Edisi Pahang: Pendedahan Anwar Isu Israel Di Parlimen, Pemuda Pakatan Rakyat Buat Laporan Polis Di IPD Kuantan Jam 2.30 Petang Semalam !!
KUANTAN, 15 April [9.30 am] - Susulan pendedahan kontroversi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang ada unsur-unsur penglibatan sebuah syarikat Israel (APCO) dalam sistem maklumat strategik negara di parlimen baru-baru ini, maka satu laporan polis telah dibuat oleh Pemuda Pakatan Rakyat Pahang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan petang semalam. Laporan telah dibuat oleh Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Said dan disertai oleh kira-kira 50 orang pemuda pakatan dari PAS dan PKR. Turut kelihatan hadir ialah Ustaz Fadli Ibrahim (Ketua Dewan Pemuda PAS Kuantan) dan Kamarul Hatta Ali (Timbalan Ketua AMK Pahang). Menurut Suhaimi, beliau membuat laporan polis itu berdasarkan kenyataan dan ucapan Anwar di parlimen baru-baru ini. "Sebagaimana yang disebut oleh Datuk Seri Anwar, bahawa surat daripada Datuk Mahsuri Zainal (Pengarah Jabatan Logistik PDRM) yang menyebut bahawa dia ada menulis surat kepada Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan surat itu dibawah klausa tajuk cadangan penamatan kontrak projek Police Reporting System (PRS), dan dia memberi maklumat secara detail. Dihujung surat itu beliau mencadang penamatan kontrak tersebut kerana siasatan polis cawangan khas bahawa ada dua orang Israel yang terlibat dengan syarikat terbabit" katanya. Maka itu, beliau meminta satu siasatan yang telus dan terperinci dilakukan oleh pihak polis, kerana perkara ini jelas sekali boleh mengancam keselamatan negara.
[Difahamkan laporan polis terhadap isu ini juga telah dilakukan oleh pemuda pakatan di negeri lain. Soalnya sekarang, mana pergi pemimpin Pemuda UMNO, Perkasa dan lain-lain NGO yang menyokong kerajaan selama ini?. Kenapa mereka diam membisu dengan satu isu besar yang jelas sekali bakal mengancam keselematan negara untuk jangkamasa tempoh yang lama. Jika perkara seperti ini pun mereka tidak mampu untuk bersuara, maka apalah guna mereka beriya-iya benar memperjuangkan Melayu seperti yang dilakukan oleh Ibrahim Ali Al-Kataki selama ini. Bukankah, isu penglibatan Israel dengan kerajaan Malaysia ini adalah satu perkara serius yang tidak wajar untuk dipermainkan. Makanya, menjadi tanggungjawab mereka bertindak dan mendesak kerajaan supaya tidak menjual maruah dan rahsia negara. Sebab itulah kita tidak hairan, banyak harta benda negara terjual ke tangan asing selama ini. Rupanya, memang sudah ada agen-agen perisik mereka yang menyelinap masuk dalam agensi berkaitan. Apakah rakyat harus berdiam diri melihat senario yang berlaku ini?. Negara akan dijajah semula dan rakyat akan merana akhirnya jika dibiarkan kerajaan UMNO BN terus berkuasa. Ayuh! bangkitlah dan lakukan perubahan dalam PRU-13, demi masa depan generasi akan datang].
PETIKANDARIBLOGPAHANGDAILY
PETIKANDARIBLOGPAHANGDAILY
No comments:
Post a Comment