PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Thursday, October 9, 2008

Najib akan bawa bencana - Anwar Ibrahim

by suara keADILan


Kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak akan terkesan dengan perkembangan krisis ekonomi dunia sangat membimbangkan dan mempamerkan kegagalan beliau untuk menangani cabaran yang akan dihadapi oleh negara kita pada masa hadapan

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim percaya bahawa negara akan terjerumus ke dalam bencana yang besar sekiranya negara ditakbir oleh seorang Perdana Menteri yang bernama Najib Tun Razak.

Menurutnya, Timbalan Presiden Umno itu akan menerus agenda ekonomi pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi yang telah ditolak oleh rakyat Malaysia.

“Kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak akan terkesan dengan perkembangan krisis ekonomi dunia sangat membimbangkan dan mempamerkan kegagalan beliau untuk menangani cabaran yang akan dihadapi oleh negara kita pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata sedemikian bagi memperbetulkan salah lapor kenyataanya didalam akhbar Sinar Harian yang membelitkan kenyataan Ketua Umum KeADILan di Perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta semalam.

Sinar Harian hari ini memutar belitkan kenyataan Ketua Umum KeADILan bahawa beliau percaya Najib mampu mendapat sokongan yang lebih dalam menguruskan ekonomi dan membersihkan negara ini daripada amalan rasuah.

“Ini adalah tidak benar. Laporan tersebut jelas memutar belitkan kenyataan saya yang dibuat pada 7hb Oktober berkenaan proses peralihan kuasa dalam UMNO,” katanya lagi.
Menurut Anwar lagi, Najib tidak menunjukan komitmen bagi memastikan agenda perubahan berlaku demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap Badan Kehakiman dan bertindak memerangi rasuah.

“Rakyat Malaysia bimbang di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, undang-undang kuku besi seperti penggunaan ISA akan diteruskan dan sendi-sendi demokratik akan dilumpuhkan,” katanya lagi.

Pada Pilihanraya Umum, 8 Mac lalu serta Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, jelas Anwar, iaya telah membuktikan rakyat mahukan agenda perubahan dan harus ianya direalisasikan segera.
“Sedangkan pada Pilihanraya Umum 8 Mac 2008 dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh tempoh hari, rakyat menyuarakan hasrat mereka agar Agenda Perubahan menjadi keutamaan dan direalisasikan dengan segera,”tambahnya lagi.

Najib, menurut Anwar,yang dikatakan terlibat didalam beberapa kes seperti komisen pembelian peralatan tentera dari perancis dan Russia serta kaitanya didalam kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu harus menjawab persoalan yang mengaitkan beliau dengan tuduhan berkenaan.
“Pemimpin sebegini akan mencemarkan reputasi Malaysia di kacamata masyarakat antarabangsa dan sekaligus akan memberikan kesan negatif dalam membentuk tanggapan pelabur-pelabur asing terhadap Malaysia,”katanya lagi.

Anwar turut memohon agar akhbar berkenaan menyiarkan pembetulan dan lebih bertanggungjawab untuk melaporkan sebarang berita dengan benar dan tepat pada masa hadapan.

No comments: