PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Friday, July 3, 2009

Berita dari Lepar Utara

Sdr Atan, Pengerusi PKR Ranting Lepar Utara telah menghubungi saya dan memberitahu beberapa perkhabaran:
1. Peserta-peserta Felda Lepar 11 telah bersetuju menubuhkan sebuah Ranting PKR di Rancangan Felda itu dan sebelum Ranting itu dirasmikan peserta-peserta berhajat mengadakan majlis penerangan awal agar mereka dapat memahami lebih dekat dasar Parti Keadilan Rakyat. Majlis penerangan awal itu akan dibuat pada 6hb Julai 2009 jam 4.30 petang. Saya akan hadir di Majlis itu, dan saya akan menjemput Sdr Mohd Nor, Pengerusi PKR Cabang Jerantut dan Sdr Haji Zahari Mamat, Pengerusi PKR Cabang Paya Besar. Dari segi kawasan Pilihanraya, Lepar 11 terletak didalam DUN Pulau Tawar kawasan Parlimen Jerantut, tetapi dari segi pengundi-pengundinya, sebahagian mengundi di Jerantut dan sebahagian mengundi di Paya Besar.
Felda Lepar 11 adalah kawasan Felda Plantation, dan pekerja-pekerja disitu terdiri daripada anak-anak peneroka dan mereka menuntut Felda memansuhkan Felda Plantation di Lepar 11 untuk memberi laluan kepada mereka menjadi peneroka-peneroka.
2. Felda terpaksa membatalkan Roll Call yang dijadualkan di Felda Lepar Utara. Roll Call adalah Perhimpunan peneroka-peneroka Felda yang dipanggil oleh pengurusan Felda untuk memberi laluan kepada Ahli Parlimen (BN) bagi kawasan Paya Besar berucap dihadapan 320 orang peneroka-peneroka di Rancangan itu.
Perhimpunan itu akan menyembelih lembu dengan kenduri besar-besaran untuk keluarga peneroka.
Bagaimanapun, Majlis itu dibatalkan secara mengejut kerana bantahan daripada Peneroka-Peneroka yang tidak berpuas hati dengan pengukuran semula sempadan bagi lot masing-masing.
Kawasan yang ada adalah kawasan sementara, dan apabila ditebang semula, peneroka-peneroka tidak mengetahui dimanakah lot masing-masing kerana ukuran persempadanan dibuat diatas nama blok, bukan lot berasingan.
Peneroka tidak bersetuju kerana JKKR Felda Lepar Utara diperalatkan oleh UMNO untuk kepentingan politik.
3. Ahli Parlimen (BN) bagi kawasan Paya Besar dan ADUN-ADUNnya menjadi rajin melawat Felda Lepar Utara.
Felda Lepar Utara adalah satu kawasan yang aneh. Walaupun ia terletak di Daerah Kuantan dan menjadi sebahagian daripada kawasan Parlimen Paya Besar, tetapi Rancangan itu tidak boleh didatangi dari Kuantan.
Ia boleh didatangi dari Bandar Pusat Jengka atau dari Bandar Jerantut.
Selepas penubuhan Ranting Parti Keadilan Rakyat di Rancangan Felda Lepar Utara 2 bulan yang lepas, UMNO Paya Besar sudah menjadi panik. Wakil-Wakil Rakyatnya dengan tiba-tiba menjadi aktif dan ini memelikkan penduduk Felda Lepar Utara kerana sebelum penubuhan Ranting PKR itu, rancangan ini dianak-tirikan oleh UMNO Bahagian Paya Besar, seolah-olah Felda Lepar Utara tidak berada didalam kawasan Parlimen Paya Besar.
Inilah keistimewaan Parti Keadilan Rakyat. Dimana-mana di Negeri Pahang ini apabila PKR bertapak maka menggerakkan wakil-wakil rakyat dari UMNO dari tidur lena mereka.
Wakil-wakil rakyat kini datang dengan membawa imbuhan-imbuhan, tetapi kebanyakan imbuhan yang dibawa adalah perkara-perkara khayalan seperti mengadakan pertandingan karaoke dan jamuan-jamuan, sedangkan Peneroka-Peneroka Felda menghadapi masalah besar seperti isu tanaman semula, potongan yang begitu besar kepada pendapatan bulanan mereka sehingga menyempitkan perbelanjaan bulanan mereka, dan isu penjualan buah sawit mereka yang mesti dibuat melalui resit Felda yang membolehkan Felda membuat potongan hingga 20% kepada pendapatan setiap kali buah sawit dihantar ke kilang.
Wakil-wakil rakyat UMNO datang ke Felda Lepar Utara untuk berhibur, bukan untuk memperjuangkan nasib peneroka Felda.

1 comment:

eXception said...

sudah-sudahlah tu, tak usah la cuba-cuba nak racun fikiran org felda pulak. PKR suka sangat menabur fitnah dan benih-benih kebencian terhadap rakyat Malaysia.

http://exception2008.blogspot.com/