PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Friday, January 30, 2009

Mantan Pengerusi PNP di Awani

Semalam, saya telah mengikuti program temuramah TV Awani, dari mula hingga akhir, dimana Sdr Zakaria berbicara bersama Sdr Latt Shariman dari PPU UMNO. Tajuknya ialah Lapangan Kapal Terbang Baru.

Saya mengenali Latt Shariman dari jauh sebagai seorang murid tua MCKK. Dia seorang yang petah berbicara dan bijak. Namun, sdr Zak, pada hemat saya mampu setanding, malahan lebih menyerlah pada malam itu.

Kita harus rasa bangga. Sdr Zakaria dengan tenang memberi hujjah dengan yakin dan berisi fakta. Saya kira PKR Pahang telah melatih seorang yang berpotensi menduduki didalam Kerajaan Malaysia apabila Kerajaan Pakatan Rakyat tertubuh kelak.

Syabas dan taaniah sdr Zak. U make us in PKR Pahang proud.

Selamat Maju Jaya.



Fauzi A. Rahman,

Pengerusi Perhubungan Negeri Pahang,

P.K.R.

Thursday, January 29, 2009

DEBAT TERBUKA SDR ZAKARIA ABDUL HAMID vs SDR LATT SHARIZAN MALAM INI @ ASTRO AWANI 501

Saksikan Debat Terbuka antara Sdr. Zakaria Abdul Hamid(Ahli MPT/Setiausaha JPRP/Ketua Bahagian Lipis) vs Sdra Latt Sharizan Abdullah(UMNO) di Sudut Pandang ASTRO AWANI 501, jam 8.30 malam ini.

Topik : Low Cost Terminal in Labu

Wednesday, January 28, 2009

Datuk Fauzi Rasmikan 2 Buah Cawangan Lagi Dalam Rancngan Felda

Paya Besar, 27.1.09: Terletak di celah perumahan untuk Generasi Kedua Felda, di perkampongan Felda Lepar Hilir 1 dan 4, Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang merasmikan 2 buah cawangan PKR serentak iaitu Cawangan Felda Lepar Hilir 1 dan Lepar Hilir 4 dengan keahlian 160 orang.
Majlis yang dipengerusikan oleh Sdr Haji Zahari, Ketua Penerangan PKR Bahagian Paya Besar itu turut memperkenalkan Sdr Sufian Abd Jalil, seorang Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Paya Besar yang baru-baru ini meninggalkan UMNO dan menyertai Parti Keadilan Rakyat.
Didalam ucapan ringkasnya, Sdr Sufian memperkenalkan pula Sdr Anuar, Ketua Pemuda UMNO Hilir 4 yang turut keluar dari UMNO dan menyertai PKR.
Sufian menyatakan bahawa UMNO sudah hilang arahtuju perjuangan. Didalam pemilihan peringkat Bahagian Paya Besar baru-baru ini semakin jelas sikap mengenepikan perjuangan telah berlaku. Pemilihan yang berlangsung menyaksikan pertandingan "Orang Aku dan Orang Kamu" dan bukan lagi pertandingan UMNO. Perwakilan dihidangkan dengan pemilihan secara berkelik.
Beliau membangkitkan isu rumah-rumah yang dibina oleh Felda untuk Generasi Kedua. Hanya anak-anak peneroka yang ada "pay slip" sahaja yang layak membeli rumah-rumah itu, dan oleh kerana kebanyakan anak-anak peneroka ramai yang bekerja sendiri, tidak ada pay slip, dan mereka tidak layak membeli. Walhasilnya, rumah-rumah itu dijualkan kepada pegawai-pegawai Felda dan anak-anak pegawai Felda. Maka sekim perumahan untuk Generasi Kedua itu menjadi milik pegawai-pegawai dan anak-anak mereka.
Beliau mempersoalkan potongan sebanyak RM45.00 sebulan oleh Felda daripada pendapatan peneroka-peneroka Felda, dan mengeciwakan kerana potongan itu dibuat secara selonggok didalam bulan Disember ketika mana peneroka-peneroka memerlukan wang untuk persediaan bagi persekolahan anak-anak mereka.
Sufian berjanji bahawa beliau dan rakan-rakannya yang keluar dari UMNO akan memperkasakan PKR Bahagian Paya Besar dan akan lebih ramai lagi ahli-ahli UMNO akan keluar dari parti itu.
Sdr Fauzi Abdul Rahman menyatakan bahawa Felda bukan dibuat oleh UMNO dan peneroka-peneroka tidak perlu mengenang budi kepada UMNO. Felda diwujudkan oleh Kerajaan dengan wang rakyat, bukan wang dari UMNO.
Beliau membawakan kisah usaha-usaha yang dibuat oleh Ibrahim Fikri, bekas Menteri Besar Trengganu, yang merancangkan untuk menyediakan tanah seluas 10 ekar kepada setiap peserta di Sg Tong Terengganu. Beliau memohon bantuan kewangan dari Kerajaan Pusat, tetapi bantuan itu tidak diperolehi kerana mendapat tentangan dari Tan Siew Sin, Menteri Kewangan pada waktu itu.
Ibrahim Fikri telah dijatuhkan di Terengganu diatas alasan bahawa beliau membina sebuah istana untuk dirinya. Ini adalah satu penghinaan kepada Ibrahim Fikri oleh UMNO. Rumah yang dikatakan Istana itu hanyalah rumah bungalow biasa tetapi oleh kerana Ibrahim membinanya di kampongnya sendiri di pekampongan nelayan, maka nampaklah rumah itu besar dibandingkan dengan rumah-rumah nelayan.
Fauzi juga mengimbau kembali kisah Aziz Ishak, seorang Menteri Kabinet semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman. Beliau sebagai Menteri Pertanian mencadangkan supaya Kerajaan membina kilang baja untuk membantu petani-petani, tetapi cadangan itu ditentang oleh puak-puak MCA kerana merekalah yang mempunyai kilang baja pada waktu itu.
Aziz Ishak dipecat daripada Kabinet Tunku Abdul Rahman diatas desakan pemimpin-pemimpin MCA.
Datuk Fauzi juga mengimbau kembali peranan pemimpin-pemimpin terdahulu. Tunku Abdul Rahman, misalnya, memilikki 18 buah rumah sebelum menjadi Perdana Menteri. Tetapi semua rumah itu dijualnya untuk membiayai pilihanraya. Tunku bersara dengan tidak mempunyai harta dan terpaksa menyewa bilik hotel. Kerajaan membelikan untuk Tunku sebuah rumah di Kuala Lumpur dan sebuah lagi di Pulau Pinang.
Bezakanlah dengan Menteri-Menteri sekarang yang apabila bersara menjadi millionair.
Fauzi seterusnya menyatakan bahawa semasa berlaku fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau telah dipanggil oleh Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed yang memintanya menyatakan bahawa Anwar memang melakukan liwat.
Dr Mahathir membandingkan kedudukan Datuk Fauzi yang sepatutnya sudah menjadi Menteri Kabinet seperti Timbalan-Timbalan Menteri yang lain.
Datuk Fauzi faham tetapi menolak kehendak Mahathir supaya Fauzi menyatakan bahawa Anwar melakukan liwat. Fauzi menyatakan bahawa beliau kenal Anwar dari zaman persekolahan lagi sebagai sahabat dan tahu pembawaan Anwar. Pembelaan Fauzi terhadap Anwar menyebabkan terlucutnya apa-apa jawatan didalam Kerajaan.
Kematian Kugan didalam tahanan polis juga disentuh oleh Datuk Fauzi, Kugan mati disebabkan "excessive internal bleeding" hasil siksaan polis, PKR menuntut supaya mereka yang melakukan perbuatan ini dibawakan kemuka keadilan dengan segera.
YB Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota dan Haji Suhaimi Said, Ketua Penerangan PKR Pahang turut berucap didalam Majlis tersebut. Majlis ditangguhkan jam 5.00 petang.
Akhirnya para hadirin dijamu dengan bubur Asyura.

Monday, January 26, 2009

Ketua Wanita PKR Pahang rasmikan mesyuarat penubuhan Wanita PKR Bahagian Kuala Krau

Kuala Krau, 25.1.09: Bertempat di Pejabat PKR Bahagian Kuala Krau jam 4.00 petang, Pn Fatimah Ithnin telah merasmikan penubuhan Wanita PKR Bahagian Kuala Krau. Jawatankuasa Wanita yang diketuai oleh Pn Zaida Mat Husin itu telah berjaya memilih Ahli Jawatankuasanya yang sangat unik iaitu suatu Jawatankuasa yang terdiri daripada wanita Melayu, India dan Orang Asal.
Pn Fatimah melahirkan kesyukurannya kerana Bahagian Kuala Krau telah berjaya menubuhkan Jawatankuasa Wanita dan beliau menyeru bahagian-bahagian lain di Negeri Pahang yang belum mempunyai sayap wanita supaya berbuat sedemikian secepat mungkin untuk memperkukukan gerakan parti di Negeri ini.
Beliau menggambarkan pengalaman beliau semasa berada di Kuala Terengganu bersama-sama dengan wanita PKR dari Negeri Perak. Mereka itu adalah petugas-petugas sejati, menjalankan kempen dari pagi hingga ke petang, kempen rumah ke rumah, ditempatkan di Bukit Besar bersama-sama dengan petugas-petugas dari Pahang.
Beliau kagum dengan wanita Perak itu kerana mereka tahu apa yang nak dibuat setiap hari didalam tempoh waktu kempen itu dan terlibat aktif pula merayu undi semasa pengundian berlangsung.
Pn Fatimah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua PKR Bahagian Kuala Krau yang telah menawarkan khidmat beliau untutk membantu Wanita Negeri, dan beliau bergembira kerana Ketua Bahagian itu menawarkan gerak kerja seiring diantara Wanita Negeri dan Biro Penerangan Negeri.
Haji Suhaimi Said, selaku Ketua PKR Bahagian Kuala Krau meminta supaya Jawatankuasa Wanita PKR Bahagian Kuala Krau yang baru dipilih itu supaya pro-aktif, turun padang, pergi ke cawangan-cawangan, gerakkan wanita di peringkat cawangan, adakan aktiviti-aktiviti yang boleh mengembangkan dan memperkemaskan lagi pergerakan wanita di peringkat cawangan.
Beliau menyatakan bahawa ini adalah masa untuk bertindak iaitu masa yang sangat sesuai kerana UMNO kini dilanda pelbagai krisis, mereka dilanda krisis keyakinan setelah kalah di Kuala Trengganu, iaitu kawasan yang mereka pegang selama ini. Mereka kalah di Permatang Pauh dengan majoriti yang menyayat hati mereka, dan mereka sedang bergelut dengan rasuah politik. Tidak ada penghujung bagi mereka sehinggalah mereka itu dikalahkan didalam Pilihanraya akan datang.
Haji Suhaimi mengaku bahawa DUN Jenderak adalah kawasan yang paling sukar di Negeri Pahang, suatu kawasan yang amat konserbatif, dan jika PKR boleh memenangi kawasan ini, PKR boleh memenangi mana-mana kawasan pun di Negeri Pahang.
Beliau mengingatkan bahawa semasa Pilihanraya Umum yang lalu, PKR Kuala Krau belum ditubuhkan, hanya ada beberapa orang yang menjadi Jawatankuasa Penaja. Kini PKR Kuala Krau sudah ditubuhkan dengan keahlian yang setanding dengan lain-lain Bahagian di Negeri Pahang. Tetapi kemenangan tidak akan datang menggolek, ia mesti diperjuangkan. Dengan motto iaitu Buat Kerja Belum Tentu Menang dan Tak Buat Kerja Sudah Tentu Tak Menang, PKR Kuala Krau akan berusaha melonjakkan paradigma perubahan.
Dengan ujudnya sayap kiri dan kanan, iaitu Wanita dan AMK di Bahagian ini, PKR Kuala Krau akan membawa perubahan yang dikehendakki.
KENYATAAN MEDIA
Kuala Lumpur,
23hb Januari 2009

Siasat Kematian Kugan Ananthan

Insiden kematian seorang pemuda India di Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya ketika masih ditahan sangat mengejutkan. Kematian Kugan Ananthan 22 tahun mengingatkan kita kepada insiden M. Ulaganathan, juga mati ketika masih ditahan polis. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa kematian M. Ulaganathan adalah disebabkan kecuaian dan pengabaian melampau pihak polis. Berulangnya insiden seperti ini pasti menghakis keyakinan rakyat terhadap kewibawaan pihak polis sebagai sebuah institusi keselamatan.

Bagi memastikan keyakinan rakyat dipulihkan, saya menuntut agar sebuah badan siasatan yang bebas dan telus diwujudkan serta merta bagi menyiasat insiden kematian Kugan Ananthan. Foto serta bukti yang menunjukkan adanya kecederaan pada si mati sudah tentu membangkitkan rasa tidak puas hati bukan sahaja kepada keluarga mangsa, malah juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang mahukan institusi polis memulihkan kembali kewibawaannya.

Saya selaku ahli parlimen dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, komited untuk membawa isu ini ke Dewan Rakyat kelak. Beserta dokongan rakan-rakan ahli-ahli parlimen lainnya kami akan mencari jalan untuk meningkatkan tahap profesionalisme pihak polis serta memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi keselamatan tersebut.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Permatang Pauh
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat


Sunday, January 25, 2009

UCAPAN PERASMIAN,
YBHG DATO’ SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL,
PRESIDEN KEADILAN,
DI KONVENSYEN PENGHAYATAN ISLAM (KPI), 24 JANUARI 2009, KEM BINA SEMANGAT, AMPANG PECAH, SELANGOR DE

Assalamualaikum,

1. Terlebih dahulu, saya mengalu-alukan kehadiran semua ke konvensyen yang amat penting ini meskipun majoriti kita masih belum pulih dari keletihan bekerja keras dalam kempen PRK Kuala Terengganu seminggu yang lalu. Alhamdulillah, berkat kerja keras, strategi dan doa kita, calon Pakatan Rakyat telah memperolehi kemenangan dengan baiknya.

Saudara-saudari sekalian,
2. Matlamat dan objektif konvensyen kita selama 3 hari dan 2 malam ini adalah untuk mengetengahkan dan mencari muafakat bersama mengenai pendekatan Islam dalam kontek perjuangan KeAdilan yang mungkin ada sedikit kelainan berbanding dengan Parti-parti yang lain. Dalam masa yang sama, konvensyen ini memberi peluang kita semua untuk mencari persefahaman mengenai unsur-unsur penting yang diperlukan dalam menjana kekuatan perjuangan KeAdilan berteraskan ajaran Islam. Adalah diharapkan juga, konvensyen ini akan mampu memantapkan lagi ikatan persaudaraan dan kasih sayang agar lebih erat di kalangan barisan kepimpinan KeAdilan.

Saudara-saudari sekalian,

3. Di masa akhir-akhir ini, pelbagai Isu berkaitan Islam telah dibangkitkan oleh pelbagai pihak. Sesungguhnya, kita tidak punya pilihan lain selain dari menanganinya dengan baik dan penuh hikmah. Apatah lagi terdapat segelintir yang cuba membina persepsi umum yang masih sangsi terhadap komitmen KeAdilan dalam memperjuangkan Islam. Usaha mereka ini, memang berjaya menimbulkan kebimbangan sebahagian kecil umat Islam dan orang Melayu terhadap kita. Sebahagian dari kekeliruan ini adalah disebabkan kegagalan kita sendiri menjelaskan kepada mereka mengenai komitmen kita mengenainya. Maka itu, ia perlu kita tangani sebaiknya. Dalam masa yang sama, pemahaman dan komitmen kita dalam persoalan Islam mestilah diadunkan dengan baik dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia ini.

4. Oleh yang demikian, inilah kesempatan terbaik bagi kita untuk kita memperjelaskan dasar dan pendekatan yang paling berhikmah dalam kontek KeAdilan yang membabitkan isu-isu mengenai kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, Siasah Syar’iyyah dan Perlaksanaan Hudud, Akta 121, Masyarakat Majmuk dan masyarakat madani, kedudukan Hak Istimewa Melayu, Konsep Keadilan kepada semua dari perspektif Islam, pemahaman hakikat agama Islam yang syumul atau sebagai cara hidup (Islam as a way of life), pendekatan kesederhanaan (wasatiyyah) dalam Agama dan beberapa isu kritikal yang lain.

Saudara-saudari sekalian,
5. Iltizam kita terhadap Islam jelas telah diungkapkan di dalam Perlembagaan Parti yang menyeru penghayatan Islam sebagai Agama Persekutuan. Penghayatan yang bermaksud pemahaman dan iltizam kita dalam memperjuangkan Islam, dalam masa yang sama hak dan kebebasan bagi agama-agama lain melaksanakan amalan masing-masing. Kemampuan kita untuk memberikan keyakinan kepada orang lain mengenai falsafah dan dasar kita mengenai Islam adalah bergantung sepenuhnya kepada keyakinan kita sendiri kepada Parti kita mengenainya.

6. Adalah diharapkan pembentangan kertas kerja dan bengkel-bengkel dapat membuat rumusan-rumusan penting mengenai hal-hal tersebut dalam mewujudkan kesatuan pemikiran dan tindakan (wehdatul fikr wal amal) di kalangan pemimpin dan pendokong KeAdilan. Hal ini penting kerana kerangka pemikiran yang kukuh serta komitmen yang berterusan adalah merupakan pra-syarat penting kepada perjuangan keADILan seterusnya.

7. Akhirnya, tahniah kepada barisan AJK kerana berjaya menganjurkan program ini meskipun dihimpit kesibukan menghadapi pilihanraya kecil Kuala T erengganu yang dimenangi Pakatan Rakyat baru-baru ini.

Sekian terima kasih.

Friday, January 23, 2009

Ceramah PKR dan Pakatan Rakyat di Kuala Krau dan Jerantut

Ceramah anjuran Parti Keadilan Rakyat Kuala Krau
Tempat
KG PELONG (PERKAMPONGAN ORANG ASLI)
KERDAU
Tarikh
5hb Februari 2009
Jam
4.00 petang
Penceramah
DATUK FAUZI ABDUL RAHMAN
Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang
Haji Suhaimi Said
Ketua PKR Bahagian Kuala Krau
Ab Kadir Abd Manap
Ketua Penerangan PKR Bahagian Kuala Krau
Hafez Harun
Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau
CERAMAH PAKATAN RAKYAT
Tempat
PUSAT TARBIYAH PAS FELDA KOTA GELANGGI 2
Tarikh
5hb Februari 2009
Jam
9.00 malam
PENCERAMAH
Datuk Fauzi Abdul Rahman
Pengerusi Perhubungan PKR Pahang
Abdullah Karim
AJK Dewan Pemuda PAS Pusat
Mohd Nor Jaafar
Timbalan Pengerusi PKR Pahang
Hj Suhaimi Said
Ketua Penerangan PKR Pahang
Rosli Ahmad
Ketua PKR Cawangan Kota Gelanggi 2
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI
Dari Blog 'The Spirit of Lubok Kawah'
Permit Polis untuk Ceramah, Perhimpunan dan Demonstrasi bertentangan dengan demokrasi!
Peraturan menghendakki sebarang aktiviti ceramah, perhimpunan atau demonstrasi memerlukan permit polis dibawah Akta Polis 1967 Seksyen 27(2) adalah tidak demokratik. Sewajarnya tidak ada peruntukan dibawah mana-mana Akta diperbuat untuk mengurangkan sekup Perlembagaan apatah lagi menghalang roh Perlembagaan khususnya dibidang Hak Asasi Manusia.
Hak untuk bepersatuan, berorganisasi, berkumpul, dan bersuara adalah hak yang dilindungi oleh Deklarasi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan diperkukuhkan lagi dibawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.
Maka mana mungkin Undang-Undang yang tertinggi itu diperkecilkan sekupnya atau dihalang oleh mana-mana Akta kerana Akta-Akta itu diperbuat dibawah peruntukan Perlembagaan.
Akta Polis 1967 Sek. 27(2) jelas menyempitkan sekup yang diperuntukkan dibawah Perlembagaan yang terkandung didalam Artikel 10.
Seksyen 27 (1) memperuntukan bahawa "Mana-mana Pegawai Penjaga Daerah Polis atau mana-mana pegawai polis yang diberikan kuasa dengan sewajarnya secara bertulis olehnya boleh mengarahkan, dengan apa cara yang difikirkannya patut, penjalanan ditempat-tempat awam dalam Daerah Polis itu semua perhimpunan, perjumpaan dan perarakan, orang atau kenderaan dan boleh menetapkan jalan manakah dan atau waktu bilakah, perhimpunan atau perjumpaan itu boleh diadakan atau perarakan itu boleh lalu".
Seksyen 27 (2) meemperuntukkan bahawa: "Mana-mana orang yang berniat mengadakan atau mengumpulkan mana-mana perhimpunan atau perjumpaan atau membentuk suatu perarakan di mana-mana tempat awam yang tersebut dahulu, hendaklah sebelum mengadakan, mengumpulkan atau membentuk perhimpunan, perjumpaan atau perarakn itu, membuat kepada Pegawai Penjaga Daerah Polis dimana perhimpunan, perjumpaan atau perarakan itu akan diadakan suatu permohonan mendapatkan lesen bagi maksud itu, dan jika pegawai polis itu berpuas hati bahawa perhimpunan, perjumpaan atau perarakan itu tidak mungkin memudaratkan kepentingan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau membangkitkan kekacuan keamanan, dia hendaklah mengeluarkan suatu lesen dalam bentuk yang ditetapkan dengan menyatakan nama pemegang lesen itu dan menerangkan syarat-syarat atas mana perhimpunan , perjumpaan atau perarakan itu dibenarkan DENGAN SYARAT BAHAWA pegawai polis itu boleh pada bila-bila masa membatalkan lesen itu atas apa-apa alasan yang membolehkan lesen tidak dikeluarkan dibawah ini.
Apabila dipadankan dengan Artikel 10 Perlembagaan Malaysia, Akta Polis 1967 yang memperuntukkan sek.27(2) adalah lebih besar, kukuh dan kuat operasinya dari Perlembagaan Malaysia.
Sewajarnya, Negara yang mengamalkan demokrasi tidak mengenakan syarat-syarat yang ketat untuk aktiviti ceramah, perjumpaan, perhimpunan atau perarakan oleh mana-mana pertubuhan. Memadai dengan pertubuhan itu mendapatkan tempat yang sesuai dan memberitahu polis akan aktiviti itu supaya pihak polis dapat membantu untuk mengurangkan risiko keselamatan atau kesesakan lalu lintas.
Tetapi Akta Polis 1967 bertindak sebagai penghalang. Polis yang bertugas pula bertindak untuk menghalang pejumpaan itu hingga ke pringkat yang amat "ganas" dengan membelasah mereka yang hadir dengan alat-alat keras, memancutkan air asid kepada peserta-peserta dan melepaskan bomb-bomb gas kepada mereka.
Mereka melakukan itu atas alasan bahawa mereka ada kuasa dibawah Akta Polis dengan sedikit pun tidak merasakan bahawa mereka wajar akur kepada sistem demokrasi yang diamalkan apatah lagi kepada peruntukan Artikel 10 Perlembagaan.
Didalam Negara Demokrasi seperti England, perarakan 1 juta manusia dijalan raya tidak mendatangkan apa-apa mudarat kerana pihak polis sendiri yang mengetuai perarakan itu untuk menunjukkan arah perarakan itu. Perarakan itu menjadi aman dan setelah selesai tujuan perarakan itu, umpamanya menyerahkan Memorandum kepada Kementerian-Kementerian tertentu, perarakan itu bersurai dengan aman.
Amat berbeza dengan amalan di Malaysia. Perarakan besar-besaran akan menghadapi "keganasan" polis. Mereka akan disembur dengan gas dan air asid. Mereka akan dibelantan, ditangkap dan dipodot kedalam lori-lori polis, berasak-asak dengan risiko berat boleh kehilangan nyawa.
Akta Polis 1967 itu sudah tidak sesuai lagi dengan temadun hari ini. Sewajarnya Akta itu dipinda untuk menghormati demokrasi dan menghormati roh Perlembagaan. Polis tidak digunakan untuk menindas apatah lagi "mengganas" tetapi digunakan untuk menjadi teman masyarakat, untuk memudahkan dan bukan menyusahkan, dihormati dan bukan ditakuti.
Undang-undang seperti Akta Polis ini sangat mudah disalahgunakan. Satu episod didalam Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu adalah contoh yang masih segar. Pakatan Rakyat memohon permit untuk berceramah di Bukit Besar, dan waktu ceramah adalah bermula jam 9.00 malam. Tetapi pada jam 3.00 petang pihak polis telah datang menemui penganjur dan meminta ditunjukkan permit ceramah untuk malam itu.
Pada 7.30 malam polis itu datang lagi sekali meminta permit ditunjukkan, dan beliau yang berpangkat Inspektor itu meminta kami menurunkan "speaker" pembesar suara kerana katanya permit yang diluluskan hanya menggunakan 1 speaker sahaja. Dan speaker itu hendaklah diletakkan didalam rumah.
Ceramah didalam rumah adalah ceramah ditempat tertutup bukan awam, dan ceramah ditempat tertutup tidak memerlukan permit polis, dan untuk polis meminta supaya ceramah itu dibuat dalam rumah dengan sendirinya bercanggah dengan keperluan permit.
Inspektor ini telah menalipon "seseorang" (mungkin pegawai lebih tinggi darinya), tiba-tiba dia berkata "bolehlah dijalankan diluar".
Tetapi keadaan gempar itu sudah berlaku dan dengan kehadiran yang begitu ramai pula anggota polis dipintu jalan masuk ke tempat ceramah menyebabkan orang ramai tidak selesa mahu menghadiri ceramah itu, maka berseleraklah mereka dicelah-celah rumah yang berdekatan.
Ini adalah contoh kecil kerana pihak polis merasakan mereka dilindungi oleh Akta Polis untuk melakukan apa saja!
Sedangkan ceramah-ceramah UMNO dipermudahkan pula oleh polis dan kehadiran polis semata-mata untuk memberikan bantuan supaya ceramah itu dapat dijalankan dengan sempurna.
Tak bolehkah standard yang sama ini diberikan oleh pihak polis kepada ceramah-ceramah pembangkang?

Suhaimi Said
Ketua Perangan
PKR Negeri Pahang.
PKR mengembang pesat di Jerantut!
Sekembali saya dari rombongan penyerahan Deraf Pembangunan Daerah Temerloh kepada YDP Perbandaran Temerloh, saya menerima panggilan dari seorang sahabat memberitahu saya bahawa wakil-wakil UMNO dari DUN Tahan, Jerantut ingin bertemu dengan saya untuk membincangkan tentang kemasukan mereka kedalam Parti Keadilan Rakyat.
Jam 4.00 petang tadi saya dipanggil untuk bertemu dengan wakil mereka untuk perbincangan ringkas dan beliau mengambil 200 keping borang ahli dari saya.
Dalam tempoh dua-tiga hari lagi mereka mahu saya datang ke DUN Tahan untuk perbincangan dengan pimpinan cawangan-cawangan UMNO disana dari sudut untuk penubuhan cawangan-cawangan PKR di DUN Tahan.
Perkembangan positif ini bukan saja berlaku di DUN Tahan, malah di DUN Pulau Tawar. Malam tadi saya ditalipon oleh Sdr Rosli dari Kota Gelanggi 2 bahawa beliau akan menghadiri satu majlis di Sg Tekam untuk menerangkan penubuhan cawangan baru. Kalau di Kota Gelanggi 2 berjaya mengumpulkan 200 orang ahli untuk cawangan itu, Felda Sg Tekam juga berhajat untuk mendapatkan keahlian yang tidak kurang dari itu.
Didalam bulan ini membawa ke bulan Jun 2009, semua rancangan Felda dan semua kampong didalam DUN Pulau Tawar sudah ditubuhkan cawangan PKR, dan pekerjaan ini menjadi ringan dan mudah apabila pertandingan di Kuala Trengganu memihak kepada Pakatan Rakyat.
Sementara itu beberapa orang Ketua Cawangan di DUN Lanchang menghubungi saya untuk persediaan mereka keluar dari UMNO bersama-sama dengan ahli-ahli mereka.
Insya Allah dari sekarang hingga Jun 2009, Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang kena membuka seluas-luas pintunya kepada ahli-ahli UMNO untuk menyertai parti itu. Ini adalah kehendak rakyat, dan tsunami ini akan memungkinkan UMNO akan berkubur di Pahang didalam PRU-13.

Thursday, January 22, 2009

Mesyuarat khas AMK Kuala Krau

Angkatan Muda Keadilan Bahagian Kuala Krau akan mengadakan mesyuarat khas sayap itu pada 24hb Februari 2009 jam 8.00 malam di Pejabat PKR Bahagian Kuala Krau untuk membuat pemilihan baru ekuran Mesyuarat Agung Penubuhan PKR Bahagian Kuala Krau pada 26hb Disember yang lalu.
Mesyuarat khas AMK tersebut akan membuat pemilihan Jawatankuasa baru bagi mentadbirkan gerakan itu.
Sdr Hafez Harun, selaku Ketua AMK Kuala Krau, menyatakan bahawa notis mesyuarat telah pun dihantar kepada semua ahli AMK diperingkat cawangan-cawangan dan beliau meminta semua cawangan menghantarkan golongan muda masing-masing bagi menjayakan mesyuarat tersebut.

Datuk Fauzi akan berceramah kepada Masyarakat Orang Asli di Kg Pelong, Kuala Krau

Datuk Fauzi telah menyatakan persetujuannya untuk berceramah dan berdailog dengan masyarakat Orang Asli di Kg Pelong Kuala Krau pada 5hb Februari akan datang.
Kampong Pelong terletak dipinggir Pekan Kerdau dan kehidupan masyarakatnya masih amat dhaif. Mereka pernah dijanjikan pelbagai projek untuk membantu ekonomi mereka tetapi sehingga kini hanyalah tinggal janji kosong sahaja.
Wakil Rakyat Barisan Nasional hanya datang ke Kampong ini dimasa pilihanraya sahaja dan selepas mereka menang wakil-wakil rakyat DUN dan Parlimen tidak akan menjenguk kampong ini.
Sebelum pilihanraya 8hb Mac lalu, masyarakat Orang Asli kampong Pelong dan dipimpin oleh Batin mereka telah mengadakan tunjuk perasaan kerana tanah yang dikatakan Rezab Orang Asli telah diluluskan oleh Kerajaan kepada 2 JKKK Mukim Kerdau dan sebahagian lagi kepada individu-individu tertentu dengan keluasan beratus-ratus ekar sedangkan Orang Asli disini kehilangan kawasan rayau dan punca rezeki dari hutan berkenaan.
Parti Keadilan Rakyat sudah pun menubuhkan Jawatankuasa Penaja untuk persediaan menubuhkan cawangan parti itu di kampong ini dan kehadiran Datuk Fauzi ke Kg Pelong akan mempercepatkan lagi proses penubuhan cawangan.
Sementara itu terdapat beberapa golongan korporat dari Kuala Lumpur yang bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh Orang Asli akan turun ke perkampongan Orang Asli di Kuala Krau untuk mengkaji bentuk bantuan yang mereka boleh sumbangkan untuk masyarakat Orang Asli, dan PKR Kuala Krau sedang mengaturkan lawatan mereka itu.

Wednesday, January 21, 2009

Mesyuarat Khas Wanita Bahagian Kuala Krau

Wanita PKR Bahagian Kuala Krau akan mengadakan mesyuarat khas pada 25hb Januari 2009 (Ahad) jam 3.00 petang dengan menerima tetamu khas iaitu Ketua Wanita Negeri Pahang, Puan Fatimah Ithnin.
Mesyuarat khas tersebut akan diadakan di Pejabat PKR Bahagian Kuala Krau d/a No. 37 Jalan Besar, Kuala Krau, Pahang.
Wanita Bahagian Kuala Krau dengan hormatnya mengundang semua Ketua-Ketua Wanita serta AJK masing-masing ke Kuala Krau untuk sama-sama membincangkan kedudukan Wanita Negeri Pahang dan mencadangkan langkah-langkah yang perlu untuk memperkukuhkan gerakan wanita Pahang.
Sekian, terima kasih,
tt
Zaida Mat Husin,
Ketua Wanita PKR Bahagian
Kuala Krau.

Saturday, January 10, 2009

YB Fuziah Salleh arahkan 8 orang petugas dari Kuantan membantu kerja-kerja dariMarkaz Bukit Besar

Salam dari Algeria, begitulah pesanan yang saya terima dari YB Fuziah Salleh. Beliau memohon maaf kerana masih belum kesempatan untuk turun ke Kuala Trengganu kerana tugas-tugas diluar Negara.

Sebagai respon kepada permintaan saya supaya setiap Bahagian PKR di Negeri Pahang menghantarkan sekurang-kurangnya 3 orang petugas untuk DUN Ladang iaitu kawasan yang ditugaskan untuk PKR Pahang didalam Pilihanraya Kecil ini, beliau akan meminta sekurang-kurangnya 2 buah kereta untuk turun ke Kuala Trengganu pada 11hb Januari 2009 terdiri daripada petugas-petugas Melayu dan Tionghua.
Kami mengalu-alukan petugas-petugas dari Kuantan. Hari ini, 2 pasukan dari Markaz Bukit Besar akan menjalankan kerja-kerja kempen dari rumah ke rumah di UPU Bukit Besar yang diketuai oleh PKR Perak dan PKR Pahang.
Pada 12hb Januari 2009 nanti Markaz Bukit Besar akan menyerang keseluruhan 7 UPU didalam DUN Ladang setiap hari dan kami berjanji akan menukarkan kemenangan 31 undi yang diperolehi ADUN PAS, YB Tengku Hassan pada 8hb Mach lalu kepada kemenangan yang lebih selesa.

Friday, January 9, 2009

Kerja Kempen Full Swing dari Petugas-Petugas PKR DUN Ladang bermula 11.1.09

Setelah mengadakan mesyuarat tertutup dengan pimpinan PAS DUN Ladang dirumah Dr Sulaiman Abdullah jam 10.30 pagi tadi, kami dari Markaz PKR Bukit Besar DUN Ladang telah membuat kenalpasti kerja-kerja yang akan kami jalankan mulai 10hb Januari 2009 dan 11hb Januari 2009.
Kerja-kerja ini melibatkan rakan-rakan PKR dari Pahang, Perak, Setiu dan Dungun yang berkampong di Markaz Bukit Besar.
Saya telah mengahantar pesan kepada semua ketua-ketua Bahagian di Negeri Pahang termasuk wanitanya supaya menghantar sekurang-kurangnya 3 orang petugas untuk didaftar di Markaz Bukit Besar.
Sesetengah Bahagian memberi jaminan untuk menghantarkan lebih dari 5 orang petugas dan kebanyakannya akan hadir mulai 11hb Januari 2009. Ada sesetengah Bahagian akan menghantar mulai 10hb Januari.
Adalah dianggarkan seramai 50 petugas-petugas akan menjalankan kerja sepenuh masa mulai 11hb Januari 2009.
Hanya petugas-petugas yang sanggup bertugas sahaja yang perlu berdaftar di Markaz ini.

Wednesday, January 7, 2009

Wanita PKR Kuala Krau mengadakan perjumpaan khas

Wanita PKR Bahagian Kuala Krau akan mengadakan perjumpaan khas pada 25hb Januari 2009 jam 3.00 petang di Pejabat PKR Bahagian Kuala Krau di No. 37 Jalan Besar Kuala Krau. Undangan telah dihantar kepada Jawatankuasa Wanita Negeri Pahang untuk turut hadir di Majlis tersebut.
Wanita PKR Bahagian Kuala Krau mengalu-alukan kehadiran Jawatankuasa Wanita dari lain-lain Bahagian di Negeri Pahang.
10 DALIL MENGAPA WAN AHMAD FARID TIDAK BOLEH MENJADI YB KUALA TERENGGANU
By MarGeeMar
Calon BN/Umno bagi Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu kelihatan disini berseronok sambil berkaraoke dengan seorang gadis yang tidak dikenali.

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

10 DALIL MENGAPA WAN AHMAD FARID TIDAK BOLEH MENJADI YB KUALA TERENGGANU

1. Wan Farid adalah 'anjing suruhan' (running dog) Khairy Jamaluddin. Sebab itulah dia terlebih dahulu dilantik sebagai Setiausaha Politik Pak Lah supaya dia sebagai proksi Pak Lah, seperti yang disahkan oleh Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, dapat merobek dana negeri Terengganu.

2. Abang Wan Farid, Wan Hisham pula telah dilantik sebagai Exco Negeri Terengganu bagi Perlancongan untuk memastikan rakan perniagaan Khairy, Patrick Lim dapat memonopoli semua projek perlancongan di negeri Terengganu.
3. Wang Ehsan negeri Terengganu dari hasil Petroleum yang berjumlah berbilion ringgit tidak diagihkan kepada rakyat Terengganu tetapi disimpan oleh Si Pengkhianat Wan Farid untuk bosnya Pak Lah.

4. Dengan Wang Ehsan, Wan Farid, Wan Hisham, Khairy dan Patrick Lim telah membina 30 buah rumah dengan nilai RM 1 juta sebuah di sebuah pulau di Sungai Terengganu. Keuntungan Wan Farid dan gengnya bertambah berlipat kali ganda dengan penganjuran Monsoon Cup yang memakan belanja RM 300 Juta setahun.

5. Wan Farid bertanggung jawab dalam mengarahkan Polis bertindak ke atas rakyat Terengganu dalam‘Insiden 8 September Peristiwa Berdarah Batu Burok'. Wan Farid telah dilihat berada bersama Polis sebelum Polis bertindak ganas terhadap Rakyat.

6. Perlantikan Wan Farid adalah hadiah Pak Lah kepadanya kerana dia memainkan peranan dibawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengarahkan polis menembak rakyat.

7. Menteri Besar Terengganu Ahmad Said telah memaksa Kumpulan Giant, sebuah syarikat milik kaum Cina, untuk ‘menderma’ beberapa juta ringgit kepada 'Tabung Peperangan' Umno Terengganu sebagai syarat membuka perniagaan walaupun syarat yang sama tidak dikenakan kepada syarikat milik Melayu. Tindakan Ahamad Said ini yang bersifat perkauman sudah pasti akan menyebabkan pengundi Cina di Kuala Terengganu marah dan memberi undi mereka kepada PAS. Wan Farid telah kehilanggan lebih daripada 8,000 undi Cina kepada PAS sebelum bertanding.

8. Wan Farid yang merupakan proksi Pak Lah tidak disenangi oleh Menteri Besar Ahmad Said, mantan Menteri Besar Idris Jusoh and Najib Razak. Wan Farid pasti kalah disabotaj dari tiga penjuru.
9. Wan Farid terlibat langsung dalam penahanan YM Raja Petra, Sheik Kickdefella, YB Teresa Kok dan pemberita Sin Chew dibawah ISA.

10. Wan Farid telah bersifat biadap dengan memperlekeh dan mempersendakan Fatwa yang dikeluarkan oleh seorang tokoh Ulama yang disanjung dan dihormati bukan sahaja dikalangan orang Islam tetapi juga dikalangan orang bukan Islam.

Ulama yang saya maksudkan di sini adalah YAB Tok Guru Datuk Haji Nik Aziz Nik Mat.
PRK P036






Saturday, January 3, 2009

Lebih 120 Orang Ahli UMNO Kawasan Parlimen Paya Besar Sertai PKR

Dalam mesej sms Datuk Fauzi Abd Rahman, Pengerusi PKR Pahang kepada saya pada pagi 3hb Januari 2009, beliau menyatakan bahawa lebih 120 ahli UMNO Bahagian Paya Besar akan menyertai Parti Keadilan Rakyat.
Majlis pengisytiharan keluar beramai-ramai dari UMNO dan menyertai PKR itu akan diadakan di Felda Pancing Selatan selepas Solat Asar hari ini.
Semalam Datuk Fauzi menerima kemasukan 30 ahli UMNO menyertai PKR di Kg Setajam di kalangan Orang Asli di Bahagian Rompin.
Sejak kemasukan Datuk Fauzi kedalam PKR satu aliran baru telah berlaku dimana cawangan demi cawangan baru PKR telah ditubuhkan diseluruh Pahang dari kalangan ahli-ahli UMNO.
Dua buah cawangan baru PKR akan ditubuhkan di Felda Kota Gelanggi 1 dan Felda Kota Gelanggi 3 sebaik sahaja selesai Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu.
Misi Tawan Pahang PRU Ke-13, Parti Keadilan Rakyat Bahagian Indera Mahkota Tubuhkan Satu Lagi Pusat Khidmat Masyarakat !!
by Pahang daily

INDERA MAHKOTA- Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Indera Mahkota telah membuka satu lagi Pusat Khidmat Masyarakat DUN Semambu di Indera Mahkota semalam. Majlis perasmian yang sepatutnya dibuat oleh Azmin Ali, Naib Presiden PKR telah disempurnakan oleh YBhg Dato' Fauzi Abd Rahman selaku Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pahang. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota), Tuan Syed Mohammed Tuan Lonik (ADUN Beserah), Saudara Wak Rabidin (Ketua PKR Bahagian Rompin) dan Ketua Cawangan PKR Indera Mahkota Tuan Syed Talib Syed Abd Rahman. Program yang bermula sekitar jam 2.30 petang dan berakhir jam 5.00 petang itu telah dihadiri oleh para pemimpin setempat dari PAS, PKR, KRT dan orang ramai. Cuaca yang agak tidak mengizinkan menyebabkan ramai penyokong Pakatan Rakyat yang tidak dapat hadir bagi memeriahkan majlis berkenaan. Namun begitu iai berjaya juga diadakan dengan jayanya.
Dalam ucapan aluan, Dato' Fauzi banyak menyentuh soal lebih banyak cawangan PKR akan dibuka terutamanya di kawasan felda dalam masa terdekat ini. Menurut beliau, selepas PKR berjaya menembusi perkampungan Felda Panching Selatan, kemudian Panching Utara selepas itu. Maka angin perubahan yang bertiup kencang kini PKR juga akan membuka cawangannya di Felda Bukit Goh, Bukit Sagu, Bukit Kuantan serta lain-lain di kawasan parlimen Paya Besar. "Penerimaan daripada masyarakat Felda amatlah menggalakkan sekali. Bahkan ramai pemimpin UMNO setempat yang sudah muak dengan parti itu kini sudah mula menunjukkan minat untuk bersama PKR dalam Pakatan Rakyat. Kita menjangkakan selepas ini lebih ramai warga Felda akan bersatu dalam Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13 nanti" katanya. "Pakatan Rakyat sebenarnya bukan mahu menumbangkan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional seperti yang diwar-warkan, tetapi kita berhasrat untuk membentuk kerajaan sebenarnya. Gelombang perubahan sudah jelas dapat dilihat dimana-mana, bahkan kita amat yakin bahawa negeri Pahang bakal tumbang dalam pilihanraya umum akan datang" katanya.
Menyentuh tentang persoalan hudud, menurut Dato' Fauzi hudud kini menjadi satu agenda baru BN untuk memenangi hati rakyat dalam pilihanraya kecil Kuala Trengganu tidak lama lagi. Justeru itulah mereka menggunakan media arus perdana untuk menunjukkan bahawa terdapat perpecahan yang ketara dalam Pakatan Rakyat selepas isu itu dimainkan. "Mereka mempunyai media arus perdana untuk menghentamk kita. Sedangkan kita tidak mempunyai medium yang cukup untuk menjawab balik segala tohmahan tersebut. Cuba bayangkan jika kita boleh menggunakan media arus perdana itu. Lebih banyak perpecahan sebenarnya yang berlaku dalan BN antara UMNO, MCA dan MIC itu sendiri. Namun rakyat sebenarnya sudah bijak menilai sesuatu isu yang dibawa itu sebenarnya. Tentang isu Hudud yang dibawa oleh parti PAS pula, saya yakin dan berharap apa yang dibawa oleh parti itu diterima baik oleh semua agama kerana perlaksanaan hukum itu tidak kejam seperti yang diperkatakan selama ini. Sejarah Islam menunjukkan yang perlaksanaan hukum Hudud itu sendiri membawa kemakmuran dan kemajuan terhadap tamadun Islam yang dibina oleh Rasullullah SAW serta para sahabat" katanya.

Dato' Fauzi juga banyak menyentuh soal pembaziran dan negeri Pahang yang kini sudah diambang "muflis" jika tidak diselamatkan. Justeru itu langkah terbaik yang perlu sekarang ialah melakukan perubahan demi masa depan generasi akan datang. Turut menyampaikan ucapan pada hari tersebut ialah YB Azan Ismail (foto). Beliau lebih banyak menyentuh soal ekonomi dan berharap supaya rakyat dapat bersedia untuk menghadapi keadaan ekonomi yang lembap dan setersunya mampu menggugat perbelanjaan terutamanya bagi mereka yang kurang berkemampuan. "Pelbagai langkah dan perancangan perlu diatur agar sebarang masalah berkenaan ekonomi dapat diatasi dengan baik serta tidak mengganggu kehidupan rakyat. Ibubapa juga perlu memainkan memainkan peranan penting bagi membina generasi berilmu dan berkahlak mulia bagi menjayakan agenda pembangunan negara pada masa akan datang" katanya.

[Sesungguhnya, kami melihat sokongan dan perubahan besar rakyat kini sudah semakin ketara dan dizahirkan. Jika dulu, ramai pihak yang gemar bersembunyi dari berhadapan dengan kenyataan. Namun kini mereka sudah bijak dan berani untuk mempertahankan prinsip masing-masing. Apa yang jelas, perubahan semakin ketara sejak Dato' Fauzi mengambil alih tampuk kepimpinan PKR Pahang baru-baru ini. Agenda beliau jelas dapat dilihat dalam usaha untuk memberi kesedaran dan pemahaman kepada rakyat Pahang tentang mengapakan mereka perlu menolak kepimpinan kerajaan negeri sedia ada sekarang ini].

DEMO BANTAH ISRAEL DI MASJID ABU BAKAR TEMERLOH

by Ahmad Nizam bin Hamid - Ketua Bahagian PKR Temerloh

Demo anti Israel di perkarangan Masjid Abu Bakar Temerloh selepas solat jumaat 2/1/09 yg lalu. Kehadiran dianggarkan 1000 org. Kutipan derma membantu rakyat Palestine lebih dari RM1000.00 dikutip. Selain dari saya yg berucap adalah Ustaz Rahim Latif YDP PAS Temerloh, Majlis di pengerusikan oleh Sdr Abdullah Karim, Exco Pemuda Pas Pusat dan diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Johari Ishak KP PAS Temerloh.

Terima kasih.

Friday, January 2, 2009

Abdul Wahid Endut is the Pakatan candidate for KT
by Suara Keadilan

PAS has named Abdul Wahid Endut, the state assemblyman for Wakaf Mempelam, as the Pakatan Rakyat candidate for the Kuala Terengganu parliamentary by-election.
Wahid, a rank outsider, was chosen over Batu Burok assemblyman Syed Azman Syed Ahmad Nawawi and PAS state deputy commissioner Wan Mutalib Embong.


His selection was announced by party president Abdul Hadi Awang, in a move that has been closely followed by the press and political pundits.

The news may surprise some, but Hadi has been extremely careful to play his cards close to his chest.

Well-liked and experienced

Pundits say the choice of candidate and party strategy is paramount in this crucial contest, where arch enemy Umno has thrown out a slew of election goodies and lures worth billions of ringgit in a bid to curry favour with the KT voters.

“We have gone through a rigorous selection process and we are confident that our candidate met all the qualities that the people wanted,” Hadi told a large crowd at the State Stadium late tonight.

“It was very difficult to choose the PAS candidate because all the names forwarded were good - no corruption, no money politics and no political abuse,” he said, adding that the party’s revered spiritual adviser Nik Aziz Nik Mat had also endorsed Wahid’s selection.

The 52-year old Wahid is a stalwart - almost a fixture in the Terengganu political scene - having successfully defended his state seat since 1990. He is now into his fifth term, having scored a 2,193-vote majority over his Umno rival in the March 2008 general election.

Wahid is extremely well-liked by his constituents and has spoken up on a host issues plaguing the state, including corruption, controversial mega-projects such as the Monsoon Cup and Umno’s penchant for lavish state budgets - which many KT folk fear will ultimately eat into the wealth of their future generations.

The KT parliamentary seat fell vacant following the death of deputy education minister Razali Ismail who beat PAS vice president Mohamad Sabu in the March polls by just 628 votes.



Thursday, January 1, 2009

PERUTUSAN TAHUN BARU 2009

Setiap kali tiba tahun baru, maka kita berkesempatan melakukan dua perkara; merenung kembali apa yang sudah kita usahakan sepanjang tahun yang bakal berlalu pergi serta menetapkan matlamat baru mahupun menjayakan apa yang belum kita capai.

Tahun 2008 merakamkan beberapa peristiwa bersejarah. Sekian lama kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin Umno tidak pernah digugat kedudukannya, namun tahun ini rakyat membuktikan perubahan tidak pernah mustahil untuk dilaksanakan. Nuansa politik perkauman yang dipintal bersama ketakutan ditolak rakyat.

Pilihanraya Umum ke 12 menyaksikan kerusi milik pembangkang bertambah dan menafikan Barisan Nasional majoriti 2/3. Harapan rakyat begitu besar, perubahan mesti dilakukan, makanya hasil dari persetujuan dan permuafakatan ketiga-tiga parti; Pas, Dap dan Parti Keadilan Rakyat melahirkan Pakatan Rakyat. Sepanjang tahun ini tidak dapat dinafikan pelbagai cabaran yang datang untuk menggugat permuafakatan ini.

Hasrat Barisan Nasional untuk melihat kehancuran Pakatan Rakyat nampaknya menemui jalan buntu. Mereka lupa, asas kepada permuafakatan ini berpasak kuat dari cita-cita memperjuangkan agenda rakyat dan melakukan perubahan mendasar. Perubahan adalah tuntutan melewati sempadan kaum dan politik kepartian.

Negara kita berdepan dengan kedudukan ekonomi sejagat yang tidak menentu. Kesannya kepada rakyat semain terasa. Kadar Inflasi yang tinggi menyebabkan harga barang melonjak naik. Krisis keyakinan terhadap institusi keselamatan dalam negeri juga terhadap sisten kehakiman ternyata tidak membantu menarik pelaburan bagi menjana ekonomi negara. Kita tidak boleh lagi berada dalam keadaaan penafian. Kepimpinan yang menggalas beban pastinya menghakis kepercayaan rakyat. Pengurusan ekonomi memerlukan kepimpinan yang berpandangan jauh, tegas dan jujur.

Sering saya ulangi, negara ini dan rakyatnya yang berbilang kaum sudah mengharungi pelbagai rintangan bersama. Kita yakin dengan berlakunya perubahan, dan bila negara ini mula berada di haluan yang tepat, maka sekali lagi kita akan dapat melepasi cabaran ini.

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua rakyat Malaysia.

Ubah sebelum parah, ubah demi maruah.

Selamat Tahun Baru 2009

ANWAR IBRAHIM & DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL