Pada 6 Februari 2010 Pejabat PKR Pahang telah dikunjungi oleh tiga orang wakil kaum Orang Asal dari Kampung Batu Gong, Kampung Medang dan Kampung Rantau Panjang. Ketiga-tiga kampung tersebut terletak di dalam DUN Chini, Parlimen Pekan. Ketiga-tiga mereka ialah Pak Long Sudin (atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Long Semut Merah), Musa dan Madi. Kedatangan mereka pada kira-kira jam 8 malam disambut oleh Zaidi Ahmad, Pengarah Sekretariat dan Kamarul Hatta, Timbalan Ketua AMK Negeri.
Pak Long Semut Merah

Papan tanda perkampungan Orang Asal
Di dalam perbualan mereka telah membuat aduan berkenaan masalah tanah adat Orang Asal yang terletak di ketiga-tiga kampung yang akan ditolak untuk dijadikan ladang komersil oleh sebuah syarikat yang belum dikenalpasti (dipercayai anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang). Menurut Pak Long Semut Merah baru-baru ini sekumpulan kontraktor telah datang ke kampung tersebut menjalankan kerja-kerja menanda sempadan. Sempadan yang ditanda meliputi kawasan tanah adat, perkampungan dan kebun milik penduduk di situ.Apa yang dikesalkan oleh mereka dan semua penduduk kampung ialah mereka telah menetap lebih 40 tahun di perkampungan tersebut dan kawasan tersebut telah diwartakan sebagai kawasan rezab Orang Asal. Mereka berasa hairan kerana tanah rezab mereka menjadi semakin kecil dan pihak kerajaan negeri langsung tidak membantu untuk menyelesaikan perkara ini walaupun aduan telah dibuat kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan ADUN Chini Dato' Bakar Harun.Ketidakpedulian pihak terbabit menunjukkan Orang Asal dipinggir dan hanya dijadikan alat untuk mengundi mereka (Barisan Nasional) setiap kali pilihanraya diadakan. Justeru itu menyedari PKR Pahang mempunyai sebuah biro yang dikenali sebagai Biro Hal Ehwal Orang Asal maka yang menjalankan aktiviti memperjuangkan nasib golongan ini, Pak Long Semut Merah, Musa dan Madi telah datang untuk meminta pertolongan.

Di dalam per
dibuat lebih setahun yang lalu. ADUN tersebut berjanji untuk
memberi bekalan air paip bersih kepada setiap rumah PPRT dan tiada bayaran pemasangan yang akan dikenakan.
Menurut Pak Long lagi sehingga kini janji tersebut tidak ditunaikan dan pendu
Mereka amat terkilan apabila baru-baru ini pihak JKKK Batu Gong telah diarah oleh pejabat ADUN untuk mengeluarkan satu notis kepada penduduk kampung tersebut menyatakan mereka akan dikenakan bayaran sebanyak RM350.00 untuk kos pemasangan sekiranya mahu mendapatkan bekalan air bersih. Mereka mendakwa ADUN tersebut telah memungkiri janji yang telah dibuat.
Dari kiri : Zaidi, Musa, Madi, Pak Long & Sani
No comments:
Post a Comment