PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Thursday, July 2, 2009

Betul ke PR mahu perintah Pahang dlm PRU-13?

Dari segi percakapan, semua anggota khususnya pemimpin-pemimpin PR di Pahang mengatakan bahawa PR akan dapat memerintah Negeri itu didalam Pilihanraya Umum akan datang.
Pernyataan ini disetujui oleh anggota-anggota PR, dan mereka sangat yakin boleh menawan Negeri Pahang.
Dengan beribu ampun dan maaf, langsung tidak berniat untuk menumpulkan harapan, saya ingin menyatakan sebaliknya.
Dengan apa yang berlaku didalam gerakan PR di Negeri Pahang, saya merasakan bahawa PR mungkin dapat menambah beberapa kerusi lagi di DUN, mungkin antara 3 hingga 5 kerusi lagi. Mungkin tak sampai.
Benar bahawa UMNO Pahang berada didalam keadaan yang kurang berkesan jika dibandingkan dengan keadaan-keadaan semasa PRU-12. Tetapi UMNO masih ada organisasi akar umbi. Mereka masih ada cawangan di setiap kampong, bandar, pekan, kawasan perumahan dan rancangan felda.
Manakala PR hanya mempunyai sokongan umum tanpa bertegak diatas organisasi. Sokongan umum seumpama ini sukar untuk diterjemahkan kepada kekuatan yang boleh membawa kemenangan. Mungkin sekadar untuk pertambahan undi semata-mata.
PAS sejak hampir berpuluh tahun dahulu masih menggunakan taktik lama iaitu mengadakan ceramah besar-besaran dan berjaya mengumpulkan wang yang banyak hasil derma semasa ceramah.
Mereka bergembira dengan kehadiran 10,000 - 15,000 orang. Mereka tidak soalkan dari mana datangnya kehadiran yang ramai ini. Kadang-kadang 15,000 itu datangnya dari seluruh Pahang bahkan ada juga yang datang dari Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan iaitu Negeri-Negeri yang bersempadan dengan Pahang.
Jika daripada 15,000 orang itu hanya sekadar 500 hingga 1000 orang dari Kuala Krau, bolehkah dikatakan kekuatan PAS di Kuala Krau itu kuat? Kuala Krau itu pula ada 3 kawasan DUN, maka berapa orang sangatkah dari satu DUN itu hadir?
PKR pula lagi teruk dari PAS. Keupayaan mereka nak mengadakan ceramah pun tidak ada. Mereka asyik menumpang pentas PAS. Mereka langsung tidak mempunyai organisasi di peringkat kampong dan sokongan terhadap PKR hanya berbentuk umum, tidak ada kekuatan organisasi.
Pemimpin-pemimpin PKR tidak banyak beza dengan pemimpin-pemimpin UMNO. Mereka tidak tinggal di kawasan pimpinan mereka, mereka jarang-jarang balik ke kawasan masing-masing, dan mereka tidak memberikan tumpuan kepada organisasi parti.
Di kebanyakan kawasan PKR hanya hidup pada nama tapi tidak ada sebarang pergerakan, mereka tidak ada cawangan, mereka tidak punyai keahlian kecuali sekadar cukup untuk penubuhan sesebuah bahagian. Mungkinkah PKR seumpama ini mampu untuk menawan Negeri Pahang?
PKR menyambung gerakan PKN dan berusia lebihkurang 10 tahun, manakala PAS sudah ujud sejak 1951 lagi. Kedua-dua parti ini bercita-cita menawan Pahang, tetapi dengan persediaan yang ada itu, mampukah kedua-dua parti itu menawan Pahang?
Rakyat Pahang sudah mahu berubah. Kemenangan beberapa kerusi Parlimen dan DUN oleh PAS dan PKR di Pahang didalam PRU-12 dulu adalah kerana rakyat mahukan perubahan tetapi usaha dan inisiatif dari kedua-dua parti itu amatlah sedikit. Rakyat sudah mahu berubah tetapi pemimpin kedua-dua parti itu masih khayal dan tidak mahu berubah, dan pimpinan seumpama ini tidak akan mampu menawan Negeri Pahang.
Sekali lagi saya memohon maaf kepada semua pihak terutama kepada pimpinan PAS dan PKR seluruh Pahang dari pimpinan Negeri hinggalah ke kawasan-kawasan, pohon maaf, pohoon maaf, pohon maaf. BUAT KERJA BELUM TAHU MENANG TAK BUAT KERJA SUDAH TENTU TIDAK MENANG!

1 comment:

eXception said...

bermimpi di siang hari lah kalo PR nak memerintah Pahang. Kami orang Pahang akan tentang habis-habisan. Cucu-cicit Datok Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah akan menghalang niat tersebut. Malah cucu-cicit Sulaiman Mat Zin juga akan tentang habis-habisan.

http://exception2008.blogspot.com/