PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Thursday, April 22, 2010

BEKAS PEMIMPIN UMNO PILIH ZAID

Oleh Mohd Sayuti Omar

Ketika dalam perjalanan ke Hulu Selangor melalui Lembah Beringin petang kelmarin saya menghubungi seorang pemimpin tertinggi Umno yang terkenal sebagai seorang radikal Melayu. Jiwanya begitu tebal sekali dengan semangat Melayu. Baginya pantang kalau mendengar Melayu tercabar dia akan bangkit mempertahankannya.

Sewaktu dalam kebinet dulu dia antara menteri yang memperjuangkan dan membela nasib Melayu. Hari ini pun semangat Melayunya masih kuat walaupun sudah berusia 64 tahun. Sayangnya beliau kini sudah berada di luar Umno.

Beliau tidak senang dengan Abdullah Badawi. Rasa itu ditunjuk dengan tindakan beliau keluar dari Umno. Saya belum pasti apakah dia sudah rujuk semua kepada Umno atau tidak. Tetapi yang jelasnya tokoh ini tidak begitu selesa dengan cara Najib Razak mentadbir negara waktu ini.

Saya tidak pernah tanya mengenai 1 Malaysia tetapi dia sangat jelas kurang senang dengan beberapa pendekatan Najib yang mirip Anwar Ibrahim. Kalau beliau tidak senang dengan Anwar Ibrahim saya rasa cara Najib lebih tidak disenanginya.

Kira-kira 20 tahun lalu saya pernah bertanya kepada tokoh ini mengenai masa depan Anwar Ibrahim. Saya bandingkan dengan Najib. Katanya, daripada sokong Najib baik sokong Anwar. Anwar kalau pun tidak akan laksanakan Islam, sekurang-kurangnya beliau ada sebut dan ada nawaitu hendak melakukannya. Najib sebut pun tidak, katanya.

Disebabkan kedudukannya di luar Umno saya sengaja melontarkan kepada tokoh ini apakah pandangan beliau mengenai pilihan raya di Hulu Selangor. "Kita nak sokong sapa ni?" tanya saya. "You sokong sapa?" tanya dia balik sambil ketawa mesra. Dia suka melawak.

"Itulah nak tahu *** *** dulu sookong sapa?" tanya saya balik. "Nak sokong sapa, yang bertanding keling dengan Melayu. Kita kena sokong Melayu walaupun dia minum arak. Itupun dia sudah taubat, kita kena sokong dia. Lagipun kalau nak kira dalam Umno berapa kerat sangat tak tak kedarah arak..!" katanya. Saya hanya diam cuba menyelami apakah ikhlas dengan kata-katanya itu.

"Susahlah *** *** kalau Pas bertanding tentu kita kena sokong Pas. Atau kalau Umno bubuh calon Melayu mesti kena sokong Umno," acah saya.

"Iyalah sebab Pas tak bubuh calon, Umno juga penakut, jadi kerana Zaid calon Melayu kena pilih dialah," katanya. Saya merasakan dia jujur. "You tak pegi ke?" tanya dia balik.

"Saya on the way ni..." balas saya dengan nada sengaja mahu menggodannya. "Kalau *** *** nak berderamah saya boleh tolong aturkan," kata saya. "Ceramah atas apa?" tanya dia terus berlawa. "Kalau atas Umno maaflah, Sayuti..." sambungnya.

"Kalau ada apa-apa perkembangan bagi tahulah, saya nak dengar juga. Setidak-tidak saya boleh sokong dari jauh," katanya terus tergelak mesra.

Sepanjang perjalanan saya teringat kepada dialog tokoh berkenaan. Dia juga serba salah untuk membuat pilihan. Tetapi apa yang dapat saya selam walaupun jiwanya tebal kepada Umno, tetapi beliau masih rasional di sini, bila Zaid calon Melayu beliau memilih Melayu dulu. Rasanya ketulenan tokoh ini sangat jelas.

Dia nampaknya tidak meletakkan peribadi Zaid yang diburukkan itu lebih buruk daripada calon BN Kalamanathan. Sebelum saya hanyut dalam ladang kelapa sawit, saya membuat keputuan sendiri apa yang tokoh itu perkatakan memang benar. Seharusnya pengundi Melayu di Hulu Selangor melihat kepentingan dan sentimen seperti mana apa yang ada pada tokoh berkenaan lakukan!

Tetapi bagaimana kalau dua calon itu tertakdir ditanding oleh kedua orang bukan Melayu, mungkin ketika ini keperluan yang patut diberikan ialah memilih parti mana yang dikira akan melakukan perubahan untuk semua pihak.


Petikan Dari Blog: http://msomelayu.blogspot.com

Di copy oleh: suarahatisalmie (Kak Mie)
b/p: Zaidi Ahmad - Pengarah Sekretariat PKR Phg.

No comments: