PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Wednesday, February 10, 2010

Cabang Putrajaya Nafi Ahli Sertai Umno

KEADILAN Cabang Putrajaya menafikan sekeras-kerasnya laporan media yang dikeluarkanoleh Azmi Hasan bahawa beberapa ahli cabang tersebut telah meninggalkan parti
dan menyertai Umno.Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Media, Cabang Putrajaya juga menolak dakwaan Azmi bahawa beliau adalah Timbalan Ketua Cabang Putrajaya.

"Perkara ini adalah tidak benar sama sekali kerana dalam senarai keahlian terkini daripada ibupejabat parti bulan Januari 2010 namanya tiada langsung dan oleh itu agak hairan bagaimana pengakuan ini boleh dibuat," kata kenyataan itu.Cabang tersebut juga berkata dakwaan bahawa salah seorang AJK Cabang, Daud Ahmad turut menyertai Umno adalah tidak benar dan bohong semata-mata.

"Nama-nama lain yang disebut seperti dalam laporan media semuanya tiada di dalam senarai keahlian kami yang terkini," kata kenyataan itu lagi.
Ketua Cabang Putrajaya, Onn Abu Bakar berkata semangat ahli-ahli untuk meneruskan perjuangan parti tidak sedikit pun terjejas malah mereka bertambah giat untuk menambah ahli dan aktiviti.


"Sekurang-kurang ahli-ahli parti akan mendapat pengajaran baik bahawa amalan dan budaya Umno yang mementingkan diri dan kebendaan tidak secocok dengan PKR," kata beliau.

No comments: