PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Friday, June 5, 2009

Mengimbau kenangan bertapaknya PKR di bumi Pahang

Pejabat PKR antara yang terawal(dahulu Parti KeADILan Nasional) dirasmikan oleh Datuk Wan Ismail bersama Allahyarham Dato' Ustaz Fadhil Noor, turut kelihatan Pak Tam Raja Lawak.

Bangunan Pejabat Parti KeADILan Nasional(sekarang PKR) antara yang terawal.

Diantara Ahli PKR diawal penubuhan Parti Keadilan Rakyat(dahulu Parti KeADILan Nasional), bergambar kenangan selepas perasmian pejabat asal PKR, antara yang masih aktif di Pahang di dalam gambar saudara Syed Talib(Naib Ketua Bhg Indera Mahkota), saudara Zakaria Abdul Hamid(Ketua Bahagian Lipis/ahli MPT) dan saudara Zul Kama(Pembantu khas YB Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan).

4 comments:

ahmad nizam hamid said...

ramai lagi yang masih setia dalam perjuangan.untuk rekod,PARTI KEADILAN NASIONAL ditubuhkan pada 4.4.1999 di Renaissance Hotel KL DAN pada 9.4.2009 mula bertapak di Temerloh,mesyuarat penubuhan dibuat di pejabat Hj.Suhaimi di F61Jalan Dato Awang Ngah.
Ini fakta sejarah penubuhan KeADILan di Pahang dan selepas itu dikuti oleh lain-lain bahagian.jika menyatakan di Kuantan terlebih dahulu,kepada saya adalah jauh tersasar.malah perasmian penubuhan KeADILan Pahang oleh Presiden DSWA juga dibuat dan diluncurkan di Temerloh.Tarikhnya 23.5.1999 di Kg Paya Luas.majlis itu cukup bersejarah dan jika sdr rajin sila search didlm search engine tulisan Sdr.Sabri Zain tentang peristiwa bersejarah tersebut.dgn segala halangan dari polis (dan juga alam yg mencurahkan hujan tanpa henti)selain wayar elektrik di putuskan,ribuan manusia berjalan berkilometer didalam hujan lebat dan becak lumpur!saya mohon fakta ini tidak dikesampingkan.
pun begitu,ramai yg kecundang dan menyerah di tengah jalan,manakala masih ramai yang bersetia dgn perjuangan selama ini.ramai yang menyumbang dan terus menyumbang.saya menarik perhatian sdr kepada seorang manusia bernama Amir Abd Aziz yg saya kira sumbangannya kpd parti bukan kepalang,pernah buat beberapa tahun pejabat negeri ditanggung sepenuhnya oleh beliau dan partnernya,maslina selain beliau saya kira membantu perjuangan dan teman-teman at his expenses-hampir muflis kerana perjuangan.tetapi siapa yg hirau?beberapa kerat dikalangan kita yg menyedari hakikat ini tatkala kita sedang sedikit-sebanyak kononnya meraikan kekuatan.malah nama beliau seolah-olah hilang dari radar.sdr boleh shj bertanya kpd aktivis lama malah sdr Zakaria sendiri.
ertinya dalam tempoh sedekad ini terlalu ramai yg memberikan saham kpd parti.apa yg ada hari ini dan apa yg bakal dituai di hari muka kerana sumbangan manusia-manusia seumpama beliau;maka saya mengharapkan seperti kata pepatah cina,setiap kali kita minum air,jangan lupa sumbernya.

ahmad nizam hamid

Ar said...

Saya seakan mengerti perasaan Sdr Ahmad Nizam. Bagi saya penulis tidak berceritakan pertama kalinya bertapak PKN (PKR) diPahang. Mungkin belek punya belek penulis terjumpa gambar lama. Jadi ditaiplah serba sedikit untuk memeriahkan website PKR Pahang ni. Saya amat bersetuju, Kuantan bukan lah yang pertama Bahagian (cawangan) yang tertubuh diPahang. Pada awalnya ianya berpusat diTemerloh. Saya sudah lupa ramai kawan2 dalam PKN. dan saya masih lagi ingat kerap juga keTemerloh untuk bermesyuarat. Yang paling menarik dalam gambar tu adalah, pejabat bahagian kuantan dirasmikan oleh Allahyarham Utz Fadil Nor dan Datuk Wan Ismail. Saya tak kala ini sudah tidak aktif dalam PKR. Bekerja diLuar Negara dan jarang2 pulang keMalaysia. Tapi hati tetap parti 'Mata' (PKR), walaupun dulu Umno pernah hadir dalam diri saya. Buat Sdr Ahmad Nizam, saya cadangkan Saudara post kan lah dalam website ini gambar2/artikel berkaitan PKN diTemerloh dan juga kalau ada gambar2 ketika Perhimpunan/pemilihan Agung PKN diKL sekitar tahun 1999. Wassalam.

INGENIUR said...

Saya nak tambah sikit lagi...utk yang tidak mengetahui ttg sejarah ni tolong2 check balik sejarah atau bertanya...saya ada menyimpan manuskrip bagaimana PKN mula di tubuhkan di pahang 1999.
...disamping itu bagaimana pula pencantuman PKN dan PRM seterusnya menjadi PKR 2003 sehinggalah disahkan pada tahun 2005 pun saya masih menyimpan sejarah tersebut...

banyak dokumen saya buat dan tulis ni saya perolehi secara terus dari sdr nizam hamid terutamanya ketika lawatan DSAI yang baru keluar dari penjara 2004 dan pahang negeri pertama yg dilawati secara rasmi pada januari 2005 dulu...

sdr yang menulis juga boleh rujuk manuskrip atau dokumen 'pengistiharan anak air' yg dibuat ketika didalam suasana PKR yang masih dlm proses kelulusan ROS...pada tahun 2003...

yang pasti temerloh lah tempat bermula segalanya PKN/PKR di pahang pada tahun 1999...

yg pasti pengalaman mengisi borang beramai2 di renaissance hotel pada 4.4.99 dulu dahulu adalah kenangan yg tidak boleh dilupakan...sbb masing2 tak kenal!


ikhlas drp: mantan S/U, PKN & PKR pahang...2003 - 2006

SOLEH MOHAMAD said...

Sy mengatakan keadilan di pahang bermula di kuantan. Nak tau mengapa ..kena duduk minum teh...haha