PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Thursday, October 9, 2008

Ku Li bayangkan sertai Pakatan Rakyat

by suara keADILan

TOKOH kanan Umno, Tengku Razaleigh Hamzah memberi bayangan menyokong kerajaan Pakatan Rakyat dengan mencadangkan gagasan penubuhan kerajaan perpaduan.

Kenyataan tersebut dibuat beberapa hari selepas beliau mendedahkan mengenai pertemuan beliau dengan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim, Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Ketua DAP Lim Kit Siang.

Idea Tengku Razaleigh ini menguatkan desas-desus yang menyatakan pertemuan tersebut adalah mengenai pembabitan beliau secara aktif dalam rancangan penubuhan kerajaan persekutuan baru oleh Pakatan Rakyat.

Walau cadangan kerajaan perpaduan Tengku Razaleigh itu adalah antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional, tetapi yang jelas ia adalah sebuah entiti baru dengan Pakatan Rakyat menjadi tonggak.

Beliau yang dianggap berjasa besar terhadap pembangunan dan pengukuhan status ekonomi Bumiputera terutamanya dalam pembentukan syarikat petroleum negara, Petronas dan penubuhan Bank Bumiputera Malaysia Berhad kini semakin tersisih dalam partinya sendiri.
‘Peralihan kuasa’ ciptaan Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak mematikan sebarang peluangnya dalam Umno.

No comments: