PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Wednesday, April 21, 2010

Dialog Peneroka di Felda Suharto

Jam 4.00 petang semalam, 20.4.10 kami adakan Dialog dengan peneroka-peneroka Sg Tengi. Hadir dari pihak kami adalah Sdr Syed Sahir Mahmud, Presiden MTUC, Latheefah Koya, Ketua Penerangan PKR, Sdr T. Kumar, Timbalan Pengerusi Biro Felda PKR, Sdr Rebin Birham, Ketua JK Penyelidik Biro Felda PKR, dan saya sendiri.
Didalam dialog itu peneroka-peneroka bertanyakan pelbagai isu dan membawakan berbagai masalah yang mereka hadapi yang dikenakan oleh Felda terhadap mereka.

Isu tahanan 20% hantaran sawit mereka, isu wang caruman mereka yang tidak dikembalikan oleh Felda, isu greding dan perahan buah sawit, isu tanam semula, isu geran yang masih tidak diberikan kepada mereka walaupun sudah menjelaskan hutang kepada Felda, isu jalan pertanian, isu generasi kedua, isu felda plantation dan isu tanam semula.

Kesemuanya isu-isu ini dikupas dengan baik dan peneroka-peneroka termasuk dari orang-orang UMNO yang hadir melahirkan rasa tidak puas hati mereka kepada Felda yang menganggap mereka telah ditipu. Selama ini mereka tidak faham dan berasa marah apabila pembangkang menyatakan felda menipu mereka, tapi dengan penjelasan yang begitu jelas dan berfakta, mereka sedar bahawa mereka selama ini telah ditipu, dan berikrar untuk mempastikan Kerajaan BN ini dapat ditumbangkan supaya dapat diujudkan dasar baru felda yang memihak kepada kebajikan peneroka-peneroka.

Malam tadi saya membawa Mazlan Aliman untuk berceramah di dua lokasi di Felda Gedangsa. Tidak seperti ceramah BN yang ramai tetapi dipenuhi oleh petugas-petugas parti itu dari seluruh Negara, ceramah PR disana tidaklah begitu ramai tapi dipenuhi oleh pengundi-pengundi tempatan.

Sekembali ke Sekretariat kami di Sg Tengi, Datuk Chua Jui Meng sedang menunggu saya, kemudian kami minum dan makan bersama. Datuk Chua adalah rakan saya semasa kami sama-sama belajar undang-undang di tahun 1960-an dulu.

Sdr Mazlan Aliman meninggalkan kami untuk beliau pergi ke "Felda" Sg Buaya dan menginap disana.

No comments: