PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Friday, April 23, 2010

TIDAK MUSTAHIL UMNO BOLEH DITUMBANGKAN


Semenjak zaman berzaman, setiap bangsa atau kaum itu dizahirkan oleh Allah swt.manusia-manusia yang berperangai iblis dan syaitan yang memegang tampuk kekuasaan dan terlalu angkuh dan sombong dengan kekuasaan yang dimilikinya, bukan sahaja kepada sesama manusia, malah kepada Allah swt yang menciptanya.


Nabi Ibrahim as terpaksa berdepan dengan syaitan bernama Namrud yang menjadi pemerintah pada zamannya. Nabi Musa as terpaksa berdepan dengan Firaun yang kesombongannya mengatasi segala bentuk kesombongan yang belum pernah dilakukan oleh manusia. Dan Nabi Muhammad saw terpaksa berdepan dengan Abu Jahal dan Abu Lahab yang menjadi pemerintah Kota Makkah pada zamannya. Dan kita di Malaysia, terpaksa berdepan dengan para IBLIS dalam UMNO yang seiras curak pemerintahannya mempunyai cirri-ciri pemerintahan Namrud, Firaun, Abu Lahab dan Abu Jahal.


Demikianlah sunnahtullah yang berlaku. Sebuah perjuangan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran terpaksa berdepan dengan penentangan dari para iblis-syaitan dari kalangan manusia yang menjadi pemerintah dan mereka ini sangat keras dan kejam sekali dalam menentang para pejuang kebenaran tersebut. Dan sudah menjadi sunnahtullah juga bahawa perjuangan menegakkan kebenaran itu, meski pun terlalu pahit untuk ditempuh pada mulanya, tetapi akan beroleh kemenangan jua akhirnya.


Saya tidak mahu menyentuh terlalu banyak kisah-kisah manusia kejam dan zalim yang menjadi pemerintah di merata tempat di seluruh dunia ini. Namun sejarah telah membuktikan bahawa walau segagah mana sekalipun kekuatan yang dimiliki oleh para iblis-syaitan yang menjadi penguasa itu, namun kuasa rakyat akhirnya dapat menjatuhkan mereka [dengan izin Allah], sekalipun untuk menumbangkan pemimpin-pemimpin zalim tersebut akan memakan korban rakyat yang tidak terkira banyaknya. [Catatan: Istilah iblis-syaitan ini sangat popular digunakan oleh bekas PM terhadap bekas PM yang sering menganggu pentadbirannya sehingga beliau terpaksa meletakkan jawatan melalui satu konspirasi politik yang jahat].


Suatu kisah kekejaman sebuah pemerintahan diktator yang paling kejam dalam abad ini dan memegang tampuk kekuasaan selama 2500 tahun di Iran telah berjaya tumbang pada bulan Februari 1979. Itulah Shah Iran–Shah Reza Phalavi. Manusia kejam berhati syaitan yang memerintah Iran d mana masih segar diingatan kita bagaimana Shah Iran ditumbangkan oleh rakyat Iran dalam bulan tersebut.


Sebelum Shah Iran tumbang, rakyat Iran telah membayar harga perjuangan yang tidak ternilai mahalnya. Almarhum Ayatullah Ruhullah Khomeini, Bapa Perjuangan Rakyat Iran telah mengambil masa berpuluh tahun untuk menanamkan benih-benih perjuangan di dalam dada rakyat Iran terbanyak. Hasilnya, beliau telah berjaya melahirkan berjuta-juta rakyat yang sedia berkorban dan sanggup mati dalam perjuangan suci tersebut.


Di sebalik kekuatan yang dimiliki oleh Shah Iran dengan dokongan dan sokongan Amerika, namun kekuatan rakyat Iran yang berlandaskan kesucian dan kesatuan akidah telah berjaya menjatuhkan manusia terlaknat tersebut dari takhtanya buat selama-lamanya. Kematiannya menerima kehinaan daripada Allah swt dan sampai sekarang keturunannya merempat di Negara asing.


Untuk menumbangkan diktator Shah Iran, Imam Khomeini dan rakyat Iran terpaksa mengorbankan berjuta-juta nyawa. Peristiwa paling ngeri dalam perjuangan mereka ialah apabila tercetusnya Tragedi Black September 1978 di mana tentera Shah telah menembak dan membunuh berpuluh-puluh ribu rakyat Iran yang melancarkan demonstrasi menuntut beliau turun takhta.


Walaupun Tragedi Black September 1978 itu telah mengorbankan begitu ramai rakyat yang tidak berdosa, namun untuk berjaya dalam perjuangan itu, rakyat Iran merelakan nyawa mereka melayang, demi memastikan generasi anak cucu mereka bebas dari belenggu perhambaan manusia yang tidak layak dipanggil manusia tersebut. Dan tragedi tersebut jugalah yang telah membawa kepada jatuhnya Shah Iran dan naiknya kemenangan rakyat Iran dalam apa yang dinamakan Revolusi Islam Iran pada 1979 dahulu.


Itu kisah rakyat Iran kira-kira 30 tahun lebih lalu. Dan jiran yang berhampiran dengan kita, Suharto, manusia paling lama memerintah Indonesia iaitu selama 32 tahun. Suharto memerintah Indonesia dari tahun 1966 hingga 1998, telah membuatkannya lupa daratan dan lupa segala perhitungan dan pertimbangan demi mengekalkan kekuasaannya.


Kekejaman, kezaliman dan segala bentuk kejahatan sudah tidak menjadi kudis kepada Suharto. Beribu-ribu rakyat Indonesia yang terkorban menentang regim beliau yang memegang tampok kekuasaan. Kegilaan merompak dan menyamun harta rakyat atas nama pembangunan dan kemakmuran negara membuatkannya lupa langit itu tinggi atau rendah. Segala kejahatan dan kezaliman dipertahankan [disokong oleh pasukan tentera dan polis serta institusi-institusi Negara] demi memastikan kekuasaan berkekalan, seolah-olah dia akan hidup menongkat langit. Penderitaan rakyat dipersetankan. Keadilan dan kebenaran ialah apa yang menguntungkan diri dan kroni serta membuncitkan tembolok sendiri. Darah dan air mata rakyat umpama air hujan yang tidak bernilai langsung.


Akibat selalu bermimpi untuk menongkat langit selama-lamanya, Suharto lupa bahawa selama ini beliau sedang bermain api dan tidak menyedari bahawa kerakusannya membolot kekayaan negara untuk diri sendiri dan para kroni telah mencetuskan api kebencian dan dendam di dalam hati rakyat terbanyak. Maka tercetuslah bara Reformasi Total meledak membakar segala keangkuhan manusia bernama Suharto tersebut pada bulan Mei 1998. Untuk menumbangkan Suharto, rakyat Indonesia bukan sahaja menggempurnya dari seluruh pelusuk kota Jakarta, malah para pelajar universiti pula keluar di jalan-jalan raya untuk mencetus dan membakar semangat rakyat.


Kemuncak kepada penentangan terhadap Suharto ialah dengan terkorbannya tiga orang penuntut Universiti Trisakti di mana inilah titik tolak yang telah memaksa si diktator Suharto turun dari takhta kekuasaan 32 tahun. Akhirnya Allah swt menurunkan bala yang setimpal dengan dosanya terhadap rakyat Indonesia yang tidak berdosa yang berjuang untuk menegakkan keadilan dan kebenaran serta untuk mencari kehidupan yang lebih baik untuk seluruh rakyat Indonesia. Beliau diserang angin ahmar menyebabkan beliau lumpuh tidak sedarkan diri dan hanya dibantu dengan bantuan pernafasan untuk terus hidup sehinggalah beliau menghempuskan nafas terakhirnya pada 27 Januari 2008 lalu.


Saya percaya regim UMNO tidaklah terlalu kebal untuk ditumbangkan. UMNO dapat ditumbangkan apabila rakyat majoritinya sedar akan sandiwara UMNO selama ini dan rakyat sanggup pula bertindak sepertimana yang telah dilakukan oleh rakyat Iran dan rakyat Indonesia. Untuk kegoyahan kekuasaan UMNO dalam Negara ini seperti mana Shah Iran dan Suharto, rakyat Malaysia seluruhnya perlu bangkit bersama menentang regim UMNO yang zalim dan telah lari dari perjuangan asalnya untuk membela nasib rakyat, tetapi sebaliknya mereka berjuang mencari kekuasaan, kedudukan dan kekayaan-kemewahan diri sendiri.


Bagi mencapai “Kemerdekaan Kedua” ini, kita tidak lagi boleh mengharapkan hamparan permaidani merah kerana antara penjajahan British dan penjajahan UMNO terhadap rakyat amat jauh bezanya. Penjajahan British walaupun kejam dan zalim terhadap rakyat yang menentangnya [yang tidak pro kepada amalan dan budaya Inggeris], namun British memberi sedikit ruang kepada rakyat untuk berkarya dan berdemontrasi menentang penjajahannya.


Kita dapat saksikan seluruh orang Melayu bangkit menentang British menuntut dimansohkan gagasan ‘Malay Union’ yang menarik kuasa eksekutif Raja-raja Melayu. Orang Melayu dari berbagai fahaman bersatu menentang penjajahan Inggeris dan menuntut kemerdekaan melalui penulisan dan demontrasi. Setelah sekelian banyak ulama dan tokoh-tokoh [wira] Melayu dikorbankan, akhirnya British terpaksa menyerah kalah tidak tahan dengan kebangkitan orang Melayu bertali arus bergerak dari seluruh pelusuk Negara yang digerakkan oleh tokoh-tokoh yang cintakan agama dan bangsa. Akhirnya, Inggeris menyerah kalah dan memberi kemerdekaan percuma kepada UMNO [pihak lain yang berkorban jiwa raga, tetapi UMNO menerimanya dalam tinta emas].


Berbeza dengan regim UMNO yang berkuasa sekarang. UMNO menutup semua ruang dan saluran untuk menyuarakan pandangan kedua. UMNO mengubal berbagai undang-undang dan menggunakan institusi-institusi kerajaan tertentu bagi menyekat amalan demokrasi, memberhentikan dan mengekang gerakan parti pembangkang untuk menyuarakan pandangan agar rakyat faham dan bijak dalam membuat pemilihan kepimpinan Negara yang akan menentukan arah tuju Negara masa depan.


Kerajaan [UMNO/BN] dan pembangkang [Pakatan Rakyat] mempunyai cita-cita yang sama dan mempunyai matlamat yang sama untuk kepentingan agama, bangsa dan negara, tetapi masing-masing mengambil pendekatan berbeza.. UMNO memonopoli seluruh jentera Negara dan rangkaian media massa serta mengawal semua maklumat melalui tindakan menghalang dan menyekat [melalui undang-undang] dan menyaring maklumat yang hendak sampaikan kepada rakyat. Rakyat hanya menerima maklumat dari sebelah pihak sahaja, iaitu UMNO [kerajaan] menyebabkan rakyat menjadi bodoh. Dengan kebodohan tersebut, mereka tersalah memilih pemimpin. Mereka memilih pemimpin yang korup yang menjadikan negera ini berada di ambang kemusnahan.


UMNO mengawal media sepertimana Adoft Hitler mengawal media di zaman Nazi berkuasa di German dulu. Hitler melantik Paul Joseph Geobbels sebagai menteri propaganda. Disamping itu, Hitler juga mengubal berbagai undang-undang dan peraturan untuk menyekat perkembangan media massa bebas yang boleh memberi ancaman terhadap parti dan kedudukannya. Geobbles sebagai menteri propaganda mengubal satu undang-undang yang mensyaratkan semua yang hendak diterbitkan mesti memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan wajib diluluskan oleh kerajaan Nazi di bawah Kementerian Propaganda.


Di Malaysia, kita juga mempunyai berbagai undang-undang dan peraturan bagi mengawal kebebasan media seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, OSA, Akta Hasutan 1948 dan kini kebebasan menulis dalam internet pun mula disekat. Tujuan undang-undang ini digubal bagi membolehkan UMNO menguasai dan monopoli keseluruhan media massa di Malaysia. Monopoli ini memudahkan UMNO untuk memutarbelitkan fakta untuk mencipta pembohongan, fitnah dan sebagainya. UMNO percaya pembohongan yang diulang-ulang akan berupaya mempengaruhi fikiran rakyat dan akan dapat membentuk kepercayaan rakyat terhadap sandiwara yang dimainkannya kerana rakyat dibuta dan ditulikan.


Bersandarkan fakta sejarah dan pemerhatian khusus terhadap sebahagian besar regim-regim diktator di seluruh dunia. Kesemua mereka jatuh dan dijatuhkan oleh rakyat melalui pengorbanan rakyat itu sendiri. Kesabaran rakyat ada hadnya. Selagi rakyat boleh bersabar melihat tindak-tanduk UMNO yang rakus untuk mengekalkan kuasa [halal-haram tidak dihiraukan, tunjuk kekuatan dan samseng serta mempergunakan institusi-institusi kerajaan untuk menang], selagi rakyat masih boleh terima UMNO mengamalkan melempar batu sembunyi tangan, rakyat masih boleh terima sindrom penafian hanya menyalah orang lain dan merompak harta rakyat sewenang-wenangnya, UMNO akan selamat.


Tetapi sekiranya rakyat hilang sabar, buruk padahnya untuk UMNO. UMNO dinasihatkan supaya berpada-padalah jangan terlalu melampau dalam tindakan. Arus air yang kuat yang turun dari bukit akan memecahkan segala benteng-benteng yang dibina, tidak boleh disekat dan ditahan lagi. Diakui memang liat untuk menjatuhkan UMNO kerana UMNO menerima sokongan dari segenap penjuru alam, tetapi jangan lupa kuasa Allah swt. UMNO merancang, tetapi perancangan Allah swt lebih hebat daripada UMNO.


Lihatlah apa yang UMNO telah lakukan terhadap kita selama ini. Pancutan air kimia, gas pemedih mata, disepak, diterajang dan disumbat ke dalam lokap. Seolah-olah ianya menjadi sesuatu yang rutin setiap kali ada demonstrasi dan protes terhadap UMNO [baca:kerajaan]. Kita diperlakukan seperti kucing kurap seolah-olah mereka itu terlalu bangga dapat menumpaskan rakyat yang berdemonstrasi dan yang berjuang menegakkan keadilan, kebenaran, kebajikan rakyat dan untuj mereformasikan system pentadbiran Negara yang lebih jujur tanpa koruption.


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak para pejuang keadilan dan kebenaran sekelian supaya merenung kembali samada perjuangan kita untuk menumbangkan regim UMNO dalam keadaan mereka mempunyai segala kekuatan dan keupayaan, telah berhasil menggugat kekuasaannya ? Maaf, saya sama sekali tidak mahu meremehkan perjuangan kita sedang saya sendiri adalah sebahagian dari anda semua. Tetapi mahu mengajak supaya kita mencari suatu alternatif drastik dan dengan penuh keberanian. Sesungguhnya untuk mendapat kejayaan bagi sesuatu perjuangan itu memerlukan harga yang teramat mahal untuk dibayar.


Semangat jihad yang ditunjukkan oleh Tok Bahaman, Tok Janggut, Datuk Maharalela, Mat Salleh dan ramai lagi termasuk para alim ulama di tanah air ini yang mati ditangan British perlu dihidupkan kembali. Meniupkan semangat perjuangan di kalangan anak-anak muda menentang UMNO melalui wadah yang sah dari segi undang-undang adalah perlu dimulakan dari sekarang. Hari kita menanam, 10 atau 20 tahun lagi kita akan dapat menuaikannya.


“UMNO TIADA, PASTI RAKYAT SEJAHTERA”


Petikan dari blog: http://tuntelanai.blogspot.com

Di copy oleh : suarahatisalmie (Kak Mie)
b/p: Zaidi Ahmad - Pengarah Sekretariat PKR Pahang

Alhamdulillah... Kita Dah Capai Sasaran Sokongan di Felda Hulu Selangor



Tinggal dua hari lagi tarikh pengundian Ahad ini, PKR mendakwa sudah mencapai sokongan yang disasarkan dari pengundi di gugusan Felda Hulu Selangor.

Pegawai penyelaras biro Felda PKR, Suhaimi Said yang mengetuai misi khas memikat kira-kira 7,000 pengundi - kesemuanya di Hulu Bernam - berkata, pihaknya kini sudah mendapat sokongan tambahan lebih daripada 6 peratus.

"Di sini kita 'underdog'. Kebanyakan mereka masih tegar dengan BN. Tetapi sebelum ini, kita dapat 22 peratus sokongan.

"Kita cuma sasar peningkatan 5 hingga 6 peratus. Ini sudah cukup baik," katanya Ketika ditemui di karnival Felda di Felda Sungai Tengi.

Katanya, dengan tenaga 60 petugas khas dari Pahang, PKR hanya perlu terus bertemu dan berkunjung dari rumah ke rumah bagi mengekalkan sokongan.

"Program-program lain seperti karnival ini cuma sampingan," katanya merujuk kepada karnival anjuran sebuah NGO Felda pro-Pakatan.


Petikan dari blog: http://sedakasejahtera.blogspot.com

Di copy oleh: suarahatisalmie (Kak Mie)
b/p: Zaidi Ahmad - Pengarah Sekretariat PKR Pahang

Thursday, April 22, 2010

Perutusan Mursyidul Am Untuk Pengundi Hulu Selangor

YAB  Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan  selaku  Mursyidul Am PAS bersama Datuk Zaid Ibrahim, Calon KeADILan  mewakili Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil P.094 Hulu Selangor,  hari pengundian pada hari Ahad, 25 April 2010.Bahaya pemikiran Umno: tolak Umno, terimalah kebenaran Islam

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, dan Salam Sejahtera.

Firman Allah SWT (al-An’am 6:162),



Maksudnya, “Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Sesungguhnya, segala puji-pujian yang tidak terhingga kepada Allah Tuhan yang mencipta dan mentadbir sekalian alam. Puji-pujian juga yang teramat tinggi kepada Nabi Muhammad Pesuruh Allah, Nabi pengakhir zaman.
Didoakan kepada semua pengundi bagi pilihan raya kecil P.094 Hulu Selangor berada di dalam keselamatan dan kesejahteraan hendak-Nya.

Tuan-puan, dan saudara-saudari yang dihormati sekalian.
Bersempena dengan musim kempen pilihan raya ini, sukacita saya mengingatkan diri saya dan menyampaikan ingatan sama kepada sidang pengundi sekalian yang bakal mengundi pada hari Ahad, 25 April 2010 nanti.

Jadilah ingatan ini sebagai panduan utama untuk sidang pengundi sekalian menjadi seorang yang berhak mengundi, menunaikan tanggungjawab mengundi dan memangkah kertas undi dengan pasangkan niat , “sesungguhnya aku mengundi untuk menegakkan kebenaran dan keadilan serta kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.”

Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian.

Perkara pertama kita kena tahu, betapa Umno telah menghancurkan simbol Bulan Bintang yang dipakai oleh PAS pada tahun 1971. Sedangkan pada PAS, Bulan Bintang itu mempunyai makna yang besar dari segi mendidik rakyat kepada cara hidup beragama. Pertama, Bulan Bintang itu dipakai di atas menara masjid-masjid –– rumah Allah Tuhan yang Maha Kuasa. Kedua, Bulan Bintang adalah simbol bagi PAS untuk menghidup dan menghayati serta melaksanakan falsafah hidup beragama (muslim sejati) berteraskan doa iftitah yang selalu dibaca ketika permulaan sembahyang. Doa yang dimaksudkan ialah “sesungguhnya sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku adalah kerana Alllah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam (Lillahi Rabbi ‘alami).” Oleh sebab itu, melalui simbol Bulan Bintang apabila dilihatnya, maknanya seseorang diajak untuk mengingati tanggungjawab beragama –– sembahyang dan beribadat, serta memikirkan soal hidup dan mati. Dengan cara itu, harapan PAS supaya rakyat sentiasa berada di dalam kehidupan beragama, berkeamanan dan berharmoni.


Akibat daripada larangan penggunaan simbol Bulan Bintang itulah dapat dilihat hari ini, bila mana rakyat hari ini begitu bercelaru amalan hidupnya –– terbabit dengan segala amalan maksiat dan kerosakan akhlak serta berlaku amalan hidup yang berlawanan dengan apa yang ucapkan di dalam solat. Di samping berlaku tingkah laku yang di luar daripada sifat kemanusiaan seperti membuang bayi dan pembunuhan sesama insan.


Perkara kedua yang perlu diingati ialah tindakan pemimpin Umno yang telah menghapuskan penggunaan tulisan jawi. Tulisan jawi juga dihapuskan dalam pendidikan di sekolah. Ia berlaku zaman Almarhum Khir Johari, menghapuskan pengajaran dan penggunaan tulisan jawi itu.


Kesannya ramai orang Melayu, khususnya generasi sekarang tidak pandai membaca dan menulis jawi. Sedangkan jawi adalah tulisan dan bahasa al-Quran, dan ia adalah warisan ilmu orang Melayu zaman berzaman. Maka, ia bukan sekadar menghapuskan budaya ilmu yang menjadi medium pendidikan utama orang Melayu, malah orang Melayu kini amat dangkal dengan pengetahuan al-Quran kerana mereka sudah tidak pandai membaca al-Quran. Inilah bahananya dasar Umno.


Rakyat kena persoalkan, kemana Umno nak bawa rakyat. Nak kata Umno nak bawa ke jalan agama, jelas Umno sudah buat banyak perkara yang bercanggah dengan kehendak Islam seperti melarang guna Bulan Bintang dan tulisan jawi.
Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian.

Pekara ketiga, layak juga dipersoalkan kepada pemimpin Umno, apakah tujuan sebenar Umno lawan sangat PAS ini? Sedangkan PAS sudah diakui sebagai parti yang berjuang untuk Islam, demi untuk melaksanakan pentadbiran dan mengamalkan sistem masyarakat Islam di Negara ini. Boleh jadi, Umno lawan PAS atas dasar demokrasi.


Jika begitu, kaedah demokrasi sebenarnya mengajar kita supaya berlaku adil kepada semua pihak. Apabila bertanding dalam pilihan raya, hendaklah mengamalkan pilihan raya yang adil dan bersih, tiada ugut-mengugut dan sogok-menyogok. Jika PAS menang, kena terima itu mandat rakyat dan perlu dihormati. Persoalannya, apa pasal pula Umno begitu gah kononnya berjuang ikut demokrasi, tetapi prinsip demokrasi tidak sedikit pun dipatuhi?


Tengok saja atas isu wang royalti petroleum. Sekian lama negeri Terengganu di bawah kuasa BN, royalti minyak dibayar kepada kerajaan negeri . Tetapi bila saja PAS menang di Terengganu tahun 1999, setahun selepas itu royalti sudah ditarik dan ditukar pula kepada wang ihsan. Itupun sudah tidak diberi kepada kerajaan negeri. Ia disalur terus kepada Umno bahagian. Semuanya adalah bukti Umno sendiri tidak hormat, malah melakukan perkara yang bercanggah dengan prinsip demokrasi.


Benarlah Umno yang mendakwa berpegang dengan prinsip demokrasi, hakikatnya Umno tidak mematuhi prinsip demokrasi.

Cuba kita renungkan sedikit, bagaimana Islam pula mengajar umatnya berjuang. Sesungguhnya Islam adalah lebih bertamadun berbanding demokrasi, kerana demokrasi tidak mengajar soal dunia dan akhirat. Namun, Islam dikatakan lebih bertamadun kerana mengajar kita dengan prinsip bahawa ‘apa saja yang kita perjuangkan, semuanya akan disoal oleh Allah SWT di akhirat.’ Prinsip seumpama ini adalah selari dengan prinsip ‘sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku, semuanya kerana Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.’ Barang ini (prinsip ini) tidak ada dalam perjuangan Umno.


Sebab itulah kita berani katakan bahawa perjuangan Umno adalah perjuangan sekular. Lebih-lebih lagi, Umno dilihat lebih mengutamakan pembangunan berteraskan kebendaan semata-mata. Maka, tidak ada bezanya perjuangan Umno itu dengan perjuangan parti politik di Barat yang mementingkan pembangunan dan kemajuan semata-mata. Sebab itulah, perjuangan Umno mengasingkan prinsip agama dengan politik. Maka jadilah Umno sebagai parti sekular, iaitu sebuah parti yang mengamalkan politik suku, agama suku. Ia memberi makna, semacam kerja politik tiada kaitan dengan dosa dan pahala lagi. Sebab itulah ada pemimpin Umno berani melakukan segala amalan politik yang bercanggah dengan ajaran agama. Mereka mengamalkan politik wang, politik ugut dan politik paksa. Sedangkan kesemuanya itu bercanggah dengan ajaran Islam dan dilarang keras oleh Nabi Muhammad SAW.


Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi yang dikasihi sekalian.

(Akhirnya), perkara keempat mengenai perjuangan Umno ialah amalan salah Umno yang sentiasa mengasing-asingkan rakyat dengan membeza-bezakan rakyat mengikut kaum-kaum. Akibat amalan salah Umno itu, akhirnya orang Melayu dibeza-bezakan dengan bukan Melayu. Dan paling salah membeza-bezakan antara Melayu yang sokong Umno sebagai Melayu-Umno dan yang sokong PAS sebagai Melayu-PAS.


Kemudian berlaku pula pengasingan antara hak Melayu dengan hak bukan-Melayu, diikuti pula hak Melayu-Umno dengan hak Melayu-PAS. Paling teruk juga, orang Melayu-PAS telah dibeza-bezakan dari segi jawatan dan kenaikan pangkat, subsidi dan bantuan, dan hak-hak antara negeri diperintah Umno-BN dengan negeri diperintah PAS-Pakatan Rakyat. Seperti juga berlaku pada akhir-akhir ini, bila mana persoalan wang royalti petroleum untuk Kelantan sendiri tidak diberikan kepada kerajaan negeri, sedangkan kepada kerajan negeri Sabah dan Sarawak terus diberi. Apa yang berlaku, ‘royalti’ ditukar kepada ‘ihsan’ dan pemberian ihsan pula adalah kepada Umno bahagian.
Demikianlah, buruknya amalan membeza-bezakan itu. Ia telah mendera rakyat Kelantan, kerana kerajaan negeri Kelantan hari ini adalah dipilih atas hak dan kehendak rakyat. Amalan Umno sebegitu telah menepikan langsung nilai keadilan yang diajar oleh Islam. Sekaligus bertentangan dengan ajaran Tauhid Islam. Mengikut ajaran Tauhid, bukan hanya Tuhan itu Satu, tetapi satu segala-galanya. Hatta manusia yang berbagai-bagai bangsa itupun adalah disatukan di bawah satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam AS.


Oleh itu, kembalilah kita kepada ajaran Islam dan mengamalkan cara hidup beragama. Sesungguhnya sistem Islam adalah benar dan adil untuk semua kaum. Ingatlah, firman Allah (surah Ali-Imran 3:102-103),



Bermaksud, “wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai .”


Sebenarnya Allah SWT tidak menerima segala amalan kita, melainkan kita beramal dengan ajaran Islam yang syumul. Menolak perjuangan Umno sudah pasti membebaskan diri kita daripada segala-gala amalan salah.


Sehubungan itu, saya menyeru dan merayu kepada sekalian pengundi Hulu Selangor yang budiman lagi bijaksana, undilah calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim dari parti KeADILan. Saya penuh yakin dan percaya di atas pengalamannya selaku bekas ahli parlimen dan menteri kabinet, sesungguhnya beliau mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk membela dan menunaikan harapan rakyat di parlimen Hulu Selangor. Keluarlah mengundi beramai-ramai, jangan hiraukan ugutan Umno-BN dan selamat mengundi.


Semuga tuan-puan, dan saudara-saudari sekalian dirahmati Allah Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Harapan Baru Malaysia
*** PAS UNTUK SEMUA ***

Sekian.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,
Mursyidul Am PAS


Petikan dari blog Tok Guru Nik Aziz: http://www.blogtokguru.com

Di copy oleh: suarahatisalmie (Kak Mie)

b/p: Zaidi Ahmad - Pengarah Sekretariat PKR Pahang



WAHAI ZAID !! 2 TOK GURU TETAP BERSAMAMU MAKA TETAPKANLAH PENDIRIANMU


Dato' Zaid Ibrahim sudah ditakdirkan menjadi calon PKR bagi Parlimen Hulu Selangor. Saya yakin, Dato’ Zaid tahu bahawa seluruh mata, perhatian dan emosi rakyat Malaysia akan tertumpu kepadanya kerana ia adalah calon dalam pilihanraya kecil, bukannya pilihanraya umum. Itulah hakikat aksi PRK. Justeru itu, saya yakin Dato’ Zaid tahu bahawa dirinya mungkin akan dikoyak rabik dengan operasi membuka aib dirinya secara agresif oleh musuhnya.

Andainya benar keyakinan saya bahawa Dato’ Zaid yakin dengan itu semua maka sesungguhnya saya yakin bahawa Dato’ Zaid telah bersedia untuk menghadapi itu semua demi menebus kembali kesilapan dan kesalahannya kerana dosanya berada dalam UMNO/BN yang telah banyak melakukan kezaliman, penipuan dan kejahatan serta penindasan terhadap rakyat Malaysia.

Bagi PAS, Dato’ Zaid telah menunjukkan kehebatannya semasa berada dalam UMNO/BN dengan menyaman Kerajaan Kelantan yang berhasrat melaksanakan Hudud.(Sebab kenapa Dato’ Zaid menyaman, telah dijelaskannya). Kehebatannya semasa dalam UMNO itu bagaikan kehebatan Umar, Khalid Al Walid dan Abu Sufiansewaktu berada dalam jahiliah. Siapa yang tidak pernah membaca sejarah mereka bertiga yang menjadi hulubalang agung dalam mempertahankan kejahatan dan kemungkaran sepanjang hidupnya sebagai orang yang jahil dalam jahiliahnya itu.

Membunuh orang Islam adalah wajib bagi mereka sehingga mereka membunuh Saidina Hamzah, bapa saudara Nabi saw. Hukum wajib itu samalah hukum wajib bagi Yahudi (yang disukai dan diambil sebagai rakan sebaya oleh pemimpin negara) membunuh umat Islam. Bahkan mayat Saidina Hamzah dihina oleh mereka walaupun ianya sudah kaku, tidak bernyawa lagi. Di belahnya dada Saidina Hamzah lalu diambilnya hati lantas diperlakukan seperti yang kita semua ketahui. Mencabar orang Islam dengan pedang terhunus adalah lambang keegoan Umar dan begitu juga Khalid.

Namun Allah swt memberi hidayah kepada mereka bertiga. Mereka masuk Islam dan bertaubat. Hebatnya Saidina Umar apabila ia menghirup hidayah ilahi dan hidup bersama Islam sehingga Nabi saw pernah berkata ‘Seandainya ada Nabi selepas aku nescaya Umar lah orangnya’ dan ‘Islam akan menangis dengan matinya engkau wahai Umar’. Hebatnya Al Walid sehingga dirinya penuh dengan kesan calar pedang musuh. Hebatnya Khalid apabila beliau menang dalam kebanyakan peperangan yang disertainya untuk mencari 'syahid' dan juga untuk menebus dosanya yang lampau tetapi Allah taqdirkan ia mati selesa, bukan sebagai syahid. Begitulah juga dengan Abu Sufian.

Bukankah Umar juga adalah seorang tokoh korporat tetapi Umar sanggup mengorbankan hartanya untuk poerjuangan Islam. Umar sanggup menyusahkan dirinya yang tak sepatutnya ia susah lantaran kekayaannya, hanya semata-mata untuk menebus kembali dosa-dosanya yang lampau. Maka saya berharap agar Dato’ Zaid juga menjadi seperti Umar yang sanggup menyusahkan dirinya yang tak sepatutnya ia susah lantaran kekayaannya, hanya semata-mata untuk menebus kembali dosa-dosanya yang lampau iaitu dosanya semasa dan kerana, bersama UMNO.

Saya tidak menyatakan Dato’ Zaid akan menjadi ‘sebiji’ macam Umar. Bukan Dato’ Zaid malah Tok-tok guru dan mana-mana ustaz dan ulama' pun tak mungkin mencapai ke taraf sama seperti Umar. Cuma, saya harapkan jalan cerita dan kehidupan Umar itu, sekurang-kurangnya diikuti oleh Dato’ Zaid. Ya.. Dato’ Zaid boleh mengikuti jalan-jalan seperti yang telah dilalui oleh Umar termasuk mengorbankan harta bendanya untuk perjuangan Islam, kebenaran dan keadilan. Umar dan Zaid ada persamaan iaitu bengis terhadap Islam dan juga ada kekayaan harta. Umar dan Zaid juga telah bertaubat dan sedang menyusahkan dirinya untuk mengajak manusia kepada kebenaran dan keadilan Islam.

Sesungguhnya Nabi pernah bersabda dengan maksud ‘Mereka yang terpilih di zaman jahiliah, mereka juga tetap terpilih di zaman Islam’. (Khiaarukum fil jaahiliah, khiarukum fil Islam). Maksudnya kalau Umar hebat semasa jahiliah maka apabila Umar masuk Islam, Umar tetap hebat. Bezanya kehebatan Umar semasa jahiliah, dilaknat dan dibenci oleh Allah dan seluruh makhluk terutamanya manusia sedangkan kehebatan Umar semasa Islam, dimuliakan oleh Allah, Nabi, manusia dan seluruh makhluk. Tak hairanlah kalau Nabi mengatakan, Islam akan menangis dengan matinya Umar. Artinya bukan setakat manusia, bahkan Islampun akan menangis dengan matinya Umar. Begitulah mulia, hebat dan kasihnya Umar di sisi Islam dan juga di sisi manusia.

Maka saya tidak hairan bila Tok Guru Nik Aziz dan Haji Hadi berkempen untuk memenangkan Dato’ Zaid. "Yakinlah wahai Zaid bahawa 2 Tok Guru yang berkempen untuk Dato' bukan berkempen dan sokong kerana kepentingan politik dan dunia mereka tetapi mereka berdua berkempen kerana ilmu mereka. Mereka berdua telah bertanya ilmu yang ada di dada mereka, apakah si Zaid ini perlu disokong atau sebaliknya. Wahai Zaid, seandainya Dato' merasa sempit dada maka berjumpalah 2 Tok Guru ini. Carilah penawar dari mereka berdua nescaya Allah pasti akan melapangkan dada Dato'. Wahai Zaid, Allah tahu dan sentiasa memerhatikan Dato'. Tetapkanlah kaki Dato' di atas jalan kebenaran Islam, bekerjalah untuk menang tetapi Allah swt anugerahkan kepada Dato' dengan kekalahan namun yang pasti Allah akan menempatkan Dato' dalam syurganya, sekiranya diakhir hayat kita disudahi dengan perjuangan untuk kebenaran dan keadilan Islam. Beruntungnya Dato' apabila 2 Tok Guru berdoa untuk kebaikan Dato'.

Saya juga tetap berdoa untuk Dato'. Bahkan saya sebagai YDP PAS Kawasan Jerantut / Pengerusi Pakatan Rakyat Jerantut bersama seluruh ahli PAS dan jentera Pakatan Rakyat Jerantut, berdoa untuk Dato'. Bahkan kami berharap, Dato' dapat datang lagi ke Jerantut kerana kami tidak puas mendengar ucapan Dato' hanya sekadar 10 minit sewaktu kunjungan Dato' bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 20.2.2010 baru-baru ini ke Jerantut. Kami difahamkan Dato' pun tidak puas berucap hanya sekadar 10 minit. Datanglah lagi ke sini."

Harap-harap Dato’ Zaid menjadi insan yang dimuliakan oleh Allah, Rasulnya, para Ulama dan sekelian manusia jika hidupnya benar-benar hidup untuk Islam dan Islam hidup bersama dengan Dato’ Zaid. Semuga Allah swt menerima taubat Dato’ Zaid dan meneguhkan iman dan pendiriannya atas jalan ilahi. Amin.

BEKAS PEMIMPIN UMNO PILIH ZAID

Oleh Mohd Sayuti Omar

Ketika dalam perjalanan ke Hulu Selangor melalui Lembah Beringin petang kelmarin saya menghubungi seorang pemimpin tertinggi Umno yang terkenal sebagai seorang radikal Melayu. Jiwanya begitu tebal sekali dengan semangat Melayu. Baginya pantang kalau mendengar Melayu tercabar dia akan bangkit mempertahankannya.

Sewaktu dalam kebinet dulu dia antara menteri yang memperjuangkan dan membela nasib Melayu. Hari ini pun semangat Melayunya masih kuat walaupun sudah berusia 64 tahun. Sayangnya beliau kini sudah berada di luar Umno.

Beliau tidak senang dengan Abdullah Badawi. Rasa itu ditunjuk dengan tindakan beliau keluar dari Umno. Saya belum pasti apakah dia sudah rujuk semua kepada Umno atau tidak. Tetapi yang jelasnya tokoh ini tidak begitu selesa dengan cara Najib Razak mentadbir negara waktu ini.

Saya tidak pernah tanya mengenai 1 Malaysia tetapi dia sangat jelas kurang senang dengan beberapa pendekatan Najib yang mirip Anwar Ibrahim. Kalau beliau tidak senang dengan Anwar Ibrahim saya rasa cara Najib lebih tidak disenanginya.

Kira-kira 20 tahun lalu saya pernah bertanya kepada tokoh ini mengenai masa depan Anwar Ibrahim. Saya bandingkan dengan Najib. Katanya, daripada sokong Najib baik sokong Anwar. Anwar kalau pun tidak akan laksanakan Islam, sekurang-kurangnya beliau ada sebut dan ada nawaitu hendak melakukannya. Najib sebut pun tidak, katanya.

Disebabkan kedudukannya di luar Umno saya sengaja melontarkan kepada tokoh ini apakah pandangan beliau mengenai pilihan raya di Hulu Selangor. "Kita nak sokong sapa ni?" tanya saya. "You sokong sapa?" tanya dia balik sambil ketawa mesra. Dia suka melawak.

"Itulah nak tahu *** *** dulu sookong sapa?" tanya saya balik. "Nak sokong sapa, yang bertanding keling dengan Melayu. Kita kena sokong Melayu walaupun dia minum arak. Itupun dia sudah taubat, kita kena sokong dia. Lagipun kalau nak kira dalam Umno berapa kerat sangat tak tak kedarah arak..!" katanya. Saya hanya diam cuba menyelami apakah ikhlas dengan kata-katanya itu.

"Susahlah *** *** kalau Pas bertanding tentu kita kena sokong Pas. Atau kalau Umno bubuh calon Melayu mesti kena sokong Umno," acah saya.

"Iyalah sebab Pas tak bubuh calon, Umno juga penakut, jadi kerana Zaid calon Melayu kena pilih dialah," katanya. Saya merasakan dia jujur. "You tak pegi ke?" tanya dia balik.

"Saya on the way ni..." balas saya dengan nada sengaja mahu menggodannya. "Kalau *** *** nak berderamah saya boleh tolong aturkan," kata saya. "Ceramah atas apa?" tanya dia terus berlawa. "Kalau atas Umno maaflah, Sayuti..." sambungnya.

"Kalau ada apa-apa perkembangan bagi tahulah, saya nak dengar juga. Setidak-tidak saya boleh sokong dari jauh," katanya terus tergelak mesra.

Sepanjang perjalanan saya teringat kepada dialog tokoh berkenaan. Dia juga serba salah untuk membuat pilihan. Tetapi apa yang dapat saya selam walaupun jiwanya tebal kepada Umno, tetapi beliau masih rasional di sini, bila Zaid calon Melayu beliau memilih Melayu dulu. Rasanya ketulenan tokoh ini sangat jelas.

Dia nampaknya tidak meletakkan peribadi Zaid yang diburukkan itu lebih buruk daripada calon BN Kalamanathan. Sebelum saya hanyut dalam ladang kelapa sawit, saya membuat keputuan sendiri apa yang tokoh itu perkatakan memang benar. Seharusnya pengundi Melayu di Hulu Selangor melihat kepentingan dan sentimen seperti mana apa yang ada pada tokoh berkenaan lakukan!

Tetapi bagaimana kalau dua calon itu tertakdir ditanding oleh kedua orang bukan Melayu, mungkin ketika ini keperluan yang patut diberikan ialah memilih parti mana yang dikira akan melakukan perubahan untuk semua pihak.


Petikan Dari Blog: http://msomelayu.blogspot.com

Di copy oleh: suarahatisalmie (Kak Mie)
b/p: Zaidi Ahmad - Pengarah Sekretariat PKR Phg.
Betulkah Kamalanthan Terlibat Nak Kalungkan Kasut Di Leher Mahathir?

APABILA Dr Mahathir Mohamad mengatakan Samy Velu sudah tidak relevan lagi menjadi presiden MIC dan memimpin masyarakat India di negara ini, sesetengah ahli MIC yang menganggap Samy Vellu sebagai dewa bingkas memarahi Mahathir. Mereka merasa ulasan ikhlas dan berfakta oleh Mahathir itu menghina mereka.

Lantara itu ada yang lantang mahu meyarung kasut ke gambar Mahathir. Penyarungan kasut itu sebagai protes dan meluapkan rasa marah kepada bekas PM itu. Dalam budaya kaum itu berbuatan melontar kasut ke arah seseorang adalah satu perbuatan yang cukup hina. Jadi mereka yang dilontar kasut adalah satu penghinaan.

Budaya itulah nampaknya hendak ditiru oleh sebuah NGO Perkakas kepada sebuah parti politik menjelang kunjungan Tony Balir ke negara ini seperti mana dirancangnkan itu. Katanya Ngo Perkakas itu akan melontarkan ribuan selipar ke arah Tony Blair.

Di sini bukan nak dibicarakan soal NGO Perkakas itu, tetapi untuk merenung kembali kepada perbuatan sebilangan kecil orang MIC yang menghina Perdana Menteri ke 5 itu. Mungkin setengah orang sudah lupa dan MIC cuba menyembunyikan kejadian itu dan mereka merasa gerum untuk menimbulkannya semula.

Ramai yang tidak tahu siapakah yang mempunyai idea di sebalik cadangan untuk menghina Mahathir dalam rangka membela maruah Samy Vellu itu. Para peminat dan penyokong Mahathir dan setiap insan yang kagum dengan Mahathir perlu ketahui hal ini. Mereka perlu mengingatinya satu perbuatan yang cukup terkutuk oleh sekumpulan ahli MIC itu.

Orang Melayu Umno tidak boleh melupai sejarah ini. Bila ia cuba menghina Mahathir, kehinaan itu terkena juga ke atas batang hidung Umno. Bukankah Mahathir adalah pemimpin agung Umno dulu, kini dan selamanya.

Dalam hal ini ada pihak menyebarkan SMS mengatakan calon BN, Kalamanthan turut terlibat dengan angkara di sebalik kejadian itu. Mungkin ini ia satu tuduhan saja. Maka dalam keadaan hari ini elok kalau kejadian atau penglibatan beliau itu disahkan. Kalau benar Kamalanathan turut sama terlibat dan bersekongkol dengan idea nak kalungkan kasut dileher Mahatahir itu, apakah Umno boleh biarkan begitu saja.

Sekiranya benar Kamalanthan terlibat wajar kalau Umno meminta calon BN itu memohon maaf secara terbuka kepada Mahathir dan para penyokong Mahathir. Untuk memastikan orang Melayu yang terus bernostalgia dengan Umno, yang bersemangat Melayu setajam lembing, dan keras semacam kepala kapak, Kamalanantha perlu memohon maaf.

Tetapi kalau beliau tidak terlibat dan kena mengena dengan idea itu, mungkin tidak perlu beliau memohon maaf tetapi harus juga menjelaskannya. Beliau perlu mengambil peluang dalam pilihan raya ini memohon maaf bagi MIC atas apa-apa kesalahan termasuk perbuatan atau orang yang memberi idea untuk mengalunkan leher Mahathir dengan kasut. Menghina Mahathir bererti menghina Umno Baru yang ditubuhkan Mahathir. [wm.kl. 10:55 am 22/04/10]


Petikan Dari Blog: http://msomelayu.blogspot.com

Di copy oleh: suarahatisalmie (Kak Mie)
b/p: Zaidi Ahmad - Pengarah Sekretariat PKR Phg.

Harapan PR menang di Hulu Selangor semakin cerah

Sasaran PR untuk mencapai peratusan undi di kalangan pengundi-pengundi India, Cina, Melayu dan Orang Asal sudah tercapai, dan petugas-petugas kini hanya perlu untuk mempertahankan pencapaian itu, atau menaikkan lagi peratusan itu sehingga hari mengundi, maka, sudah semacam ada kepastian bahawa Hulu Selangor akan diwakili oleh Datuk Zaid Ibrahim didalam PRK kali ini.
Pengundi-pengundi UMNO jelas keciwa dengan keputusan BN meletakkan calon dari MIC. Bahkan mereka mempertikaikan keputusan pimpinan UMNO dan BN itu sebagai perbuatan yang membelakangkan kepentingan UMNO.
Bagi mereka, MIC jauh lebih cerdik dan bijak dari UMNO menyusun strategi politik. Dengan BN meletakkan calon dari MIC yang bukan Palanivel, MIC memperolehi dua faedah. Faedah pertama, MIC memperolehi tambahan seorang Senator dan dapat pula meletakkan calon.
Ahli-ahli UMNO Hulu Selangor yang tidak berpuas hati akan mengajar pimpinan UMNO, mereka mahu calon MIC ini kalah agar mereka dapat mempastikan bahawa didalam Pilihanraya akan datang UMNO boleh meletakkan calonnya mewaakili Barisan Nasional, dan jika MIC ini menang, maka tidak mungkin kawasan Hulu Selangor ini akan dipertandingi oleh UMNO untuk mewakili BN.
Didalam kerja-kerja saya dari rumah ke rumah khususnya rumah-rumah orang UMNO, hampir sekata mereka berkata bahawa mereka adalah UMNO tegar dan mereka tidak rela mereka diwakili oleh MIC. Alasan mereka agak racialistik dan kata-kata mereka tak perlu saya turunkan disini, tetapi mesejnya adalah jelas bahawa mereka tidak mahu calon MIC ini menang.
Trend ini melanda keseluruhan kawasan Orang Melayu, dan trend inilah yang akan memenangkan Datuk Zaid Ibrahim yang mewakili Pakatan Rakyat.

Ribut melanda jam 4.00 petang di Suharto

Jam 4.00 petang semalam (21.4.10) hujan ribut melanda Felda Suharto. Banyak pokok-pokok yang tumbang. Poster-poster, banner dan bendera dari kedua parti habis ditiup angin. Dan hujan hingga ke malam. Program kami rumah ke rumah di waktu petang dibatalkan. Dialog kami dengan peneroka juga terpaksa dibatalkan. Pokok nangka yang tumbang menghempap khemah kami dan merosakkan PA system kami. Mujur juga kami ada 5 PA system, rosak satu ada 4 lagi.
Waktu malamnya, bermula 9.30 malam, kami ada ceramah di Felda Sg Tengi, di Felda Sg Tengi Selatan, di Felda Suharto dan di Felda Gedangsa.
Diantara penceramah-penceramah kami adalah YB Tian Chua, Prof. Shahril, YB Nurul Izzah, Peguam Wan Rohimi, YB Dr Zulkifli Ahmad, Datuk Fauzi Abdul Rahman, dan lain-lain penceramah.
Insya Allah, trend sokongan ini mulai dirasakan bahawa peneroka-peneroka Felda dan Generasi Kedua di keempat-empat rancangan Felda ini menyaksikan perubahan. Kalau dulu BN menang besar dari pengundi-pengundi peneroka dan generasi kedua tetapi kali ini keadaan sudah berubah. Kemungkinan juga BN masih boleh menang, tapi dengan majoriti yang tipis di kawasan Felda ini.
Apa yang diperlukan oleh PR di kawasan Felda dan Ulu Bernam ini bukanlah untuk menang, tapi untuk mengurangkan majoriti BN, dan dengan itu sudah cukup untuk memenangkan PR untuk kerusi Parlimen Hulu Selangor memandangkan kedudukan PR kini sudah mengatasi BN di dua kawasan DUN yang lain.
Perubahan nyata juga turut dirasakan di kawasan Orang Asal. Kalau dalam Pilihanraya Umum 2008 lalu, PR hanya mendapat undi yang sangat kecil di perkampongan orang Asal, tetapi kedudukan kini sudah hampir memihak kepada PR. Undi Cina dan India memihak kepada PR dengan 70%-30%. Maka undi di Rancangan-Rancangan Felda Hulu Selangor ini hanya perlu bertahan dengan undi pada tahun 2008, tetapi trend yang ada menunjukkan bahawa dengan kempen berterusan oleh Biro Felda PKR Pusat dan Negeri-Negeri undi di rancangan Felda bukan sahaja boleh bertahan dengan undi 2008 bahkan boleh mengatasinya untuk PR.
Pagi ini saya cukup sibuk untuk mengaturkan pertemuan-pertemuan besar di ke empat-empat rancangan Felda ini termasuk mengaturkan lawatan Dato Seri Wan Azizah dan ceramah umum Dato Seri Anwar Ibrahim.
Lawan tetap lawan, Insya Allah, PR akan menang dan Datu Zaid akan dinobatkan sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor

Wednesday, April 21, 2010

Dialog Peneroka di Felda Suharto

Jam 4.00 petang semalam, 20.4.10 kami adakan Dialog dengan peneroka-peneroka Sg Tengi. Hadir dari pihak kami adalah Sdr Syed Sahir Mahmud, Presiden MTUC, Latheefah Koya, Ketua Penerangan PKR, Sdr T. Kumar, Timbalan Pengerusi Biro Felda PKR, Sdr Rebin Birham, Ketua JK Penyelidik Biro Felda PKR, dan saya sendiri.
Didalam dialog itu peneroka-peneroka bertanyakan pelbagai isu dan membawakan berbagai masalah yang mereka hadapi yang dikenakan oleh Felda terhadap mereka.

Isu tahanan 20% hantaran sawit mereka, isu wang caruman mereka yang tidak dikembalikan oleh Felda, isu greding dan perahan buah sawit, isu tanam semula, isu geran yang masih tidak diberikan kepada mereka walaupun sudah menjelaskan hutang kepada Felda, isu jalan pertanian, isu generasi kedua, isu felda plantation dan isu tanam semula.

Kesemuanya isu-isu ini dikupas dengan baik dan peneroka-peneroka termasuk dari orang-orang UMNO yang hadir melahirkan rasa tidak puas hati mereka kepada Felda yang menganggap mereka telah ditipu. Selama ini mereka tidak faham dan berasa marah apabila pembangkang menyatakan felda menipu mereka, tapi dengan penjelasan yang begitu jelas dan berfakta, mereka sedar bahawa mereka selama ini telah ditipu, dan berikrar untuk mempastikan Kerajaan BN ini dapat ditumbangkan supaya dapat diujudkan dasar baru felda yang memihak kepada kebajikan peneroka-peneroka.

Malam tadi saya membawa Mazlan Aliman untuk berceramah di dua lokasi di Felda Gedangsa. Tidak seperti ceramah BN yang ramai tetapi dipenuhi oleh petugas-petugas parti itu dari seluruh Negara, ceramah PR disana tidaklah begitu ramai tapi dipenuhi oleh pengundi-pengundi tempatan.

Sekembali ke Sekretariat kami di Sg Tengi, Datuk Chua Jui Meng sedang menunggu saya, kemudian kami minum dan makan bersama. Datuk Chua adalah rakan saya semasa kami sama-sama belajar undang-undang di tahun 1960-an dulu.

Sdr Mazlan Aliman meninggalkan kami untuk beliau pergi ke "Felda" Sg Buaya dan menginap disana.

Tuesday, April 20, 2010

BN guna taktik "cara menghalalkan matlamat"

Setiap hari risalah-risalah fitnah ditaburkan ke rumah-rumah pengundi-pengundi Hulu Selangor oleh UMNO menyerang peribadi pemimpin-pemimpin PR dengan fitnah yang sangat jijik dan memalukan. Tidak kurang setiap hari antara 5 hingga 10 risalah-risalah fitnah. Oleh kerana risalah-risalah ini kesemuanya berbentuk fitnah jahat maka petugas-petugas UMNO tidak berani pergi rumah ke rumah untuk mengedarkan risalah-risalah itu, dan risalah-risalah ditinggalkan didalam post box sahaja. Maka terserah kepada nasiblah samada risalah-risalah fitnah itu diambil oleh tuan-tuan rumah atau sebaliknya, tetapi kebanyakan apa yang berlaku bahawa risalah-risalah itu dibiarkan begitu sahaja, tidak diambil dan tidak dibaca.

Orang-orang Melayu yang beragama Islam benci dan berasa jijik dengan fitnah-fitnah terhadap peribadi kerana mereka beragama Islam dan mempunyai etika Islam. Hanya UMNO sahaja yang berminat tabur fitnah kerana mungkin mereka kurang yakin dengan janji Allah bahawa mereka yang menabur fitnah melakukan dosa lebih besar dari membunuh.

Bagaimana pun, dengan taburan fitnah setiap hari yang tidak ada hentinya ini memberikan lebihan (advantage) kepada PKR. Kita tidak perlu berkempen lebih kuat dari selebihnya kerana fitnah-fitnah ini ditolak oleh rakyat.

Semalam saya berceramah di Felda Sg Tengi Selatan dan Felda Gedangsa, jarak antara keduanya lebih kurang 50 kilometer. Di Suharto, saya tidak sempat. Itu pun saya berucap di Tengi Selatan dalam 40 minit, namun di Gedangsa terpaksa berceramah hingga 1 jam 30 minit sebelum kehadiran Mustapha Kamal Ayob yang menyudahkan sehingga jam 12.00 malam.

Selepas ceramah itu saya ditahan oleh peneroka-peneroka felda Gedangsa, tak benarkan saya beredar dulu. Mereka mahu saya menerangkan masalah-masalah yang mereka hadapi kalau boleh untuk dicarikan peneyelesaian.

Salah seorang daripada yang mengadu kepada saya ialah mengenai kolam ikan yang dia usahakan sejak 28 tahun lalu. Beliau adalah Setiausaha UMNO Cawangan disalah satu kampong di Felda Gelanggi. Bahkan beliau sudah pun keluar dari UMNO dan menyertai PKR. Beliau Asmah bt Moin dan suaminya Udin bin Karim meminta jasa baik saya untuk memberitahu Kerajaan Negeri Selangor kiranya dapat meluluskan TOL keatas tanah itu sahaja. Sdr YB Yaakob Safari memang ada memberitahu saya bahawa beliau akan kembali ke Gedangsa selepas Pilihanraya Hulu Selangor untuk perbincangan dengan penternak-penternak ikan air tawar disana dan menjadikan Felda Gedangsa sebagai kawasan pengeluaran ikan air tawar.

Seorang lagi ialah Mokhtar bin Ahmad plot 1 No 1111 Kg Tengah, Felda Gedangsa. Itulah alamatnya. Tapi tanah itu tidak ada, rumah pun tidak ada. Hai....macam ini pun ada berlaku dalam Felda.

Ladangnya ada bergeran iaitu No. 4888 Lot 6511. Inilah kali pertama saya dengar bahawa peneroka Felda tidak ada lot rumah dan tidak ada rumah, yang ada hanyalah alamat sahaja.

Yang lain-lain mempunyai berbagai masalah lain tetapi masalah-masalah mereka itu hanya dapat diselesaikan melalui tindakan politik, bahkan apabila PR berjaya memerintah Negara ini. Kalau peneroka-peneroka mahukan perubahan, maka PR perlu menang didalam Pilihanraya ke-13 nanti.

Posted by Suhaimi Said at 9:12 AM

Friday, April 16, 2010

New Rare Earth Processing Plant at Kuantan, Potential Environmental Disaster?

HULU SELANGOR : KAMALANATHAN VS ZAID.








Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini akan menyaksikan ketua penerangan MIC, P Kamalanathan menentang Datuk Zaid Ibrahim dari PKR yang mewakili Pakatan Rakyat.

Pemilihan Kamala

nathan itu diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sambil mendapat tepukan gemuruh daripada ribuan penyokong BN di Bukit Sentosa, petang tadi.

Turut hadir ialah pemimpin parti komponen BN termasuk presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

Kelibat timbalan presiden parti itu, Datuk G Palanivel yang ditolak oleh BN sebagai calon Hulu Selangor, tidak kelihatan.

Bagaimanapun , seorang lagi calon yang disokong oleh BN tetapi tidak dipersetujui oleh pemimpin MIC, iaitu timbalan ketua pemudanya, V Mugilan hadir dan beliau dilihat sebagai anatara pemimpin parti itu yang bersalaman dengan Kamalanathan sebaik sahaja keputusan diumumkan.

Nama Kamalanathan memang telah disebut-sebut sebelum ini sebagai calon kompromi selepas pucuk pimpinan BN dikatakan menolak cadangan MIC untuk mencalonkan Datuk G Palanivel bertanding di situ.

Penyokong akar umbi, khususnya dari Umno sejak kematian ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu secara terang-terangan menolak Palanivel.

Mereka mendakwa beliau tidak cekap dan gagal membangunkan Hulu Selangor meskipun menjadi ahli parlimen selama empat penggal.

Sebaliknya, mereka yang menentang Palanivel mencadangkan timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan sebagai gantinya.

Mugilan adalah anak tempatan di Hulu Selangor tetapi pemimpin atasan MIC tidak merestui cadangan itu.

Ini kerana tidak ramai pemimpin atasan MIC memegang jawatan ahli parlimen ataupun ahli dewan undangan negeri dan jika Mugilan menang dia akan mempunyai kelebihan.

Pada mesyuarat tergempar jawatankuasa pusat MIC yang diadakan malam tadi, MIC berkeras mahukan hanya Palanivel sebagai calon mereka.

Jawatan senator, timbalan menteri

Mesyuarat itu juga mengambil keputusan untuk memecat timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan sekiranya dia dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Samy Vellu berjumpa dengan Muhyiddin awal pagi ini di pejabat timbalan perdana menteri di Putrajaya tetapi Muhyiddin dikatakan terus tidak berganjak dan menolak timbalan presiden MIC itu.

Sebagai kompromi, difahamkan Palanivel akan dilantik sebagai senator dan timbalan menteri kerana bersetuju memberi laluan kepada Kamalanathan.

Kamalanathan, adalah ketua perhubungan awam Beras Jati Sdn Bhd, sebuah syarikat peruncitan beras.

Beliau dipertanggungjawabkan oleh pemimpin MIC untuk menjenamakan semula parti itu selepas pilihan raya umum 2008 yang keputusannya memalukan mereka

Kamalanathan juga adalah seorang blogger, yang seringkali dijemput menghadiri rancangan ehwal semasa dan juga pensyarah sambilan di sebuah kolej swasta.

Meskipun bukan anak tempatan Hulu Selangor, Kamalanathan menetap di Rawang, sebuah pekan yang tidak jauh dari kawasan pilihan raya itu.

Thursday, April 15, 2010

JAMIL KHIR DINASIHATKAN SEGERA TAUBAT NASUHA.



Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr Badrulamin Bahron meminta Menteri di Jabatan Perdana melakukan taubat nasuha berhubung kenyataan beliau terhadap fatwa Syeikh Yusuf Al-Qardawi berkaitan tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pertama memang ada larangan di dalam Al-Quran terhadap orang yang mengetahui tapi menyembunyikan apa yang dia tahu, dalam hal ini, Jamil Khir cuba berdalih kononnya ini cuma pendapat Yusof Qardawi dan bukannya fatwa.

"Saya nak tegaskan ini hukum Allah yang jelas dan tidak perlu fatwa, fatwa diperlukan bila hukum tidak jelas tetapi dalam hal ini hukum amat jelas. Persoalannya di sini apa hukumnya terhadap orang yang menolak hukum Allah ini, hukumnya adalah kafir.

"Sheikh Yusuf Qaradawi menjelaskan mengenai sesuatu yang lebih tinggi dari fatwa kerana dalam perkara liwat ini hukumnya amat jelas dan tidak boleh tipertikaikan oleh mana-mana pihak dan wajib menerimanya," jelas Dr Badrulamin pada majlis penerangan di Dewan Serbaguna Kampung Selisek, Hulu Bernam Isnin lalu.

Menurut beliau lagi, Syeikh Yusuf Al-Qardawi cuma membaca firman Allah di dalam Al-Quran dan beliau hanya membaca ayat yang tidak diubah walau sedikit pun.

"Kalau hukum sudah jelas dan Jamil masih lagi mahu berdalih seolah-olah hukum tidak wujud dan saya ingin lihat apa niatnya, kalau niatnya untuk menafikan ayat Allah maka kafir tetapi kalau atas tujuan politik untuk menutup kemungkaran maka dia itu munafik dan fasik.

"Munafik itu orang yang mencipta fitnah dan orang yang menyebarkannya adalah fasik.

Dalam pada itu Dr Badrulamin juga menjelaskan bahawa orang yang fasik adalah orang tidak akan diterima kesaksiannya di mahkamah atau sebagai wali di majlis perkahwinan buat selama-lamanya.

"Orang fasik jika menjadi saksi maka tidak sah nikahnya, apabila nikah tersebut tidak sah maka suami isteri itu juga tidak sah, jika suami isteri tidak sah maka anak yang dilahirkan juga tidak sah, ini soal hukum besar dan sebab itu Syeikh Yusuf Al-Qardawi minta Anwar sampaikan pada setiap orang,

"Soal rakyat terima tidak terima, itu hak masing-masing antara dia dengan Allah kerana tugas kita ialah menyampaikan dan setiap orang mesti dengar maka di Hulu Selangor ini adalah peluang bukan kerana semata-mata kempen menang tetapi kempen akidah untuk menyelamatkan daripada tergolong daripada golongan munafik dan fasik," tegas bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu. - SK

PARLIMEN SIBU : DAP WAKILI PAKATAN RAKYAT.





Pakatan Rakyat akan diwakili oleh calon DAP pada pilihan raya kecil kawasan parlimen Sibu yang bakal diadakan, kata ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, satu mesyuarat khas akan diadakan dengan barisan pemimpin DAP kawasan tersebut pada 18 April untuk membincangkan rangka kerjasama dengan PAS dan PKR bagi memenangi kerusi berkenaan.

"Kita akan letakkan hanya satu calon daripada DAP untuk tunjukkan muafakat kita," katanya kepada pemberita di pejabat ketua pembangkang di parlimen hari ini.

Beliau juga menepis tanggapan bahawa berlakunya 'pertengkaran' di kalangan pemimpin DAP dan PKR di Sarawak.

"Tidak ada pertengkaran, mereka hanya bertukar pandangan secara secara kekeluargaan. Cuma bezanya bertukar pandangan itu secara terbuka di media. Kita sudah nasihatkan untuk bertukar pandangan dalam mesyuarat.

"Saya mahu yakinkan rakan-rakan kita, dalam kes ini DAP di Sarawak akan tegas, semua pemimpin yang mewakili PKR, saya percaya dalam semangat persahabatan kita juga, akan sokong calon DAP.

"Tidak ada kompromi dalam memastikan disiplin yang efektif untuk meamastikan kemenangan selesa untuk calon kita," katanya dalam sidang media yang turut dihadiri presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dan penasihat DAP Lim Kit Siang.

Tambahnya lagi, Pakatan bagaimanapun belum menetapkan calon untuk kerusi berkenaan memandangkan tarikh pemilihan itu juga masih belum ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Mungkin (SPR) akan tunda (pilihan raya) sehingga dua bulan," katanya.

Kerusi parlimen Sibu kosong berikutan kematian Datuk Robert Lau yang juga adalah timbalan menteri pengangkutan pada 9 April lalu, akibat barah.

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dijadualkan bermesyuarat pada Jumaat ini bagi menentukan tarikh pilihan raya kecil dan juga penamaan calon.

Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.

Dia mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812).

Lau mewakili parlimen Sibu sejak 1990.

Dalam pilihan raya umum 2008, parlimen Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).

Keluarga Lau memiliki kumpulan KTS - sebuah konglomerat yang terbabit dalam industri pembalakan dan media.

Kumpulan KTS memiliki beberapa akhbar termasuk Borneo Post dan Oriental Daily News.

Zaid cabar Muhyiddin sama-sama isytihar harta

Calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor Datuk Zaid Ibrahim berkata, beliau sanggup mengisytiharkan hartanya serta-merta sekiranya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri kabinet sanggup menyahut cabaran yang sama.

"Sekarang pun boleh (isytihar), esok pun boleh. Tetapi mereka kena isytihar juga," katanya ketika ditanya kesediaan beliau berbuat demikian setelah isu 'kekayaannya' dibangkitkan Muhyiddin semalam.

Menyifatkannya sebagai "tuduhan karut", Zaid turut kelihatan mempersoalkan peranan Muhyiddin sebelum ini - ketika menjadi menteri kabinet - terhadap cadangan perdana menteri pada waktu itu Tun Abdullah Badawi supaya mereka mengisytiharkan harta dan hutang masing-masing.

"Tetapi cadangan Pak Lah ditolak. Jadi Muhyiddin patut jelaskan mengapa?" soalnya kembali sambil mendakwa beliau masih berpegang kepada pendirian lamanya menyokong cadangan tersebut.

Dalam sidang media di Bukit Beruntung semalam, Muhyddin dilaporkan mendakwa PKR memilih Zaid sebagai calon mereka sempena pilihan raya kecil pada 25 April ini kerana bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu kaya.

Timbalan perdana menteri juga dilporkan berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya, pemilihan Zaid dibuat bukan kerana beliau mampu berkhidmat kepada penduduk setempat.

Diwawancara Malaysiakini di banglow mewah dua tingkatnya di Petaling Jaya pagi tadi, Zaid menjelaskan, isu 'kekayaannya' itu sengaja ditimbulkan BN bagi "mempersendakannya" dan "seolah-olah hendak menuduhnya mengamalkan rasuah"

'Nak kata miskin, tidak juga'

"Saya hairan juga mereka tuduh saya begitu, seolah-olah tuduh saya rasuah. Saya menteri (selama) enam bulan (sahaja), macam mana hendak buat (rasuah)?

"Menteri undang-undang pula, bukan (menteri yang) jaga Petronas, bukan jaga FELDA (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan), bukan menteri kewangan," katanya yang juga penyelaran Pakatan Rakyat.

Berhubung dakwaan BN cuba mempersendakannya, Zaid menjelaskan, isu kekayaannya itu ditimbulkan bagi menggambarkan beliau seorang yang "tidak mengenang budi" kerana membuat duit ketika bergiat dalam Umno.

"Itulah politik kempen dia (Muhyiddin). Saya harap kita teruskan kepada persoalan isu sebenar di Hulu Selangor," katanya.

Beliau bagaimanapun mengaku "berduit" daripada pendapatan hasil 30 tahun menjalankan firma guaman dan mempunyai sedikit pelaburan.

"Bukanlah kata (saya) tak ada duit. (Tetapi) bukan seperti yang digambarkan. Jadi hendak kata saya miskin, tidaklah. (Kalau miskin) takkan boleh duduk di Tropicana (Golf Resort)," katanya.

Dalam wawancara kira-kira 45 minit itu, Zaid mengupas pelbagai perkara berhubung 'pertarungan' BN- Pakatan yang akan ditentukan oleh hampir 65,000 pengundi pada 25 April ini. 'Kehangatan' suasana menjelang tempoh rasmi berkempen yang tinggal dua hari lagi kini mula terasa.

Anwar kelmarin mengumumkan Zaid sebagai calon PKR bagi berdepan dengan BN di Hulu Selangor atas tindakannya yang sanggup melepaskan jawatan menteri "demi prinsip" kerana menentang penggunana akta ISA oleh kerajaan.

Zaid dijangkan bakal mendapat tentangan sengit daripada calon daripada MIC yang akan diumumkan timbalan perdana menteri di Hulu Selangor malam ini. - Malaysiakini

Ha!!!! apa lagi, kalu anak jantan sambut la cabaran dari bakal Ahli Parlimen Hulu Selangor tu!!!!



APABILA UMNO TERTEKAN, PEMIMPIN PUN CAKAP MERAPU.






SEPERTI jangkaan banyak pihak, Dato' Zaid Ibrahim telah dipilih untuk mewakili PR di dalam PRK Hulu Selangor nanti. Bukan mudah pimpinan untuk membuat keputusan ini kerana di dalam PKR khususnya terlalu ramai pemimpin yang berterampilan dan teruji semangat mereka. Sebagai contoh, Us Dr Badrul Amin yang mendapat banyak sokongan daripada blog-blog pro PR adalah seorang yang komited terhadap perjuangan dan beliau merupakan seorang Pendakwah terkenal juga seorang reformis. Ketua AMK Pusat, Sdr Shamsul Iskandar usah diceritakan lagi kehebatannya kerana kelantangan beliau sering membuat pemimpin muda di dalam Umno resah gelisah. Dan, banyak lagi pemimpin yang mempunyai kebolehan untuk menandingi mana-mana calon dari Bn yang akan diumumkan petang nanti


Saya terbaca ulasan Noh Omar, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor di dalam sebuah akhbar di sini. Beliau cuba mengulas tentang pemilihan Dato' Zaid sebagai calon dari PR. Kelihatannya Noh Omar ketinggalan bas dan beliau mungkin merasa masih berada di era 70-80an lagi. Beliau mempertikaikan Dato' Zaid sebagai bukan anak tempatan meskipun hakikatnya lebih kurang 30 tahun Zaid tinggal di Selangor. Benar, Dato' Zahid anak Kelantan tetapi apa masalahnya jika beliau sanggup berjuang di Selangor asalkan rakyat Selangor sudi menerimanya? Di dalam PR,terdapat ramai Wakil-Wakil Rakyat mereka yang mewakili kawasan yang bukan tempat kelahirannya tetapi terbukti mampu mengubah nasib rakyat yang diwakilinya. Di dalam Umno/Bn, jika ramai Wakil Rakyat mereka adalah anak jati sekali pun, banyak di kalangan mereka `makan darah daging orang sekampung'nya sendiri. Jadi, mana lebih baik?

Heboh diperkatakan V. Mugilan dari MIC akan dicalonkan oleh Bn untuk bertanding di Hulu Selangor. Di dalam sidang akhbar siang tadi, hampir separuh cawangan MIC di Hulu Selangor menolak keras pencalonan V.Mugilan. Bahkan, mereka turut mengugut akan menutup bilik operasi MIC jika Bn tetap memilih V.Mugilan sebagai calon. Di dalam sidang akhbar itu juga, dikatakan bahawa V. Mugilan juga bukan anak tempatan. Jadi, atas dasar apa jika Bn masih ingin memilih beliau? MIC Selangor mahukan Palanivel, Umno Hulu Selangor mahukan tokoh lain dan mereka menyebut nama V. Mugilan. Jadi, suara siapa yang akan didengar oleh Najib dan Muhyiddin? Suara Umno atau suara MIC?

Berbalik kepada Dato' Zaid, kenyataan paling melucukan dan nampak tidak cerdik datangnya dari Muhyiddin selaku TPM. Munasabahkah Muhyiddin menyebut bahawa pemilihan Dato' Zaid adalah kerana Dato' Zaid kaya dan banyak duit, bukan kerana ketokohan dan kepimpinannya. Beliau menyebut bahawa maklumat itu beliau tahu dari media dan akhbar dan mungkin juga suara dari warung-warung kopi. Inikah standard seorang TPM yang mendapat maklumat semurah itu? Adakah ini bermakna beberapa tahun dahulu ketika Dato' Zaid bersama Umno, beliau dipilih menjadi Wakil Rakyat seterusnya menjadi seorang Menteri adalah kerana Dato' Zaid itu kaya? Amat malang sekali negara kita mempunyai seorang TPM yang level otaknya sedemikian. Dahulu, ketika PRK di Manek Urai PAS meletakkan calonnya dari seorang penjaja atau pemborong ikan, calon PAS tersebut diperlekehkan. Kini, PKR mencalonkan Dato' Zaid, Muhyiddin tiada hujah lagi dan membuat alasan bodoh sedemikian.

Hakikatnya Bn terutamanya Umno mulai merasa panas dan tertekan untuk memilih calon mereka. Sudah menjadi kebiasaan di dalam Bn untuk berebut-rebut jawatan. Rakyat kini melihat sandiwara Bn lebih-lebih lagi Umno yang tidak lagi menghormati pemimpin dari parti komponen mereka sendiri. Umno tetap dengan ego mereka untuk membuli parti-parti yang mereka mereka anggap lemah. Petang nanti kita akan menyaksikan kehebatan Umno untuk menentukan wakil dari parti MIC ini. Untuk pemimpin MIC, terima sahajalah kerana kamu sanggup bersekongkol dengan Umno./wfauzdin.blogspot.com

Hulu Selangor: P Kamalanathan disahkan calon BN

MIC dilaporkan bersetuju supaya ketua penerangannya, P Kamalanathan diletakkan sebagai sebagai calon Barisan Nasional bagi kerusi parlimen Hulu Selangor.

Sebelum ini, Barisan Nasional dilaporkan menghadapi jalan buntu mencari calon yang sesuai.

Ini kerana MIC mahu timbalan presidennya, Datuk G Palnivel diletakkan sebagai calon tetapi permintaan itu ditolak oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku timbalan pengerusi BN.

Penyokong akar umbi, khususnya dari Umno sejak kematian ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu secara terang-terangan menolak Palanivel.

Mereka mendakwa beliau tidak cekap dan gagal membangunkan Hulu Selangor meslipun menjadi ahli parlimen selama empat penggal.

Sebaliknya, mereka yang menentang Palanivel mencadangkan timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan sebagai gantinya.

Mugilan adalah anak tempatan di Hulu Selangor tetapi pemimpin atasan MIC tidak merestui cadangan itu.

Ini kerana tidak ramai pemimpin atasan MIC memegang jawatan ahli parlimen ataupun ahli dewan undangan negeri dan jika Mugilan menang dia akan mempunyai kelebihan.

Pada mesyuarat tergempar jawatankuasa pusat MIC yang diadakan malam tadi, MIC berkeras mahukan hanya Palanivel sebagai calon mereka.

Mesyuarat itu juga mengambil keputusan untuk memecat timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan sekiranya dia dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Samy Vellu berjumpa dengan Muhyiddin awal pagi ini di pejabat timbalan perdana menteri di Putrajaya tetapi Muhyiddin dikatakan terus tidak berganjak dan menolak timbalan presiden MIC itu.

Sebagai kompromi, difahamkan Palanivel akan dilantik sebagai senator dan timbalan menteri kerana bersetuju memberi laluan kepada Kamalanathan. - Malaysiakini

* Amat menjijikkan. Mereka sungguh gila kuasa.


PEMILIHAN ZAID TEPAT DENGAN SITUASI POLITIK SEKARANG.


Pemilihan bekas Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor adalah wajar dan tepat dengan situasi politik sekarang.

"Zaid memang seorang yang memang tidak dapat dinafikan ketokohannya dalam banyak bidang termasuk politk, undang-undang dan kehakiman.

"Tambahan pula beliau adalah bekas seorang menteri, sudah semestinya pengalaman berkaitan aspirasi rakyat tidak dapat dipertikaikan dengan mudah," kata veteran yang juga bekas aktivis Umno Tok Bali, Ibrahim Mohd Noor.

Ibrahim percaya, sekiranya rakyat memberi mandat kepada Zaid dalam PRK kali ini beliau mampu membawa satu perubahan baru dalam era politik tanah air.

Zaid menyertai PKR selepas beberapa bulan melepaskan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri ekoran tidak dapat menerima penggunaan ISA terhadap wartawan, orang politik dan orang awam.

Sementara itu, aktivis sebuah parti di Pasir Puteh, Muhammad Dullah (kiri), tidak menafikan pencalonan Zaid menjadi satu tamparan hebat kepada Umno.

“Semua orang tahu dia (Zaid) itu bekas menteri, jadi tidak ada sebab untuk menolak kewibawaannya dalam membawa suara rakyat ke peringkat nasional.

“Kalau kita ingat bagaimana hasratnya ingin mengembalikan imej badan kehakiman yang dikatakan sudah tercalar semasa baru-baru jadi menteri dulu, saya rasa orang Umno pun perlu sokong dia.

“Sebab apa, sebab di situ sudah nampak kebaikannya demi sebuah keadilan,” katanya.

Dalam pada itu rakannya, Mohd Suhaimi (kanan), berpendapat selain daripada pengalaman serta ketokohan Zaid, kerektornya menggambarkan bahawa beliau memenuhi ciri-ciri sebagai seorang pemimpin.

“Apa yang saya tahu Zaid ni sikapnya terbuka. Tidak pandang status. Dia bergaul dengan semua lapisan masyarakat tidak kira orang tua, orang muda, orang kecil orang besar semua dia bergaul.

“Tengok masa majlis kenduri kesyukuran sempena pelantikan beliau sebagai menteri hari tu yang diadakan di rumahnya di kampung Pasir Hor, tok guru Nik Aziz (Menteri Besar) dan beberapa pemimpin PAS lain dia jemput.

“Sedangkan PAS musuh ketat dialah pada masa itu kalau hendak dikirakan. Tapi atas rasa mahabbah dia ketepikan sementara sentiment politik,” katanya penuh keyakinan bahawa Zaid mampu membimbing rakyat meskipun beliau bukan anak tempatan Hulu Selangor.


Edisi Pahang: Pendedahan Anwar Isu Israel Di Parlimen, Pemuda Pakatan Rakyat Buat Laporan Polis Di IPD Kuantan Jam 2.30 Petang Semalam !!

KUANTAN, 15 April [9.30 am] - Susulan pendedahan kontroversi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang ada unsur-unsur penglibatan sebuah syarikat Israel (APCO) dalam sistem maklumat strategik negara di parlimen baru-baru ini, maka satu laporan polis telah dibuat oleh Pemuda Pakatan Rakyat Pahang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan petang semalam. Laporan telah dibuat oleh Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Said dan disertai oleh kira-kira 50 orang pemuda pakatan dari PAS dan PKR. Turut kelihatan hadir ialah Ustaz Fadli Ibrahim (Ketua Dewan Pemuda PAS Kuantan) dan Kamarul Hatta Ali (Timbalan Ketua AMK Pahang). Menurut Suhaimi, beliau membuat laporan polis itu berdasarkan kenyataan dan ucapan Anwar di parlimen baru-baru ini. "Sebagaimana yang disebut oleh Datuk Seri Anwar, bahawa surat daripada Datuk Mahsuri Zainal (Pengarah Jabatan Logistik PDRM) yang menyebut bahawa dia ada menulis surat kepada Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan surat itu dibawah klausa tajuk cadangan penamatan kontrak projek Police Reporting System (PRS), dan dia memberi maklumat secara detail. Dihujung surat itu beliau mencadang penamatan kontrak tersebut kerana siasatan polis cawangan khas bahawa ada dua orang Israel yang terlibat dengan syarikat terbabit" katanya. Maka itu, beliau meminta satu siasatan yang telus dan terperinci dilakukan oleh pihak polis, kerana perkara ini jelas sekali boleh mengancam keselamatan negara.


[Difahamkan laporan polis terhadap isu ini juga telah dilakukan oleh pemuda pakatan di negeri lain. Soalnya sekarang, mana pergi pemimpin Pemuda UMNO, Perkasa dan lain-lain NGO yang menyokong kerajaan selama ini?. Kenapa mereka diam membisu dengan satu isu besar yang jelas sekali bakal mengancam keselematan negara untuk jangkamasa tempoh yang lama. Jika perkara seperti ini pun mereka tidak mampu untuk bersuara, maka apalah guna mereka beriya-iya benar memperjuangkan Melayu seperti yang dilakukan oleh Ibrahim Ali Al-Kataki selama ini. Bukankah, isu penglibatan Israel dengan kerajaan Malaysia ini adalah satu perkara serius yang tidak wajar untuk dipermainkan. Makanya, menjadi tanggungjawab mereka bertindak dan mendesak kerajaan supaya tidak menjual maruah dan rahsia negara. Sebab itulah kita tidak hairan, banyak harta benda negara terjual ke tangan asing selama ini. Rupanya, memang sudah ada agen-agen perisik mereka yang menyelinap masuk dalam agensi berkaitan. Apakah rakyat harus berdiam diri melihat senario yang berlaku ini?. Negara akan dijajah semula dan rakyat akan merana akhirnya jika dibiarkan kerajaan UMNO BN terus berkuasa. Ayuh! bangkitlah dan lakukan perubahan dalam PRU-13, demi masa depan generasi akan datang].

PETIKANDARIBLOGPAHANGDAILY