PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Thursday, April 15, 2010

PEMILIHAN ZAID TEPAT DENGAN SITUASI POLITIK SEKARANG.


Pemilihan bekas Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor adalah wajar dan tepat dengan situasi politik sekarang.

"Zaid memang seorang yang memang tidak dapat dinafikan ketokohannya dalam banyak bidang termasuk politk, undang-undang dan kehakiman.

"Tambahan pula beliau adalah bekas seorang menteri, sudah semestinya pengalaman berkaitan aspirasi rakyat tidak dapat dipertikaikan dengan mudah," kata veteran yang juga bekas aktivis Umno Tok Bali, Ibrahim Mohd Noor.

Ibrahim percaya, sekiranya rakyat memberi mandat kepada Zaid dalam PRK kali ini beliau mampu membawa satu perubahan baru dalam era politik tanah air.

Zaid menyertai PKR selepas beberapa bulan melepaskan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri ekoran tidak dapat menerima penggunaan ISA terhadap wartawan, orang politik dan orang awam.

Sementara itu, aktivis sebuah parti di Pasir Puteh, Muhammad Dullah (kiri), tidak menafikan pencalonan Zaid menjadi satu tamparan hebat kepada Umno.

“Semua orang tahu dia (Zaid) itu bekas menteri, jadi tidak ada sebab untuk menolak kewibawaannya dalam membawa suara rakyat ke peringkat nasional.

“Kalau kita ingat bagaimana hasratnya ingin mengembalikan imej badan kehakiman yang dikatakan sudah tercalar semasa baru-baru jadi menteri dulu, saya rasa orang Umno pun perlu sokong dia.

“Sebab apa, sebab di situ sudah nampak kebaikannya demi sebuah keadilan,” katanya.

Dalam pada itu rakannya, Mohd Suhaimi (kanan), berpendapat selain daripada pengalaman serta ketokohan Zaid, kerektornya menggambarkan bahawa beliau memenuhi ciri-ciri sebagai seorang pemimpin.

“Apa yang saya tahu Zaid ni sikapnya terbuka. Tidak pandang status. Dia bergaul dengan semua lapisan masyarakat tidak kira orang tua, orang muda, orang kecil orang besar semua dia bergaul.

“Tengok masa majlis kenduri kesyukuran sempena pelantikan beliau sebagai menteri hari tu yang diadakan di rumahnya di kampung Pasir Hor, tok guru Nik Aziz (Menteri Besar) dan beberapa pemimpin PAS lain dia jemput.

“Sedangkan PAS musuh ketat dialah pada masa itu kalau hendak dikirakan. Tapi atas rasa mahabbah dia ketepikan sementara sentiment politik,” katanya penuh keyakinan bahawa Zaid mampu membimbing rakyat meskipun beliau bukan anak tempatan Hulu Selangor.


No comments: