PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Tuesday, January 5, 2010

"Sekolah Berprestasi Tinggi" - gimik baru Menteri Pelajaran Malaysia

“Sekolah berprestasi tinggi bakal diumumkan” Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin menyatakan Menteri Pelajaran Malaysia akan mengumumkan sekolah berprestasi tinggi yang terpilih dari 10,000 buah sekolah di seluruh Malaysia

Ini satu lagi gimik politik Menteri Pelajaran baru. Setiap kali menteri bertukar akan keluar dasar baru dan dasar lama dibiarkan. Dulu KPM melancarkan sekolah bestari yang dikaitkan dengan penggunaan komputer. Selepas komputer terjual di seluruh negara termasuk di sekolah pendalaman yang tiada elektrik dan bermasalah dari segi infrastruktur, dilancarkan pula Sekolah Kluster melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Pelancarannya sungguh hebat dan menelan belanja yang sangat tinggi serta dilancarkan penuh warna-warni. Beribu-ribu Pengetua dan Guru Besar dihantar berkursus ke England dengan belanja berjuta-juta ringgit. Semasa kursus, pensyarah di sana pun tidak tahu apa maksud ‘Sekolah Kluster’ di Malaysia. Peserta kursus pula tidak faham apa yang disyarahkan. Jika ada yang faham, ia dikatakan tidak releven pelaksanaanya di Malaysia. Sebenarnya mengenai konsep ‘Sekolah Kluster’ ini, ahli lembaga penasihat pun kabur dan Pegawai tertinggi, Pengetua, Guru Besar pun kabur. Maka ia bergerak di dalam kekaburan tetapi mengharapkan kecemerlangan!.

Sekarang KPM melalui Menteri Pelajaran melupakan dasar dahulu dan ingin melaksankan pula ‘Sekolah Berprestasi Tinggi’

Cantik dan menarik tajuknya. Objektif juga jelas tetapi saya percaya pelaksanaanya lemah yang kemudian akan juga dilupakan.

Prestasi tinggi bermula dikalangan pengurusan tertinggi yang professional, ada visi dan misi yang jelas. Tetapi malangnya menteri sibuk dengan agenda politik dan sentiasa mahu tampil dengan idea-idea baru bagi memancing hati rakyat. Pegawai tinggi pula sibuk mengikut arahan menteri. Keadaan politik UMNO yang lemah tetapi tidak mahu dalam kementerian timbul isu. Maka pegawai-pegawai membuat kerja rutin tetapi mereka mengharapkan hasil luar biasa. Keputusan peperiksaan juga sentiasa naik atau dinaikkan?

Dalam keadaan sebegini, KPM buatlah apa jua program pelancaran dasar baru tetapi perubahan tetap tidak akan berlaku. Program yang dilancar hanyalah gimik politik semata dan bukan untuk pendidikan dan pembangunan bangsa.

Rakyat berasa seronok dan tertipu dengan slogan-slogan diuar-uarkan sedangkan hasilnya tetap sama. Inilah politik UMNO dan BN yang perlu ditumbangkan segera!

Hj Abas Hj Awang

Ketua Penerangan PKR Pahang

No comments: