PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Tuesday, January 5, 2010

Timbalan Menteri Pelajaran Menghina Mahkamah Syariah

“Kes Liwat Anwar Usah Kait nama Yusuf Al-Qardhawi” demikian kenyataan Dr Mohd Puad Zorkhoshi yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Saya tidak faham bagaimana Timbalan Menteri Pelajaran tidak faham tentang mahkamah syariah dan menghina mahkamah syariah. Beliau juga tidak faham peranan Ulamak terbesar Dunia Prof. Dr Yusuf Al-Qardhawi dalam mengeluarkan fatwa dan menyelesaikan masalah umat islam dunia. Kenyataan Dr. Fuad itu menunjukkan beliau tidak faham dan menghina undang-undang syariah.

Mengenai kenyataannya di dalam petikan Berita Harian (2 Januari 2010), Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) mengaitkan nama ulamak terkenal itu, adalah kenyataan melulu dan beliau seolah-olah tidak faham peranan ulamak. Peranan ulamak terkenal ini ingin menyelesaikan masalah fitnah terhadap DSAI yang bukan sahaja merupakan pemimpin Islam di Malaysia bahkan di dunia. Adalah menjadi tanggungjawab beliau menyelamatkan DSAI. Apabila Prof. Dr Yusuf Al-Qardhawi membuat kenyataan-kenyataan dengan ilmu, merujuk Al-Quran dan hadis, bukan ikut sesuka hati kerana beliau takut kepada Allah. Jika Proffesor Yusuf Qardawi menyatakan kes liwat DSAI adalah fitnah dan perlu dibicarakan di mahkamah Syariah, maka itulah pandangan ulamak dunia - fatwa yang perlu dipatuhi oleh seluruh umat islam di dunia.

Prof. Dr.Yusuf Al-Qardhawi telah datang ke Malaysia bagi memenuhi undangan Kerajaan Malaysia yang mahu memberi gelaran Tokoh Maal Hijrah kepada beliau. DSAI tidak mengetahui tentang undangan ini. Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang meminta untuk bertemu dengan DSAI lantaran kedatangannya ke Malaysia juga kerana ingin menemui sahabat-sahabatnya termasuk DSAI yang sangat dikasihi dan dihormati.

Sebagai Timbalan Menteri Pelajaran, sekiranya hendak membuat kenyataan, biarlah berdasarkan ilmu, bukan mengikut nafsu politik semata. Jagalah imej KPM, satu kementerian yang penting untuk membina generasi akan datang untuk membina insan yang cemerlang.

Hj Abas Hj Awang

Ketua Penerangan PKR Pahang

No comments: