PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Thursday, July 7, 2011

SIAPSIAGA



Razali Alias: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang Sudah Bersiap Siaga Untuk Menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 Yang Akan Datang Ini




KUANTAN, 7 Julai - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang akur dengan keputusan pucuk pimpinan tertinggi parti berhubung dengan perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu ini. Menurut Ketua Penerangan PKR Pahang, Razali Alias (foto) "Saya menyeru supaya semua ahli PKR Pahang agar memberi sokongan terhadap perhimpunan aman itu jika ia diadakan Sabtu ini. Walau bagaimana pun seandaninya ada keputusan sebaliknya maka semua pihak perlu bersabar. Saya difahamkan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein mengatakan bahawa kerajaan tetap mengharamkan Bersih 2.0 biarpun pihak penganjur telah mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini. Ini bermakna mereka tetap tidak mengikhtiraf perhimpunan tersebut walau diperkenankan oleh Agong. Justeru itu, sebagai ahli parti, kita wajar mendengar arahan pucuk pimpinan parti tentang perkembangan terkini perhimpunan tersebut", kata Razali Alias

No comments: