PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Thursday, October 9, 2008

51 tahun merdeka: Kuala Kechau masih dibelenggu kemunduran

by nakmarahmarahlah

TIDAK ramai yang menyedari warga Kampung Kuala Kechau yang terletak di Kuala Lipis, Pahang masih dibelenggu kemunduran infrastruktur walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan 51 tahun lalu.

Ini kerana kemudahan diterima penduduk dikawasan itu dikatakan cukup daif berbanding kampung lain terutama berhubung soal aliran pengangkutan kampung dimana penduduk masih menggunakan jambatan gantung yang hanya sesuai dilalui pengguna motosikal atau penjalan kaki sahaja.

Dengan keadaan itu menyebabkan penduduk terpaksa menggunakan laluan alternatif lain yang lebih jauh jaraknya untuk mengangkut hasil-hasil pertanian masing-masing untuk dibawa ke bandar.

Walaupun ada usaha memohon agar jambatan tersebut digantikan dengan jambatan konkrit yang boleh dilalui pengangkutan lebih berat , namun sehingga ke hari ini tiada jawapan diterima.
Bagi yang menggunakan kereta atau kenderaan lebih berat,mereka perlu menggunakan laluan Felda atau Felcra jika ingin meneruskan perjalanan ke hujung kampung tersebut yang kebanyakannya merupakan tempat mereka menjalankan tugasan harian sebagai penoreh getah, penternakdan peladang.

“Siapa yang tidak kecewa apabila mengetahui sebuah kampung paling lama di Kuala Lipis masih tidak memperolehi kemudahan infrastruktur sedangkan kedudukannya berhampiran sekali dengan pusat bandar.

Seorang penduduk yang enggan namanya disebut mendakwa, mereka tidak berharap untuk memperolehi kemudahan selengkapnya sepertimana kampung-kampung lain yang turut diberi klinik dan sekolah, cukuplah sekadar diberi kemudahan jalanraya yang baik dan jambatan konkrit untuk kesenangan penduduk setempat.

Setakat hari ini, hampir keseluruhan penduduk kawasan itu telah menerima kemudahan bekalan air dan elektrik disamping bantuan agihan subsidi oleh agensi kerajaan untuk menjalankan kerja-kerja pertanian.

Nota: nakmarahmarahlah mahu melihat sejauhmana keperihatinan Menteri Besar, Dato’ Sri Adnan Yaakob dan Ahli Parlimen Lipis Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman. melaksanakan keseimbangan segala kemudahan asas kepada rakyat jelata di kawasan parlimen Lipis selepas ini.

No comments: