PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Tuesday, April 3, 2012

Bola tanggung bila persoalkan kebajikan yang diberi oleh Selangor..

Semalam saya menghirup teh di Restoran kesukaan saya, di bandar Temerloh.  Sementara menunggu roti canai dihantar kepada saya, 3 orang rakan-rakan lama dari UMNO menumpang di meja saya.  Mereka adalah kawan-kawan saya dan terus menjadi kawan walaupun kami berbeza parti.

"Lama tak nampak," kata Hamdan (bukan nama sebenar), dan disampuk oleh Ali (bukan nama sebenar), "Kan Haji ni sentiasa sibuk, parti dia nak perintah Malaysia, dia tentulah sibuk buat kerja kesana kemari."

Saya tersenyum saja.  Ahmad (bukan nama sebenar) juga turut tersenyum. "Haji, haji, kalau kita macam dulu-dulu kan bagus.  Tiap-tiap petang main golf, sebulan sekali kita pergi Jakarta, Medan, Phuket, kita main golf, kan senang begitu.  Aku tak kisah tentang politik ni.  Aku jadi ahli UMNO sebab nak kejar kerja-kerja kontrak je, lagi pun sama saja antara UMNO dengan PKR.  Mereka tu, bila dah duduk diatas, mereka kaut untuk mereka je!"

"Tengoklah Selangor," kata Ahmad lagi, "Apa ada beza antara UMNO dengan PKR?"

Ah..ah, bila disebut begini, maka inilah bola tanggung untuk aku smash ke gelanggang dia.

Secara ringkasnya saya terus perincikan satu persatu kebajikan yang diperolehi rakyat Selangor.  Kataku: "Di Selangor terdapat air percuma untuk 20 meter padu, Pahang ada dapat?"

"Di Selangor diberikan RM2500.00 kepada waris yang kematian Warga Emas, Pahang ada beri?"

"Di Selangor diperuntukan RM1000.00 bagi setiap rakyatnya untuk melanjutkan pelajaran ke IPT, Pahang ada dapat?"

"Di Selangor, diperuntukkan setiap kanak-kanak yang dilahirkan di Negeri itu pembukaan akaun di Bank yang matang diumur kanak-kanak itu 18 tahun untuk membolehkan kanak-kanak itu kewangan untuk persekolahannya, Pahang ada dapat?"

"Di Selangor diperuntukkan kepada Warga Emas wang RM100.00 untuk beli-belah di Pasar Raya, Pahang ada dapat?"

"Di Selangor, diluluskan tanah untuk kediaman bagi mereka yang mendiami tanah kerajaan melebihi 10 tahun, Pahang ada beri?"

"Di Selangor, Orang Asal diberikan geran tanah, di Pahang ada dapat?"

"Di Selangor, akan dibina rumah-rumah untuk Generasi Kedua dan Ketiga Felda rumah-rumah mampu milik dan tidak berpandu kepada Slip Gaji, Pahang ada buat?"

"Di Selangor dibina rumah-rumah untuk rakyat mengikut kemampuan rakyat dengan bayaran sewa-beli, Pahang ada buat?"

"Cukup-cukup," kata Ahmad, "Adik saya pun ada di Selangor, dan dia pun dapat juga kemudahan-kemudahan yang disebutkan."

Sementara itu teh-teh untuk ketiga-tiga kawan saya itu pun dah sampai, begitu juga roti canai.  Kami minum, dan nampaknya, kawan-kawan saya itu mula berlembut dengan mengatakan bahawa, "Kalau macam Selangor tu, kami sokonglah."

Sebenarnya ramai rakyat Malaysia menyokong kebajikan-kebajikan yang didatangkan oleh Kerajaan Selangor, tetapi sebahagian besar dari mereka tidak memperolehi maklumat.  Kebajikan-kebajikan yang diberikan di Selangor tidak akan didedahkan di dada-dada akhbar nasional dan jauh sekali dari diberi maklumat melalui TV3 dan TV1.

Dan apa yang dilakukan di Selangor itu mendapat sokongan rakyat Malaysia jika mereka tahu.

Semasa saya berdailog di Felda Cenderawasih di Gugusan Felda Sahabat di Sabah, persoalan bahawa tidak ada perbezaan antara Negeri-Negeri yang ditadbir BN dengan negeri-negeri yang ditadbir PR, dan Alhamdulillah, apabila kami sempat menerangkan perbezaan yang begitu nyata, jelas peneroka-peneroka disana menyokong dasar-dasar yang dibawakan oleh Kerajaan PR seperti yang berlaku di Selangor.

Setelah selesai kami menghirup teh, kawan-kawan saya mengucapkan selamat berpisah kepada saya dengan kata-kata: "Teruskanlah Haji perjuangan Haji tu."

No comments: