk Matau telah mengisi Borang Permohonan Menjadi Anggota. Secara tentatifnya, kami bersetuju untuk penubuhan PKR Ranting Matau pada 10hb Mei 2010 melainkan ada perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.
Kemudian kami terus ke Felda Jengka 3. Sesampai disana saya terus ke Mesjid Jengka 3 untuk solat Asar. Selepas solat saya dan rombongan pergi ke tapak Dialog Peneroka Felda Jengka 3 dengan Sdr Mazlan Aliman dan saya sendiri sebagai Anggota Panel.
Selesai Dialog di Felda Jengka 3, kami terus ke Felda Kg New Zealand. Di perjalanan singgah di Mesjid Bandar Maran untuk solat Maghrib.
Ceramah di Felda Kg New Zealand adalah anjuran bersama PKR Maran dan PAS Maran. Penceramah-penceramahnya adalah Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi MPN PKR Pahang, YB Choong Siew Oon, ADUN Cheras dan Sdr Mazlan Aliman dengan dipengerusikan oleh Sdr Razali Ithnin, Naib Ketua PKR Cabang Maran.
Saya sampai semula di rumah saya di Kg Batu 4, Jalan Maran, Temerloh lewat jam 1.00 pagi.
Hari ini adalah hari baru. Jam 4.30 petang nanti akan diadakan perjumpaan di perkampongan Orang Asal Kg Lubok Wong, Kuala Krau manakala disebelah malamnya adalah perjumpaan dengan penduduk Kg Pasu, Kuala Krau.
Kepada mana-mana pihak yang membaca blog ini, dan jika ada kemampuan dan kesudian, saya memohon apalah kiranya dapat disumbangkan pakaian terpakai (bundle) kerana masyarakat Orang Asal disini sangat memerlukan. Hubungilah saya untuk sumbangan melalui hp 0199321260 atau 0199882115.
Pada 6hb Mei 2010 jam 8.45 malam bertempat di kedai Felda Jengka 11 akan berlangsung Majlis penubuhan PKR Ranting Jengka 11, rakan-rakan dari rancangan Felda berdekatan dialu-alukan untuk hadir.
Artikel dari: The Sprit Of Lubuk Kawah
PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM
Wednesday, May 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment