Selepas mesyuarat, 3 program telah disusun iaitu :
1. 1.30pm-3.30pm - Program turun Padang oleh AJK yang diketuai oleh Sdr. Zakaria sendiri. Pada kali ini lokasi yang dilawati adalah Kg. Limau Purut, Mela yang terletak di dalam DUN Cheka. Kira-kira 30 orang penduduk kampung turut menyertai program Makan Tengahari di rumah penyokong Pakatan Rakyat(PR) dan Sdr. Zakaria telah berinteraksi dengan penduduk setempat untuk mendengar masalah-masalah mereka.
3. 4pm-6.30pm - Mesyuarat KeADILan Zon Barat telah diadakan di Pejabat KeADILan Cabang Raub. Telah dihadiri oleh kira-kira 20 orang AJK dari Cabang Bentong,Raub,Lipis dan C. Highland.Perbincangan tertumpu kepada Kes Fitnah II terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Mesyuaraat Agung Tahunan Cabang untuk tahun 2009 yang dijadualkan pada bulan Mac 2010.Pengarah Sekretariat Negeri Pahang Sdr. Zaidi bersama rombongannya juga turut sama hadir.
4. 8.30pm-10.30pm - Majlis Ramah Mesra Pakatan Rakyat(PR) anjuran AMK Ranting Jerkoh di Kompleks Pakatan Rakyat(PR) Kg. Jerkoh yang terletak di DUN Benta.Majlis telah dihadiri oleh kira-kira 200 orang dimana pelbagai aktiviti dijalankan seperti perlawanan Dart dan Dam Aji.Majlis juga disusuli dengan Jamuan Makan malam dan seterusnya ucapan-ucapan oleh Ketua KeADILan CabangLipis Sdr. Zakaria, Sdr. Idris (Timbalan Ketua Cabang Lipis), Sdr. Mohd Nor Hassan (Pengarah Pilihanraya Negeri), Sdr. Zaidi (Pengarah Sekretariat), Dr. Nilam (YDP PAS Kawasan Raub)
No comments:
Post a Comment