PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Monday, February 8, 2010

KENYATAAN MEDIA KEADILAN CABANG TEMERLOH OLEH SDR AHMAD NIZAM HAMID (Ketua Cabang PKR Temerloh)


Saya merujuk kepada berita yang telah disiarkan didalam Akbar Sinar Harian (Edisi Temerloh) hari ini bertarikh 8 Februari 2010, yang memaparkan 40 orang ahli PKR telah keluar parti.

Semakan kami dan dari maklumat yang diperolehi hanya 2 – 3 orang sahaja dari jumlah tersebut merupakan Ahli Keadilan manakala s

elebihnya adalah Ahli UMNO yang masuk UMNO semula, mereka ini tidak pernah menjadi ahli parti sedangkan 2 – 3 orang tersebut keluar UMNO sewaktu PR ke 12 yang lalu

dan bukanlah merupakan ahli aktif. Nampaknya UMNO masih menggunakan tektik lama iaitu mengerahkan ahli nya mengisi semula borang UMNO seolah-olah mereka keluar dari Parti Keadilan.

Taktik lapuk dan usang ini menunjukkan kononnya ramai yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat. Pada masa yang sama Keadilan Temerloh telah menerima lebih dari 200 ahli baru dari DUN Lanchang sahaja dalam tempoh 2 bulan kebelakangan ini. Borang Keahlian telah diserahkan dalam satu majlis pada 17 Januari 2010 yang lalu kepada Dato’ Sri Anwar Ibrahim semasa ceramah umum yang telah diadakan di Dataran Rakyat Pejabat Perhubungan PKR Negeri Pahang.

Kami menjangkakan akan menerima labih ramai ahli baru dengan lebih pesat lagi berikutan kes fitnah liwat ke-2 terhadap Dato’ Sri Anwar Ibrahim. Orang ramai termasuk Ahli UMNO melahirkan kejelekan hati mereka dan langsung tidak percaya akan tuduhan fitnah jahat terhadap Dato’ Sri Anwar Ibrahim.

Demikian itu, KEADILAN Temerloh menegaskan bahawa kemasukan 2 -3 orang ahli ke dalam UMNO langsung tidak menjejaskan kekuatan parti malah akan terus bergerak bagi mempastikan kerusi DUN Lanchang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya ke-13 yang akan datang nanti.



LAWAN TETAP LAWAN !!!!

1 comment:

Suhaimi Said said...

Lantaklah mereka tu. Memang ada org UMNO keluar UMNO masuk PKR kok-kok dapat sesuatu. Bila mereka tengok dalam PKR ni kita berjuang, kita beri apa yang kita ada dan tidak mengharapkan balasan, kan ni dah tak sesuai dengan naluri mereka. Maka, mereka balik kepada UMNO. Dalam UMNO pun mereka takkan dapat apa-apa kerana mereka tu hanyalah "kucing kurap" sedangkan UMNO mementingkan golongan berada, yang kaya dan yang dalam pimpinan. Mereka akan keciwa begitu aje lah. Tapi, mereka ni memang seperti anjing kelaparan, diberi tulang kering pun mereka tu dah berterima kasih. Memang jenis mereka dah begitu, kalau dia ada dikalangan kita, kehadiran mereka bukan menguntungkan perjuangan tapi merugikan perjuangan dan dicemuh rakyat. Eloklah jenis macam tu duduk dalam UMNO, parti untuk golongan itu!