PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Tuesday, February 22, 2011

SIARAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA




SIARAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Pahang telah mendapat maklumat dan mengesani kegiatan agen-agen UMNO/BN yang sekarang ini sedang aktif menghubungi anggota-anggota KEADILAN bagi tujuan dipujuk keluar dari parti.
Agen-agen UMNO ini yang juga dikenalpasti telah menghubungi anggota-anggota Parti di Temerloh dan Kuala Krau;memandangkan tidak ada sebarang respons di kedua-dua Cabang ini,dari maklumat yang di perolehi agen-agen UMNO telah mensasarkan anggota Parti di Cabang-cabang lain iaitu Kuantan,Inderamahkota dan Paya Besar.
Dari maklumat yang diperolehi kononnya sekitar 500 orang anggota KEADILAN akan membuat peristiharan keluar Parti secara beramai-ramai menjelang PRK DUN Kerdau pada minggu hadapan.
Agen-agen UMNO dikatakan telah menjanjikan imbuhan berbentuk wang ringgit kepada mereka yang ‘mengistiharkan’ diri keluar dari Parti.
KEADILAN Pahang sekali lagi menegaskan bahawa taktiks seumpama ini merupakan strategi perangsaraf lapuk;KEADILAN Pahang menegaskan seperti biasa mereka yang akan mengistiharkan keluar parti tentunya dari kalangan ahli-ahli UMNO yang diupah untuk mengaku sebagai anggota KEADILAN.
Pada masa yang sama KEADILAN Pahang turut menegaskan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin kepada mana-mana anggota Parti yang bersekongkol dengan BN dan melanggar disiplin parti.

Sekian,Terima Kasih
Bertarikh pada 22 hb.Februari,2011

Yang Benar
tt
-----------------------------
Ahmad Nizam Hamid
Timbalan Pengerusi
Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat
Negeri Pahang;
Ketua Cabang KEADILAN Temerloh

Saturday, February 19, 2011

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim Jelajah Temerloh, Pahang 20 Februari 2011 (Ahad) Program

1) 7.30 mlm – Solat dan Tazkirah Maghrib
Lokasi : Masjid Batu Satu, Temerloh Program

2) 8.00 – 10.30 mlm – Jamuan Makan Malam
Lokasi : Dewan Taman Rimba, Mentakab
Penceramah: 1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YBhg Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
3. YB Tien Chua
4. YBhg Dato’ Seri Chua Jui Meng
5. YBhg Dato’ Fauzi Abdul Rahman
6. YBhg Cik Gu Koh

Program 3) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah – Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia Lokasi : Tapak Markas PAS, Simpang Empat, Kerdau
Penceramah: 1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YBhg Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
3. YB Tien Chua
4. YBhg Dato’ Seri Chua Jui Meng
5. YBhg Dato’ Fauzi Abd Rahman
6. YBhg Ahmad Nizam Abdul Hamid

Friday, February 11, 2011

MESYUARAT BIRO MASYARAKAT FELDA KEADILAN PAHANG
Setelah dilantik semula oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang didalam mesyuarat Jawatankuasanya, maka saya terima jawatan itu dalam keadaan yang serba-salah kerana ingin memberikan tumpuan kepada tugas saya selaku Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal di peringkat Pusat.
Jawatan ini akan saya pegang sehinggalah akan dilantik oleh Majlis Pimpinan PKR Pahang kepada seorang Pengerusi yang baru. Dan sementara itu saya pikul tanggungjawab sehinggalah dilantik pengganti saya.
Didalam menjalankan tugas yang diamanahkan itu, maka saya dengan ini membuat perlantikan seperti berikut agar Biro Masyarakat Felda peringkat PKR Pahang dapat berjalan dengan lancar:
Penaung/Penasihat
Dato Fauzi Abdul Rahman
Pengerusi
Suhaimi Said
Timbalan Pengerusi
Rabidin Kasmawi
Naib Pengerusi (Zon Timur)
Haji Zahari Awang (Paya Besar)
Naib Pengerusi (Zon Tengah)
Bostamin Bakar (Maran)
Naib Pengerusi (Zon Barat)
Ali Wahid (Raub)
Ketua Penerangan
Rosli Ahmad (Jerantut)
Pengerusi Penyelidikan
Razali Ithnain (Maran)
Ketua Wanita
Khalia Sh Mohamed (Kuala Krau)
Setiausaha
Ab Kadir Abd Manap (Temerloh)
dan
(setiap ranting didalam Rancangan Felda di Negeri Pahang diwakili oleh
2 orang anggota - seorang lelaki dan seorang wanita)
Mesyuarat Jawatankuasa Biro Masyarakat Felda akan diadakan pada 19hb Februari jam 2.30 petang di Rest House, Temerloh
dan semua AJK dijemput hadir, taklimat khas akan diberikan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan
Negeri Pahang, Dato Fauzi Abdul Rahman.
Semua Ketua-Ketua dan Setiausaha-Setiausaha Cabang dimana wujud Rancangan-Rancangan Felda di kawasan masing-masing dijemput hadir untuk berkongsi pandangan.
HAJI SUHAIMI SAID
Pengerusi
Biro Masyarakat Felda Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang.

Thursday, February 10, 2011

Rafizi Ramli berceramah di Felda Jenderak Utara

CERAMAH PAKATAN RAKYAT
PADA 12.2.11
JAM
9.00 MALAM
TEMPAT
MARKAZ PAS FELDA JENDERAK UTARA, KUALA KRAU
PENCERAMAH
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGIK
PARTI KEADILAN RAKYAT
USTAZ SUHAIMI MD SAAD
KETUA DEWAN PEMUDA PAS
NEGERI PAHANG
REBIN BIRHAM
SETIAUSAHA BIRO MASYARAKAT FELDA DAN ORANG ASAL
PARTI KEADILAN RAKYAT
SUHAIMI SAID
KETUA
PARTI KEADILAN RAKYAT
CABANG KUALA KRAU
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI

Monday, February 7, 2011

Jamuan Rakyat


JAMUAN RAKYAT BERSAMA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM ANJURAN KEADILAN CABANG TEMERLOH
Tarikh:20 Februari 2011[Ahad]
Tempat:Dewan Taman Rimba
Kupon-kupon berharga RM40.00 boleh didapati daripada penama-penama berikut:
1.Ahmad Nizam Hamid-019 9554246
2.Dr.Yahaya Abdul Rahman-013 9215468
3.Bung Tajuddin Ramli-019 9887111
4.Sdr.Amran-017 9264017
5.Sdr.Raja Burhan (Bob)-019 9623410
6.Sdr.Jamil -017 9151841
7.Sdr.Appu-010 9015611
Manakala yang berminat untuk membeli meja Khas/VIP boleh terus menghubungi penama tersebut diatas dengan kadar segera kerana tempat terhad.

Thursday, February 3, 2011

CERAMAH PAKATAN RAKYAT DI FELDA JENDERAK UTARA, KUALA KRAU

CERAMAH PAKATAN RAKYAT
DI FELDA JENDERAK UTARA
KUALA KRAU
BERMULA JAM 8.45 MALAM
PADA 12.2.11
PENCERAMAH JEMPUTAN
SDR RAFIZI RAMLI
(Pengarah Strategik PKR)
USTAZ SUHAIMI MD SAAD
(Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang)
SDR REBIN BIRHAM
(Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat)

Sila hadir beramai-ramai

GONG XI FA CAI

SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA MARASYARAKAT MALAYSIA KETURUNAN CINA; SEMOGA TAHUN ARNAB MEMBERI KEAMANAN DAN KEMAKMURAN KEPADA SELURUH RAAYAT MALAYSIA.
RAAYAT MAJU NEGARA MAJU!

GONG XI, GONG XI, GONG XI FA CAI...