PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Wednesday, July 1, 2009

Batin-Batin Jah Hut Serah Memorandum Kepada Parti Keadilan Rakyat

Pada 28hb Jun 2009 yang lalu bertempat di Lobby Parlimen, Batin-Batin Kaum Jah Hut melalui Penolong Setiausahanya, Sdr Yusri Ahon, telah menyerahkan menyerahkan memorandum kepada Parti Keadilan Rakyat melalui YB Fuziah Salleh.

Memorandum itu antara lain memohon bantuoan PKR menyelesaikan masalah tuntutan suratan hakmilik keatas tanah dan kawasan hutan sekitar perkampongan Orang Asli dan supaya tanah mereka digazetkan sebagai Rezab Orang Asli dan tidak boleh diceroboh.

Rombongan 10 orang yang diketuai oleh Yusri itu mengandungi 3 orang Batin Jah Hut iaitu Batin Penderas, Batin Sg Kiol, dan Batin Paya Mengkuang.
Sebelum penyerahan Memorandum dan Sidang Akhbar di Lobby Parlimen, rombongan itu telah dibawa ke pejabat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diketemukan dengan YB Azan Ismail, Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota, dan YB Tian Chua.
Menurut Sdr Yusri, pihaknya telah pun menyerahkan memorandum yang sama kepada Kerajaan Negeri Pahang, tetapi tidak ada sesuatu tindakan pun yang diambil oleh Kerajaan Negeri Pahang. Beliau menyedari bahawa parti pembangkang tidak dapat mengambil apa-apa tindakan kerana isu tanah adalah dibawah kuasa Kerajaan Negeri, tetapi Yusri yakin bahawa isu tanah Orang Asli akan menjadi isu politik yang boleh menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional jika tidak diatasi dengan betul oleh pihak Kerajaan.

No comments: