PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Thursday, July 7, 2011

PKR Pahang Sudah Bersiap Siaga Hadapi PRU-13



Menyentuh tentang perkembangan terkini Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang dalam menghadapi pilihanraya, Razali berkata partinya kini sudah bersiap siaga untuk berhadapan dengan Pilihanraya Umum Ke-13 yang dijangka tiba tidak lama lagi. Beliau juga menyeru agar rakyat Pahang membuat perubahan dalam PRU-13 nanti, kerana sudah tiba masanya untuk memberi peluang kepada Pakatan Rakyat selepas sekian lama UMNO Barisan Nasional berkuasa selama ini. "Pakatan Rakyat yang terdiri dari PKR, PAS dan DAP kini sudah memperkemaskan jentera parti masing-masing dan saya amat yakin kita akan diterima oleh majoriti rakyat kali ini. Banyak faktor yang menjurus ke arah itu termasuk sosio ekonomi, kebajikan dan kemiskinan rakyat yang berlaku hari ini. Maka rakyat sudah tiada jalan lain lagi selain melakukan perubahan", kata Razali

1 comment:

zahar zahran said...
This comment has been removed by the author.