PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Saturday, June 11, 2011

Tariff Letrik: Rakyat tetap ditipu demi kroni kroni

Alasan alasan Najib menaikkan tariff letrik sangat sangat menghiris hati rakyat marhein.....kalau 54 th dahulu bolehlah kelentong rakyat..dimana mereka waktu tu senang dibodohkan...!!! La ni rakyat telah bangkit !!! sama bangkit nya di Mesir , Libya...tapi rakyat marhein Malaysia boleh bersabar sehingga PRU 13 nanti...baru rakyat akan gunakan kuasa seperti robohnya Mesir ,Libya dan beberapa negara Arab yang pemimpin pemimpin Islam nya bergelumang dengan dosa menipu dan zalim terhadap rakyat....
Tengku razaleigh AP Bn sendiri nampak betapa penipu dan zalim tindakan Najib hingga mencadangkan penubuhan Suruhanjaya DiRaja bagi mengkaji dan menyiasat syarikat kroni pembekal kuasa kepada TNB yang mengaut keuntungan berlibat kali ganda!!! sedangkan rakyat menanggung kerugian ...dimana rakyat di dahulukan ????
Persoalan disini ...,cadangan Tengku Razaleigh yang proaktif ini akan di ambil kira oleh Najib....pooocit !! cadangan ini hanye tinggal sebagai cadangan saje....imposible najib nak ikut....fuuuulus mis nak pru ni nanti....tapi IC palsu adalah satu mission imposible

GUA MUSANG 11 JUN : Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi mengkaji dan menyiasat syarikat pembekal kuasa tenaga kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang didakwa mengaut keuntungan berpuluh kali ganda.

Beliau berkata keadaan itu menyebabkan TNB menanggung kos perbelanjaan yang tinggi dan sekaligus membebankan kehidupan rakyat menerusi tarif baru elektrik yang berkuat kuasa 1 Jun lepas, selepas mendapat persetujuan kerajaan apabila membuat semakan semula harga gas.

"Suruhanjaya berkenaan penting bagi memberi keadilan kepada rakyat walaupun kenaikkan tarif eletrik itu hanya membabitkan 4.4 juta pengguna domestik di negara ini," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Limau Kasturi dekat sini, semalam .

Beliau mahu kerajaan memberi perhatian serius terhadap bebanan hidup rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah termasuk masyarakat kampung di seluruh negara kerana turut menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi sejak kebelakangan ini.

“Suruhanjaya itu hendaklah menyiasat dan membuat kajian langkah yang perlu diambil kerajaan terhadap bebanan hidup rakyat hasil daripada kenaikan tarif elektrik ekoran syarikat pembekal kuasa elekrik menjual dengan harga terlalu tinggi," katanya

No comments: