PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Friday, July 3, 2009

Program bersama Orang Asli di Kg Rekoh dan Ceramah di Felda Jenderak Utara

Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang akan turn padang di kawasan DUN Jenderak, Kuala Krau pada 4hb Julai 2009 (Sabtu).
Pada jam 4.00 petang Datuk Fauzi yang akan diiringi oleh pimpinan Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau akan bertemu dengan masyarakat Orang Asli di Kg Rekoh, sebuah perkampongan Orang Asli yang dihuni oleh kira-kira 200 orang penduduk (keseluruhan).
Disana Pengerusi PKR Negeri itu akan bertukar-tukar fikiran dengan masyarakat Orang Asli sebelum beliau menyerahkan bantuan pakaian bundle kepada mereka.
Perjumpaan itu akan diakhiri dengan Majlis Jamuan Bubur Kacang.
Pada sebelah malamnya pula Datuk Fauzi akan berceramah kepada masyarakat Peneroka Felda di Felda Jenderak Selatan diatas tema: BN MAHU MENGHANTAR DATUK SERI ANWAR IBRAHIM KE PENJARA DENGAN KES LIWAT.
Ceramah tersebut akan diadakan di rumah Sdr Aliayasak Idris, Naib Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang Zon Tengah di Felda Jenderak Utara.
Orang ramai dijemput hadir.

No comments: