PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Friday, June 5, 2009

Baling batu sembunyi tangan


BERAPIT – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang yang ditugaskan bagi menjaga kawasan kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti menemui kain rentang berunsur hasutan, penghinaan serta berbaur perkauman di dua lokasi berbeza, di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua AMK Pahang, Kamarul Hatta Mohamed Ali berkata, ia mungkin dilakukan ‘tangan-tangan ghaib’ atau ditaja seseorang maruah pemimpin, penghinaan kaum wanita dan yang paling bahaya melibatkan sensitiviti kaum.

“Kami tidak mahu menuduh mana-mana pihak namun apa yang berlaku merupakan satu isu yang harus dipandang serius oleh setiap lapisan masyarakat.

“Taktik sedemikian biasa berlaku dalam setiap pilihan raya kerana pilihan raya merupakan medan peperangan tanpa menggunakan senjata,” katanya ditemui Sinar Harian.

Kamarul Hatta berkata, kain rentang pertama yang tertera perkataan ‘Anwar guna Azizah untuk depan, guna Saiful dan Azizan untuk belakang’ ditemui di simpang ke Institut Tuanku Bainun manakala kain rentang kedua yang tertera perkataan‘Jangan undi Keadilan untuk selamatkan Pulau Pinang dari Cina’ ditemui kira-kira 500 meter dari lokasi pertama.

Menurutnya, kain rentang yang ditulis dengan perkataan kesat berkenaan digantung pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab bagi mencacatkan kempen pilihan raya kali ini. Beliau berkata, ia juga merupakan satu unsur penghinaan terhadap kaum wanita untuk menjatuhkan martabat dan maruah seorang pemimpin selain menaikkan kemarahan rakyat Cina.

“Saya tidak dapat mengenal pasti siapakah yang bertanggungjawab dalam hal ini. Ia merupakan serangan peribadi yang dibuat pihak tertentu bagi mengaibkan isu yang harus dipandang serius kerana melibatkan sensitiviti kaum wanita dan juga perkauman.

“Saya tidak menyangka masih ada lagi manusia yang sanggup menggunakan kaedah ini untuk meraih kepentingan politik secara tersirat. Sempena hari ibu dan hari wanita, ia memang sesuatu yang memalukan,” katanya.

Hadir sama Ketua Penerangan AMK Pahang, Arman Rashid.

Dalam pada itu, pada malam hari yang sama, beliau turut menemui satu lagi kain rentang yang tertera perkataan ‘Orang Cina sokong Dr Mansor kerana Keadilan dan Pas alat orang Cina’ di kawasan Sungai Lembu.

Arman berkata, penemuan berkenaan secara langsung berkait rapat dengan keharmonian kaum khususnya Cina dan situasi ini pastinya menimbulkan ketidakselesaan di kalangan mereka. Katanya, jika dapat dikesan, pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan 1948.

Beliau berkata, PKR bukanlah ingin mencari publisiti murahan, sebaliknya memberikan gambaran bahawa ada sesuatu yang tidak kena di sebalik apa yang berlaku.

No comments: